Wednesday 26 March 2014

Misi Menawan Gunung Datuk - Negeri Sembilan Darul Khusus

Sambungan Dari Misi Menawan Gunung Ledang - 15 Febuari 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Alhamdulillah.. Syukur sangat dengan kejayaan baru-baru ni.. Dapat menawan Gunung Datuk di Negeri Sembilan.. Dengan ketinggian gunung setinggi 885 meter.. Track yang mudah untuk menuju ke puncak gunung.. Mengambil masa 2 jam untuk sampai ke puncak dan mengambil masa 1jam 10 minit untuk turun semula ke kaki gunung.. Lambat sebab kene keep company dengan beberapa orang di belakang..

Apa pun nak minta maaf dengan Abang Lockman dari OAC sebab tak boleh join ikut naik Gunung Yong Belar sebab keadaan mak yang kurang sihat.. Gunung Datuk ni pun last minit and day trip sebab itu gagah boleh ikut lari sekejap.. insyallah next time saya akan ikut trip Abang Lockman.. Mood: Sedih giler tak dapat ikut pi Yong Belar..


Mungkin Gunung Datuk ni bukan permainan bagi mereka yang hebat..
Tapi aku tetap berbangga dengan kemampuan sendiri huhuu.. :D

Sekali lagi aku berterima kasih kepada Kak Sharmine dan Abang Yahya.. Kerana sudi mengajak aku untuk mendaki buat kali kedua bersama mereka - Pertama Gunung Ledang la.. Tapi kali ni pun Kak Sahrmine still buat lawak.. Soalan sama aku.. " Kak Min, saya nak bawa apa.. ??".. Kak Min kata tak perlu bawa apa just bawa bekal jer.. Sebab ini day trip dan bukan macam Ledang hari tu..

Maka gagah la aku bangun sebelum subuh.. untuk masak nasi goreng ala kadar bujang.. Letak ikan bilis, ikan masin, kacang panjang, carrot, telur, bawang merah, bawang putih, cili dan apa yang patut.. Pastu rasa macam tak cukup aku buat ikan pari bakar.. Ada la jugak nak makan dengan nasi goreng kosong tu..


Shell di Tol Sungai Besi.. Tempat berkumpul bagi mereka dari Kuala Lumpur..
Lama sangat tunggu.. Layan nasi lemak bungkus dulu.. :D
Berhenti minum seketika sebelum sampai ke destinasi..
Seronok dengan kewujudan abang yahya yang suka berjenaka :D

Seperti yang dijanji pukul 7.15 Abang Yahya dan Kak Min akan datang amik aku kat rumah.. dan terus menuju ke Plaza tol sg besi untuk memulakan konvoi ke Gunung Datuk.. tapi dah nama pun konvoi maka kene la tunggu semua untuk bergerak sekali.. Ada pulak sebuah kereta saga hitam tersesat ntah kemana.. Menyebabkan penantian menjadi satu penantian sambil sempat makan nasi lemak bungkus lagi tu..  Yang lambat tu nama dia Layna hahahaa :p 

Walau keadaan jerebu sedikit memberi tekanan "tak best la nak mendaki kalau jerebu" tapi kata Kak Min dah plan lama apa boleh buat.. projek kene on jugak.. Sambil di angguk tanda setuju oleh Abg Yahya yang sedang kembang gembira setelah berjaya mendapatkan Lesen Diving 2 minggu lepas.. Tapi macam mana pun Faiq yang telah sampai awal di Gunung Datuk memberitahu kat sini cuaca ok.. Insyallah view cantik..

Setiap kali naik gunung mesti akan berjumpa dengan kenalan baru..
Tanda Mercu di Gunung Datuk.. Dan bayaran serendah RM 5.00 seorang..
Ada beberapa gerai makan di kaki Gunung Datuk
Nan senting dilabuhkan, Nan panjang dikeratkan, Nan rumping disisipkan..
Pokok yang amat lebar dan besar.. Dipercayai bla bla bla hahahaa :P

Dalam perjalanan hujan mula turun dan menjadi lebat.. tapi semua diam jer dalam kereta tak nak komen pape hahahaa.. aku bersuara dalam hati " Biar betul otai2 ni semua nak hiking dalam hujan macam ni.. mati la aku.." huhuu.. Dengan bayaran masuk RM 5.00 seorang.. dan mengisi nama di borang.. setelah selesai semua.. macam biasa akan ada sesi taklimat.. Disampaikan ketua trip kali ini Abang Sani.. Seramai 21 orang kesemuanya.. 


