Showing posts with label Lunch Berdua Di Kafe Mak O Mak Melawati. Show all posts
Showing posts with label Lunch Berdua Di Kafe Mak O Mak Melawati. Show all posts

Tuesday, 5 August 2025

Lunch Berdua Di Kafe Mak O Mak Melawati

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Okay kita teruskan lagi update blog hari ini sebab tak nak hilangkan mood yang dah layu dan kian menghilang. Thanks pada yang beri semangat dalam comment entry sebelum ni. Seriously memang banyak memberi semangat nak update huhuu.

Betul lah tu.. Memberi comment dapat banyak membantu blogger untuk bersemangat update blog. Insyallah start hari ini nak kena rajin blog walking blog kawan-kawan. Marilah bersama kita bantu membantu memberi semangat hahaha..

Tiberrrr kan... Hahahahah 🤣 🤣 😂 😂 

Kafe Mak O Mak, Taman Melawati.
Ada juga tempat makan diluar yang disediakan.
Hari ini lunch special sikit sebab dapat berdua tanpa ada gangguan dari the kids hahaa. As kami berdua ada kerja sedikit tengah hari ini di Melawati. Selesai kerja terus cari kat mana nak makan. Dengan cuaca yang panas cari lah juga if any kedai makan yang indoor.

Tak nak masuk Melawati Mall sebab kang nak kena masuk kerja balik. Biasa kalau masuk mall nanti mata melilau habis banyak masa hahahaa.. iman tak kuat kan, kang mulalah nak masuk kedai itu ini.. Nak tengok kejap barang tu la.. Yang wanita faham faham la nak masuk watson la.. guardian la.. walau sebenarnya tak ada apa pun nak dibeli. 🤭

Kedai makan ini dua tingkat yer.. Ada tempat makan di bahagian atas juga.
Alhamdulillah makanan semua dah sampai. Moh ler kita menjamu selera.
At last ternampak satu kedai makan ni Kafe Mak O Mak. Indoor dan ada menu nasi and western, heavy and light. So okla park kereta terus masuk kedai. Menu kena order by scan QR di atas meja. Ada banyak pilihan makanan dan minuman. 

Makanan alhamdulillah sedap 👍🏻. Rate 8.5/10 aku bagi untuk makanan yang aku order la iaitu Butter Milk Squid Rice, Asam Pedas Ikan Tenggiri, Lempeng Kelapa Sambal Ikan Bilis, Asam Boi Lemonade dan Lemon Ice. Jumlah bil RM71.50.

Lempeng Kelapa With Sambal Ikan Bilis - Add on Sugar RM8.00 (Recommended)
Nasi Putih come with Asam Pedas & Butter Milk Squid.
Unexpected portion yang sangat besar untuk Butter Milk Squid RM19.00
Asam Pedas Ikan Tenggiri RM24.00
 Asam Boi Lemonade RM9.00 & Lemon Ice RM5.00.
Lempeng Kelapa tu sedap insyallah boleh jadi asbab nak repeat semata-mata untuk datang makan lempeng sahaja. If tak nak makan dengan Sambal Ikan Bilis boleh pilih with Paru Goreng Belada, Rendang Daging and ada few lagi kot matching dia.

Butter Milk Squid sedap cuma portion banyak sangat sampai tak mampu nak habiskan sebab hujung-hujung tu dah mula muak hahah.. Asam Pedas Ikan tenggiri nice tapi macam agak nipis slice ikan nya. Ye lah barang dah mahal sekarang ni. 

Pelbagai jenis Spaghetti 🍝, Nasi Goreng, English Breakfast, Wedges, Fries 🍟, Cake 🍰, pastry, croissant 🥐 and roti bakar dan telur separuh masak pun ada dijual di sini. Soto dan Lontong juga ada. Boleh la singgah kalau tersesat ke Melawati lepas ni. 👍🏻☺️