Sunday, 27 August 2023

Kuala Lipis Part 1 : Stesen Kereta Api Lama - Kedai Kopi Stesen - Masjid Negeri Lama

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Baru-baru ini berperluang bersama seisi keluarga ke Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur atas urusan kerja selama tiga hari dua malam. Perjalanan mengambil masa lebih dua jam dari KL. Punya lama tak ke Kuala Lipis sampai tak tahu dah ada highway baru. Jalan cantik dan boleh terus sampai Bandar Raub ikut Mempaga tanpa melalui Bentong (Exit 809 for E8 toward Bentong/Raub/Lipis).

Bertolak selepas subuh sebelum pukul 7.00 pagi dan sampai lebih kurang jam 9.45 pagi, kami terus mencari kedai makan ala kampung untuk breakfast dan bila hampir sampai di Kuala Lipis, seorang demi seorang anak bangun. Semua terjaga sebab kelaparan. Kalau ikut mak ayah pi kerja begini lah nasib mereka :D

Lukisan dinding di hadapan Stesen Kereta Api Lama.

Disebabkan Kuala Lipis ni sangat dikenali sebagai bandar bersejarah maka kita carilah makanan di bandar lama berdekatan Stesen Kereta api Tanah Melayu (KTM) Kuala Lipis kerana di sini hampir kesemua bangunan kedai lama telah berusia 100 tahun termasuk stesen kereta api yang dibina pada tahun 1924. Maka ternampak la Kedai Kopi Stesen di suatu sudut.

Pemandangan Bandar Lama Kuala Lipis.
Rata-rata bangunan di sini berumur hampir 100 tahun.

Kuala Lipis pernah menjadi Ibu Negeri kepada Pentadbiran Kerajaan Pahang dari tahun 1898 sehingga 1955 sebelum ia beralih ke Kuantan sehingga ke hari ini. Dan juga Kuala Lipis adalah kawasan atau pusat perlombongan emas semenanjung sebelum era kedatangan penjajah British pada tahun 1887. Menarik kan?

Gerabak kereta api lama yang telah diawetkan.
Pintu masuk utama stesen kereta api lama ke Bandar Kuala Lipis.

The Old School Style - Kedai Kopi Stesen

Menu simple tapi variety sangat, plus sedap dan menyelerakan dan paling penting amat sesuai datang bersama anak kecil. Menu Nasi Lemak Ayam, Bubur Nasi Berlauk, Roti Bakar, Roti Kukus, Roti Jantan, Telur Separuh Masak, Char Kuey Teow dan Nasi Goreng. Hidangan air panas seperti kopi dan teh turut didatangi dengan sekeping roti keras atau orang putih sebut "Rusk".

Hampir semua yang ada di dalam menu kami order :P
Teh Tarik dan Roti Bakar.

Dibuka setiap hari kecuali Rabu. Dari jam 7.30 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Beralamat No 100, Jalan Besar, 27200 Kuala Lipis. Owner asal adalah berbangsa cina tapi setelah ditutup ketika musim PKP dan sekarang telah dimiliki oleh "Bumiputra" dan semua pekerja adalah Melayu. Sumber ni aku pun tak tahu sohih ke tidak :P

Jom breakfast. Ini baru first round tau hahaha..
Suasana sama seperti di kedai kopitiam milik orang-orang Hainan.

Masjid Negeri Lama Kuala Lipis - Masjid Negeri Pahang Yang Pertama

Dibina pada tahun 1888 oleh seorang saudagar berketurunan Yemen yang bernama Habib Hasan di mana beliau telah mewakafkan tanah tersebut untuk dibina sebuah masjid. Masjid ini juga dikenali sebagai Madrasatul Firdaus dan masjid ini adalah bangunan tertua di Kuala Lipis.

Masih mengekalkan senibina asal walau sudah 135 tahun ia dibina.
Ruang solat utama sama seperti sejak ia dibina.

Hurmm ada terfikir tak siapa Habib Hasan ini? Ini yang aku dapat dari carian di Google. Nama penuh beliau Saiyid Hasan Bin Ahmad Bin Zain Al-Attas dan pendapat kedua Saiyid Hasan Bin Ahmad Bin Hasan Al-Attas. Lahir pada tahun 1832 di Kampung Maulana dan bernasab keturunan Nabi Muhamad s.a.w. Datuk beliau telah berpindah dari negera asal iaitu Yemen ke Singapore sebelum ke Pahang.

Terdapat satu tangga untuk naik ke menara bagi muazzin melaungkan azan pada masa dahulu.