Inilah satu2 nyer R&R yang ada di Gunung Datuk..
Pasangan manis Along dan Cik Puan Sri Lanang..  :D
Berkumpul di R&R sebelum meneruskan perjalanan..
Bila dalam group kenelah amik berat satu sama lain :D

Pendakian bermula tepat pukul 11:40 pagi.. Kamilah kumpulan terakhir naik dan yang turun.. Kak Min kata bagus juga naik lewat sebab kalau awal pagi mesti ramai orang.. lebih kurang 13:15 - 20 kami sampai di puncak.. Basically keseluruhan track tak susah cuma starting agak memenatkan sebab agak memacak.. dan hanya ada satu tempat "R&R" dan paling susah ialah untuk naik 15 meter terakhir.. yang mana kene menggunakan tangga yang bergoyang2 untuk sampai keatas..  Time tu aku dah jatuh semangat tengok tangga tu :p  

Hampir 45 minit kami berada di atas puncak sambil semua orang berpicnic mengeluarkan makanan masing2.. Aku layan nasi lemak lauk kerang yang dibeli dipertengahan jalan tadi - Abg Yahya belanja :D .. Makan kat puncak memang best.. Setelah semua habis makan dan penat bergambar.. Semua membuka langkah untuk turun.. Dan yang tak best nyer aku orang kedua terakhir turun dari puncak dan hujan lebat mula membasahi bumi..


Bersama Faiq.. Sahabat yang sama naik Gunung Ledang bulan lepas..
Tak kenal tapi dah naik sekali jadi member semua huhuuu :D
Ingat tak babak dalam Lion King tu - Akunamatata hahahaa :P
Bakal Pengantin Baru.. Aminnn.. :D

Mungkin sebab hujan dan akar pokok yang lincin aku terjatuh sekali dan terguling jugak la.. Agak memalukan sebab konon nak keep company dengan Ladies hahaha.. sekali sendiri jatuh tapi takpe la kene control macho bak kata Abg Yahya hahaha.. tak banyak gambar yang aku amik sebab keadaan hujan dan track yang licin.. takut nak bawa kuar camera huhuuu..


Penemuan dari mata lense aku hahahaa  :D
3 ketegori - Abang, Adik dan Pakcik hahahaaa :D

Alhamdulillah selamat sampai di kaki gunung setelah 1jam10 minit.. time ni agak terasa sket sebab semua orang pi mandi sebab ada bawa baju extra untuk salin lepas hiking.. aku mana ada bawa pape tapi bila borak ngan Abg Yahya.. dia pun kata takde baju nk tukar.. aku senyum je la sebab ada geng hahaha :p.. So kalau korang mai sini bawa la baju salin sebab ada sungai dan air terjun yang boleh anda bermandi - manda..

Suasana Kami Di Atas Puncak Gunung Datuk


Tahniah.. 18 survivor terakhir yang berjaya :D
Part paling tak best di Puncak Gunung Datuk huhuuu.. :P
Respect lak dik..  Kecik tapi stamina mengalahkan orang dewasa.. 

Antara penghuni di Puncak Gunung Datuk.. Comey Tomey :D

Balik tu kami sempat singgah makan di Restoran Anak Ghambau tak jauh dari Hutan Lipur Gunung Datuk di Kampung Chengkau.. Makanan sedap.. Aku amik Chendol Pulut & Kacang Merah dan makan ala rojak ntah apa ntah.. tapi memang sedap sebab dia letak Cucur Udang, Tempe dan Tauhu Goreng, tauge dan timun.. dengan kuah sambal yang menyelerakan.. Yang lain ada amik Mee Rebus, Nasi Ayam etc.. memang semua sedap la..


Restoran yang bersih, pemandangan yang indah dan makanan yang sedap..

