Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.
Setelah check out dari D'Rombang Baraqah Homestay di Pantai Puteri, Melaka. Kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur menggunakan jalan persisiran pantai. Perjalanan agak jauh dan panjang tapi amat berbaloi. Kami singgah di Teluk Bidara dan kemudiaan Pengkalan Balak dan terus ke Port Dickson.
 |
Kubu Pertahanan Belanda - Kota Bukit Supai, Kuala Linggi, Melaka |
Sekadar mencari pengalaman baru kalau tak try jalan persisiran pantai sekarang ntah bila lagi akan ke sini. Pada kebiasaannya kalau ikut jalan dalam area kampung-kampung ni kita akan berjumpa tempat-tempat menarik atau tempat makan yang sedap-sedap. Sebab tu kalau ada peluang dan masa yang banyak aku akan prefer ikut jalan kampung.
 |
Kalau bawa laju memang tak perasan Gerai Warisan KU-INI Kueh Bakar. |
 |
Masa ni aku nak Kuih Bakar Labu dah la tinggal satu jer tapi wife nak Pandan. Sebelum bergaduh aku pilih Kuih Bakar Pandan hahaha. |
Sebelum kami sampai ke Kota Supai dalam beberapa kilometer, terlihat satu gerai di tepi jalan menjual Kuih Bakar. Dan nampak banyak kereta berhenti dalam hati pun berkata "Mesti sedap ni". Kami pun singgah dan selepas ditanya. Terdapat dua jenis iaitu Kuih Bakar Pandan dan Kuih Bakar Labu.
Kami pilih Pandan (actually bukan kami tapi wife aku). Walau aku nak Kueh Bakar Labu terpaksa la dengar cakap orang perempuan. Sebab nak beli dua takut tak habis membazir pulak. Okay rasa dia sedap dengan kulit crispy di luar cuma ia kurang manis. Bagus la untuk kesihatan :D
 |
Jom kita ke Kota Supai. Seronok The Kids jalan-jalan atas air ni :D |
 |
Merentasi laluan terapung sehingga sampai ke entrance Kota Bukit Supai. |
 |
Mula-mula sampai kami langsung tak tahu tempat apa ini. |
Dan dari Pengkalan Balak ke Port Dickson kami terjumpa satu tempat yang amat menarik di Kuala Linggi, Melaka. Iaitu Kota Bukit Supai. Asalnya masa ni ternampak dari jauh seolah-olah satu jambatan yang amat panjang menuju ke tengah laut. Maka terdetik dalam hati "Eh apa tu, Jom tengok".
 |
Sebahagian besar kota pertahanan ini telah hancur. Hanya kurang 20% yang tinggal. |
Info Sejarah Kota Pertahanan Belanda - Kota Bukit Supai
Kedudukan kota ini terletak di kawasan tebing tinggi di sebelah kanan muara Sungai Linggi di pantai Selat Melaka. Juga dikenali sebagai Kota Kuala Linggi. Ianya juga dikenali sebagai Kota Bukit Supai kerana setelah kota ini siap dibina, pihak Belanda telah menempatkan sepasukan tentera upahan yang dipanggil Sipoi (Supai).
Selain itu kota ini turut disebut sebagai Kota Meriam Patah kerana di lokasi ini turut telah ditemukan beberapa meriam yang telah patah setelah kota ini tidak lagi digunakan. Kota ini juga turut dikenali sebagai Kota Filipina sempena mengambil nama anak perempuan Gabenor pada ketika itu.
 |
Kawasan lapang di atas bukit adalah kubu pertahanan tentera Belanda suatu ketika dahulu. |
Seperti yang sedia maklum kota ini turut ditempatkan sepasukan askar untuk meninjau sebarang pergerakan di laut Selat Melaka dan sebagai kubu pertahanan serangan musuh-musuh Belanda.
Disamping itu kota ini juga berperanan memungut cukai hasil bijih timah yang dibawa keluar dari pedalaman Rembau dan Linggi. Selepas Belanda tidak lagi memerintah Melaka kota ini telah ditinggalkan dan bangunan-bangunannya terbiar runtuh. - Sumber Jabatan Muzium Malaysia.
 |
Berjalan keluar dari Kota Bukit Supai menghala ke sebuah restoran terapung di sini. |
Restoran Ikan Bakar Terapung Fort Supai
Laluan ke Kota Supai dibina di atas air dan ia akan melintas sebuah restoran terapung di sini. Memang pandai marketing oleh kerajaan Negeri Melaka. Buat tempat attraction macam ni di tempat bersejarah memang akan ramai orang yang akan menyinggah.