Seorang Tokoh Kemasyarakatan, Seorang Ulama dan Seorang Saudagar yang berjaya. Pernah membantu Tokoh Ulama Pahang Tuan Guru Haji Utsman bin Senik dalam membina pusat pengajian yang diberi nama Madrasatul Arabiah Al-Attas di Kampung Ketapang, Pekan. Dan telah membina Madrasah Al Attas di Johor pada tahun 1913. Meninggal dunia ketika berumur 100 tahun pada tahun 1932 di Kampung Wadi Hasan, Johor Bharu.

Terdapat satu lukisan dinding di hadapan masjid mengambarkan keadaan Sg Lipis di masa dahulu

Tapi kan.. Kerajaan Negeri Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1770 dan hanya pada tahun 1888 masjid pertama telah dibina. Itu pun dibina oleh orang luar bukan kerajaan Negeri Pahang. Tak kan la selama 118 tahun pemerintahan tiada satu pun masjid telah dibina? tak rasa pelik ke? Macam mana umat islam ketika itu menunaikan solat jumaat? Siapa ada jawapan boleh berikan komen di bawah yer.

Star-Well Hotel - Bilik Mewah Tapi Breakfast Yang Mendukacitakan

Kami check in di sebuah hotel yang agak baru iaitu Star-Well Hotel. Disebabkan kebanyakan hotel lain di sini dah fully book especially untuk bilik family. Harga bermula RM120.00 untuk standart room sehingga RM250.00 untuk family suite, semua harga termasuk breakfast. Bilik memang selesa berbaloi dengan harga.

Suite Family - 2 Queen Bed dan Sofa - Bilik besar dan selesa.
Peralatan dalam Suite Family ini serba serbi lengkap - Hair dryer, Sejadah, Iron baju.
Ruang breakfast yang disediakan oleh Star-Well Hotel

Facilities kat sini serba lengkap ada dewan untuk pelbagai kegunaan dan acara. Parking free dalam compound. Belakang hotel ni ada paya kalau kaki pancing make sure bawa joran jangan jadi macam aku menyesal sunggah tak bawa huhuu.. Last thing about this hotel breakfast dia memang out aku bagi 4/10 sahaja. Makanan habis memang dia tak akan tambah. Nasi goreng dengan bihun goreng pun memang masak kosong  bodoh jer :P

Bersambung Kuala Lipis Part 2 : Taman Awan Kuala Lipis - Muzium Warisan Lipis - Che Ngah Kafe - Hotel Bestari 

Tuesday, 15 August 2023

Senarai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS - PRN Pulau Pinang Ke-15 (2023)

 Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Pada Pilihanraya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos 2023, Perikatan Nasional (PN) telah meletakan calon di kesemua 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan jentera PN untuk PRN ini telah diketuai oleh Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) yang bertanding di 19 Kerusi DUN.

Diikuti oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) 11 kerusi DUN dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) 10 kerusi DUN. Daripada jumlah itu 11 kerusi DUN berjaya dimenangi oleh PN iaitu 7 kerusi oleh PAS dan 4 kerusi oleh BERSATU. Dan GERAKAN belum berjaya memenangi apa-apa lerusi dari 19 kerusi yang ditandingi.

Daripada 10 kerusi DUN yang ditandingi oleh PAS, seramai 3 dari calon yang bertanding adalah dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) iaitu seorang calon berbangsa india dan dua lagi calon berbangsa cina. Namun ia masih juga belum memberikan kejayanan pada PRN kali ini.


N01 PENAGA - PENGUNDI 25,468

YB USTAZ MOHD YUSNI BIN MAT PIAH   
PERIKATAN NASIONAL (PN-PAS)
JUMLAH UNDI 13,223 (MENANG)

MOHD NAIM SALLEH                 
BARISAN NASIONAL (BN-UMNO)
JUMLAH UNDI 7,686 (KALAH)

MAJORITI UNDI 5,537            
UNDI ROSAK 97
JUMLAH UNDI 21,022
PERATUS MENGUNDI 82.54%



JAWATAN: AHLI JAWATAN KUASA PAS PUSAT







N03 PINANG TUNGGAL - PENGUNDI 34,723

YB BUKHORI BIN GHAZALI  
PERIKATAN NASIONAL (PN-PAS)
JUMLAH UNDI 17,060 (MENANG)

ZAINUDDIN MOHAMED                
PAKATAN HARAPAN (PH-PKR)
JUMLAH UNDI 10,132 (KALAH)

MAJORITI UNDI 6,928           
UNDI ROSAK 196
JUMLAH UNDI 27,418
PERATUS MENGUNDI 78.96%


JAWATAN: YANG DIPERTUA PAS KEPALA BATAS








N04 PERMATANG BERANGAN - PENGUNDI 28,514

YB MOHD SOBRI BIN SALEH    
PERIKATAN NASIONAL (PN-PAS)
JUMLAH UNDI 15,950 (MENANG)

