Saturday 28 December 2013

Jelajah Miri Part 4 : Muzium Petroleum - Sunset Di Canada Hills

Sambungan Dari Jelajah Miri Part 3 : Gua Niah - Pekan Batu Niah to Bandar Miri


Assalamualaikum..

Hari ketiga aku di Miri.. Tak buat banyak sangat aktiviti.. maklum la menumpang rumah Pak Man.. tak kene bayar apa-apa.. dah macam rumah sendiri rasa malas jer.. Lynn dan Pak Man kata nanti petang kita pi tengok sunset di Canada Hills.. ok la tu sebab siang ni aku malas sket..

Canada Hills ni lebih kepada kawasan orang bersantai.. ramai yang datang pada waktu pagi dan petang untuk beriadah seperti bersenam, jogging, picnic bersama keluarga malah ada yang buat senaman Tai Chi.. Ada juga sebuah restoran di sini tapi tak ada tanda halal.. banyak alcoholic jer kat situ.. Canada Hills juga di kenali sebagai The Grand Old Lady.. Dan juga di kenali sebagai Bukit Telaga Minyak bagi masyarakat setempat..


The Grand Old Lady..
Gambaran bagaimana mereka membuat kerja penggalian..
Tengok macam tak cukup tenaga.. Jom tolak..!!
Antara peralatan lama dalam penggalian minyak zaman  dulu..

Fakta Sejarah - Apa yang menarik di Canada Hills ni.. di sinilah terletaknya Muzium Petroleum.. dan kenapa muzium ini di bina di sini..?? jawapannya ialah.. di sinilah terletaknya telaga minyak pertama di Miri.. Bahkan yang pertama di Malaysia.. di gerudi dengan cara alat kawat.. atau kata lain manual..

Mula di gerudi pada 10 Ogos 1910 dan tamat pada 22 Disember 1910.. mengambil masa lebih 2 bulan untuk siap.. Kedalaman asli 452 kaki dan yang terakhir atau paling maksima 1096 kaki.. Di tutup setelah beroperasi selama 62 tahun.. pada tarikh 31 Oktober 1972.. dengan pengeluaran 7 tong sehari atau anggaran 660,000 tong sepanjang ia beroperasi..


Pintu masuk Muzium Petroleum  -  Sejarah minyak di Malaysia..













Dan baru aku tahu terdapat 624 telaga minyak di Miri.. dengan anggaran lebih 80 juta tong minyak telah di keluarkan dari dearah Miri.. Dan syarikat minyak pertama yang beroperasi di Miri atau di Malaysia ini ialah Anglo-Saxon Petroleum Company.. daripada kumpulan Shell Royal Dutch..


Pemandangan sebahagian Bandar Miri di waktu petang..
Matahari yang mula melabuhkan diri..

Syarikat Petroleum dan Gas Malaysia - Petrolium Nasional Berhad - Petronas hanya di tubuhkan pada 14 Ogos 1974.. bertahun lamanya selepas syarikat lain menapak mengambil hasil di negara Malaysia.. apa pun sebagai rakyat Malaysia.. Aku bangga dengan pencapai Petronas pada masa kini.. di mana jua aku travel.. masyarakat luar kenal The Twin Tower Petronas..  harap tak terkeluar dari tajuk lagi hehehehe.. 


Ada adik beradik ni sanggup jadi model camera aku hehehee..  :D


Buruk benor gambar aku amik.. siapa sudi ajar aku amik gambar pleasee..  :P
Datang balik pada waktu malam untuk melihat keindahan Bandar Miri

Berbekalkan sandwich dan air mineral.. Pak Man, Lynn dan aku duduk menunggu sunset.. ramai juga orang lain yang datang untuk menikmati sunset di atas bukit ni.. Selesai sunset kami pulang menunaikan solat maghrib dan terus ke satu2 nyer pasar malam di Miri iaitu Pasar Ria Saberkas.. Maka bermula food hunting hehee.. paling best aku nak beli kat sini ialah Kepak Ayam Bakar yang memang famous di Miri ni.. lagi2 bau dia sampai kat parking kereta..

