Friday 28 June 2024

Umrah Mantop Travel Part 16 : Saqifah Bani Saidah & Last Moment In Madinah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Umrah Mantop Travel Part 15 : Ratio Coffee - Quba Walkway Park - Masjid Bilal Bin Rabah

At last sampai juga ke penghujung kisah pengembaraan di tanah suci bersama Mantop Travel Agent ni. Alhamdulillah kesemuanya 16 entry aku berjaya tulis dari dimulai Kota Thoif kemudian Kota Mekah dan terakhir Kota Madinah Munawwarah. Dan kami berkesempatan singgah menziarahi Pekan Badar dan Jabal Malaikah dalam perjalanan ke Madinah.

Sesi tazkirah terakhir oleh Ust Atif kepada jemaah di Souq Suwaiqah.
Untuk hari terakhir ni mutawwif kami Ust Atif membawa kami berjalan ke bebarapa lagi tempat bersejarah antara kawasan pasar lama yang wujud sejak zaman Rasulullah lagi ia dikenali sebagai Souq Suwaiqah. Yang mana kisah famous kita selalu dengar bahawa Rasulullah saw dan Aisyah ra lumba lari. Namun baru-baru ini tapak pasar ini telah diratakan dan menjadi sebahagian dari Masjid Nabawi. 

Menziarahi tapak-tapak bersejarah di sekitar Masjid Nabawi.
Inilah tapak Pasar bersejarah yang dikenali sebagai Souq Suwaiqah.
Bersebelahan dengan kawasan lapang yang dulunya pasar ini adalah satu lagi tempat bersejarah iaitu Saqifah Bani Sa'idah. Bagi yang belum tahu jom kita refresh sedikit apa yang berlaku di sini. Pada ketika wafatnya Rasulullah telah berlakunya perdebatan di antara para sahabat untuk melantik siapakan yang sepatutnya menjadi Khalifah iaitu pemimpin umat islam selepas ketiadaanya Rasulullah.

Inilah Taman Saqifah Bani Saidah tempat di mana Khalifah Islam pertama dilantik.
Para Sahabat Ansar telah melantik Saad Bin Ubadah ra dengan berhujah antaranya Kaum Ansar telah banyak membantu Rasulullah dan juga Kaum Muhajirin. Dan Kaum Muhajirin juga berhujah mereka lebih lama dan terlebih dahulu dalam membantu Rasulullah. Dan Baginda juga seorang Muhajirin dan telah melantik Abu Bakar As Siddiq ra mengimamkan solat ketika Baginda disaat keuzurannya.

Ok ini aku share gambar pada tahun 2018 dahulu. Masih dibuka kepada orang ramai.
Masa ini pergi sekali dengan family. Dan masa ni best musim sejuk di Madinah (2018)
Ada juga di kalangan Ahlul Bait iaitu ahli keluarga Rasulullah berpendapat bahawa yang paling berhak itu adalah Muhajirin dan Ahlul Bait itu sendiri. Akhirnya selama 3 hari kemudian semua para sahabat sepakat sebulat suara mencolankan Abu Bakar As Siddiq ra sebagai Khalifah dan Umar Al Khattab ra adalah orang pertama yang membai'ah kepada beliau dan Zaid Bin Tsabit ra memulakan bai'ah dari Kaum Ansar.

Taman ini dihiasi dengn kolam air, pokok pokok kurma dan pokok bunga (2018).
Pada masa ni semua mutawwif akan bawa masuk ke taman ini dan berikan penerangan sejarah mengenainya. Masa ni terjumpa group yang dipimpin oleh Sdr Syamsul Ghau Ghau.
Peristiwa ini berlaku pada Hari Isnin 14 Rabi'ulawwal Tahun 11 Hijrah bersamaan 11 Jun Tahun 632 Masehi. Selepas 3 hari lamanya perdebatan dan hujah yang diberi oleh semua yang hadir di Saqifah Bani Saidah. Sekarang kawasan adalah sebuah taman yang dihiasi pokok-pokok dan kolam air. Namun sedihnya pada trip kali ini. Tidak lagi dibenarkan pengunjung masuk ke dalam. Ketika trip 2018 tempat ini masih dibuka untuk para pengunjung.

