Thursday, 9 July 2015

Myanmar Part 2 : Bandar Yangon Menyambut Kehadiran Kami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia..

Sambungan dari Myanmar Part 1 : Langkah Backpackers ke Yangon Bermula

Pertama yang perlu difahami ialah Bandar Yangon tidaklah begitu menarik dari segi pembangunan dan teknologi yang maju tetapi kaya dengan budaya oleh masyarkat yang dipenuhi dengan warna-warni kehidupan. 

Masyarakat di sini boleh aku katakan cukup ramah dan sangat ringan tulang sebab suka membantu pada setiap kali kami bertanya secara random walau pun kami berlainan bahasa, agama, budaya dan warna kulit. 

Solat Berjemaah Zohor di Bangale Sunni Jameh Mosque, Bandar Yangon.
Satu fakta yang aku dapat di sini ialah dalam Bandar Yangon ini sahaja terdapat hampir 140 buah masjid. Boleh dikatakan hampir setiap jalan besar akan ada sebuah masjid. Antara masjid yang menjadi tarikan khususnya muslim tourist ialah Bangale Sunni Jameh Mosque yang terletak di hadapan Sule Pagoda.

Sebuah lagi masjid boleh dilihat dengan dekat dari tingkap masjid ini. Dan fakta kedua adalah makanan halal memang bersepah di sini. Memang sangatlah mudah dijumpai dan murah tapi yang lagi best ialah makanan di sini sedap-sedap tau.

Ruang Solat di tingkat dua hanya dibuka pada waktu-waktu tertentu.
Bangale Sunni Jameh Mosque juga dilengkapi dengan kelas pengajian fardhu ain.
Baik kepada kanak-kanak dan juga untuk golongan dewasa. 

Tiada ruang solat khas untuk wanita bersolat di sini. Akan tetapi bagi pelancong islam yang datang untuk menunaikan solat akan dibenarkan naik ke tingkat dua untuk bersolat (Lihat gambar No.2). Ruang yang kebiasannya tidak digunakan melainkan jika ada majlis-majlis tertentu.

Okay.. Ikut plan asal, malam ini kami akan bertolak ke Inle Lake so kena la beli tiket bas awal-awal. Kalau habis susah pulak. Maka sebelum kami ke Bangale Mosque tadi untuk menunaikan solat jama zohor dan asar. Kami ke kaunter tiket bas yang berhampiran masjid.

Kaunter pembelian tiket bas di Bandar Yangon.. Tetap Sempoi..!!!!
Kaunter nak beli tiket bas ni sangatlah sempoi. Terletak di bawah pokok besar berbumbungkan kain canves dan seorang wanita as a cashier yang berumur awal 30-an dengan "Serbuk Tanaka" di pipi beliau. Menjual tiket bas hampir ke semua destinasi di Myanmar. Baik dari selatan sehinggalah ke utara.

Semua destinasi ada tertulis di belakang cashier berserta harga mengikut jenis bas biasa atau VIP. Maka tiadalah isu kena tipu harga and so on. Nampak tak betapa mudahnya urusan walau susah nak berkomunikasi dan teknologi yang maju πŸ˜‰.

Gaya Charlie's Angel - Memang lakonan hebat konon mencari arah tuju dalam map πŸ˜†.
Bogyoke Aung San Market

Bogyoke Aung San Market ini terkenal dengan seni kraftangan originally dari hasil tangan orang Myanmar.. Okay untuk pengatahuan umum Myanmar memang terkenal dengan Batu2 Jed, Gold and Silver, Kain Sutera, Hasil Ukir Kayu, Nak beli kain ela pun kat sini agak murah jugak la.. Sebab bini aku bantai 3 pasang kain hahahhaa :P 

Welcome to Bogyoke Aung San Market.. :D
Hasil kraftangan dari warga Myanmar memang unik :D
Batu-batu Jed dan pelbagai jenis batu yang diukir dengan kemas :D

Di bahagian kanan daripada main enterance market ini kita akan dapat lihat banyak kedai makan dari yang kecik hinggalah yang besar.. dan di bahagian belakang terletaknya kedai2 yang menjual hasil barangan basah seperti sayur, ikan, ayam dan daging.. Halal ke tak tu aku tak sure.. huhuhuuu...

