Wednesday, 14 November 2012

Visit London City, England - The Great Britain (2011)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

28 Julai 2011 - Perjalanan dari Bandaraya Paris ke Bandaraya London mengambil masa lebih 8 jam. Dan harga tiket yang aku dapat ketika ini dengan Bas Eurolines adalah berharga 43 Euro. Bas menggunakan laluan terowong bawah laut dari France ke England.

Boleh baca artikel berkenaan laluan terowong di bawah laut - Tunnel Sous La Manche - The Under Sea Tunnel - France To England. Sampai di Kota London sahabat aku Mohd Shukri (shuk) dah tunggu aku di bas stop. Actually aku tak kenal pun siapa Shuk ni and that day is our first time kami jumpa dan menjadi kawan.

Shukri jadi tour guide :D 
 - At Tower Bridge
Bersama Fresh Graduate Doktor Muhammad Asyraf.
Memang shuk seorang hamba Allah yang baik sangat. Walau shuk tak kenal aku tapi selambe jer tolong macam dah kenal lama. Lagi best ialah Shuk bagi stay di apartment dia di East London.

Sampai di rumah Shuk.. aku di perkenalkan dengan Muhammad Asyraf (Acap) dan Fatul - Housemate Shuk. Sebenarnya mereka semua sedang bercuti sekarang ini. Dan Acap baru jer selesai graduation dan bakal menjadi seorang doktor. Fatul pulak tengah sibuk mengemas barang nak join rombongan sukarelawan dari England ke Kenya. Dan seorang lagi housemate Shuk dah balik Malaysia beberapa hari yang lepas. Tak ada la rezeki nak jumpa.

London Muslim Centre @ East London.
Tower of London.
The Monument Greet Fire of London. 
Menaiki 313 anak tangga monument.
View dari atas Monument Greet of Fire.
Replika Mesin Memburu Ikan Paus :D
The East London Mosque.
Apa macam? Ada sama gaya tak :D
Dan Acap balik malaysia for good 2 hari kemuadian. Maka in the end hanya tinggal aku dengan Shuk sahaja. Sempat la Shuk bawa aku explore area Central London. Untuk melihat dan buat apa yang patut. Shuk kata nanti bila bulan puasa dia dah start keje part time. So tak ada masa lak nak bawa jenjalan.

Statue Perkerja Buruh yang
membangunkan Bandar London.
29 Julai 2011 - Hari ni Acap masak nasi daging untuk lunch.. perghh memang sedap sehingga menjilat jari.. keesokan pagi tu pulak Fatul masak nasi lemak untuk breakfast.. makin segan aku duduk rumah nie hehee.. asyik makan sedap2 jer.. walau Fatul akan bertolak ke Kenya hari ni.. sempat jugak masak nasi lemak untuk breakfast.. thanks fatul.. :D

So hari jumaat kami solat jumaat di London Muslim Centre Masjid.. jalan kaki je dari rumah Shuk.. Bak kata acap kenapa diorang sewa apartment kat sini sebab nya semua dekat.. masjid, pasaraya, kedai2, restoran halal, dan yang paling penting ialah hospital memang dekat sangat.. if something happen hospital dekat je la.. itu kata mereka.. so memang siren ambulan memang 24 jam dengar.. seronok lak hahaa...

So lepas kitorang solat jumaat shuk bawa aku round2 Kota London.. dari rumah dia jalan kaki jer pi masjid then jalan kaki lagi.. dah sampai Tower of London.. ianya sebuah istana lama.. dan.. nak info lagi pi baca wikipedia hahaha..



Museum Kapal Perang in front City Hall.
 London City Hall.
Kenapa tak menentas lagi ni.
Murah Fridge Magnet 5 pcs for 5 pound.
T-shirt sehelai 3 pound.
Hantu yang berkeliaran di London
Kemudian kami pergi naik The Monument Greet Fire of London yang terletak tidak jauh berjalan dari Tower of London. Dan yang bestnya kita akan dapat sijil selepas selesai keluar dari The Monument ini.

Tapi kena la naik tangga sehingga ke atas monument yang berketinggian 313 anak tangga hihii.. Dan kemudian kami meneruskan perjalanan ke next destinasi iaitu Eye On London. Bunya macam best tapi jauh dia aduhai memang memenatkan. Selagi Shuk larat kita ikut jer lah mana dia nak bawa kan. Bukan senang nak dapat tour guide baik dan free ni hihii.