Tapi bagi yang amik nasi ayam tu.. meh aku nak bagitau sket.. bila order nasi ayam harga yang tertera ADALAH TANPA TELUR GORENG.. tapi masa dapat Nasi Ayam tu akan ada Telur Goreng yang mana berharga RM 1.00.. Bila bayar dia akan kata ada telur goreng kan?? itu tambah RM 1.00.. Nasib bukan aku yang order.. if not.. hahahaaa.. pape pun nasi ayam dia memang sedap di mulut :D

Perjalanan pulang penuh dengan keletihan.. Nasib baik Abg Yahya yang drive kereta.. sebab kalau orang lain memang dah penat dan mengantuk huhuu.. Kami berhenti di R&R untuk menunaikan solat jama' magrib dan isya.. dan alhamdulillah kami selamat sampai ampang pada pukul 8.45 - 9.00 malam.. Sekian.. :D


102 comments:

  1. Mmg gayat woo part tangga besi tu! Akak penah daki berbelas tahun lalu. Masa tu takde bayaran..rnr. Tangga tu pun buruk je. Tengok gambar2 ni jadi rindu nak mendaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak pe memang gayat pun masa kat tangga tu sampai ada yang tak naik hahahaa..
      Huh berbelas tahun dulu.. macam mana la gaya nyer ek hahahaa,, oh bayaran pun tak ada yer.. Kalau rindu join la geng2 tau kelab mendaki ni.. byk aktiviti diorng nie :D

      Delete
  2. wah.. Bang Afif punya hobby baru rupanya, mendaki gunung. hobby yang bagus untuk kesehatan fisik, kesehatan jiwa juga...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hobi saya pada mana jua ativiti lasak sy amat gemari :D .. Mendaki ni pun best dapat isi masa lapang bila kita tak travel.. betul tu sihat tubuh badan dan fizikal :D

      Delete
  3. Pergh! Dah start mountain climbing dah abang Afif... ada can jumpa calon kat sini ni... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh abang abang la pulak hahahaa.. :D
      Baru jer start nak berjinak2 dgn gunung nie.. baru tawan Gunung Ledang dan Datuk jer..
      Calon??? aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...!!! insyallah doakan lah hehehee :D

      Delete
  4. mendaki gunung? konfem separuh jln ein daki.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila mendaki baru lah kita tahu takat mana stamina kita.. kalau tak larat pi la buat medical check up takut tak sihat hahahaa :D.. tak pe e'in kalau nak join perlahan2 la :D

      Delete
  5. Bukit saga pun best juga...tp tue trekking la...kt ampang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dah dengar member kata pasal bukit saga.. Alhamdulillah Broga dah lepas.. insyallah lepas ni bukit saga pulak :D

      Delete
    2. jom complete kan dragon backbone a.k.a 3 puncak bukit tabur (east, west & extreme)..xjauh ostat..melawati je..

      Delete
    3. Along : Setuju sangat.. suka dengan nama dragon backbone tu.. insyallah ok je tu.. anytime hahahaa :D

      Delete
  6. rasanya shell sg.besi tu mmg tmpt berkumpul kot..dulu saya pun berkumpul kt situ..hahaha. pd saya gunung datuk ni payah jugak nk daki sbb kena naik tangga bagai...tp bila smpai puncak tu puas hati. sampai puncak mkn nasi lauk ayam merah yg organizer dh sediakan, turun bawah pulak terus cari kedai cendol. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin la.. sebab masa tu ada geng Myvi pastu ada geng motor besar dok menunggu kat situ.. Alhamdulillah Datuk ni senang jugak tak macam Gunung Ledang.. still ok :D

      Betul tu sampai puncak tu memang puas la.. sy mmg simpan nsi lmak lauk kerang sbb nk mkn kat puncak tu hahaaa :D aah cari chedol kat sana pun terbaik :D

      Delete
  7. Assalamualaikum afif, bestnya.. seronok tengok orang naik gunung.. kagum dengan kecekalan korang. hehe singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Sheila Salim.. Alhamdulillah masih dikurniakan kekuatan untuk naik gunung di usia mcm nie kan :D thanks datang ke teratak ini :D

      Delete
    2. singgah menabung digi sini. heheheeee. teringin nak naik, tapi suami tak kasi. hehee