Aku banyak beli buah.. tak tahu la kenapa sebab murah yer.. dan sebab sedap dan manis.. Biasa la kan negara di area2 sini kan pandai menanam sehingga menghasilkan buah grad A.. Kuih muih tempatan pun nampak sedap unik dan berwarna warni.. tapi tak sampai hati nak cuba huhuhu :D

Ada yang nampak macam Putu Mayam ada, Pulut Panggang, Agar-Agar pun ada :D
Memerhati dan terus memerhati nak shopping tunggu last day nanti hahahaa :P
Kain pasang, selipar, bekas pin tudung perempuan dan alas meja :D
Sebuah lagi masjid - Chulia Muslim Dargah Mosque yang terletak berhadapan dengan Bogyoke Aung San Market.. Dan berhampian dengan Parkson Shopping Mall.. 10-15 minit berjalan kaki dari Maha Bandoola Garden.. Di sini juga terletak sebuah restoran biryani original india yang cukup famous.. Tapi aku tak cuba sebab Biryani ni macam senang nak jumpa dan kat Malaysia pun ada :P

Chulia Muslim Dargah Mosque.. Berhadapan dengan Bogyoke Aung San Market..
Info - Shopping di Myanmar bukanlah pilihan terbaik.. Thailand dan Vietnam masih lagi menjadi destinasi untuk datang bershopping.. Tapi yang best nyer di Yangon para peniaga tak begging kita membeli macam di Vietnam atau Thailand.. Dan sepanjang experience aku disini macam tak ada langsung scam nak menipu pelancong..

Soal keselamatan tidak perlu di risaukan.. Alhamdulillah kami tidak mempunyai masalah langsung ketika merayau-rayau even ketika berjalan-jalan di lorong kecil di sini.. oh lupa nak bagitau.. jangan lupa amik masa sket nak merayau-rayau di lorong2 kecil berdekatan dengan Yangon/Rangoon River sebab kat situ kita akan dapat lihat beberapa subjek dan sudut yang menarik.. :D

Belajar naik pengangkutan bas ni sangat berkesan dan murah huhuu :D
Naik bas ni memang fun giler.. Happy je semua orang :D
Bila setiap kali bas berhenti.. Mesti ada orang naik dan jual barang :D
Kat Bandar Yangon ni kalau bas berhenti jer mesti ada orang akan naik dan jual so tak perlu risau la kalau haus atas bas di perjalanan ada jer orang akan berniaga.. Jangan sangka mereka tak jual makanan yang heavy yer.. Ada juga paket makanan lunch nasi dan mee etc juga yang di jual.. :D

Kandawgyi Lake The Royal Lake

Terletak berdekatan dengan Shwedagon Pagoda.. Kebanyakan masyarakat di sini datang ke sini bagi menenangkan fikiran dan menjadi antara salah satu destinasi keluarga di hujung minggu.. Sama macam kita pergi tasik Tititwangsa tapi landskap semula jadi di sini lebih memukau mata yang memandang.. :D

Di bina pada zaman pemerintahan British sebagai reservoir (Source water supply) tapi sekarang tak kot nampak air hijau jer hahaha.. Tarikan pada pelancong ialah jika datang pada waktu sunset untuk melihat sendiri kecantikan dan keunikan.. Bak kata bekas panglima British "when the glittering Shwedagon is reflected in its calm waters"..