Disepanjang perjalanan sempat la beli beberapa souvenir yang dijual di kedai tepi jalan. Nak kata murah tu boleh la juga. Sebab kalau compare dengan harga souvenir di bandar-bandar eropah yang lain seperti Amsterdam, Brussel dan Paris. Memang boleh dikatakan di sini lebih murah. 5 Fridge Magnet berharga 5 Pound dan 10 helai poskad berharga 1 Pound. Last 1 helai Tshirt berharga 4-6 Pound.

St. Paul's Cathedral.
"Welcome To The City Of  London"
Beberapa hari kemudian hanya tinggal aku dengan Shuk jer dalam rumah ini. Sebab Acap dah pulang ke Malaysia for good dan Fatul dah terbang ke Nairobi, Kenya bagi menjadi sukarelawan di bawah Program Misi Bantuan Makanan UNCHR.

Keesokan hari datang seorang lagi tetamu iaitu seorang pelajar Malaysia dari Universiti Al Azhar, Mesir Ustaz Mohd Azrin. Memang berkat sungguh rumah ni. Makin ramai tetamu makin murah rezeki yang melimpah ruah pada penghuninya. 

Actually Shuk ada beritahu pada aku. Memang sudah menjadi kebiasaan jika ada ahli keluarga atau mana-mana student yang datang ke London atau di mana sahaja di dalam UK ini dan mereka akan menumpang rumah-rumah Student Malaysia.

Our main course - Ikan Salmon Masak Asam Pedas.. Fuhh Terbaik  :D
Side course - Sayur Goreng Campur.
Add On - Ayam Goreng Kicap Madu Berempah.
Last sekali Ikan Trout Goreng Sambal yag tak berapa nak jadi :D
Bila start bulan puasa shuk dah start kerja part time so aku dengan ustaz mohd azrin plan nak masak sedap2 untuk shuk waktu berbuka nanti.. kitorang pun pergi la membeli belah kat sekitar pasar East London cari barang2 untuk di masak.. 

Ayam sekor 2 Pound.. kepala ikan salmon 1 pound dapat dua.. besar lak tu dekat sekilo.. ikan trout 4 ekor 2 pound sekilo lebih gak la.. beli2 sayur dengan barang2 lain.. tak sampai pun 10 pound kot.. mungkin mahal juga but kitorang nak masak sekali ni je so tak apa la :P

Pintu masuk Masjidul Huda
Suasana selepas solat terawih di Masjid Al-Huda
Bergambar jap on the way balik  dari tarawih
Malam kalau awal kami akan ke East London Mosque untuk bersolat taraweh.. kalau tak sempat.. agak2 macam dah lewat.. kami pergi yang dekat jer tapi kecik sket la.. Masjid Al-Huda.. bernasib la kalau dapat tempat untuk bersolat.. pengalaman selama 9 hari di Bandar London ini cukup membuatkan aku tersenyum.. especially budi baik pelajar2 Malaysia di sini.. Thanks to all :D

Tuesday, 13 November 2012

Kaki Melangkah Dari Stockholm Airport ke Bandar

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Flight from Schiphol Airport, Nertherlands on 7 August 2011 to Stockholm 7:15 am by KLM Dutch Royal Airlines. Penerbangan mengambil masa lebih sejam setengah. Maka berakhirlah sesi berjalan dan merayau selama 3 minggu transit di Amsterdam ini. Dan ticket flight return aku adalah Johannesburg - Stockholm via Amsterdam.

Dan Stockholm adalah destinasi sebenar aku. Saja la jalan-jalan sebelum sampai Stockholm nanti. Sempat berkelana ke Brussels, Paris dan London. Masuk aircraft jer terlihat Jemaah Tabligh dalam penerbangan ni. Tenang dibuatnya. 

"We could not find your reservation"  KLM buat lawak sebelum fligt..
Pukul 9.30 pagi aku dah selamat sampai di Airport Stockholm. Cuaca agak mendung dan yang bestnya tak ada siapa yang akan jemput aku. Memang dah diberitahu awal kena naik pengakutan awam untuk sampai ke destinasi.

Aku pun okey jer tak kisah, barulah adventure kan..?? Dan destinasi aku adalah akan ke rumah Auntie Shalwati (Auntie Shal)  & Uncle Azizul Raheem di Spanga (sebutan Spo-nga..) Stockholm.

Airport Bus to Central City Stockholm.
Ikut panduan yang diberi - First kena naik mana-mana bas dari airport ke Central Stockholm City. An if umur di bawah 26 tahun make sure daptkan student price sebanyak 20% discount (K89.00 Only) untuk tiket bas dari airport ke Bandar Stockholm. Bas akan stop bersebelahan station bas yang juga train station.

