Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Ketika sedang duduk santai di area Victoria Peak ini sambil melayan pemandangan yang indah dalam cuaca yang sejuk. Tiba-tiba dapat WhatsApp dari wife "Sesi conference habis awal sebelum pukul 1.00 pm.. Boleh la lunch awal.." Aku pun "iya laa.. confirm la betul-betul dulu.." Dalam hati "Pasal awak la saya merayau jauh pagi ini.." hahaha 😅.
 |
| Pemandangan 360 degree dari atas 428 Sky Terrace - The Peak Tower. |
 |
| Layan last moment sebelum turun. Moga ada pelaung untuk kembali ke sini lagi. |
Aku pun mula melangkah ke tram station untuk turun semula ke bawah. Waktu ketika ini menunjukkan lebih kurang pukul 11.30 pagi. Tak perlu beratur panjang sebab tak ramai orang yang nak balik dari Victoria Peak ketika ini. Tapi orang yang datang semakin ramai dan memenuhi setiap sudut di atas seluruh kawasan peak ini.
 |
Menuju pulang ke The Peak Tram Station di bawah bukit. Masa turun ni kita duduk bahagian belakang pulak. Tadi masa naik duduk depan. |
Kalau aku prepare awal nak ke sini dan tak kejar masa, mesti boleh datang dengan santai dan tenang. Teringin juga nak berjalan turun tanpa menaiki tram, boleh layan view di sepanjang jalan menurun bukit (via Old Peak Road or the Green Trail). Harap-harap ada la peluang lagi selepas ini untuk hadir bersama itinerary yang lengkap.
 |
Terdapat sebuah gereja yang bersejarah ketika berjalan ke Central Station. St John Cathedral yang telah siap dibina dan dibuka kepada orang ramai pada 1849. |
 |
| Jom kita berjalan 700 meter dari The Peak Tram Station menuju ke Central MTR Station. |
Turun di tram station, aku terus bejalan 700 meter menuju ke MTR Central Station (the nearest). Nak berjalan semula ke Wan Chai memang tak larat dah time ni. Perjalanan melepasi 3 MTR Station mengambil masa 10 minit sahaja dan aku pun sampai di MTR Wan Chai Station. Keluar sahaja dari exit terlihat wife dah pun berdiri menunggu aku di satu sudut.
 |
| Berjalan menurun bukit memang tak terasa jauh. Know2 dah sampai entrance Central Station. |
 |
| Di Central MTR Station ada menjual halal food di Saffron Persian Cuisine. |
 |
| Beef Stew, Kebab, shawarma, Mandi Rice tapi harga memang kayangan. |
Terus wife tarik tangan dan beritahu "Kena gerak cepat sebab kalau conference dah habis nanti, semua orang pasti akan pergi lunch di Masjid Ammar..". Maka kami pun berjalan 700 meter dari MTR Station ke Masjid Ammar. Oh ya di Hong Kong kita tak boleh lintas jalan sesuka hati. Hanya melintas di zebra cross line atau ketika lampu pejalan kaki berwarna hijau.
 |
Berjalan kaki menuju ke Masjid Ammar & Islam Centre Canteen.
|
Jika kantoi dengan polis trafik ketika melintas jalan tak ikut law di sini. Anda akan diberikan saman on the spot up to HKD2,000.00 maksimum. Dan jika tak bayar saman, anda akan sangkut di immigration airport ketika ingin pulang nanti.