NOR HAFIZAH OTHMAN                 
BARISAN NASIONAL (BN-UMNO)
JUMLAH UNDI 7,001 (KALAH)

MAJORITI UNDI 8,949          
UNDI ROSAK 122
JUMLAH UNDI 23,107
PERATUS MENGUNDI 81.02%


JAWATAN:
BENDAHARI PAS KAWASAN TASEK GELUGOR
AJK PAS CAWANGAN KAMPUNG AMAN






N05 SUNGAI DUA - PENGUNDI 28,100

YB MUHAMMAD FAUZI BIN YUSOFF   
PERIKATAN NASIONAL (PN-PAS)
JUMLAH UNDI 13,988 (MENANG)

SHAIK HUSSEIN MYDIN               
BARISAN NASIONAL (BN-UMNO)
JUMLAH UNDI 8,479 (KALAH)

MAJORITI UNDI  5,509           
UNDI ROSAK 83
JUMLAH UNDI  22,600
PERATUS MENGUNDI  80.43%


JAWATAN: 
PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG
AHLI JAWATAN KUASA PAS PUSAT






N11 PERMATANG PASIR - PENGUNDI 30,464

YB AMIR HAMZAH ABDUL HASHIM   
PERIKATAN NASIONAL (PN-PAS)
JUMLAH UNDI 13,526 (MENANG)

MUHAMMAD FAIZ FADZIL                  
PAKATAN HARAPAN (PH-PAN)
JUMLAH UNDI 10,418 (KALAH)

MAJORITI UNDI 3,018           
UNDI ROSAK 102
JUMLAH UNDI 24,070
PERATUS MENGUNDI 79.01%


JAWATAN: TIMBALAN YANG DIPERTUA PAS PERMATANG PAUH








N20 SUNGAI BAKAP - PENGUNDI 38,409

YB USTAZ NOR ZAMRI BIN LATIFF    
PERIKATAN NASIONAL (PN-PAS)
JUMLAH UNDI 15,433 (MENANG)

NORHIDAYAH CHE ROS                  
PAKATAN HARAPAN (PH-PKR)
JUMLAH UNDI 13,870 (KALAH)

MAJORITI UNDI 1,563          
UNDI ROSAK 201
JUMLAH UNDI 29,530
PERATUS MENGUNDI 76.88%


JAWATAN: YANG DIPERTUA PAS NIBONG TEBAL








N39 PULAU BETONG - PENGUNDI 23,838

YB MOHAMAD SHUKOR BIN ZAKARIAH  
PERIKATAN NASIONAL (PN-PAS)
JUMLAH UNDI 9,534 (MENANG)

MOHD TUAH ISMAIL                  
PAKATAN HARAPAN (PH-PKR)
JUMLAH UNDI 8,483(KALAH)

MAJORITI UNDI 1,051          
UNDI ROSAK 97
JUMLAH UNDI 18,134
PERATUS MENGUNDI 76.07%










Walau kekalahan teruk di pihak PKR, PAN dan UMNO di Pulau Pinang, namun DAP masih lagi menjadi halangan besar PN untuk menguasai negeri ini. Dengan kejayaan 100% kemenangan semua calon DAP di Pulau Pinang dengan setiap calon menang dengan majoriti yang sangat besar.

PKR yang sebelum ini mempunyi 12 kerusi berkurangan menjadi 7 kerusi sahaja iaitu N14 MACHANG BUBUK, N17 BUKIT TENGAH, N18 BUKIT TAMBUN, N24 KEBUN BUNGA, N35 BATU UBAN, N36 PANTAI JERAJAK dan N37 BATU MAUNG. Dan PAN yang memiliki 2 kerusi pada PRU lepas hanya berjaya mempertahankan 1 kerusi sahaja iaitu N38 Bayan Lepas.

Barisan Nasional (BN) yang mempertaruhkan 6 calon hanya memenangi 2 kerusi iaitu N21 SUNGAI ACHEH dan N02 BERTAM yang dimenangi oleh tokoh besar UMNO Pulau Pinang yang juga bekas menteri iaitu YB Reezal Merican Naina Merican. Selain pernah menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas selama dua penggal.

Senarai ADUN PAS di negeri lain:-

Monday, 14 August 2023

Senarai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS - PRN Negeri Sembilan Ke-15 (2023)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-15. Perikatan Nasional (PN) telah meletakan calon di kesemua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berjumlah 36 calon. Dan 13 calon darinya adalah dari Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Dan yang lebih menarik adalah terdapat tiga calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS yang berbangsa India. Iaitu Saudara Sathes Kumar A/L Nilammeham di N23 Mambau, Saudara Ragu A/L Subramaniam di N30 Lukut dan Saudara Kumar A/L S. Paramasivam di N08 Bahau.