Kemudia kena cari Tunnel Banna Link for Train Pendeltorg untuk ke Spanga. Tapi terlalu banyak sangat train kat sini. Di sebabkan beg aku berat dan besar maka aku letak jer kat tepi dinding sementara nak pi cari Tunnel Banna link Train Pendeltorg.

Insyallah tak ada orang akan curi beg aku sebab berat kot hahaha.. Okay bila dah jumpa first step kena beli tiket train dan Auntie Shal kata beli yang berharga 180 Krona sebab boleh pakai 8 kali. Hah..!! 8 kali jer? Memang mahal betul. No wonderlah ia dikenali sebagai salah satu bandar yang termahal di Eropah.

Jom beli berry's yang murah2 nie..  Cerry and mushroom pun ada nyummy nyummy.. :p @ Stockholm Central.
With Ammar Azizul at Royal National City Park
Uncle Azizul, Auntie Shal, Arif and Ammar
Siapa cepat dia dapat la... hehehee.. :D
Antara rutin aku jemput Aisyah, Amar, Adam & Arif balik dari sekolah :D
Then naik Train Pendeltorg ke Spanga.. sampai Spanga kene naik bas untuk ke kawasan rumah (dah lupa nama kawasan).. bile aku naik bas, driver minta tiket.. aku kata aku nak bayar la nie.. dia kata kene bayar tiket kat kaunter train tadi.. pening aku.. dah la tengah hujan lebat nie..

Rupa2 nya tiket train sekali dengan tiket bas.. dalam sejam boleh guna tiket yang sama untuk semua train dengan bas.. but time tu aku still tak faham.. but driver bas tu bagi free next time dia kata make sure ade tiket ok hahahaa.. baik lah pakcik..

Selalu teman Arif pergi sekolah :D
Bersama warga Malaysia di Sweden
Dia tanya nak turun kat mana? aku bagi la kertas yang tertera nama kawasan tu.. nama sebut pun susah.. lepas 3 kali stop je dah sampai.. nasib baik driver bas tu bagitahu.. aku baru nak pejam mata sebab ingat jauh..

Turun bas je nampak amar (11 tahun) anak kedua Uncle Azizul dah tunggu aku kat bas stop dengan payung & baju hujan.. ikut dia jalan kaki tak jauh mana.. tak sampai 5 minit dah sampai rumah.. abis basah kuyup tapi bagus gak sebab dah lama tak main hujan hehee.. so aku stay kat sini sebulan.. Berpuasa dan bertarawih.. dan mengajar kanak2 nie membaca quran..

Pemandangan dari depan rumah 
Uncle Azizul 9 degree.
Amar with his robot  :D
Makan2 di rumah warga Malaysia yang lain
Mimbar di Masjid Besar Stockholm

       Bermain Badminton with Malaysian



Selang 2 hari lepas tu student Auntie Shal.. Her supersenior student Kak Melati - nama famous Kak Mell dia suh aku panggil dia Kak Mell... pun datang Stockholm sebab dia baru habis master kat Denmark..

Saja la datang ziarah cikgu dia di Stockholm ni sebelum pulang ke tanah air for good.. keadaan rumah agak riuh rendah dengan penghuni yang ramai..baru la dapat rasa nikmat menyambutan kedatamgan Bulan Ramadhan 1431 H.. by the way Kak Mell banyak ajak aku ikut dia jenjalan.. sebab dia pernah datang Stockholm sebelum ni.. bagus jugak la sebab aku pun tak abis study lagi pasal interesting place kat sini.. Thank you so much la Kak Mell.. :D

Bergambar kenangan terakhir with Uncle Azizul & Auntie Shal
Sebelum berpisah di pagi subuh sebelum ke airport  :D

Untuk Sambungan Cerita Di Sweden - Sila klik Link Di Bawah :

Berjalan - Jalan di Sekitar Stockholm City (Part 1) 
Berjalan - Jalan di Sekitar Stockholm City (Part 2) 
Salmon Fishing Trip To Falun - Sweden 
Suasana Raya Di Perantauan - Stockholm Sweden

Sunday, 11 November 2012

Bandaraya Paris - France Republic : Part 2

Sambungan Dari Bandaraya Paris - France Republic : Part 1

Hari kedua ni aku memang nak rehat dalam rumah jer.. lama gak aku tidur.. lagi pun family Isaa tak berapa fasih berbahasa English.. kalau nak berborak pun susah.. bila petang baru Isaa kejut.. ajak aku teman dia pi airport amik kawan dia.. baru balik dari Mexico..