Hanya selepas saman dibayar atau dijelaskan habis barulah anda akan dilepaskan untuk menaiki penerbangan pulang. Itu apa yang diberitahu oleh orang di sana. Ada yang pernah kena ke? cer share sikit di ruangan comment di bawah.
 |
| Ramai yang datang ke sini untuk makan di Islamic Centre Canteen. |
Ketika berjalan ke Masjid Ammar aku hanya ikut wife sahaja sebab dia dah 2-3 kali makan di sini sepanjang conference ini. First time aku tengok wife tahu selok belok jalan di negara orang hahaha.. Dan tak lama selepas itu kami pun sampai di hadapan Masjid Ammar dan tempat makan halal berada di di tingkat 5 - Islamic Centre Canteen.
 |
| Lift rosak waktu ni maka naiklah tangga ke tingkat 5. |
 |
| Macam mana boleh ada bahasa melayu di sini. |
Di sini antara signature adalah pelbagai pilihan dimsum dan hidangan mee atau kuew teow. Makanan nasi putih berserta berlauk cukup famous untuk pelanggan dari tanah melayu. Menu tak lari banyak dari di mana-mana Chinese restaurant di Malaysia. Cuma sistem dan service order di sini agak haywire sedikit especially datang waktu peak hour.
Untuk kesedapan makanan aku bagi 8.5/10. Alhamdulillah sedap tapi cuma harganya teramat mahal ya amat. Untuk aku yang travel budget ngam-ngam ni cukuplah makan sekali di sini sekadar merasa dan sekadar nak bercerita dengan pembaca di sini 😅. Aku dengan wife spend more then HKD240.00 for our lunch but we do take away our left over food.
The Islamic Centre Canteen terletak di tingkat 5 dan ada lift disediakan. Dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 8.00 malam. Beralamat di 5/F, Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Hong Kong. Disebabkan ia berada dalam masjid maka pakaian yang sopan amatlah dititik beratkan untuk masuk ke dalam.
Menu Dimsum yang popular kebiasaanya habis sebelum 3.00 petang. Bayaran secara tunai dan bil lebih HKD200.00 boleh menggunakan credit card. Tapi wife kata masa dia makan seorang diri tak sampai HKD200.00 boleh juga bayar guna kad.
Oleh kerana waktu kami sampai di sini sedang berada di tengah waktu lunch hour yang sangat sibuk. Kami diberi tempat duduk di meja empat segi bersama sepasang suami isteri yang sangat ramah juga dari Malaysia. Tak banyak yang sempat kami berborak sebab masing-masing sibuk menghadap makanan dan aku time ni memang teramatlah lapar huhuu.
Selesai makan kami pun bergerak ke arah luar masjid dan wife kata nak pergi jalan-jalan area Tsim Sha Tsui. Okay faham lah aku kena paksa rela jadi tour guide dia hahaa.. Maka kami pun naik tram menuju ke Wan Chai Ferry Terminal - tempat yang aku datang pagi tadi. Memang kalau nak mudah dan cepat kena naik feri dari naik train.
Ketika ini jam dah pun menunjukan hampir pukul 3.30 petang. Perjalanan feri mengambil masa 10 minit ketika ini sebab dah mula peak hour. Wife pulak dah mula pening ketika feri mula bergerak sebab memang mabuk laut. Terus dia cakap lepas ni naik train biar jauh dan lambat tapi tak pening 😅.
Sampai di Tsim Sha Tsui Ferry Terminal kami mengambil bas nombor 6 menuju ke Temple Street Night Market perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 mini dalam keadaan trafik jem. Boleh juga naik bas nombor 2 dan 7. Bas akan ada setiap 5 minit di hadapan terminal. Di Hong Kong kalau nak naik bas memang tak perlu risau. Insyallah mudah sangat.
Temple Street Night Market ini adalah salah satu tourist attraction. Lebih kurang sama macam di Petaling Street Kuala Lumpur juga. Dari pakaian sehingga makanan ada dijual di sini. Namun agak menarik untuk berjalan-jalan di sini.
Lagi-lagi terdapat beberapa stall peniaga yang menjual makanan halal. Dan dari apa yang penjual makanan seafood bakar di sini kata, kita boleh makan sebab tiada bahan seperti alkohol atau yang tidak halal, hanya menggunakan rempah ratus sahaja especially Sichuan Pepper. By the way kena cuba sotong bakar dan tiram bakar di sini 😉.
Bersambung Hong Kong & Macau Part 15 : (Under Construction)