Dari kesemua calon yang diletakan oleh PN. PAS berjaya memenangi 3 kerusi DUN iaitu N05 Serting, N25 Paroi dan N31 Bagan Pinang. Dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) berjaya memenangi 2 kerusi DUN iaitu N20 Labu dan N34 Gemas. Dan GERAKAN tidak berjaya di 3 buah kerusi yang mereka tandingi.


N02 SERTING - PENGUNDI 30,287 

YB USTAZ MOHD FAIRUZ MOHD ISA  
PERIKATAN NASIONAL (PN-PAS)
JUMLAH UNDI 10,312 (MENANG)

MUHAMAD ZAMRI OMAR
BARISAN NASIONAL (BN-UMNO)
JUMLAH UNDI 9,469 (KALAH)

MAJORITI UNDI 843           
UNDI ROSAK 140
JUMLAH UNDI 19,781
PERATUS MENGUNDI 65.89%


JAWATAN: YANG DIPERTUA PAS KAWASAN JEMPOL







N25 PAROI - PENGUNDI 60,704

YB KAMAROL RIDZUAN MOHAMAD ZIN
PERIKATAN NASIONAL (PN-PAS)
JUMLAH UNDI 23,840 (MENANG)

NORWANI AHMAT                  
PAKATAN HARAPAN (PH-PAN)
JUMLAH UNDI 18,301 (KALAH)

MUHAMMAD SYAKIR FITRI SADRI
BEBAS
JUMLAH UNDI 944 (KALAH)

MAJORITI UNDI 5,539
UNDI ROSAK 299
JUMLAH UNDI 43,475
PERATUS MENGUNDI 71.62%

JAWATAN: YANG DIPERTUA PAS KAWASAN REMBAU




N31 BAGAN PINANG - PENGUNDI 27,790

YB ABDUL FATAH ZAKARIA
PERIKATAN NASIONAL (PN-PAS)
JUMLAH UNDI 10,921 (MENANG)

MOHD NAJIB MOHD ISA                 
BARISAN NASIONAL (BN-UMNO)
JUMLAH UNDI 7,495 (KALAH)

MAJORITI UNDI 3,426        
UNDI ROSAK 2,585
JUMLAH UNDI 18,416
PERATUS MENGUNDI 75.68%


JAWATAN: YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PORT DICKSON






Walaupun PN tidak berjaya memenangi banyak kerusi atau tidak berjaya membentuk kerajaan negeri akan tetapi suasana pada saat kiraan undi sangatlah sengit ini kerana di 10 kerusi DUN, Perikataan Nasional hanya kalah di bawah 700 undi.

DUN N03 SUNGAI LUI PN-PAS hanya kalah 535 undi dan DUN N09 LENGGENG PN-PAS hanya kalah 685 undi sahaja. Dan di DUN N15 JUASSEH PN-BERSATU Eddin Syazlee Shith kalah dengan 78 undi sahaja. DUN N04 KLAWANG PN-BERSATU kalah 577 undi dan DUN N06 PALONG PN-BERSATU kalah 564 undi. DUN N14 AMPANGAN PN-BERSATU kalah 324 undi.

PN-BERSATU kalah tipis di empat lagi kerusi DUN iaitu DUN N28 KOTA kalah 135 undi, DUN N17 SENALING kalah 662, DUN N16 SRI MENANTI kalah 370 undi dan DUN N07 JERAM PADANG kalah 693 undi. Dan dua kerusi DUN kalah dibawah 1500 undi iaitu DUN N18 PILAH PN-PAS 1,079 undi dan DUN N32 LINGGI PN-BERSATU 1,461 undi.

Tak mustahil jika Perikatan Nasional boleh memenangi lebih dari 15 kerusi DUN di pilihanraya seterusnya atau mencapai majoriti mudah 19 kerusi DUN. Jika gerak kerja yang telus dan ikhlas dibuat dan disusun dengan baik. Dan pada yang sama semua ADUN PN sekarang menunjukan teladan seorang pemimpin berjiwa rakyat.

Sunday, 13 August 2023

Senarai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS - PRN Selangor Ke-15 (2023)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Pilihanraya Negeri (PRN) Selangor telah diadakan pada 12 Ogos 2023 bersama-sama dengan 5 buah negeri yang lain iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan. Oleh kerana 6 buah negeri ini tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri mereka ketika PRU ke-15 yang telah diadakan pada 19 November 2022.

Pertarungan sengit telah berlaku dan hampir menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang pada ketika itu bersama dan bergabung dengan UMNO-BN pada PRN ke-15. Perikatan Nasional (PN) telah berjaya memenangi 22 kerusi DUN daripada jumlah keseluruhan 56 kerusi DUN. Dan 10 kerusi DUN yang dimenangi PN adalah daripada wakil PAS.