Pemandangan di Tasik Kandawgyi.. 
Berehat seketika melayan tiupan angin sempoi dan banyangan teduhan pokok ..
Penat2 jer naik bas sampai sini nak lihat tarikan tasik ni tapi kene bayaran entrance yang mahal..
Tapi yang tak best nyer di Kandawgyi Lake ni ialah wujudnya entrance fee.. Mahal lak tu 2000 kyat seorang bagi foreigner.. Menyebabkan kami memikir hampir 20 kali nak masuk ke tak hahahaa.. Dan akhir nya kami decide sekadar berjalan bawah limit yang tak perlu bayar hahaha :P

Ok di sini juga selalu di adakan concert pada hujung minggu jika ada.. Dan di tengah-tengah tasik terdapat sebuah structure seperti monument.. Itu lah Karaweik (Royal Barge) "a modern construction which houses a function hall among other things"..

Sekadar sebuah nature attraction jer tasik ni.. So kalau yang tak suka nature ni jangan datang and jangan nak harap yang terbaik di sini.. at least minimum catch a sunset here :D

Last thing to do before leave Yangon is Food Hunting..
Terjumpa Restaurant Penang Chinese Food Halal.. 
Memang banyak restoran Halal kat sini.. So lets try local and traditional Halal food :D

Food Hunting At Yangon City

Penat kami berjalan satu hari perut mesti lapar.. So kami pun start balik food hunting.. Makanan kat sini memang awesome sedap.. Halal tidak menjadi halangan.. bersepah restoran halal baik Local Myanmar Traditional Halal Restaurant, Indian, Pakistani, Bangladeshi or even Chinese Halal Restaurant..

Well bila dah travel ke satu tempat kenelah enjoy the culture and environment kan.. Food selagi ia Halal why not? huhuhuu.. Tapi owner restaurant dah bagitau kami hanya di Yangon senang dapat makanan Halal.. nanti kat Inle Lake takut takde halal food..

Dengar je macam tu.. lagi la kami makan dengan banyak.. Takut nanti kebulur nasi kat Inle Lake hahahaa.. Tapi yang best kat Yangon ni makanan sangat dan sangat murah.. :D

Charlie's Angel dah start nak makan dengan  penuh ketenangan :D
Cantum dua meja.. takde la gaduh terlanggar siku hahaha..
Antara lauk pauk yang dipilih kami berempat.. Makan sampai kenyang :D

Di sebabkan Pakcik Omar ni jadi tourist Guide tak official.. So kitaorang pun belanja dia makan kat restaurant ni.. Nama tak tahu sebab tulisan dalam bahasa Myanmar.. Macam mana kitaorng tahu ia halal sebab ada banyak tulisan halal, ayat quran dan 786 - which stand for Basmallah..

Kekenyangan yang teramat sangat satu sisa pun kami tak tinggalkan hahaha :P
Alhamdulillah so far setakat ini semua urusan kami dipermudahkan Allah.. Dengan tak sengaja jumpa Pakcik Omar yang baik ni.. Apa yang aku boleh bagitau setakat nak jenjalan dalam Yangon ni memang mudah dan selamat..

Orang Malaysia memang kurang datang sini tapi ada jugak terserempak 3-4 group orang Malaysia kat sini.. tapi yang paling tak tahan ada jugak yang buat dek dono tak nak ngaku Malaysia.. Kalau aku jumpa korang kat London, Prague, Munich atau Vienna ke tak apa la jugak nak belagak kan.. hahaha hampeh dapat senegara orang macam nie :P

Will Continue Part 3

Myanmar Part 1 : Langkah Backpackers Ke Yangon Bermula
Myanmar Part 2 : Bandar Yangon Menyambut Kehadiran Kami

Tuesday, 9 June 2015

Myanmar Part 1 : Langkah Backpackers ke Yangon Bermula

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Syukur dah semangat sket ni nak update.. Insyallah moga dapat la aku habiskan semua entry untuk kisah pengembaraan aku di Myanmar ni.. By the way trip kat tempat lain aku skip dulu la.. Jepun, Shanghai, Shenzhen, Guangzhou, Egypt, Qatar, Oman, Lesotho, Thailand, Indonesia, Vietnam dan tempat lain2 semua aku skip dulu hahaa.. Dah mood aku nak update Myanmar.. Korang baca je la erk :P

Okay.. Masa yang aku ada tidaklah begitu mengizinkan aku dan kawan2 untuk mengembara lama di Negara Myanmar ini.. Sabtu dan Ahad serta 3 hari cuti yang kami apply membolehkan masa sebanyak 5 hari.. Ada beberapa tempat menarik di Myanmar antaranya Yangon, Bagan, Mandalay dan Inle Lake..


