Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Usia blog ini sudah pun memasuki tahun yang ke 13. Namun hanya pada hari ini entry ke 300 berjaya ditulis. Samada satu pencapaian yang baik atau satu perkara yang perlu diperbaiki dan perlu lebih berusaha dan lebih kegigihan lagi.
Namun perkataan syukur tetap ada di sini. Untuk blog yang suam sejuk ini nak cecah 300 entry pada mulanya nampak mustahil. Untuk mengekalkan 85-90% semua entry berkenaan travel semata-mata memang satu perkara yang tak mudah.
![]() |
| Jom la celebrate 300 Entry di blog ini di Mohd Chan Restaurant bersama family. |
![]() |
| Dinner at Mohd Chan Branch Sungai Buloh. Tenang tak ramai orang macam di Ampang. |
Apa pun ini aku ambil sebagai satu anjakan paradigma untuk terus berjaya dalam bidang penulisan walau hanya di blog. Dan somehow aku memang suka menulis. Dari kecil menulis dairi dan kemudian bertukar ke arah blog.
Insyallah akan terus menulis perkongsian mengembara ke mana jua aku jejakan kaki di atas muka bumi ini selagi mana diberi keizinan dan juga kesihatan dari Ilahi. Bila orang baca dan berikan comment bertambah semangat nak menulis lagi.
Dan baru-baru ini tahniah buat Uncle Dedek kerana dapat anugerah dari Malaysia Book Of Record sebab posting selfie setiap hari selama 16 tahun di blog beliau. Nampak tak bila sesuatu perkara yang baik itu istiqomah dibuat pasti akan ada hasilnya.
Update of My Self April 2025
Setakat sekarang ada beberapa rancangan untuk travel tapi belum ada apa-apa tindakan memburu tiket promo lagi. Sebab kadang-kadang nak beli satu tiket tapi terbeli sekali tiket ke tempat lain yang tidak dirancang hahaha. Sebab terpengaruh dengan harga promo yang tak masuk akal.
Tengoklah September nanti macam ada orang ajak nak pergi Timor Laste. 😅
![]() |
| Stock Beryl's kat rumah dah habis. Moh la kita pi beli sikit buat stock. |
![]() |
| Dah sampai sini kita lepak la cafe dia sekejap. |
![]() |
| Hanjuku Cheese Cake 🍰 - Hazelnut Latte coffee ☕ - Ice Chocolate 🍫 |
Hari-hari yang berlalu dalam hidup sama sahaja. Pergi kerja balik kerja. Hantar anak-anak pergi sekolah dan pick up bila mereka balik sekolah. Memasak setiap hari adalah satu kemestian. Dan ianya berulang benda dan perkara yang sama setiap minggu. Makanya mengembara adalah satu kemestian tatkala masih kuat untuk merayau dengan kaki.
![]() |
| Makin banyak peralatan pra sejarah yang dipamerkan di sini. Menarik sungguh. |
![]() |
| Antara buah koko yang tumbuh di pokok-pokok koko sekitar Beryl's. |
Ada orang tanya tak takut ke duit habis sebab suka sangat travel. Bagi aku mudah. Kita travel ikut kemampuan kalau kita boleh jadikan ia murah kenapa tidak. Dan somehow bagi aku duit boleh dicari tapi masa dan kesihatan serta kekuatan diri ini berlalu tanpa kita sedar. Jika ia berbaloi dan tidak menyusahkan buatlah selagi ia memberikan kita impak positive.
Full Kisah Pengembaraan Di KazakhstanPart 1 : Berbuka Selepas 17 Jam Dalam 10 Jam Flight Dari KUL
Part 2 : Almaty Arbat Apartment - Best Location & Friendly Owner
Part 3 : Ascension Cathedral - 28 Panfilov Guardsmen Park (Memorial Of Glory)
Part 4 : Music Instrument Museum & Military History Museum - Panfilov Park
Part 5 : Salam Bro Restaurant & Arbat G Almaty Street Mall - TSUM
Part 6 : Almaty Metro Station - Raiymbek Batyr Monument
Part 7 : Almaty Central Mosque & Green Bazar At Puhskin Street
Part 8 : Visit Kok Tobe Hill - A Family Amusement Park
Part 9 : Visit Al-Hamid Mosque & Taraweh At Baiken Mosque
Part10 : Astana Square - Yubileynyy Supermarket - Final Moment
Boleh tekan link di atas yer untuk baca setiap entry berkenaan Kazakhstan. Yang dah baca sila comment. Jangan diam tau hahaha.. Okay lah Salam 25 Syawal 1446 Hijrah untuk semua sahabat dan pembaca di blog ini. 😎