Kami telah diarahkan oleh Ustaz Atif untuk menunaikan Solat Sunat Wada dan kemudian menziarahi Maqam Rasulullah saw dengan memberi salam perpisahan. Boleh dibuat diantara selepas zohor sehingga maghrib nanti. Sebab bas akan bertolak ke airport tepat selepas solat maghrib. Dan Ust Atif meminta untuk semua jemaah meletakkan beg di lobi sebelum maghrib dan menyerahkan kunci bilik di kaunter.

Mutawwif kami Ust Atif seorang yang tidak pernah jemu berkongsi ilmu dengan jemaah.
Alhamduillah kami sentiasa khusyuk dengan apa jua yang disampaikan oleh Ust Atif. 
Masa ni rasa sayu sangat mungkin juga aku rasa untuk datang menziarahi Maqam Rasulullah sekali lagi selepas ini entah bila. Namun aku tetap berdoa semoga diberikan rezeki lagi untuk datang sekali lagi di sini. Kali pertama pun 6 tahun lepas bersama keluarga dan ketika ini boleh dikatakan banyak keadaan persekitaran telah banyak berubah.

Orang berpusu-pusu memasuki ruang laluan yang melintasi di hadapan Raudah.
Memberi Salam Perpisahan sebelum meninggalkan Madinah Munawwarah.
Kami telah menunaikan Solat Jama sebelum berangkat ke airport kerana kami hanya berada di Madinah selama 4 hari 5 malam sahaja. Cuma kali ini agak teruja sebab kami dibawa ke Airport Madinah dan bukannya terus ke Airport Jeddah. Dari Airport Madinah kami akan transit di Jeddah selama beberapa jam sebelum connecting flight ke Kuala Lumpur.

Sebab perjalanan ke Jeddah lebih dekat dari Mekah berbanding Madinah yang jauhnya lebih 4-5 jam perjalanan dengan jarak hampir 400 km ke Jeddah. Pada first time trip umrah 2018 dulu aku menziarahi Madinah dan kemudian barulah Mekah. Dan pada aku adalah lebih baik atau beruntung jika ke Mekah sebelum ke Madinah.

Sampai di Airport Madinah selepas 30 minit perjalanan dari Bandar Madinah.
Prince Muhammed Bin Abdulaziz International Airport (Madinah).
Ketika ini umrah boleh dilakukan dengan Tourist Visa yang mana Mutawwif boleh bawa ke mana sahaja terlebih dahulu sebelum ke Mekah. Dengan itu jemaah tak perlu lagi memakai ihram sebelum menaiki pesawat atau ketika di dalam pesawat. Seperti kami yang menziarahi Thoif dan memakai ihram di Masjid Qarnul Manazil. Sebab once kita berada dalam ihram agak banyak pantang larangnya.

Kami dibenarkan keluar dari airport sebab ada minimum masa 4 jam transit.
Transit di Airport Jeddah selama 4 jam. Sempat la aku dengan Abg Yan keluar sekejap dari Airport. Dulu masa transit KL - Jeddah - Morocco airport ni kecil ya amat.
Airport Jeddah langsung tak sama seperti tahun 2016 - 2020 yang dulu.
Jika anda dari Madinah maka anda akan berihram di Masjid Zul Hulaifah yang hanya 9 km dari Madinah dan kemudian akan berada di dalam ihram sepanjang perjalanan ke Mekah sejauh 430 km yang akan mengambil masa lebih 7 jam pada pengalaman aku yang lepas. Dengan jalan jem yang teruk sebelum masuk Mekah. Maka bagi aku kalau boleh pergi Mekah terlebih dahulu sebelum ke Madinah.

First time umrah dulu naik Airasia sekarang naik Saudi Airlines. Jauh bezanya :D
Alhamdulillah safely arrived at Kuala Lumpur International Airport. Thanks to all the staff :D
Pada saat entry terakhir ini ditulis aku mendapat tahu bahawa salah seorang jemaah kami telah pun meninggal dunia. Beliau yang berkerusi roda sepanjang masa di tanah suci telah dibantu oleh anak lelaki beliau yang tidak pernah mengeluh membawa ayahnya ketika tawaf, saie dan naik turun bas sepanjang ziarah. Semoga syurga untuk beliau dan anaknya juga. Al-Fatihah. The End.