We here.. Welcome to Yangon City Gurlss...!!!

Akhirnya kami membuat keputusan untuk menjelajah ke Yangon dan Inle Lake sahaja.. Inle Lake menjadi pilihan kerana landskapnya yang agak unik dan berbeza dari tempat lain.. Sebuah tasik yang dikelilingi dengan gunung-ganang.. Terdapat perkampungan dan tanaman sayuran di atas pulau buatan di tengah tasik..


Permohonan VISA Ke Myanmar

By the way sebelum kita teruskan dengan cerita dan kisah pengalaman aku di Myanmar.. Jom kita amik tahu sedikit berkenaan visa untuk ke Myanmar.. Pertama - Myanmar adalah satu2 nya negara dalam kumpulan ASEAN  yang memerlukan rakyat Malaysia apply visa sebelum boleh menjejakan kaki ke sana..

Cara membuat visa mudah dan senang cuma MAHAL itu tak dapat di sangkal la.. Bayaran sebanyak RM140.00 seorang.. Memakan masa satu hari berkerja untuk siap.. jika anda menghantar dokumen lengkap pada waktu pagi sebelum pukul 11.30 pagi maka insyallah akan siap di petang hari nya.. Jika selepas waktu itu maka visa akan siap pada kesokan harinya..


So inilah tempat nyer nak buat VISA ke Myanmar

Memerlukan 2 keping gambar berukuran passport dan salinan tiket penerbangan pergi dan balik.. Confirmation penginapan tidak di minta tetapi jika ada boleh disertakan sekali.. Salinan passport dan kad pengenalan.. tapi dengar kata untuk tahun 2016 tak memerlukan visa lagi untuk ke Myanmar.. ntah la.. kalau ada sesiapa yang pergi tahun 2016 nanti sila bagitau kat komen yer..

Alamat Kedutaan Myanmar di KL:
EMBASSY OF THE REPUBLIC OF THE UNION OF MYANMAR
No. 8(C), JALAN AMPANG HILIR, 55000, KUALA LUMPUR
Tel : (603) 4251 5595, 42514455, 4251 6355
Fax : (603) 4251 3855

Masa ni tengah ramai orang .. Baik warga Myanmar mahu pun pelancong..
Betul-betul terletak di hadapan McDonald dan masuk ikut pintu ni :D

Nak buat visa ke Myanmar bukan di Kedutaan tapi kene pergi Ever Fine Servives (M) Sdn Bhd di Jalan Tun Perak.. Tak jauh dengan Stesyen LRT Masjid Jamek bersebelahan dengan Restoran Burger King..  Berhadapan McDonal :D (kalau korang tak jumpa jugak tak tahu la hahahaa..)

Return tiket Airasia aku beli masa promo bulan puasa 2014 - RM 198.00 seorang.. Aku dan wife serta dua member ex-sekolah rendah aku Cik Iszu dan Cik Dila.. Diorang bukanlah backpackers tapi hati yang mahu meneroka alam backpack menyudikan diri ikut serta trip ini :D


Excited Makcik2 nie nak Backpack ke Myanmar :P
Penerbangan AirAsia AK504 - Flight 95% penumpang penuh..