      Delete
    3. Terima kaish tapi kita belum ada tabung lagi la Sheila Salim..
      Tak apa dengar arahan suami itu lebih tinggi dari naik gunung :D

      Delete
  8. adik iols pun mmg dr study dulu mmg join panjat2 gunung ni
    smpailah bertemu jodoh ngan org yg hobi pun suka panjat2 gunung haha
    smpai iols ckp udah2lah tu panjat gunung..pi la kawin..pas kawin tu xnpk dah dia panjat gunung ekekeke cuma dia rajin masok marathon je :)

    lau bab2 masuk utan panjat gunung ni kan suka tgk pemandangan..mesti awesome kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ker.. itu lah kalau boleh nak cari yang sama minat ( travel, hiking, trekking etc ) hehehee.. boleh dapat tak agak nyer??

      Keindahan alam tu yang penting.. bila naik gunung ni best jer kan layan view :D

      Delete
  9. gayat plak tgk gmb atas batu tu..tp mesti seronok gilaa bila dh smpai puncak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang gayat tapi naik jer jangan fikir nanti nak turun macam mana hahahaa :D
      Insyallah lama2 hilang la perasaan gayat dan takut tu huhuuu :D

      Delete
  10. Best nya dapat naik gunung datuk..kalau ada kaki dan geng mmg best.akak pun pernah naik ke gunung datuk tu...tak nk kalah kan...ahaha...2 dua gunung je semapt terjah Datuk dan Ledang..pastu dh tak ada kwn kaki daki lagi huhhu..mood sedih..sbb minat gak aktiviti mcm ni wlpun kurang stamina sebenarnya

    Tahniah kerana berjaya sampai ke puncak..dh kira HEBAT lah tu...penat tau nk daki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah lagi2 orang macam saya kan baru nak berjinak2 dgn hiking ni :D
      Oh sama lah kita baru naik Datuk dengan Ledang.. harap lepas ni berterusan la tak berhenti smpia disini jer :D

      Kalau naik Tahan ker baru la hebat hahahaa :D

      Delete
  11. Nak adventure lg bukit tabur....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukit Tabur dah kene apply permit so macam malas sket la hahahaa.. tapi still huhuu..

      Delete
  12. rajinnya afif masak pagi-pagi, siap ada pari bakar lagi tu.. dah lama sangat akak tak mengikuti aktiviti hiking begini.. sekarang ni stamina pun dah takde kot.. hehe.. lepas ni misi seterusnya ke gunung mana pula afif?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene la rajin .. nanti sendiri jugak yang lapar kan kalau tak ada makanan nanti :D
      Biasa la buat aktiviti outdoor ni ada pasang surut nyer hehehee..
      Lepas ni insyallah Gunung Irau ..doakanl a yer :D

      Delete
  13. oohh... baru tahu gunung datuk ni kat rembau. tu la lepas panjat gunung...bila turun tu selera memang memanggil manggil nak makan kan. eh rajinnya buat ikan pari bakar...dasat orang lelaki zaman skang ni..serba boleh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeker baru tahu.. saya pun tahu sebab dah pergi kalau tak mau tak tahu hehehee.. :D
      memang la dah turun tu lapar ajer pertu ni hehehee.. itu lah jgn main2 dengan orang laki zaman skrng hahahaa .. full package :D

      Delete
    2. full package ! LOL! untung laaaa... :P

      Delete
    3. Susah nak dapat full package nie hehehe :D

      Delete
  14. Salam, ida dari msieda blogspot. datang sini sebab ade readers ida cakap awak pun naik gunung datuk. actully ida dgn team gunung ida pun baru je naik gunung datuk 15mac. awak naik 16mac kan? selang sehariii , kalau tak leh sekali harung hehehhee...

    pic korang yang bergmbar dgn tanda aras 600meter tu, actually team kami yang paku 15mac tu. heeee ~ jemput la ke blog ida, or maybe leh tinggalkan contact ke? sebab kami team gunung ni banyak aktviti gunung yang bakal diterjag tahun ni, mane tau nk join ke? hehehhee

    selamat berkenalan. follow blog awak! kbaii ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Hi Eida.. thanks for coming here.. readers bagitau?? perlu ke dia beritahu hahahaaa.. :D well thanks for coming here and drop a comment :D
      Saya pergi pun ikut orang jer.. oh ye ker.. tak sangka team korang yang pacak tanda aras tu.. lain kali besar la sket baru seronok nak bergambar..
      Ok akan tinggalkan contact .. bunyi dah seronok tu nak join huhuhuu :D k thanks follow..