Jom Puisng-Pusing Dalam Pasar Ria Saberkas..


" Selamat Datang Ke Pasar Ria Saberkas "

RM 2.00 4 batang tu..Mana nak dapat harga macam ni di KL..
Terbaikk..!!  Satay yang murah dan sedapp.. :D

RM 2.00 seketul.. beli 3 RM 5.00..
Ini lah kepak ayam bakar yang famous di Miri.. 
Jom serang Kek Lapis Sarawak  :D
Warna - warni.. rambang mata sekejap..
Ini mungkin masa tengah sedih kot.. tu warna dia macam tu  :P

Harga dari RM 3.00 - RM 4.00.. perasan tak semua nyer kepak jerr..
Ikan bakar di mana aja.. laut kan sebelah jer kan  :D
Hati Buyah Berempah ( Beef Lung ) RM 5.00

Kek Lapis Sarawak pun ada jual dan murah sket.. even ramai bagi suggestion kalau nak beli Kek Lapis kene pi Kedai Siti Payung di Muara tapi aku tak kisah asalkan ia adalah kek lapis.. nanti dah ada bini baru kisah yer dok hahaa.. :P 

Ok antara makanan yang menarik di sini korang kene rasa ialah Hati Buyah Berempah.. Satay Ayam dan Daging - Murah 4 batang RM 2.00 jerr.. memang di balun habis.. pelbagai jenis Ikan Bakar yang amat murah.. Nasi Ayam Berempah.. but yang best sangat ialah semuanya murah.. Continue Part 5.. 

90 comments:

  1. Pegi museum petroleum? Barulah tahu akn kewujudan tu. Cantikje gambar sunset t x perlu minta org ajo tukar je k dslr mesti gambr cantik. Kek lapis tu cantik2 sgt syg pulak nk mkn. Hmboiiii lepas ada bini bau nk kesah katanya ahakssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Firsstt tu.. mana Kak JM menghilang lama tak jengok mengomen kat sini.. :D
      Kek lapis memang macam tu syg nak di makan..sebab tu kene beli yg ala kadar jer hahaa.. bujang tak kisah Kak JM makan jerr :P

      Delete
  2. subhanallah, cantiknya sunset tu.. baru akak tahu mengenai sejarah petroleum, banyak info menarik.. semua makanan tu nampak menyelerakan especially sate tu.. hehe.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan di Miri pun amat mnyelerakan juga :D Sekadar share info di sini..
      Sate tu dah la sedap murah pulak tu .. :D

      Delete
    2. akak tak pernah lagi sampai sarawak.. teringin juga nak ke sana satu masa nanti..

      Delete
    3. Sarawak destinasi melancong yang seronok dan badget murah.. dalam malaysia tapi nak kapal terbang :D moga kak Mizz Aiza sampai sana suatu hari nanti amin.. :D

      Delete
  3. Makanan nya bikin lapar, dan aku suka sunset nya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lapar ya.. aku pun lapar skrng nie hahahaa..
      Sunset itu kan indah bangat .. harus di hayati :D

      Delete
  4. Subhanallah, sunset is always never the fails their lovers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.. kalau duduk miri memang ajab datang selalu kat Canada Hills nie.. layan sunset :D

      Delete
    2. Yes to sunset. Kek batik ke kek lapis?

      Delete
    3. Setelah analisis di buat maka tahu la ia Kek Lapis dan Kek batik dua2 boleh di guna pakai.. :D.

      Delete
    4. kek lapis dia bercorak rasanya dkt kuching plain je ..iya kalau ada orang rumah baru kisah ?

      Delete
    5. Bukan Kek Lapis/Batik ni semua nyer bercorak ker?? ntah laa.. tak pernah sampai kuching lagi :P

      Delete
  5. apa keistimewaan kepak ayam bakar tu cer cite cer cita
    sbb kepak dr miri kut ek hehe
    tp mmg kat belah2 sn food heaven
    bila ntah nak pi sn..huhu
    sunset sgt lawaaaa
    subhanaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Kak El.. :D hurmm tak tahu la.. mungkin cara mereka perap dan bakar kepak ayam tu kot.. membuatkan ianya sedap bangat di makan :D food heaven lain sket dari penang ..
      Usha la Airsia ada jer murah2 ke Borneo :D..