N02 SABAK - PENGUNDI 31,816

YB USTAZ SALLEHEN MUKHYI    
PERIKATAN NASIONAL (PN-PAS)
JUMLAH UNDI 13,431 (MENANG)

SAMAD BIN HASHIM                  
PAKATAN HARAPAN (PH-PAN)
JUMLAH UNDI 9,216 (KALAH)

MAJORITI UNDI 4,215            
UNDI ROSAK 154
JUMLAH UNDI 22,189
PERATUS MENGUNDI 71.72%

MANTAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR





N03 SUNGAI PANJANG - PENGUNDI 40,786

YB USTAZ MOHD RAZALI SAARI 
PERIKATAN NASIONAL (PN-PAS) 
JUMLAH UNDI 16,977 (MENANG)

MOHD IMRAN BIN TAMRIN
BARISAN NASIONAL (BN-UMNO)
JUMLAH UNDI 13,401 (KALAH)

MAJORITI UNDI 3,576
UNDI ROSAK 206
JUMLAH UNDI 30,625
PERATUS MENGUNDI 75.09







N05 HULU BERNAM - PENGUNDI 30,367

YB MU'IZZUDDEEN MAHYUDDIN
PERIKATAN NASIONAL (PN-PAS)
JUMLAH UNDI 10,718 (MENANG)


MOHD AMRAN BIN MOHD SAKIR
PAKATAN HARAPAN (PH-PAN)
JUMLAH UNDI 10,049

MAJORITI 669
UNDI ROSAK 194
JUMLAH UNDI 20,983
PERATUS MENGUNDI 69.1%

JAWATAN: AJK PAS KAWASAN HULU SELANGOR





N08 SUNGAI BURONG - PENGUNDI 31,715

YB USTAZ DR MOHD ZAMRI BIN MOHD ZAINULDIN 
PERIKATAN NASIONAL (PN-PAS) 
JUMLAH UNDI 15,447 (MENANG)

MOHAMAD KHIR BIN RAMLI
BARISAN NASIONAL (BN-UMNO) 
JUMLAH UNDI 8,605 (KALAH)

MAJORITI 6,842
UNDI ROSAK 139
JUMLAH UNDI 
PERATUS MENGUNDI 75.8%

JAWATAN: KETUA DEWAN ULAMAK PAS NEGERI SELANGOR





N11 IJOK - PENGUNDI 30,662

YB JEFRI BIN MEJAN
PERIKATAN NASIONAL (PN-PAS)
JUMLAH UNDI 12,183 (MENANG)

CIKGU AMIDI BIN ABD MANAN
PAKATAN HARAPAN (PH-PKR)
JUMLAH UNDI 11,271 (KALAH)

MAJORIT 912
UNDI ROSAK 194
JUMLAH UNDI 23,823
PERATUS MENGUNDI 77.7%







N24 SEMENYIH - PENGUNDI 97,300

YB USTAZ NUSHI BIN MAHFODZ 
PERIKATAN NASIONAL (PN-PAS) 
JUMLAH UNDI 37,068 (MENANG)

WAN ZULAIKA ANUA
BARISAN NASIONAL (BN-UMNO)
JUMLAH UNDI 35,806 (KALAH)

MAJORITI 1,262
UNDI ROSAK 460
JUMLAH UNDI 73,426
PERATUS MENGUNDI 75.46%

JAWATAN: TIMBALAN PESURUHJAYA PAS III NEGERI SELANGOR





N26 SUNGAI RAMAL - PENGUNDI 97,415

YB MOHD SHAFIE BIN NGAH 
PERIKATAN NASIONAL (PN-PAS) 
JUMLAH UNDI 40,259 (MENANG)

MAZWAN JOHAR 
PAKATAN HARAPAN (PH-PAN)
JUMLAH UNDI 32,492 (KALAH)

MAJORITI 7,767
UNDI ROSAK 271
JUMLAH UNDI 73,126
PERATUS MENGUNDI 75.07%

JAWATAN: TIMBALAN PESURUHJAYA PAS I NEGERI SELANGOR





N38 PAYA JARAS - PENGUNDI 72,563

YB  DATO DR AB HALIM TAMURI
PERIKATAN NASIONAL  (PN-PAS) 
JUMLAH UNDI 27,527 (MENANG)

KHAIRUDDIN OTHMAN
PAKATAN HARAPAN  (PH-PKR) 
JUMLAH UNDI 25,541 (KALAH)

MAJORITI 1,986
UNDI ROSAK 246
JUMLAH UNDI 53,725
PERATUS MENGUNDI 74.04%

JAWATAN: PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR





N43 SEMENTA - PENGUNDI 68,969

YB NOOR NAJHAN MOHAMAD SALLEH 
PERIKATAN NASIONAL (PN-PAS) 
JUMLAH UNDI 32,300 (MENANG)