      Delete
  15. nasik ayam dia x sedap langsung la ostat..laksa dia jugak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ker.. saya duduk sebelah Abg yahya dia kata sedap sampai berebut dengan kak min hahahaa.. ok laksa dia memang sedap huhuuu :D

      Delete
  16. (akak semput baca entry ini..)
    sambil picit bawah lengan sendiri..eh..apa nih? lemak? tidakkkkkkkkkk!!!
    *ok-komen sengal*
    teruskan usaha mencari teman sejati
    *kedengaran paluan kompang* dan roti jala serve hanya utk akak...
    kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semput..??? sebab tu kene panjat gunung buang gula, kurangkan Bp.. bagi stamina kuat hahaha :D ( dan buang lemak hahahaaa.. )
      Insyallah mana tahu jodoh di gunung kan ahakss.. insyallah ada palunan kompang ada la roti jala :D

      Delete
  17. Aku ada plan dengan member nak naik gunung ni, dari tahun 2011. Sampai ke sudah tak sampai2. Hahahaha. Tak silap ada tanda yg dikatakan tapak kaki Hang Tuah kat puncak tu. Betul ke?

    Lagi satu bro, "dan mengisi nama di borong"... ko nak borong apa? Hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanda tu mcm tak de tapi ramai la kata ada satu lopak air sebesar tapak kaki tu dikatakan bekas nyer Hang Tuah.. sejauh mana aku tak tahu la.. betul ke tidak biar la hehehe.. dan satu yang aku suka ko suka tegur typo aku alhamdulillah thanks a lot :D

      Delete
    2. Haha. Sebab aku baca bro! Peminat ni. Ewahh. heheh

      Delete
    3. Alooo.. ni yang aku bertambah syg rindu nak jumpa nie hahahaha :D
      btw i'm normal jangan risau hahahahaa :P

      Delete
  18. akak dah sampai sini dua kali.. syiok tak terkata rasanya.. gambar canitk belaka... akak dulu gi tak ambik gambarpun isyh dulukan mana der kamera digital c am sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ker.. apa boleh buat kan :D zaman berubah.. naik la lagi bawa video camera terus.. sementara ada kekuatan nak naik kan :D apa pun memang best naik Datuk ni santai jer :D

      Delete
  19. pergi mendaki bawak bekal gempak la afif ni. boleh la masakan bella ikan pari bakar !! ehehe
    teringgin nak mendaki, tapi xde geng. ahhaa. so, mendaki berguling kat tempat tido aje la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada la gempak mana pun biasa2 jer.. apa yang sempat kita masak kan.. :D
      Oh teringin ker .. next time jom la join.. best pergi group ramai2 ni.. tak kan nak mendaki guling atas katil jer.. kene prodaktif la sket hahaa :D

      Delete
    2. ye la,, next time afif kena bgthau la, baru boleh join. ahhaa. yela nak kuruskan badan kena rajin sikit =D

      Delete
    3. Insyallah kalau ada boleh jer nak bagitahu :D
      betul tu letak kan minda untuk kuruskan badan mesti jadi nyer hehehe :D

      Delete
  20. WOWW... kalo saya tobat menangis nak sampai atas.. huwaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada pun orang nangis nak sampai atas tu la :D
      biasa jer.. perlahan2 la naik sampai atas :D

      Delete
  21. pergh.. daki gunung datuk lak.. ni kena ada stamina kuat ni.. kalau teman agaknya dah tergolek bergolek macam buah nangka kot kalau panjat gunung.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti la tetiba ada minat baru.. tapi gunung2 biasa boleh la.. yang susah tu kene slow slow la huhuuu.. ish mana la ada sampai tergolek mcm buah nangka hahahaa.. :D

