Monday 17 December 2012

Zimbabwe Part 5 : Ghost Train from Victoria Falls Town

Di hadapan Victoria Fall Train Station..
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..


10 November 2011 Khamis - Jika anda berada di Victoria Falls dan suka ingin mencuba dengan sesuatu yang baru maka saya cadangkan anda ambil train ini dari Victoria Fall ke Bulawayo..

Train ni di bina di Birmingham, England pada tahun 1958.. Hampir keseluruh gerabak adalah di buat dari kayu dan bila aku baca dari internet mengenai "Ghost Train" ini.. rasa seronok nak cuba.. bila dah tengok memang menakutkan jugak la.. Memang train ni gelap gelita tak ada lampu langsung.. 

Harga tiket mengikut kemampuan anda but macam mana pun first class ticket pun not bad la tak ada la mahal sangat.. dan ia adalah lebih selamat untuk amik tempat di first and second class..

  1. 3rd class berharga $4.00 USD.. just seat..  dan perjalanan malam so susah la kalau nak tido.. lagi2 orang akan sesak dalam train so 3rd class bukan la a good choice to make.. bahaya pun ye juga..
  2. Second Class.. berharga $8.00 USD.. anda akan dapat katil dan bilik.. sama ada empat atau enam katil dalam satu bilik..
  3. First Class.. berharga $12.00 USD.. macam second class juga anda dapat bilik dan katil but sama ada anda dapat 4 katil atau 2 katil dalam satu bilik.. so if travelling alone so better take first class with two bed.. sebab akan sebuah bilik private..

Bergambar dengan ghost train sebelum bertolak..
Actually aku pun tertanya2 jugak.. apa beza first class dengan second class?? maka mamat dekat counter tu pun bagitahu.. "First class anda akan dapat selimut dan bantal.. dan second class anda cuma dapat katil je.." Bila aku berfikir di tengah musim summer ni buat apa nak pilih first class (selimut tu)..

Tapi di sebabkan kami berempat baik la juga amik first class dapat la kami berempat sebuah bilik bersama.. tak ada la orang lain hehehee.. kalau second class belum tentu dapat bilik yang berempat mungkin dapat yang enam katil nanti kene share dengan orang lain.. 

Dan yang best nya.. first class berada di gerabak paling belakang sekali.. so jauh la dari menghidu kempulan asap dari kepala kereta api ni.. so kami naik malam tak la nampak sangat betapa buruk dan unik nya ghost train ni.. bila naik train ni .. keadaan agak memening kan.. dengan gelap dan panas.. dah la musim summer.. bau pun tak la busuk tapi macam busuk gak la hahahaa... so nasib baik kami amik first class kalau tak.. tak tahu la.. sebab first class pun dah macam ni.. kalau 3rd class tak tahu la macam mana..


Bergambar ketika train berhenti di sebuah station

Berhenti seketika di Sawmills Station 

Aku amik katil atas sebab bawah angin kurang

Anas dan Ridwan tertido lagi lepas subuh..

Keadaan di hadapan bilik first class kami

Tandas terletak di hujung gerabak


Alhamdulillah.. tiket yang kami beli semua dah di sahkan layak untuk memasuki bilik first class kami.. Dalam ticket tertulis bertolak pada pukul 7.30 pm.. tapi last2 pukul 8.00 pm baru bertolak..

Tak apa lah janji esok pagi kami sampai Bulawayo City..  by the way dalam bilik first class ni ada sink tapi tak ada tab dan tak ada air.. dan kalau tutup sink ni maka boleh jadi meja di tengah2 bilik ni.. 

Bila train dah mula bergerak kami masih berborak sambil makan malam dengan apa yang ada.. Sempat kami beli roti, crips dan biskut yang di beli seawal perjalanan kami.. Air ada dua tiga botol sahaja.. sebab tak tahu pula dalam train ni tak ada air.. so next time if korang nak naik train ni make sure bawa air banyak sket.. sebab nak minum dan boleh guna basuh tangan dan muka etc..


Layan pemandangan di pagi hari..

Ini lah rupa tandas dalam train ni.. tak ada flush.. 
dan ia akan jatuh terus ke atas landasan, Nak cuba? :P
Sambil makan dan berborak.. seorang demi seorang tertido.. Di tengah malam dalam pukul 11.00 pm.. semua terjaga sebab train berhenti mengejut.. Anas je yang macam tercedera sikit kepala terhantuk dekat dinding hehee.. (sorry to anas)..

Aku pun keluar dari bilik dan nampak pekerja train.. Bila tanya dengan stuff train ni.. "Kenapa?" dia jawap ada gajah lintas railway.. Hahahaa ntah betul ke tak.. :P

Dalam pada masa yang sama baru sedar cuaca dah bertukar menjadi sejuk.. kalam kabut semua cari selimut.. Mungkin sebab embun kot.. by the way ada 4 katil.. Dua di dinding belah kanan dan dua katil belah dinding kiri.. Ruang agak luas jugak la untuk empat orang.. Memang selesa sangat.. :D


Akhirnya kami sampai di Bulawayo Train Station..
Bila tiba waktu pagi memang best sebab dapat lihat pemandangan.. Train ini akan lalu dalam kawasan national park di negara ini.. jika anda berpeluang dan bernasib baik maka dapat la tengok Rusa, Seladang atau Zebra dalam bilangan yang amat besar berkumpul atau sedang berlari berkelompok..

Perjalanan train akan mengambil masa selama 10 jam yang sepatutnyalah.. but kami sampai di Bandar Bulawayo lebih kurang pukul 10.00 pagi kesokan harinya.. Ini bermakna 14 jam perjalanan kami dari  Pekan Vactioria Falls..

Agak lama tu tapi waktu malam kami semua tidur jer.. so okey la jugak. Actually jarak antara Pekan Victoria Falls dengan Bandar Bulawayo 400 kilometer lebih je.. but rata-rata traveler comment nak rasa naik train ni sebab keadaan macam ni la baru dapat rasa "Africa Experience".. kalau nak rasa benda canggih pi Europe la.. nak tengok natural things.. Sila lah datang dan explore Africa.. :D..

12 comments:

  1. wooww... nice story.. saya suka baca cerita kamu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bisa2 aja Tuan Goiq.. thanks for coming.. :-)

      Delete
  2. pasni mana pulak bro hala tuju.. Planet namek? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasni insyallah.. lagi 2 negara then beraya di malaysia.. mengikut apa yg diplan .. :-).

      Delete
  3. selalunya negara panas , mlm mmg sejuk ... tandas yg tak perlu di cuci ...hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa.. bila siang panas.. malam tetiba jadi sejuk pulak kan huhu..
      Tandas tu tak perlu cuci sangat.. landasan jer yg perlu di cuci selalu hahaha :D

      Delete
  4. best! cool je travel by train ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kali travel ke sesebuah negara jika ada peluang mesti saya akan ambil perjalanan dengan train :D

      Delete
  5. I think this is an enlightening post and it is exceptionally valuable and proficient. along these lines, I might want to thank you for the endeavors you have made in composing this article. Watch The Sims 4 channels streaming live on Twitch. Sign up or login to join the community and follow your favorite The Sims 4 streamers! sims 4 news

    ReplyDelete
  6. Post ni tahun 2011 .. ada lagi ker Ghost Train ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes ada lagi.. sebab junior baru pergi last year masih ada..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...