Friday 1 February 2013

Khama Rhino Sanctuary - Last Destination in Botswana

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

11 November 2011 - Jumaat. Maulana Uwais, abang kepada Hisyam (Classmate aku). Jemput kami berempat dari FrancisTown Mall. Masa dalam kereta diberitahu adik dia Hisyam tak ada di rumah. Sebab dia masih tak ada valid visa untuk South Africa. Kalau balik Botswana nanti tak boleh masuk semula ke South Africa. Lagi pun final exam hanya 4 bulan lebih maka lebih baik duduk diam-diam dalam South Africa tu.

Tiba-tiba aku pun rasa macam "Patut ke datang rumah Hisyam ni hahahaa." Tapi nak buat macam mana kan? Tak kan nak segan pulak. Kalau dekat macam Ampang-Sentul macam pergi rumah adik aku tak apa la jugak. Ini kat negara lain tapi Maulana Uwais pun kata dia macam boleh ingat-ingat aku sebab dia senior aku, graduated 5 tahun lepas. Time tu aku berada di kelas tahun satu (Assoful Awwal).


Ruang solat di Jamia Masjid FrancisTown, Botswana
Anak  pertama Maulana Uwais

Juga di lengakapi madrasah untuk kanak-kanak
Khalid tak boleh tahan sebab tak jumpa proper food selama 3 hari :P


PUMA antara syarikat minyak di Botswana
Sampai di rumah kami dijamu makanan yang mewah dari pandangan mata seorang traveler hehee. Maulana Uwais kata meraikan tetamu adalah wajib bagi mereka (hahaha.. bagus la). Alhamdulillah kami makan dan mandi setelah hampir dua hari tak mandi. 

Malam tu dia bawa kami pi solat magrib kat masjid baru yang paling besar di FrancisTown dan imam masjid juga adalah bekas pelajar Duzak. Maulana Saad senior aku jugak, graduated 3 tahun awal dari aku. Selepas isya Maulana Saad ajak join dia main bola. Aku mana reti sangat main hahahaa. Jadi defender tu okay la huhuu.

First thing nak inform all my senior ni bermazhab Imam Hanafi so dalam hukum feqah ambil gambar ni agak shadid tidak dibenarkan melainkan untuk keperluan yang penting contoh sebab nak buat passport. That is why aku tak ada gambar diorang nak share kat sini huhuu.

Memulakan ekspidisi  merentas kawasan hutan
kering ala gurun di Khama Rhino Park.
Jika kereta anda bukan 4x4 atau yang tak sesuai untuk off road. 
Boleh naik yang ini tapi kena bayar lebih sikit la :D
Lepas main bola Maulana Saad ajak kami berempat tidur di rumah beliau sebab dia ada guesthouse dan rumah Maulana Uwais just ada satu bilik untuk tetamu. Untuk tidak menyusahkan Maulana Uwais kami pun setuju untuk ke rumah Maulana Saad. Okla jugak dapat Guest house at least kami tak la mengganggu suasana dalam rumah orang.

KHAMA RHINO SANCTUARY

Next day Maulana Uwais bawa kami pi Khama Rhino National Park. Yang bestnya national park ni ialah di dalam ini hanya ada binatang herbivor sahaja. Tak ada langsung binatang pemangsa dan binatang paling utama kat sini ialah Rhino. Kerana ingin menjaga populasi Rhino di Southern Africa yang makin berkurangan akibat pemburuan haram.


Singgah di Masjid ini untuk Solat Asar.
Perjalanan selama 3 jam setengah dari Francistown ke sini dengar 250 km. Kami hulur duit minyak pada Maulana Uwais tapi dia kata "Mana boleh amik duit dari tetamu.." aku pun rasa serba salah tapi dalam hati senyum gitu huhuu.  :P

Entrance Fees Khama Rhino Park pun dia yang bayar. Susah hati jadinya sebab semua dia yang bayarkan. Makan minum sepanjang perjalanana pun dia yang bayarkan. Setelah habis tour dalam Khama Rhino, kami solat asar berjemaah di sebuah masjid kecil tapi lengkap dengan peralatan seperti aircond. Kagum dengan ahli qariyah di sini..

Alhamdulillah tour di Khama Rhino Park tadi dapat la jumpa dengan "animal planet" ni secara live.. ia tak bahaya kalau kita tak ganggu depa.. just buat rileks jerr.. :P

Antara haiwan yang dapat aku snap di Khama Rhino Park.