      Delete
  6. bestnya,,serius xpernah tau ada muzium petroleum kat miri..serius nak pegi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh silakan.. rugi kalau dah dekat tak pergi.. :D tengok sunset sekali kalau pergi.. lagi best :D

      Delete
  7. ya allah afif.. sedapnya tgk kek batik..mcm2 warna yg menarik.. kepak ayam... bak mai sikit.. :P

    eh pandai juga tu afif ambil gmbr... cahaya senjakala.. cantik.. :)

    nampak patung putih menolak tp tiba2 ada 1 makhluk ditengah...apakah itu.. hahahaahah.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak pe.. betapa seap nyer kek batik tu :D kepak ayam kene mkn on the sport.. bungkus2 tak sedap hahahaa.. :P main snap jer gambar tu.. tak reti pun..
      makhluk tengah tu paling tak putih la hahahaa.. :P

      Delete
  8. owh.. ada jugak muzium petroliem bro..baru tau..good info..
    bro rasanya lpas ni aq kena jadikan cara ko bergaya sbgai gambar rujukan utk aku bgaya.,,supaya x nampak kaku dlm gambar..he..he. :P
    cantik gambar pemandangan sunset... nice shoot..x buruk pun ko ambil..awoseme..ada la. :) good job nanti aq bguru dgn ko ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. benda kadang2 dah ada.. tapi diri sendiri kene explore untuk tahu kewujudan nya.. :D alhamdulillah cuba try share info sekadar yang tahu,,
      Nak buat rujukan.. heheee.. tak pernah orang buat lagi tu.. suka hati lah asal bahagia.. :D
      La kita nak berguru dgn dia.. dia pulak nak berguru dgn kita .. hahahaa...

      Delete
    2. ha..ha.. kau lagi power bro ambil gamba bro. aq biasa2 je... nanti bolehlah kita sama2 bkongsi ilmu ..bro new entry? msih dlm proses ke? :P

      Delete
    3. Aku mungkin power bergambar tapi bukan amik gambar hahahaa.. entry baru insyallah esok pagi akan post :D alang2 hujung tahun punya kan :D
      itu lah tengah tunggu bila nyer nak kongsi ilmu tu hehehehe :D

      Delete
    4. owh.. tapi dari gambar yg ko ambik.. aq rasa ko pkai dslr bleh tahan mahal gak kan?? he..he.. kit lens yg mahai.. ha..ha..
      itulah kalau ada rezeki bjumpa..memng aq nak tuntut habis2 cara nak traving dgn bajet.. mybe one day kita bleh travel sama :) :P

      Delete
    5. Aku suka travel sorang even di afrika, eropah, middle east dan juga asia.. tapi aku percaya.. kalau travel berteman atau kumpulan kecil pun ada keseronokan nya :D
      insyallah ada rezeki nanti kita seat down bincang hahaha..
      Mana ada aku pakai DLSR mahal.. ini bru plan nak beli hehehee :D

      Delete
    6. insaallah bro..one day..
      u are my sifu :P
      owh tipah tertipu pasal kmera tu..:) ha..ha..ha :P

      Delete
    7. xde sifu2 nyer.. wat biasa sudehhh... tipah bukan selalu kene tipu ker hahaha :P

      Delete
    8. ha..ha.. relex2 sudah :) ha..ha..ha.. :P

      Delete
    9. Ok ok... keep in toucb bro.. :D

      Delete
  9. ok awak buat saya nak pergi miri!hahaha sebab tertarik ngn museum tu dannnnnnn pasar ria tu!esp kepak ayam tuuu....nampak nyummehhhh!hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes it's nyummehhhh sesangat hahaha.. rasa dia pun melekat kat tgn.. makan mesti comot tanda kegirangan hahaha.. well every place ada kelebihan masing2 untuk di hayati :D

      Delete
  10. waaa..jelesnye dgn bro banyak tempat dah pegi..

    www.hasyanaurah.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar share pengalaman ... tak ada niat pun nak buat orang lain jeles :D
      Thanks for comment will visit to your blog now :D

      Delete
  11. macam manay rasa hati buyah! nampak macam rendang, teringin pulak gue~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana??? itu tak dapat la nak explain kat sini..kene rasa sendiri hahaha.. :P
      Sila la bertandang ke Miri.. suasana dan makanan yang amat berbeza dari semenanjung..

