Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Tajuk entry ni tiba-tiba lari dunia kisah mengembara di seluruh dunia kan? Ntah tiba-tiba rasa macam nak meluahkan di sini. Mungkin nanti comment-comment dari pembaca dan rakan blogger sedikit sebanyak boleh menceriakan aku yang tengah stress tahap gaban dengan sikap seorang jiran ni.
Lama rasanya menyewa sebelum diberi rezeki untuk membeli rumah sendiri. Dari seawal perkahwinan menyewa sehinggalah anak dah 3 barulah dapat beli rumah. 7 tahun lebih lamanya menyewa. Walau menyewa di bangunan flat dan berjiranan ramai dengan Pakistan, Myanmar, Nepal dan Bangladesh namun terasa keharmonian ketika duduk di situ sebab itu aku boleh bertahan sehingga 7 tahun lebih tinggal di flat lama aku.
Selalu bagi anak-anak aku gula-gula atau coklat setiap kali bertembung dengan mereka di kedai runcit bawah rumah. Masa bulan puasa boleh kata dalam seminggu tu ada jer beberapa kali mereka ketuk pintu bagi juadah berbuka masakkan cara mereka. Sebab tu aku aku amat selesa. Dan mereka ini jugalah memenuhkan ruang solat di surau bawah rumah.
Masa aku inform nak pindah dari flat, mereka siap buat makan-makan di surau dan mereka jugalah yang banyak menolong aku angkat barang nak pindah. Lori pun merek tolong uruskan. Boleh kata aku hanya jaga anak-anak sahaja ketika nak pindah. Well every new place akan wujud new environment but aku tak expect la sampai dapat jiran dari neraka ni.
Kawasan perumahan apartment baru dari developer. Dari 8 rumah dalam satu floor semuanya baik kecuali satu rumah ni. The problem is bila kau beli rumah selepas retired dengan harapan nak tenang, tak nak ada orang bising bagai. Tapi fact kau berjiran dengan 6 buah rumah yang ada anak kecil termasuk aku. Dan lebih teruk pada mulanya depan kita cakap elok bahasa dan akhlaknya. Tapi dibelakang dialah yang suka complain semua jiran-jiran dia (7 rumah yang lain) pada management.
Budak-budak bermain kat koridor tu aku rasa biasalah waktu petang atau weekend dan bukannya pukul 1-2 pagi waktu tengah gelap gelita. Setiap masa nak complain pada Management Office (MO) ada orang bising, Ada orang letak selipar luar pintu, tak letak dalam rumah. Anak bongsu aku umur setahun lebih terjatuhkan botol susu dan susu terpericik sikit atas lantai koridor. Boleh dia amik gambar post dalam group whatsapp bagitau "This kind of people have no attitude of understanding living in community". Kau rasa?
Jiran aku bawa keluar basikal dan letak depan pintu rumah dia sekejap dan masuk balik sebab uruskan anak pulak sebelum nak bawa main di tingkat 5 (area playground and swimming pool). Benda yang tak sampai 5 minit tu dia boleh amik gambar complain dalam group "Ini bukan level rumah flat nak letak basikal sesuka hati depan rumah please have manner". Mungkin kau hidup as retired banker di Maybank dulu. Dan anak pun ada seorang perempuan tu jer. Itu pun dah besar dan bekerja. Dulu mungkin hidup kau senang tak pernah rasa apa itu erti susah atau hidup di kampung yang harmoni dengan tanaman (sebab setiap kali raya atau cuti panjang tak pernah dia balik kampung hahahaa..). Sampai letak pasu satu dua biji pun kau nak complain pada MO "This is wrong and againts with SRATA Law".
Bayangkan dia boleh complain and keep complain pada MO bagitau dekat parking area tak patut ada selain kereta dengan motor sahaja. Habis tu kalau orang tu ada 2 parking lot satu lot lagi dia nak letak motor dia. Ikut suka hati dialah. Nama pun parking lot dia. Bukan dia pi buka stall burger pun kat parking dia sampai kau nak push MO amik tindakan.
Giler seyhhh dapat Jiran Kiriman Dari Neraka Jahanam macam ni. Kalau nak tenang lepas retired pi beli banglo depan laut la.. hidup korang satu family dan bagitau anak kau jangan kawen sebab nanti dapat cucu bising dan menyusahkan. Aku pun tak tahu apa lagi yang akan dia complain pada hari hari yang mendatang. Bayangkan semua 7 jiran yang lain boleh duduk borak bersama tapi dia tak boleh?
Rasa-rasa apa aku perlu buat? Kalau gangguan jin, syaitan dan sihir at least boleh la kita baca alquran hari-hari dalam rumah. Banyakkan ibadah bagai. Insyallah lama-lama hilanglah gangguan tu. Tapi ini gangguan manusia dari neraka. Orangnya pun dah tua aku pun doakan dia cepat masuk kubur supaya kuranglah fitnah yang dia buat sekarang ni. Habis terbantut minda nak update pasal umrah final part.