1. RHINO / BADAK SUMBU
Group of Rhino.. Zoom dari jauh dekar2 bahaya.. 
2. ZEBRA / KUDA BELANG
3. SPRINGBOK
4. IMPALA
5. DUIKER
6. OSTRICH / BURUNG UNTA
7. WILDEBEEST 
8. GEMSBOK @  ORYX
9. QUIL BIRD / BURUNG PUYUH
Dan yang best kat sini ialah ada tempat2 yang agak tersembunyi untuk lihat haiwan dengan lebih dekat.. sebab tempat2 ni di bina berdekatan dengan kelopak air.. so binatang2 ni akan datang dengan lebih dekat.. tanpa menyedari kehadiran manusia yang memerhati mereka..

13 November 2011.. Ahad jam 08:00 pagi.. Selepas bersarapan di rumah Maulana Uwais.. Maulana Uwais hantar aku, Anas, Khalid ngan Ridwan ke station bas dan kami bertolak dengan bas dari Francis Town ke Gaborone.. Perjalanan ke ibu negara Botswana ini mengambil masa 3jam lebih (420 km).. harga tiket seorang berharga 70 Pula (Pula adalah Matawang Botswana).. bersamaan RM 31.00..

"Silent..!!" Tapi kami mana tahu nak senyap hahaa.. :P
Ikut jalan berpagar kayu.. elak serangan cheetah? :P

Sampai di Gaborone kami terus bergegas ke kaunter tiket bas.. untuk membeli tiket perjalanan dari Gaborone ke Johannesburg sejauh 384 kilometer.. sebab esok kelas dah start. malam ni macam mana pun kene usaha untuk sampai Johannesburg..

Maulana Uwais bagitahu kami make sure amik TJ bas.. sebab itu memang proper bas.. insyallah tak ada masalah dalam perjalanan nanti... alhamdulillah memang ada seat cukup untuk kami berempat.. Harga tiket TJ Bas 200 Pula.. bersamaan RM 96.00.. TJ bas bertolak pukul  03:30 petang hari yang sama..

So kami ada ada 3jam untuk jalan2 sekitar bandar Gaborone ni.. sempat la kami jalan dekat shopping mall paling baru kat sini.. biasa je.. satu tingkat.. tak lah besar.. tapi bagi orang tempatan di sini ia adalah amat besar dan menjadi buah mulut orang :P hehehee...

Tempat persembunyian untuk lihat haiwan liar dengan lebih dekat :D

Tepat pukul 10:30 malam.. alhamdulillah kami sampai Park Station ( Nama station bus di Johannesburg, South Africa ).. Dan naik teksi sampai kolej.. kene charge R250.00.. bersamaan RM 105.00.. so bahagi empat maka seorang RM26.25.. okay la tu.. 24 kilometer jauh nak ke madrasah.. tengah malam lak tu.. Alhamdulillah kami berempat selamat sampai kolej jam 11:00 malam lebih..

Cuti 11 hari je.. abis je exam pukul 10:00 pagi.. 31 Oktober.. kami terus travel start dari Johannesburg - Harare - Kwe Kwe - Victoria Fall  - Bulawayo - Francis Town - Gaborone - Johannesburg.. dan balik betul2 malam sebelum kelas start.. memang tak bazir kan even satu saat hehehe.. Total cost untuk dua buah negara Botswana dan Zimbabwe ni less then RM 600.00.. jumlah ini termasuk pengangkutan. makan minum.. tempat tinggal.. entrance national park dan souvenir.. :D

10 comments:

  1. Replies
    1. Thank you Mrs sitizulaika..hope you enjoying your stay in Sweden to :D

      Delete
  2. ek kom nie uit nie van Sweden hoor :) Ek is 'n Malaysian ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ek weet jy is Malaysian.. omdat jy die gebruik van "the word Ustaz" en jou naam is begin met Siti.. :P

      Delete
  3. Ek is nie een Mrs nog nie :p
    Hoe is jou lewe nu? hoop jy is tog goed daar op ZA :)
    Ek geloof jy kan rerag goed Afrikaans taal zu praten :) Baie prima!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh okay Miss Siti Zulaika..
      alhamdulillah life in South Africa not so bad.. :D hehehe.. as long don't be in the wrong place in the wrong time..
      My afrikaans is very bad.. hehehee.. wish can learn more..

      Delete
  4. Botswana yang indah. teringin keliling Afrika, tak ada bajet. cukup lah dengan membaca pengalaman orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Botswana memang terkenal dengan keindahan alam mereka..
      Moga perkongsian saya dapat memberikan anda satu senyuman :D

      Delete
  5. tengah gali gali N3 lama..rupanya kamu belajar kat sini ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuu.. entry lama2 ni macam tak menarik sangat kan.. baru nak mula berblogging huhuu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...