EMI AFRISHAH AZIZI
PAKATAN HARAPAN (PH-PKR)
JUMLAH UNDI 22,261 (KALAH)

MAJORITI 10,039
UNDI ROSAK 277
JUMLAH UNDI 54,905
PERATUS MENGUNDI 79.61%

JAWATAN: YANG DIPERTUA PAS KAWASAN KAPAR





N51 SIJANGKANG - PENGUNDIN 62,907

YB DATO DR AHMAD YUNUS HAIRI 
PERIKATAN NASIONAL (PN-PAS) 
JUMLAH UNDI 30,422 (MENANG)

MOHD AL-HAFIZI ABU BAKAR
BAEISAN NASIONAL (BN-UMNO)
JUMLAH UNDI 19,114 (KALAH)

MAJORITI 11,308
UNDI ROSAK 311
JUMLAH UNDI 49,890
PERATUS UNDI 79.31%

JAWATAN: YANG DIPERTUA PAS KAWASAN KUALA LANGAT




Terdapat dua kerusi DUN yang mana Perikatan Nasional kalah hanya di bawah majoriti 900 undi iaitu DUN N01 SUNGAI AIR TAWAR (Majoriti 846 undi), DUN N15 TAMAN TEMPLER (Majoriti 467 undi). Dan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri adalah dengan 28 kerusi DUN oleh itu PN Selangor harus berkerja dengan lebih keras sekiranya ingin menang.

Terdapat 7 kerusi DUN yang mempunyai majoriti di bawah 5000 undi yang mungkin PN Selangor boleh berikan perhatian iaitu N04 SEKINCHAN (4018), N06 KUALA KUBU BAHARU (4119), N23 DUSUN TUA (3014), N41 BATU TIGA (3382), N42 MERU (3422), N54 TANJUNG SEPAT (2524) dan N56 SUNGAI PELEK (1458).

DAP masih lagi menjadi penghalang besar kepada kemenangan PN di Selangor dalam usaha membentuk kerajaan negeri. Dan GERAKAN masih belum mampu menjadi saingan kepada DAP walau majoriti keahliannya adalah dari bangsa cina. Semoga yang terbaik untuk rakyat Negeri Selangor.

Tuesday, 8 August 2023

Cafe 28 FIREPLACE - Tempat Mengopi Menarik Di Ampang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Pada suatu ketika di petang hari dengan secara amat tidak sengaja terjumpa nama Cafe 28 FIREPALCE ni di carian google. Asalnya hanya bersembang dengan wife nak pergi mana for tea time petang-petang Ahad nie. Alang-alang secara tak langsung boleh la celebrate birthday sekali. 

28 FIREPLACE CAFE
Mengambil masa lebih kurang 12 minit dari rumah untuk sampai ke 28 FIREPPACE di No 28, Persiaran Ampang, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Di buka 7 hari seminggu dari jam 8.00 pagi. Hari Isnin tutup pada jam 7.00 malam. Selasa sehingga Khamis tutup jam 6.00 petang. Jumaat sehingga Ahad tutup jam 7.00 malam dan dibuka semula pukul 8.00 malam sehingga 11.00 malam.

Design cantik dan tempat yang bersih.
Uutuk parking ada banyak dan tak berapa susah nak dapat jika bukan waktu sibuk sebab berhadapan cafe ini kawasan perumahan teras. Untuk status Halal pulak 28 FIREPLACE tidak memiliki Sijil HALAL JAKIM dan hanya berstatus "No Pork and Alcohol".  Ada tanya dengan staf berkenaan halal "We serving all halal ingredient and we have lot of muslim staf especially in kitchen" lebih kurang macam tu la bunyi dia. 

Variety of Cake, Cookist, Croissant, Scones and Dessert.
Kalau di café lain, selain dari hanya variety coffee dan pastry tapi di sini anda boleh menikmati menu makanan yang agak berat seperti Pasta, Burger, Waffle, Noodles, Grains dan Taco. Makanan yang kami order semua sedap overall boleh bagi 9/10. Cuma kene standby sikit la sebab harga tak berapa marhain sangat hahaha.. 