Wednesday 26 June 2024

Jiran Kiriman Neraka Jahanam Yang Menyakitkan Hati

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Tajuk entry ni tiba-tiba lari dunia kisah mengembara di seluruh dunia kan? Ntah tiba-tiba rasa macam nak meluahkan di sini. Mungkin nanti comment-comment dari pembaca dan rakan blogger sedikit sebanyak boleh menceriakan aku yang tengah stress tahap gaban dengan sikap seorang jiran ni. 

Lama rasanya menyewa sebelum diberi rezeki untuk membeli rumah sendiri. Dari seawal perkahwinan menyewa sehinggalah anak dah 3 barulah dapat beli rumah. 7 tahun lebih lamanya menyewa. Walau menyewa di bangunan flat dan berjiranan ramai dengan Pakistan, Myanmar, Nepal dan Bangladesh namun terasa keharmonian ketika duduk di situ sebab itu aku boleh bertahan sehingga 7 tahun lebih tinggal di flat lama aku.

Selalu bagi anak-anak aku gula-gula atau coklat setiap kali bertembung dengan mereka di kedai runcit bawah rumah. Masa bulan puasa boleh kata dalam seminggu tu ada jer beberapa kali mereka ketuk pintu bagi juadah berbuka masakkan cara mereka. Sebab tu aku aku amat selesa. Dan mereka ini jugalah memenuhkan ruang solat di surau bawah rumah.

Masa aku inform nak pindah dari flat, mereka siap buat makan-makan di surau dan mereka jugalah yang banyak menolong aku angkat barang nak pindah. Lori pun merek tolong uruskan. Boleh kata aku hanya jaga anak-anak sahaja ketika nak pindah. Well every new place akan wujud new environment but aku tak expect la sampai dapat jiran dari neraka ni.

Kawasan perumahan apartment baru dari developer. Dari 8 rumah dalam satu floor semuanya baik kecuali satu rumah ni. The problem is bila kau beli rumah selepas retired dengan harapan nak tenang, tak nak ada orang bising bagai. Tapi fact kau berjiran dengan 6 buah rumah yang ada anak kecil termasuk aku. Dan lebih teruk pada mulanya depan kita cakap elok bahasa dan akhlaknya. Tapi dibelakang dialah yang suka complain semua jiran-jiran dia (7 rumah yang lain) pada management.

Budak-budak bermain kat koridor tu aku rasa biasalah waktu petang atau weekend dan bukannya pukul 1-2 pagi waktu tengah gelap gelita. Setiap masa nak complain pada Management Office (MO) ada orang bising, Ada orang letak selipar luar pintu, tak letak dalam rumah. Anak bongsu aku umur setahun lebih terjatuhkan botol susu dan susu terpericik sikit atas lantai koridor. Boleh dia amik gambar post dalam group whatsapp bagitau "This kind of people have no attitude of understanding living in community". Kau rasa?

Jiran aku bawa keluar basikal dan letak depan pintu rumah dia sekejap dan masuk balik sebab uruskan anak pulak sebelum nak bawa main di tingkat 5 (area playground and swimming pool). Benda yang tak sampai 5 minit tu dia boleh amik gambar complain dalam group "Ini bukan level rumah flat nak letak basikal sesuka hati depan rumah please have manner". 

Mungkin kau hidup as retired banker di Maybank dulu. Dan anak pun ada seorang perempuan tu jer. Itu pun dah besar dan bekerja. Dulu mungkin hidup kau senang tak pernah rasa apa itu erti susah atau hidup di kampung yang harmoni dengan tanaman (sebab setiap kali raya atau cuti panjang tak pernah dia balik kampung hahahaa..). Sampai letak pasu satu dua biji pun kau nak complain pada MO "This is wrong and againts with SRATA Law".

Bayangkan dia boleh complain and keep complain pada MO bagitau dekat parking area tak patut ada selain kereta dengan motor sahaja. Habis tu kalau orang tu ada 2 parking lot satu lot lagi dia nak letak motor dia. Ikut suka hati dialah. Nama pun parking lot dia. Bukan dia pi buka stall burger pun kat parking dia sampai kau nak push MO amik tindakan.