Ketika kami sampai di waktu petang, restoran ini baru sahaja dibuka dan kelihatan para perkerja sedang sibuk mempersiapkan perniagaan pada saat ini. So kami decide akan ke Kota Supai terlebih dahulu dan kemudian duduk di restoran ini. Tengok lah nanti apa yang sedap dan harga dia macam mana :P
 |
Para pekerja sedang sibuk mempersiapkan pembukaan restoran. |
 |
Terdapat tempat duduk dibahagian luar. Kalau malam mesti best ni :D |
 |
Nak duduk di bahagian dalam tertutup pun boleh. Bukan aircond yer kipas dan tingkap sahaja. |
Lepas bertanya dengan seorang dua pekerja barulah kami tahu ini adalah sebuah restoran seafood dan masakan panas. Kalau nak makan seafood boleh masuk ke dalam dan memilih seafood antaranya pelbagai jenis ikan laut, ketam, sotong, udang, kerang, pepahat dan paling best aku nampak Belangkas.
Tak pernah makan Belangkas tapi memang teringin nak makan sejak dari dulu lagi. Tapi bila tanya harga sekor siap masak adalah RM40.00 maka aku kata "saya fikir dulu" hahahaa.. Than aku pergi semula ke wife yang duduk di meja luar tanya nak makan apa sebab kita baru makan je tadi, perut pun kenyang lagi.
 |
Pelbagai jenis ikan ada antaranya Jenahak, Siakap, Sebelah dan Talapia Merah. |
 |
Nak try Belangkas tu tapi mahal sangat la pulak. |
Dan kami decide nak makan kunyah-kunyah sambil order air sahaja sebab kepenatan naik ke Kota Supai tadi. So aku beli kerang bakar 500 gram RM17.50 dengan otak-otak 15 batang RM15.00. Dan order air Lai Chi Kang, Teh o Ais Limau dan Kopi Ais. Total semua RM48.00. Tiba-tiba aku rasa kenapa macam T20 ni hahaa.. :P
 |
Kerang bakar 500 gram RM17.50. |
 |
Otak-Otak sebatang RM1.00 |
 |
Minum petang sekejap hilangkan penat naik Kota Supai tadi :D |
Memang cantik pemandangan dari sini di waktu petang. Keadaan tidaklah panas dan sekali sekali di pukul manja oleh angin laut. Dan ketika kami sedang minum kelihtan orang ramai mula memenuhi ruang tempat duduk di bahagian terbuka ini dan ada juga yang memilih untuk di dalam.
Insyallah next time ada rezeki berkunjung lagi ke sini boleh la try makan pulak. Nampak sedap jer orang lain order siakap 3 rasa dan yang kat sana siakap stim. Nampak meja sana sotong goreng tepung dengan ketam masak telur masin pulak aishhh..!!! Hahahaa :P
 |
Air ketika ini baru nak pasang. Kelihatan orang tempatan menjala ikan di sini. |
Di sini dibenarkan untuk memancing yer tapi bukan dalam bahagian restoran. So boleh mancing dari bahagian jambatan titi tu. Nampak ada dua tiga pelanggan yang datang ke sini siapa bawa joran untuk makan dan memancing sekali. Tapi selepas restoran tutup pukul 12.00 malam boleh la memancing di bahagian restoran ini.
Dan waktu ini ternampak orang-orang kampung tempatan sedang sibuk menjala Ikan Belanak. Nampak pakcik dalam gambar ni penuh jugak sebaldi dia dapat. Alhamdulillah rezeki sungguh. Anak -anak aku pulak yang excited bila tengok dia dapat ikan :D
 |
Jambatan Kuala Linggi sempadan yang memisahkan Melaka dan Negeri Sembilan. |
Dalam pukul 6.15 petang kami bergerak keluar dari Restoran Ikan Bakar Terapung Fort Supai dan meneruskan perjalanan melewati Jambatan Kuala Linggi. Di muara inilah pada suatau ketika dahulu adalah antara pintu utama kapal-kapal pedagang berlayar keluar masuk terutamanya bagi membawa biji timah. Dan kerana itu juga beberapa kali peperangan terjadi bagi merebut kekuasaan terhadap muara ini.