Let see the menu..
Bila bawa budak-budak kene amik meja belakang sekali.
Aku and wife with 3 kids excluded 1 baby. Kami order 4 Musketeers Beef Taco, Spicy Seafood Olio With Tiger Prawn, Fruity Waffle, Lemon Cake, Croissant, Scone, Honey Lemon Ginger, Cappuccino Ice dan Ice Chocolate - In total kami bayar RM176.00. But again makanan sedap berbaloi la  and baru awal bulan lagi boleh la hahahaha.. :D


Oh yer.. Cafe ni boleh dikatakan Kid Friendly yer sebab aku sendiri ada tanya dia dengan owner dia. Sebab ada jer cafe yang tak benarkan kami bawa masuk kids ke dalam or else hanya beri kami duduk di meja luar sahaja. Besar betul cabaran mak ayah yang bawa anak-anak kecil ni mengopi huhuu.. And as parent yang ada anak kecil plus tahu anak yang si boy 3 tahun tu lasak aku memang duduk meja hujung corner la hahaa..

Ice Cappuccino, Ice Chocolate and Honey Lemon Ginger.
Most of the time in every day, Aku memang memerlukan tempat-tempat cafe macam ni untuk spend time buat kerja hakiki dengan Laptop. So selain Richiamo Cafe sebelah Hospital Ampang and Go Coffee. Cafe 28 Fireplace masuk dalam list aku. Dan yang penting di 28 Fireplace ada free wifi yang laju untuk buat keje.. :D


Friday, 4 August 2023

Misi Menawan Gunung Irau - Pahang Darul Makmur

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Bila tak ada plan nak travel antara perkara yang selalu akan aku buat adalah naik gunung. Alhamdulillah syukur dapat menawan satu lagi puncak iaitu Gunung Irau di Brinchang, Cameroon Highlands. Ianya sama seperti keinginan menggembara ke setiap negara yang ada di dunia ini. 

Misi menawan Puncak Gunung Irau 2110 meter - Berjaya.
Setelah selesai conquer satu negara kita akan tanam azam untuk conquer atau jelajah negara baru. Sama juga dengan menawan puncak gunung. Habis satu puncak gunung kita akan tanam azam untuk menawan puncak gunung yang lain. Walaupun di pertengah pendakian kita akan rasa 'Kenapalah aku tak duduk rumah tengok tv jer.. kan bagus.." hahahaa..

Bangun Subuh dan bersarapan dan bersiap-siap menaiki 4x4 beramai-ramai.
Yang duduk belakang 4x4 ni dan macam naik unta berlari hahaha..
Alhamdulillah selamat sampai di Entrance Trek Gunung Irau.
Pewai - Perkara yang wajib berlaku iaitu selepas dah melepasi tahap exhausted yang teramat sangat. Tapi Alhamdulillah setiap kali juga walau dah pewai tahap ke-10 masih lagi mampu menamatkan misi menawan puncak sesebuah gunung untuk setakat ini la. Moga-moga tak ada la kejadian yang tak diingini berlaku di pertengah pendakian Insyallah.

Walau Gunung Irau (2110meter) ini adalah gunung tertinggi di Cameroon Highlands. Tapi aku rasa tak susah sangat sebab starting point pun dah potong beratus meter dari kaki gunung. Dan trek perjalanan/pendakian sejauh 2.35km sahaja. Yang memakan masa antara 2jam 30minit sehingga 3jam 30minit. Insyallah good for beginner macam aku :D

Baru mula dia dah belanja view nie.. Sejuk mata memandang :D
Starting trek santai-santai jer. Naik turun tangga kayu sahaja.

Dia belanja lagi view. Memang healing sangat-sangat :D
Time ni semua masih bersenyuman bergelak tawa lagi.. Suasana riuh sangat.
Dan paling best Gunung Irau ini adalah terkenal dengan kecantikan Mossy Forest nya. Sama macam kita tengak Lord of The Ring tu. So kami dalam satu group besar hampir 50 orang keseluruhan mostly dari Selangor dan Kuala Lumpur. Aku bertolak dari rumah secara carpool seramai 4 orang dan sampai di Nova Highlands Resort di Brinchang, Cameroon Highlands jam 3.00 pagi. Tidur dalam kereta sehingga subuh.

Habis trek kayu.. trek semula jadi pun bermula :D
One thing aku perasan time ni tak la penat sangat sebab keadaan sejuk dan
Mossy Forest dia memang menerujakan. Layan view memang best.
Pokok Periuk Kera, Lumu-lumut yang tebal dan pelagai tumbuhan lain.
Waktu subuh kami bangun, solat dan bersiap-siap dan kemudian bersarapan secara persendirian (tak termasuk pakej) dan berkumpul di tempat yang telah ditetapkan sebelum menaiki Toyota Hilux single cab ke entrance trek pendakian Gunung Irau. Masa ni kalau tak silap ada dalam 15 orang naik Hilux ni dan perjalanan mengambil masa 10-15 minit.