Flight AK504 Kuala Lumpur ke Yangon pada pukul 06.55 pagi membuatkan aku dan isteri membuka langkah seawal 11.30 malam ke KL Sentral untuk mengambil bas terakhir ke KLIA2.. tapi salah membuat perkiraan kami terpaksa menunggu bas pada pukul 2.30 pagi ke KLIA2.. (nasib bini tak marah :P)


Layan English Breakfast di KLIA2.. Hebat makcik2 ni punya test

Kami berempat sempat bersarapan di sebuah restoran sebelum ke departure hall.. by the way ini first time aku kali ni bawa group semua perempuan huhuu.. Penerbangan AK504 mengambil masa lebih 2 jam untuk sampai ke Yangon.. Dalam hati masih resah sebab aku kalau travel akan main redah dengan sedikit study jer.. Tapi kali ni bawa orang perempuan kene make sure tak buat silap, otherwise mau kene bebel hahaha :P


Yangon International Airport, Mingaladon City

Alhamdulillah kami selamat tiba di Yangon Airport.. Segala urusan immigration pun selesai dengan mudah.. Dan setelah keluar dari "nothing to declare" kami pun berjalan kaki selama 15-20 minit ke luar dari airport ke tempat bas yang berdekatan untuk ke Bandar Yangon sebab jika naik teksi tambang agak mahal 6-8 USD untuk seorang.. Naik bas seorang baru 200 Kyat (RM0.70).. Thanks to Blogger Aisyah Bee yang bagi info pasal naik bas ni.. :D


Setelah selesai urusan di airport maka berjalanlah kaki ke tempat bas..
Bila nampak pintu gerbang ni terus amik kanan..
Sampai jer kawasan yang banyak mini bas ni.. tunggu bas sebelah kiri jalan..

Alhamdulillah kami dapat seat belakang sekali dalam bas..
Lagi pun Maha Bandoola Garden adalah destinasi terakhir bas ini..

Nak naik bas ni tak susah la.. Jalan keluar dari pintu airport dan terus ke kanan berjalan sampai jumpa round the board amik pukul 3 dan jalan sket pastu akan nampak banyak mini van parking dan orang ramai di dua2 belah jalan sedang menunggu bas mereka.. Kami naik bas nombor 20 kalau tak silap setelah bertanya dengan orang ramai hehehe..

Oh by the way di Myanmar mereka hanya menerima USD dan Kyat (mata wang Myanmar) dalam urusan jual beli mereka.. Dan di Malaysia memang tak ada duit Kyat ni di money changer.. So cara paling senang bawa USD ke sana.. dan sampai di airport tukar lah kepada duit Kyat.. Cara kedua yang aku baru dapat tahu ialah draw duit dari ATM di Airport.. Dengan syarat ada logo MasterCard dan VISA..


Bangunan zaman pemerintahan colonies yang masih kekal..
Maha Bandoola Garden - Central of Yangon City..


Yangon City - Largest City in Myanmar

Okay satu perkara aku nak kongsi dengan semua pembaca ialah kalau tak tahu nak start jelajah Bandar Yangon dari mana maka cari lah Maha Bandoola Garden sebab park ni terletak betul2 di sentral bandar.. Landskap pun cantik di kelilingi dengan bangunan lama dari architecture colonies.. Dan di sini juga terletaknya Independent Monument of Myanmar.

Dan antara temple buddha yang terkenal di Yangon adalah Sule Pagoda yang terletak betul2 di hadapan park.. Dan yang paling penting bagi umat islam di sini ialah sebuah masjid iaitu Bangale Sunni Jameh Mosque yang terletak betul2 di hadapan park sebelah kiri round the board..


Pakcik Omar menawarkan diri menjadi tour guide kami  :P
Suasana ruang makan restoran Golden Tea - Baju Kuning tu owner  restoran..  :D
Boleh dapat nasi goreng, popia dan samosa goreng kat sini..
Iszu dan Dila time ni dahaga terus balun 7up hehee.. :P
Inilah dia Bangale Sunni Jameh Mosque berhampiran Maha Bandoola Garden..

