Showing posts with label Mana Menghilang Mood Nak Update Blog Ni?. Show all posts
Showing posts with label Mana Menghilang Mood Nak Update Blog Ni?. Show all posts

Monday, 4 August 2025

Mana Menghilang Mood Nak Update Blog Ni?

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Masuk bulan Ogos ni masih belum lagi sambung cerita Uzbekistan Part 9. Tak tahu mana menghilang mood nak menulis dengan keadaan idea yang terlalu kosong. Dan dah seminggu tak buat blog walking. Sorry yer kawan-kawan semua. 

Untuk elak dari mood nak update blog terus hilang. Moh la share sikit menu makan tengah hari ni. Tak masak sebab malas yang berganda-ganda. Menuju secret resipi selepas ambil anak-anak balik dari sekolah menjamah apa yang ada huhuu.. 

Pilihan aku lunch hari ini - Olio Aglio Salmon 
Wife pilih Mee Curry - Tak tahu kenapa dapat telur sampai dua biji 😅
Athira pilih Garlic Bread
Dan dimakan bersama Mushroom Soup
Spring Rolls Chicken
Chocolate Cheese Berry Cake.
Honey Lemon, Ice Plum Lime Juice,
Atiyya punya makanan Mac & Cheese Chicken lupa nak amik gambar sebab lambat sangat dapatnya. Masa dia dapat tu yang lain semua dah nak habis makan. End up makan sikit dan terus minta bungkus. Sebab takut lambat nak ke sekolah petang. 

Minggu ni ditenggelami oleh kerja yang banyak sehingga dibawa pulang ke rumah. Maka belum tentu dapat update sambungan kisah perjalanan di Uzbekistan. Lagi-lagi dalam proses nak apply cuti bulan September nanti. Tak boleh merungut dengan bos kerja banyak. Selagi tak approve cuti selagi tu kena yes bos hahaha.. 🤣