Trek insyallah tak susah mana. Best layan view sahaja :D
Lagi tinggi nak sampai puncak lagi cantik view.
Mossy Forest. Kasut memang basah time ni sebab keadaan tanah yamg lembab.
Outbound Adventure Crew (OAC) - Aku kalau nak amik pakej dari mana-mana group hiking memang aku cerewet sket sebab yang betul-betul apply permit masuk hutan, sediakan sweeper hiking, yang boleh sediakan team untuk first aider respond team. Atau yang ambil berat kepada setiap peserta mereka.. Seriously tak ramai dan tak banya group.

Tapi dengan OAC ni aku very confident sebab aku pernah lihat sendiri macam mana diorang handle peserta yang wounded dan juga yang hilang ketika pendakian. Dan setiap kali sebelum pendakian diorang akan tunjuk permit yang dah diluluskan pada peserta.

Nama pun tuan tanah kene lah posing lebih hahaha.. :D
Sampai di Mini Irau kami berehat seketika.
Yang rambut panjang tu Abang Lockman Presiden OAC
Terdapat 10 Checkpoint kesemuanya termasuklah satu dipanggil Mini Irau atau Irau Kecil. Kalau bergambar kat sini pun dah macam bergembar kat puncak hahahaa.. Ok yang tak bestnya kat sini aku dah mula rasa lutut kanan aku macam ada rasa pelik sket. Nak kata krem macam bukan. So aku bagitau Abang Lockman aku nak gerak dulu tak leh lama rehat di Mini Irau ni.

Kalau nak jadi apa-apa pun biarlah sampai puncak kan, kita datang jauh ni. Lepas aku sambung pendakian kesakitan di lutut mula hilang. Time ni ada banyak group yang hiking so just follow jer yang ramai-ramai ni pergi mana. Dan sebab lutut dah sakit tadi aku pun dah kurang amik gambar memang aim nak sampai puncak jer.

Kabus agak tebal waktu ni. Yang penting kene ada team bersama jangan jalan seorang
Menuju ke Checkpoint (CP) Bonzai 2
Bunga liar yang tumbuh di sepanjang trek hiking.
Sampai CP Bonzai 2 kami berehat take five sekejap. Lutut dah rasa pelik macam nak sakit.
Lepas kumpul tenaga dan nafas pun dah okay. Kami teruskan lagi pendakian terus ke puncak masa ni memang memacak trek sebab nak sampai ke puncak. Kat sini jer yang aku rasa mencabar sebab angkat lutut dah ke paras dada makna kata lain dah mula kene panjat-panjat sikit.

Dan sebelum sampai puncak kita akan lalu satu kawasan yang begitu cantik tempat ni boleh kalau nak buat cover poster movie seram hahaha.. Dan pada masa ini hanya tinggal 5 orang yang mana 2 orang adalah dari group lain. Yang belakang tinggal jauh. Yang depan tinggalkan kami. Begitulah bila hiking.

Dekat sini wajib amik gambar. Ada macam dalam Lord of The Ring tak?
Sampai je puncak aku dengan yang lain bergambar dulu sebab tahu hari ni ramai yang hiking Gunung  Irau. Sebelum orang penuh kat sini baik kita bergambar dulu hahahaa.. Lepas bergambar semua mula keluarkan makanan tengah hari diorang. Siap ada yang masak maggi buat teh kopi bagai. Aku pulak time ni lutut dah mula nak meragam.

Dah boleh agak kalau aku duduk ni confirm tak boleh bangun semula sama kene macam kat Mini Irau tadi. Tapi sebab lama nak tunggu semua satu group sampai akhirnya aku duduk jugak keluarkan bihun goreng yang dibungkus subuh tadi. Time makan abang Lockman pun sampai as dia sweeper paling belakang.

Mana yang sempat sampai time ni kita bergambar.
Sebab aku sorang jer yang gagah bawa DSLR maka jadilah cameraman
Bila orang dah ramai kene amik turn la nak bergambar dengan signboard puncak.
Time ni aku inform Abang Lockman yang baru sampai dalam 15 minit yang aku nak turun dulu sebab lutut aku dah makin sakit dan sebelum jadi parah baik aku turun dulu at least kalau jadi apa-apa aku dah tak jauh dari entrance. Lutut sakit lain macam ni - gerak sakit, tak gerak sakit, bengkokkan sakit luruskan kaki pun sakit.

Aku antara yang gerak turun awal dari puncak tapi aku sampai antara paling lewat. Berpuluh kali stop sebab sakit yang teramat. Rasa nak give up tapi tak ada point sebab dalam hutan. Macam-macam cara diorang buat ikat kain kat lutut, spray panas, lotion panas, but then Alhamdulillah aku manage sampai ke bawah. Tapi bila sampai ke Pekan Brinchang kaki terus tak leh gerak. Dalam carpool aku memang tak mampu nak buka mata sampai la depan pintu rumah sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...