Sunday, 16 November 2025

Mencari Tempat Makan Di Temerloh - Pizza Mantak

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Ke Temerloh kita weekend ini sebab ada sedikit urusan. Sesambil tu mencari tempat untuk makan tengah hari. Wife kata ada tempat viral. Sekali bila dah sampai dalam ceruk kampung. Penuh..!! Sampai parking kereta pun tak ada.

Bila dah dapat parking. Masuk dalam kena que pulak sebab pengunjung yang terlalu ramai. Se-Atak Cafe ini speciality dia adalah pizza. Hurmm terkejut juga even menu pizza dan western tapi still ramai orang datang. Sebab biasa kalau ke Temerloh ini mesti orang cari makanan kampung terutamanya Patin Tempoyak kan. πŸ˜…

Ketika sampai di Se-Atak Cafe security dah tak bagi masuk sebab parking penuh.
Se-Atak speciality is Pizza and Western Food.
Kalau lapar tengah hari nak cari nasi maka bukan sini tempatnya.
Disebabkan kena menunggu estimate 20 minit untuk mendapatkan tempat duduk maka aku decide untuk makan di tempat lain sahaja. Dan ketika itu aku orang ke 10 menunggu tempat duduk. Belum lagi nak order dan tunggu makanan dihidang atas meja. Dan untuk hidangan selain western cuma ada nasi lemak dan mee kari sahaja.

Tempat duduk indoor ada disediakan tapi tak sebanyak tempat duduk di luar. Dan sekarang waktu tengah hari yang teramat panas. Maka insyallah next time ajer lah kita datang ke sini merasa hidangan yang selalu diviralkan. ☺️

Mereka yang menunggu giliran untuk mendapatkan tempat duduk.
Agak jauh ke dalam di kawasan perkampungan.
Maka bergeraklah kami keluar dari kawasan kampung ini dan secara tak sengaja sampai di simpang trafik light Hospital Temerloh. Dan membelok ke arah kanan meneruskan mencari kedai makan yang ada. Mungkin sebab hari ini Ahad dan di waktu tengah hari, tidak kelihatan kedai makan yang dibuka di sepanjang sisi jalan. 

Pizza Mantak Temerloh - Very recommended untuk dicuba.
Keadaan di dalam kedai yang simple. Insyallah nanti dah maju boleh upgrade lagi.
Terjumpa kedai Pizza Mantak tak jauh dari Hospital Temerloh. Disebabkan kami semua dah kelaparan yang teramat aku pun masuk dan order satu large Pizza Chicken Bbq & Cheezy yang hanya berharga RM25.00. Staf bagitahu insyallah siap dalam hanya 10 minit. Okla boleh try dan support business anak muda orang melayu Temerloh.

Pizza Chicken BBQ & Cheezy - Taburan isi ayam yang tak kedekut.
Untuk Pizza Mantak ini aku bagi rate 8.9/10. My first word is "Sedap", dari roti pizza itu sehinggalah topping dia. Ye lah, ia bukan lah brand terkenal yang perlu disamakan tapi jenama buatan sendiri dari seorang anak muda tempatan. Roti pizza lembut tak terlalu berat dan tak terlalu padat dan ia adalah homemade doh. 

Dan yang best lagi taburan isi ayam dia memang tak kedekut. Penuh dari tengah sehingga ke hujung sisi pizza. Cumanya kalau dia guna cheese yang proper pasti lebih sedap dan aku pasti akan bagi rate lebih tinggi. Alhamdulillah dapatlah kami sekeluarga alas perut sebelum jumpa kedai makan yang proper. ☺️


Thursday, 13 November 2025

Jumpa Blogger Uncle Gedek Raja Selfie Malaysia

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Nampaknya rezeki lagi di hari ini apabila temu janji bertemu dengan raja selfie tersohor Malaysia menjadi kenyataan. Syukur alhamdulillah semoga menjadi ukhwah yang kuat sesama kita dalam dunia blogger ini.