Bila ada masjid ia adalah perkara gembira bagi seorang traveller islam, kan? Yang pertama dapat solat dan yang kedua mesti ada restoran muslim hehehee.. apa lagi bersarapan sakan la kami pagi tu.. makanan dah la murah kat sini.. Aku pun lega kalau tak mau makcik2 ni bising nak makan hahaha.. :P

Alhamdulillah segala urusan kami setakat ini dipermudahkan Allah.. Dan semasa kami sibuk bergambar di Maha Bandoola Garden tetiba seorang insan bernama Pakcik Omar datang berborak dengan kami.. Lepas tu dia offer nak jadi tour guide kami.. Mula2 malas nak layan sebab ingatkan scam.. tapi syukur la dia memang nak tolong.. tak minta duit pun malah siap kuarkan duit untuk kami lagi hehehe :D


Continue - Myanmar Part 2 : Bandar Yangon Menyambut Kehadiran Kami

Monday, 18 May 2015

Ceria Sehari di "The Lost World of Tambun" - Perak

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia untuk semua..

Alhamdulillah dapat update jugak aku pada pagi isnin ni.. Just nak update sket, weekend baru ni aku berkesempatan untuk menziarahi saudara di Ipoh, Perak.. Perjalanan ke Ipoh dari KL mengambil masa hampir 3 jam kerana kesesakan dari KL menuju ke Sungai Buloh..

Aku bersama isteri dan anak saudara ku (Bang Chik) berumur 20 tahun yang menuntut di KPTM.. By the way rumah sedara aku ni ialah parent kepada Bang Chik ni.. Nenek kepada Bang Chik ni (Kami panggil Wa) dengan Mak aku adalah sepupu.. so pangkat aku adalah selevel dengan parent Bang Chik ni.. panjang lak intro ni hahahahaa.. :P


We here guys... Let's Rock and Roll hahahaha.. :P
Terlebih excited di pintu masuk Lost World of Tambun.. 

Plan ke Lost World of Tambun ni adalah idea isteri aku.. Well nama pun suami kan kene lah ikut jer nak bagi isteri senyum selalu yer dak? hahahaa.. Hari Sabtu 16/05/2015 kami berempat.. Kali ni adik Bang Chik - Bang Teh pun ikut sama nak jelajah Lost World of Tambun.. 



Bayaran Masuk

 - Adult RM56.00
 - Children RM49.00
 - Kanak-Kanak di bawah ketinggian 90 cm adalah percuma.
 - Lost World Hot Spring & Spa RM 24.00

Waktu Beroperasi

Isnin - Jumaat 11.00 am - 06.00 pm
Sabtu - Ahad 10.00 am - 06.00 pm
School and Public Holidays 10.00 am - 06.00 pm
(CLOSED every Tuesday except School and Public Holidays)

Lost World Hot Spring and Spa (Opened Daily) 06.00 pm - 11.00 pm
Crystal Spa 03.00 pm - 11.00 pm
(Except on Tuesday 06.00 pm - 11.00 pm)

Lost World of Tambun Direction

Take The North - South Expressway and head for Ipoh, Perak.Take the exit The Lost World of Tambun and follow signboard  for 5 minutes to Lost World of Tambun. Lost World of Tambun is located on the right just after passing Giant Hypermarket.


This area i like the most.. Lost World Ipoh Street :D
Keadaan Ipoh pada satu masa duhulu.. Tempat makan pun boleh rendam kaki..
Jom menuju ke pantai buatan yang berombak ni :D
Tempat utama ialah main air wiihooooo..!!!! Tempat Bola Tampar pun ada..