Giler seyhhh dapat Jiran Kiriman Dari Neraka Jahanam macam ni. Kalau nak tenang lepas retired pi beli banglo depan laut la.. hidup korang satu family dan bagitau anak kau jangan kawen sebab nanti dapat cucu bising dan menyusahkan. Aku pun tak tahu apa lagi yang akan dia complain pada hari hari yang mendatang. Bayangkan semua 7 jiran yang lain boleh duduk borak bersama tapi dia tak boleh? 

Rasa-rasa apa aku perlu buat? Kalau gangguan jin, syaitan dan sihir at least boleh la kita baca alquran hari-hari dalam rumah. Banyakkan ibadah bagai. Insyallah lama-lama hilanglah gangguan tu. Tapi ini gangguan manusia dari neraka. Orangnya pun dah tua aku pun doakan dia cepat masuk kubur supaya kuranglah fitnah yang dia buat sekarang ni. Habis terbantut minda nak update pasal umrah final part.

Monday 24 June 2024

Umrah Mantop Travel Part 15 : Ratio Coffee - Quba Walkway - Masjid Bilal Bin Rabah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Pada trip umrah aku pada tahun 2018 yang dulu. Kami sekeluarga menginap di sebuah hotel di bahagian belakang kanan Masjid Nabawi yang terletak lebih kurang 150 meter dari pintu pagar masjid. Maka ketika itu aku lebih banyak explore area di belakang dan sekarang boleh dikatakan ke semua perumahan, pasar dan banguanan di sebalik First King Faisal Rd telah pun dirobohkan.

Quba Walkway Park dan di tengah ada Quba Front di mana terletaknya Quba Clock Tower.
Tiada apa yang menarik lagi seperti pasar murah tempat kami borang souvenir, kurma, coklat dan pakaian etc. Dan ketika trip umrah baru ini kelihatan tapak-tapak yang dirobohkan sedang dalam pembinaan untuk pembanguanan yang lebih mewah dan canggih. Dan sekarang untuk kali ini kami menginap di bahagian depan kanan Masjid Nabawi lebih kurang 210 meter dari Masjid Ghamamah.

Quba Clock Tower di tengah-tengah Quba Walkway Park.
Masa ni dah nak masuk waktu solat asar. Maka banyak kedai yang telah ditutup.
Kawasan bahagian depan ini adalah first time bagi aku untuk explore. Dalam entry lepas aku ada mention hotel jemaah kami berdepan dengan Masjid Umar Al-Khattab yang berusia lebih 1000 tahun. Tanpa membuat sebarang kaji selidik aku meredah ke bahagian depan melalui Jalan Abu Ayub Al Ansari dan terjumpa sebuah pusat pelancongan membeli belah terbuka iaitu Quba Walkway.

Penat berjalan kita masuk Ratio Speciality Coffee. Sejuk ada aircond kuat :D
Americano SAR 13.00 dan Ice Latte SAR 16.00 - Kami pilih biji Kopi Ethiopia.
Dia ni seorang sahaja handle semua order - buat coffee -  kemas meja.
Dan di sini kedai pertama yang aku jumpa adalah Ratio Coffee. Cafe yang sama aku lepak beberapa kali di Mekah ketika dalam berjalan pulang dari Masjidil Haram ke Hotel yang jauh hampir 1 kilometer. If you all ada peluang ke tanah suci dan nampak Ratio Coffee ni memang aku recommended sangat untuk cuba segelas coffee di sini. 

Tapi cuaca yang agak panas ketika trip umrah kali ini agak menyukarkan pergerakan untuk berjalan di kawasan Quba Walkway ini. Tapi kalau musim sejuk mesti best nak berjalan-jalan di sini. Dan mungkin kerana cuaca panas, hanya pada awal pagi dan lewat petang sehingga malam barulah ramai orang berkeliaran di sini. Dan tempat ni memang cantik especially di waktu malam. Panjang Quba Walkway ini lebih kurang 500 meter.