      Delete
  22. afif yang nan-nan kt blkg tu paham tak??hahaha lain kali dtg nismilan ni, buek la post bahaso sano...sodap sikit baco...kehkehkeh btw zaman skola dulu, tak gunung datuk, gunung angsi la femes di kalangan kami...tp rasanya angsi lg tinggi kot...so sy dh naik angsi, terusss tak pndg dah datukk...hehehe nasib laaaa masa tu kecik sikit dr skng, lepas la nak naik...now jangan harap lah!hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak DJ.. sampai sekarang tak faham hahahaa.. Saya ni cakap KL jer tahu Kak DJ oi.. loghat lain mana reti huhuuu.. oh Gunung Angsi ker? dekat2 jer kan.. insyallah kalau ada rezeki nak naik Gunung Angsi jugak..Sy bru nak start mesti la kene naik yang senang2 dulu hehee.. :D

      Delete
  23. seronoknya daki gunung..dpt pengalaman baru dpt juga kawan baru..kira gungung datuk ni tak tggi mana la..klu dekat boleh la join.sejak dh tua ni dh lama tak test stamina.haha

    kim salam abg yahya ye.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memag seronok mendaki gunung nie.. dapat kenal orang.. pengalaman :D
      Gunung Datuk ni untuk semua la.. tak susah mana pun.. insyallah yg tak biasa naik gunung pun boleh lepas.. kim salam Puan Kutu kenal ek? ok insyallah :D

      Delete
  24. aku yg baca pula rasa yg daki gunung tu..cantik betul view dia..
    tercabar dgn bdak kecil tu..mesti stamina mantap :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun sebab hujan je memanjang.. kalau tidak mesti lagi banyak gambar yang di ambil :D itu lah dak kecik tu ikut bapak dia.. tiap minggu naik gunung huhuuu :D

      Delete
    2. patutlah stamina hebat..ingat ke bdak tu minum akar kayu tadi :P

      Delete
    3. Mungkin jugak la dia minum akar kayu kan hahahaa :D

      Delete
  25. thanks sbb visit blog sy,eppy25.blogspot.com @ #beautyandthebeat. byak dh tmpat gi melancong. Best sungguh. Bertuahlah dapat melancong gi byk tempat. Insya-allah nanti sy melancong sluruh dunia jugk. btw,slmat maju jaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 salam kenal juga :D terima kasih mmbalas kunjungan.. alhamdllh ada lah sedikit tempat yg telah dilawati.. insyallah akan terus menerus di page ini :D

      Delete
  26. Cisss...makan rojak xhallo aku ni...xhadil ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kene tanya denga mereka yang lain la bro faiq.. aku hanya mengikut sahaja hahaaa.. takpe2 insyallah lepas turun gunung angsi nanti :D

      Delete
  27. part tangga kat batu tu yg nampak scary...mencabar fizikal..bestnya..ada pulak sungai, boleh bermandi-manda...

    description tang rojak pasembor/singapore tu menggamit perasaan..rasa nak JJCM ke Restoran Anak Ghambau di Kpg Chengkau kat Rembau...berapa byk 'au' daa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan nampak scary tapi memang scary sungguh hahahahaa... part sungai tu memang best kalau hiking boleh tinggalkan isteri dan anak2 mandi kat sungai dulu hehehe..

      Boleh jer buat JJCM di Negeri Sembilan.. Boleh tahan jugak makanan heaven di sana :D

      Delete
  28. Lamanya tak hiking!! Rindu Malaysia...huhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu Malaysia??? sila la buat list awal2 untuk hiking di semua gunung2 bila ada masa nanti hehehee :D

      Delete
    2. By that time, tak tahu ada stamina lagi ke tak.. Maklumlah makin tua...uhuk..uhuk... LOL

      Delete
    3. Insyallah jika ada kesihatan dikurniakan.. okay jer.. masa naik ledang that uncle was 63 years old.. so umur actually tak menghalang :D

      Delete
  29. macam best je. mcm nak follow je. tgk gambar kt atas batu tu memang sempooiii.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best.. kalau dah sekali ikut mesti rasa macam nak follow jer lagi hehehee..
      Sempoi selepas dah bersusah payah hahahaa.. tapi syukur alhamdulillah :D

      Delete
  30. Aduh lama gila tak mendaki, geng panjat semua tah mana - mana tah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh biasa la.. orang kadang2 tu ada pasang surut nyer :D
      Join la dengan geng O.A.C.. setiap bulan mesti ada trip naik gunung :D