Masa nak beli tiket di kaunter.. Akak kaunter tu kata ada buat Kad Members Club tak? kalau encik ada buat akan ada potongon diskaun sebanyak 15% dari harga asal.. Rupa2 nya pada hari kami datang ni memang ada beberpa staf yang sedang mempromosikan Kad Members Club secara percuma dan keahlian adalah seumur hidup tanpa bayaran.. :D

Isi borang.. Dapat kad.. Beli tiket.. Dan kami pun masuk.. Oh lupa nak inform kat sini ada security check di pintu masuk yer.. Antaranya makanan dan minuman dari luar tak dibenarkan masuk.. Barangan membahaya pisau, pistol dan seumpanya.. Alhamdulillah kami tidak mempunyai apa-apa masalah.. Datang nak main air bawa tuala sudah la kan hahahaa.. :P


Hot Spring and Spa.. Bila siang tak ramai orang sebab air panas..
Tapi Kalau malam sini lah tempat orang cari..
Reflexology.. Mengurut kaki katanya.. Kalau tahan panas air 40 degree  sila la berjalan2 di sini..
Salah satu dari dua gelongsor air.. Kecut perut hahahaa :D
Yang ni pun awesome.. Jom main hahahahaa :D
Orang perempuan kalau tak menjerit memang tak sah kan hahahaa :D

The Lost World of Tambun ni aku suka sebab tempat ni bukanlah semata2 tempat untuk bermain air di Lost Wolrd Water Park dan Porcupine Trail.. Ada banyak tempat lain untuk kita jelajahi antaranya Lost World Swan Lake kita boleh bagi ikan makan, berkayak dan menganyuh bot berbetuk swan..

Lost World Tin Valley kita dapat melihat keadaan Tambun pada masa dahulu.. Lost World Petting Zoo dan Lost World Animal Care Centre mini zoo yang agak unik sesuai untuk seisi keluarga bersantai dan Lost World Tiger Valley ada aksi haiwan yang jinak menghiburkan hati..


Pemandangan yang indah di Lost World Swan Lake :D
Lost World Swan Lake
Lupe's Adventure.. Perak's 1st Roller Coaster Ride..
Lost World Amusement Park

Lost World Amusement Park yang terletak disebelah kanan dari entrance mempunya lebih dari 4 permainan dan boleh menaiki kereta api untuk menjelajahi hampir semua tempat di sini.. Di sini juga terletak sebuah rumah hantu "Hunted Chambers" dan ini adalah satu2nya tempat yang kita perlu bayar kalau nak masuk.. Tapi kira okay la rumah hantu berbaloi dengan RM10.00 perperson yang kita bayar.. Kat sini Bang Chik menjerit2 melatah hahahaha :P

Di sini juga terletak Perak's 1st Roller Coaster Ride iaitu Lost World Lupe's Adventure.. Not so bad la i think ibu mengandung pun boleh naik kot hahahaa.. it's so fun for semua ketegori umur dalam ahli keluarga.. takde pun sampai kepala bawah kaki atas hahahaa.. Once you ride it dia akan buat dua pusingan.. awesome la kan :D

Antara facilities lain yang disediakan toilet, shower tempat salinan pakaian, food court tapi mahal giler!!!.. Sampai air mineral 500 ml RM 4.50.. Surau ada terletak di bahagia kiri berdekatan dengan tempat persalinan pakaian maka jangan leka bermain sampai tak solat yer..


Restoran  di sebalik gua memang menarik perhatian :D
Antara haiwan yang telah dijinakan.. Memang pandai beraksi..
Hunted Chambers, Kepura Cave, Tiger valley dan Tin Valley..

By the way.. Kat sini ada satu tempat makan yang memang awesome sebuah restoran separuh gua.. Terletak di antara Tiger Valley ke Tin Valley.. Lepak minum kopi sambil makan roti bakar pun dah okay just layan panorama yang memang awesome kat situ.. Make sure you try it..!!!

If korang nak sewa tube hijau yang besar kat Lost World ni lebih baik fikir terlebih dahulu.. sebab di sini bukan nyer semua benda nak main air.. Tempat ni besar sangat kene explore berjalan dengan kaki.. Tak kan nak usung tube tu sana sini kan.. Pendapat aku explore dulu tempat ni dah habis jelajah dah penat baru lah terjun dalam air.. pape pun Lost World of Tambun memang enjoy..!! :D