Berjalan menuju ke Masjid Bilal. 30 minit sebelum masuk waktu semua kedai dah tutup
Keadaan di dalam masjid yang penuh ketika waktu solat asar.
Dari Quba Walkway aku bersama Abang Ipar (Yan) dan seorang lagi jemaah sebilik aku. Kami berjalan ke arah Masjid Bilal Bin Rabah yang terletak kurang 400 meter untuk bersolat Asar. Masjid bilal ini dibuka pada waktu solat sahaja dan ruang solat hanya berada di tingkat atas. Di tingkat bawah ada banyak kedai kedai yang menjual pakaian dan souvenir. Dan yang pasti ianya jauh lebih murah dari kedai-kedai di sekitar Masjid Nabawi.

Lepas solat kita turun ke tingkat bawah. Memang banyak kedai kat sini.
Alhamdulillah menawar dalam urdu dapat sehelai Sejadah Raudah SAR60.00.
Official Sejadah Raudah hanya ada 4 warna iaitu Hijau, Putih, Merah dan Biru.
Dan boleh pilih nak yang tebal 4mm atau 6mm. Lebih tebal lebih mahal gitu :D
Solat Asar di sini agak penuh tapi 85% jemaah adalah warga asing yang bukan Arab. Bangladesh, Pakistan, India dan Afghanistan. Selepas solat kami turun ke bawah untuk melihat kedai-kedai dan di sini aku terbeli dua helai Sejadah Official Raudah yang berharga SAR 60.00 sehelai sebagai kenangan. Paling murah sebab di tempat lain semua berharg SAR 85-100 ke atas. Mungkin sebab aku buat tawar menawar dalam Bahasa Urdu.

Selepas selesai solat asar semua kedai dibuka semula.
Dan area sini banyak warga Bangladesh, Afghanistan dengan Pakistan.
Membeli dan terus membeli diorang ni. Murah dari Mekah dan area Masjid Nabawi katanya.
Selepas pusing-pusing area kedai di bahagian bawah masjid, kami menuju keluar menghala ke arah kedai-kedai yang ada di sepanjang Abdul Muhsin Ibni Abdul Aziz Rd dan agak mengejutkan apabila kedai di sini menjual barangan dengan harga lebih murah dan lebih banyak pilihan serta kedai makanan yang banyak di sini. Samosa, Biryani, Kebab dan Sharwama pun ada.

Alhamdulillah sampai juga area tempat makan ikan laut dan kambing golek.
Ikan semuanya segar-segar setiap hari stok baru sampai dari laut. Pilih jer yang mana.
Inilah kambing  golek yang aku cakap tadi. Just bagitahu nak bahagian mana dan berapa gram. Nanti dia potong dan timbang. Kepala Kambing adalah yang paling cepat habis.
Dan semestinya makanan di area sini sangat aku recommended. Harga murah, unik, lain dari yang lain dan sedap. Kedai makan Pakistan dan Afghanistan pun ada. Kedai makanan Arab lagi la ada. Masa ni Abg Yan dah tanya nak makan kat mana sebab kalau balik hotel makanan dah habis ni. Aku cakap kita makan di Kedai yang ada jual Ikan Goreng Arab Style. Kat sini ada satu tempat famous makan ikan goreng fresh yang kita boleh pilih dari atas meja.

Dari Quba Walkway Park. Kami jalan ke Masjid Bilal dan kemudian makan di area Chef Market. Dan terus sambung shopping di sepanjang perjalanan balik ke hotel.
Tempat ni aku tak sure apa nama dia tapi u all boleh search Chef Market sebab kat sini macam sebuah kompleks kecil yang ada lebih kurang 20 restoran yang menjual Ikan Goreng dan Kambing Golek Seekor. Kebab pun ada. Dan kita boleh pilih nak makan dengan nasi atau pun roti arab. Well kami minta makan dengan nasi arab. Air tak ada choice melainkan air gas tin atau mineral botol.

Inilah Ikan Jenahak yang kami pilih tadi dan siap digoreng garing berempah.
Andai anda tak nak ikan digoreng boleh juga memilih untuk dibakar.
Kami pilih seekor ikan macam jenahak hampir 1kg beratnya. Digoreng berempah dan Nasi Mandi bersama 350 gram daging kambing golek. Alhamdulillah portion agak banyak untuk kami bertiga tapi kami berjaya habiskan. Oh lupa nak apa yang special berkenaan ikan goreng di sini. Mereka tidak menggunakan serbuk kunyit tapi menggunakan rempah ratus yang diletakkan pada ikan sebelum dan juga selepas digoreng.