Isaa, aku, Mehdi and Isaa..
Nampak sgt orang melayu ni rendah hahaa.. 
Ini lah dia masakan nasi cara Senegal..
Sedap dan hampir sama dengan nasi goreng.. :D

Kawan2 Isaa ni rakyat France tapi seorang keturunan Albania nama Mehdi.. dan seorang lagi keturunan Senegal.. nama Isa jugak.. Malam tu mak Isa ni ajak aku ngan Isaa makan malam di rumah.. masakan macam lebih kurang nasi goreng ayam.. tapi di tambah dengan sayur kukus dan ikan goreng.. hampir seminggu aku tak makan nasi.. memang kami makan malam tu agak haloba hahahaa.. sementara tengah masak tu.. mak Isa minta aku jadi imam magrib dan isyak..

Pukul 09:30 malam.. selepas makan malam aku dengan Isaa menuju ke Paris nak tengok Arc De Triomphe.. tapi kejap je sebab semua mata dah kuyu mengantuk.. lagi pun malam camera tak cukup canggih nak amik gambar :P .. on the way balik rumah Isaa aku tido jer dalam kete..


Shopping sket jer.. 
Bergambar je yang lebih..
Under Ground Metro Paris
Sanggup train ni berhenti sebab nak
bergambar dengan aku..
Itulah..
 Unit Polis khas di tempat touris 

Eiffel Tower dari bawah..
Kearah selatan anda akan ke sini
Ini ke arah utara akan jumpa tempat ni
Tiang2 pelbagai bahasa..
Simbol keamanan.. Isaa kata la.. :P
Speecless.. penat..
Tiru gaya member aku..
 kat Taj Mahal.. sorry Iszu..

Budak malaysia 
jakun tengok Eiffel Tower..

Central Eiffel Tower..
Kat sini memang sesak..

lebih 20 bahasa untuk keamanan


26 julai 2011 - Selasa.. Hari ni pepagi lagi dah bangun.. sebab nak kene pergi banyak tempat kata isaa.. dan dia kata tunang dia pun akan join sekali.. aku okey je.. 


First kami pergi Sacred Heart Basilica of Montmarte ( Sacre-Coeur).. memang ramai orang kat sini.. siap boleh berebut teropong dengan nak orang putih mana ntah.. 


Duduk layan view sekejap.. dekat sejam then terus move ke Eiffel Tower naik Metro underground.. time ni tunang Isaa tak ikut sebab nak balik rumah.. nak kene masak untuk adik2 dia.. bagus tunang Isaa ni hafizah lak tu..


Sebelum balik sempat la Mariam belanja aku makan Chocolate Waffle.. by the way.. si mariam ni boleh cakap melayu sebab dia pernah belajar tahfiz kat Hulu Langat selama 3 1/2 tahun.. pelik tapi benar.. :D


Dalam pukul  16:00 pm kami sampai di Eiffel Tower.. lepak sekitar Eiffel Tower lebih sejam.. aku tak naik pun Eiffel Tower.. just tengok dari bawah jer.. malas nak bayar ticket dia yang mahal :P .. dan second sebab line nak beli tiket panjang 50 meter.. dan line menunggu nak naik lift untuk ke atas Eiffel Tower pun dekar 50 meter.. huhuuuWaktu malam Isaa bawa aku pi Musee du Louvre.. 


Kalau dari information kata The World Largest Museum.. kami sampai waktu malam.. tak nampak apa sangat la.. so the palace stretches for about half mile between the Seine and rue de Rivoli. Telah dibina pertama kali oleh Philippe-Auguste pada kurun ke-13.. 300 tahun kemudian Francois 1 memperbaharui dengan Renaissance style building..


Glass Pyramid at Museum du Lourve.
Antara penat dan enjoy the moment...

Ramai King France menambah "construction" bagi memajukan lagi bangunan ini.. dan ada juga raja yang menggunakan tempat ini sebagai kediaman mereka.. First time ia di buka untuk umum pada tahun 1793 dan digunakan sebagai museum untuk pertama kali nya.. dan penambahan baru pada museum ini adalah Piramid Kaca yg di"desing" oleh I.M.Pei...

Di sebabkan malam tak nampak sangat.. maka ke esokan pagi 27 Julai.. kami datang sekali lagi ke Museum Du Lourve.. baru la boleh amik gambar sebaik2 nya..dan jalan2 pi Eyes on Paris dan terus ke Arc De Triomphe.. menapak jauh sket je..


Museum Du Lourve
Bila pagi baru la nampak.. baru lah clear..
Ini bukan Arc De Triomphe.. ini kecik sket..
Statue ni smart.. posing sket..
Garden near by eyes on Paris
Eyes On Paris
Continue Part 3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...