Dapat whatsapp dari uncle dan katanya dapat nombor saya dari fanny hari selasa tempoh hari ketika berjumpa di Putrajaya. Terus lah kami berborak dan terus set time nak jumpa bila. 

Dan bila tahu tidaklah jauh mana rumah kami berdua maka dicadangkan minggu depan namun aku berkata kenapa tak petang ini sahaja. Uncle balas pagi esok sarapan sahajalah. Demi untuk tidak membuat uncle menunggu aku hadir 15 minit awal tapi uncle dah pun duduk dengan secawan teh tarik. Uishh lagi awal dia mai rupanya.. πŸ˜…

Borak dan berborak hampir 2 jam lebih di sini.

Moga diberi rezeki lagi untuk bertemu dengan rakan-rakan blogger yang lain di lain hari Insyallah. Seronok berborak dengan uncle banyak yang boleh dipelajari ☺️πŸ‘ŒπŸ». Apa pun wajah uncle nampak jauh lebih muda dari dalam gambar. Very nice and soft spoken person.

Wednesday, 12 November 2025

Sesi Bertemu Pertama Kali Dengan Rakan Blogger Di KLCC

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Dari message di Instagram Blogger Fanny dari Indonesia memaklumkan akan berkunjung ke Malaysia pada bulan November ini dan katanya bisa ketemu sekian sekian tarikh jika available. Aku pun okay boleh jer kalau keadaan mengizinkan.

Aku ajak wife untuk ikut sekali sebab kesemuanya blogger wanita dan hanya fanny yang datang bersama suami. Dan akhirnya diberitahu akan bertemu di KLCC. Satu tempat yang aku dah lebih 8 tahun tak jejakkan kaki hihi. Dan akhirnya wife tak boleh ikut sebab ada last minute meeting di office.

Hurmm.. Aku nak drive seorang diri dan parking dalam KLCC tu? Memang tak nampak jalan ke arah tu dan wife kata naik jer lah grab kan senang sebab lunch hour pasti jalan jem dan nak cari parking lagi. Tapi sebab grab pun charge RM33.00 dan aku pun nak ke Serdang dan Cyberjaya selepas perjumpaan tu. Maka kita drive dan tawakkal jer lah.

Tempat pertemuan di O'Briens dan aku paling lewat sampai dalam pukul 1.00 pm sebab setelkan pertukaran anak-anak sekolah pagi ke petang. Dan masa di O"Briens actually aku dah masuk tapi sebab tak confident muka-muka Kak Suzie, Kak Ezna dan Kak Carneyzs termasuklah Fanny dan husband.

Terus aku keluar semula sambil buat kira-kira "Betul lah yang ramai-ramai duduk meja tu". Second time masuk dan terus menuju ke meja dan memberi salam. Dan salam dijawap terus disebut "Afif". Dalam hati "Ok lah betul dah ni tak salah orang hahahaha.."

My first time berjumpa dengan rakan-rakan blogger Kak Suzie, Kak Ezna, Kak Carneyzs dan Fanny. Paling segan aku datang dengan tangan kosong hahahaa.. Kak Ezna bagi perfume kereta dan Fanny bagi macam-macam untuk aku dengan wife. Lepas tu sambung duduk di Nyonya Colors selepas Kak Suzie minta diri nak balik sebab ada kelas katanya.

Di Nyonya Colors, Kak Carneyzs bayarkan semua makanan dan minuman dah la masa tu aku lapar tak makan lagi. Bila ditanya nak bayar balik "Tak apa saya belanja.. Doakan rezeki murah dapat travel selalu macam afif jugak". Insyallah saya doakan sentiasa amin. Berboraklah kami berempat sampailah pukul 3.00 petang sebelum masing-masing meminta diri.

Insyallah nanti ada masa boleh duduk berborak lagi. Bak kata fanny kalau ngobrol sesama teman blogger lebih seronok. Gambar makanan nanti aku ry dapatkan dari blog mereka yang lain. Sebab masa jumpa ni aku blur blur sikit sampai ditanya tak nak amik gambar makanan ke hahaha :P