Satu set nasi arab dengan kambing dan satu set nasi arab dengan ikan goreng. 
Gambar ikan goreng garing berempah yang terhidang lupa nak ambil sebab masing-masing dah kelaparan yang teramat. Dah half way makan baru teringat belum ambil gambar tapi sambung makan jer la sebab ikan pun dah hilang rupa. Tak tahu rempah apa dia pakai tapi ada la rasa ketumbar dan paprika kalau tak silap. Dan disebabkan aku tukang tawar menawar diorang belanja aku makan. Alhamdulillah rezeki.

Bersambung Umrah Mantop Travel Final Part (Under Construction)

Friday 21 June 2024

Umrah Mantop Travel Part 14 : 5 Masjid Kecil Bersejarah Di Sekitar Masjid Nabawi

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Madinah adalah Kota Islam yang pertama dalam sejarah Islam yang juga dipimpin oleh Rasulullah sendiri. Oleh sebab itu banyak sejarah islam ada di sini. Dari apa jua yang mengenai tentang Rasulullah kepada sahabat sehinggalah ke zaman Tabi'in dan Tabi' Tabi'in. Dan juga sehingga Kerajaan Khalifah Uthmaniyah yang terakhir.

Entry kali ini jom kita ceritakan mengenai 5 buah masjid kecil yang bersejarah di sekitar Masjid Nabawi. Ada banyak lagi masjid tapi kita fokus pada yang 5 ini terlebih dahulu. Moga kepada yang bakal menjadi tetamu di Masjidil Nabawi nanti cubalah untuk pergi menziarahi masjid-masjid ini dan jika bernasib baik solatlah dua rakaat di dalamnya. Janganlah sibuk bershopping sehingga tidak menziarahi masjid-masjid bersejarah ini.

Masjid Ghamamah

Sebuah masjid terletak lebih kurang 300 meter di bahagian Barat Daya Masjid Nabawi. Masjid Ghamamah adalah tempat di mana Rasulullah menunaikan Solat Aidilfitri dan Aidiladha serta Solat Istisqa' (Solat meminta hujan). Dan Ghamamah itu sendiri bermakna awan atau mendung. Diberi nama semasa kejadian selepas Solat Istisqa' ketika awan datang yang kemudian menurunkan hujan.

Pemandangan dari hadapan Masjid Ghamamah
Arah pintu masuk ke Masjid Ghamamah
Orang pertama yang mula membina masjid ini adalah Khalifah Umar Abdul Aziz. Dan telah diubah suai kepada keadaan seperti sekarang oleh Sultan Abdul Majid - Khalifah Ke 23 dari Kerajaan Uthmaniyah yang memerintah dari 2 Julai 1839 sehingga 25 Jun 1861 (Lahir 25 April 1823). Dan juga telah dibaik pulih oleh Raja Fadh pada tahun 1411 Hijrah.

Keadaan di dalam Masjid Ghamamah.
Aku tak ingat pulak sama ada wanita dibenarkan masuk atau tidak.
Masjid yang mempunyai 5 buah khubah dan satu menara berbentuk silindir ini dibuka untuk orang ramai dari 10.00 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari dan telah menjadi antara tarikan pelancong seluruh dunia. Solat Jenazah Ghaib yang diimamkan oleh Rasulullah saw ketika meninggalnya Raja Habsyah yang memeluk islam dan melindungi umat islam yang berhijrah ke sana. Juga telah diberlaku di Masjid Ghamamah ini.

Masjid Abu Bakar As Siddiq

Salah satu antara masjid tertua di Kota Madinah sama seperti Masjid Ghamamah yang berusia lebih 1000 tahun. Ianya telah dibina oleh Khalifah Umar Abdul Aziz di antara tahun 86-91 Hijrah. Dan ia telah dibaiki dan ditambah baik oleh Sultan Mahmood II pada tahun 1254 Hijrah dari Kerajaan Uthmaniyah Turkey. Masjid ini terletak hanya beberapa meter dari Masjid Ghamamah.