      Delete
  31. salam...
    daki gunung lagi?besh nye g daki ramai2 kan..lg besh feeling bile da smpi puncak..^,^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      Aah naik gunung lagi..seronok kot naik gunung nie hehehee... Sampai puncak tu kan tujuan utama setiap kali naik gunung huhuuu :D

      Delete
  32. Hebat la bro kita sorang ni banyak orang comment dia nyer blog :P whahahaha

    *ikhlas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cehh ingat nak kata hebat sebab naik gunung hahahaa...
      Tak la mana ada ramai.. biasa jer la.. apa pun syukur pada Ilahi :D

      Delete
    2. ayat orang menang anugerah. hadiah ini utk peminat saya. wahahha

      Delete
    3. itulah.. kalau dia suh bagi ucapan mesti terkeluar ayat tu hahahaa :D

      Delete
  33. Bestnya... dah lama saya tinggalkan xtvt mendaki ni... last naik Gunung Kinabalu 2 tahun lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah .. Memang seronok buat aktiviti luar macam nie..
      Oh dah naik Gunung Kinabalu ker.. impia jugak tu nak naik .. insyallah satu hari nanti :D

      Delete
  34. Bestnya tengok pemandangan dari atas tu..
    tapi MJ ni gayat sket, konpem ketaq lutut kalau berdiri tempat tinggi gitu :)

    Part jatuh tepelocok tu takpa, yg penting sampai juga ke puncak ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah itu la best nyer bila naik gunung nie.. melihat keindahan alam :D
      Saya pun gayat Kak Myra Jay.. tapi gagah jugak nak smpai puncak tu huhuuuu..
      Betul tu setuju.. asalkan sampai dan selamat kan.. itu yang penting.. :D

      Delete
  35. pemandangannya indah bangett,.. ajippp lah :D, kapn2 boleh tuh jalan2 kesitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya.. memang begitu pandangan nya.. indah sekali bila kita berada di atas gunung :D

      Delete
  36. Bestnya tgk org naik gunung. Teringin nk cuba tp xde kwan yg minat mendaki. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmm.. kalau betul nak join.. hantar la email di afif_4ht@hotmail.com..
      If ada pape trip boleh saya ajak pergi beramai2.. :D

      Delete
  37. Rasa rasanya OKje boleh menawan puncak tak TT hehe....belum sampai suku perjalanan dah sakit lutut haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah boleh jer.. lagi2 macam Gunung Datuk nie.. best sebab tak susah dan naik pun santai jer :D mampu sampai atas tau la kita sihat takat mana :D

      Delete
  38. sempat pulak buat pari bakar. hihi..
    best je bila tengok orang daki gunung/bukit.. Tapi Ros tak minat sangat aktiviti macam ni.. pancit.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah itu nama nyer rezeki.. buat lah bila ia ada di depan mata..
      Tak minat tak apa.. bukan wajib pun but if buat aktiviti mcm ni.. at least kita tahu tahap kesihatan dan stamina kita tahap mana :D heheheee..

      Delete
  39. bestnya daki gunung..masuk hutan semua tu..dah lama x masuk hutan..last masa form 4.kem tingkatan 4..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mendaki gunung memang best sesangat kot hahaaa.. nanti kalau nk join bgtau la.. mana tau cik aya ada masa lapang nk ikut kan :D

      Delete
  40. bila ada daki lagi? rasa nak join

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu ni 19 April 2014 ada trip ke Gunung Nuang
      20 April 2014 trip ke Gunung Angsi.. Cuba search O.A.C ada banyak event dari mereka :D

      Delete
  41. Ada jumpa Puteri Gunung Datok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau naik Gunung Ledang tanya macam tu tak apa lah jugak hahahaaa :D
      Ini gunung datuk jangan buat main hehehee.. ( xde pun :P )

      Delete
  42. Tqvm...nak naik Gunung Datuk januari 2015....tak suka tangga besi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. part tangga tu memang gerun sket jaga2 lah... :D

      Delete
  43. salam..perlu guider tak nak naik gng datuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. Gunung Datuk tak perlu guide.. trek senang sangat :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...