Masjid Abu Bakar As-Siddiq berusia lebih 1000 tahun.
Dikatakan tempat ini telah digunakan oleh Rasulullah saw bagi menunaikan Solat Hari Raya yang mana kemudian khaifah pertama kerajaan islam iaitu Saidina Abu Bakar ra telah menyambung penggunaan tapak ini bagi mengimamkan Solat Hari Raya. Masjid ini mempunyai sebuah menara setinggi 15 meter dan sebuah khubah. Keluasan masjid ini adalah 19.5meter x 15meter. Dan riwayat lain mengatakan di sini adalah tapak rumah Abu Bakar Siddiq ra.

Masjid Ali Bin Abi Talib

Ada beberapa riwayat mengenai masjid ini yang pertama adalah di sini letak tapak rumah Khalifah Ali Bin Abi Talib ra bersama isteri beliau Fatimah Az Zahrah ra yang juga anak kesayangan Rasulullah saw. Dan riwayat kedua bahawa Rasulullah pernah mengimami solat raya di sini dan kemudian diikuti oleh Khalifah Ali ketika perintahan beliau selama 5 tahun.

Masjid Ali Bin Abi Talib - Permanently closed by authority.
Namun yang sedihnya berkenaan masjid serba putih ini adalah ia telah ditutup sepenuhnya oleh pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi kerana terdapat ramai pengikut syiah yang mengunjungi masjid ini telah melakukan beberapa perkara yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Oleh sebab itu juga tidak dimaklumkan di mana jasad Khalifah Ali ra dimaqamkan sehinggalah ke hari ini. Bagi mengelak kelakuan yang tidak ingini oleh pengikut syiah.

Masjid ini telah dibina oleh Khalifah Umar Abdul Aziz dan kemudian telah diubahsuai oleh Gebenor Madinah pada tahun 881 Hijrah. Pada tahun 1411 Hijrah Raja Fadh telah membesarkan masjid ini sehingga berkeluasan 682 meter persegi dan mempunyai 7 buah khubah serta sebuah menara setinggi 26 meter. Dan telah dibina tembok pagar sekitar masjid seperti yang wujud pada hari ini.

Masjid Umar Al Khattab

Masjid ini terletak agak kebelakang sedikit dari Masjid Ghamamah. Kami bernasib baik menginap hotel yang berdepan dengan masjid ini. Sama seperti 3 buah masjid sebelum ini, masjid ini juga berumur lebih 1000 tahun dan dibina oleh Khalifah Umar Abdul Aziz pada abad pertama tahun Hijrah. Dan semasa pemerintah Khalifah Abdul Aziz beliau telah membina banyak masjid yang mana Rasulullah saw telah bersolat di atasnya.

Masjid Umar Al-Khatta. Paling susah untuk ditemui antara kelima buah masjid.
Di sini dikatakan bahawa Khalifah Umar Al-Khattab telah menjadi imam bagi menunaikan solat dua hari raya. Seorang warga tempatan telah memberitahu ketika Madinah semakin berkembang pesat kawasan lapang berdekatan Masjid Nabawi makin berkurangan dan ini menyebabkan Khalifah Umar beralih ke luar sedikit bagi berhimpun bersama rakyat dan menunaikan solat hari raya. 

Masjid Imam Bukhari

Masjid ini telah dibina di tapak asal rumah Imam Bukhari yang terletak berdekatan dengan pintu 26 Masjid Nabawi, hanya memerlukan beberapa langkah sahaja untuk ke sini dari masjid Nabawi. Amatlah rugi jika anda tidak berkunjung ke sini. Dan di sini juga pengumpulan hadis-hadis oleh Imam Bukhari sehingga terbukunya Kitab Sahih Bukhari.

Sumber Google - Masjid Imam Al-Bukhari
Masjid yang kecil yang berwarna putih ini mempunyai sebuah khubah dan sebuah menara dengan keluasan 20 x 30meter. Ianya dibuka setiap hari seperti Masjis Ghamamah. Nama penuh Imam Bukhari ialah Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Bin Ibrahim Al-Bukhari dan dilahirkan di pada 13 Syawal 194 Hijrah bersamaan 20 Julai 810 Masehi di Kota Bukhara, Uzbekistan.

Bersambung Umrah Mantop Travel Part 15 : Ratio Coffe - Quba Walkway Park - Masjid Bilal Bin Rabah (Under Construction)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...