      Delete
  12. Kalau nak naik twin tower tu cakap je la.. hahahha :P

    * Out of topic

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak dengar dulu pasal nie.. will contact you as soon as possible :D

      Delete
  13. Wow menariknyer... x taupun kan.... thanks dpt akak satu benda baru hrni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. bila jauh perjalanan luas pandangan.. mungkin itu yang di maksudkan oleh pepatah :D

      Delete
  14. Replies
    1. Ya itu lah Miri Sarawak dengan cara tersendiri :D

      Delete
  15. wah sangat menarik journey awak....teruskan usaha menjelajah ke tempat2menarik dan bgi info pada kami semua..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah akan teruskan journey melangkah di setiap pelusuk dunia.. dan akan terus kongsi pengalaman dan info yang menarik pada pembaca :D

      Delete
  16. wah cantik betul pemandangan kota miri tu, seperti brunei saja miri juga penghasil minyak, sama seperti di kalimantan timur, kota balikpapan juga penghasil minyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik dan bersih hampir kesemua tempat nya.. :D
      Nampak nya Borneo memang sebuah pulau besar yang menghasilkan minyak ..

      Delete
  17. wah wah,,, teruja sangat tngok gambaq di atas semua ni
    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila la ke Miri.. merasa sendiri udara miri.. lagi best :D

      Delete
  18. Replies
    1. Ia menjadi tumpuan kerana minyak dan akhir nya menjadi sebuah bandar :D

      Delete
  19. pasar ria...bersukaria membeli makanan yg murah2..

    correction - bukan 'twice' tapi twin tower..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah Tuan Nohas.. tempat pun nama ria.. mmg ria mmbeli makanan..
      Ya Allah ada juga correction.. terima kasih Tuan Nohas :D

      Delete
    2. welcome..small matter, we are human..

      errr..jgnlah panggil Tuan sbb saya sebenarnya puan..correction again..hehe..

      Delete
    3. Huh.. Ya Allah salah lagi aduhhh malu nyerrr... sorry memang tak tahu langsung hehehee.. Baik Puan Nohas.. :D
      Harap selalu2 tegur di atas kesilapan saya buat.. terima kasih :D

      Delete
  20. wah.. menyenangkan sekali tempatnya ya.
    kapan2 ah saya kesana.. pengen menikmati sunset juga :))

    oh ya, saya punya postingan baru lhoo :))v

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya.. begitu lah.. tempat nya tidak terlalu di makan oleh arus pembangunan..
      Boleh aja.. aku pasti suatu hari nanti kamu akan kesana jua :D

      posting baru ya.. ok aku kesana sekarang..

      Delete
  21. Apa maksud buyah?
    Makcik yg jual tu nama buyah @ kat sana org panggil daging lembu tu buyah? Huhu.

    Kek lapis ittewwww sgt tempting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buyah adalah nama kesayangan lembu dia.. setelah di sembelih maka ia di panggil buyah bukan lagi lembu.... hurrmmm rasa nyer la kot hahahaa :D
      Kek Lapis tempting??? hahahaa... meh dtg sarawak :D

      Delete
  22. salam.. =)

    amboi gmbor smua ber-iye je..hehe..
    cntiknye sunset tu... *eh, xelok kat lua rumah time wktu senja..huhu*

    mmg mura kat pasar tuh..fuhh..tliuq jap tgok makanan tu...ummm
    *dapat borong kek sarawak tu besh gak kan..heeee =D*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. :D
      Gambar je yg beriya2.. tuan gambar biasa2 jer.. hehee... itu lah tak elok kuar waktu senja.. tapi orang ramai boleh la hahahaa..
      Itu la murah pastu makanan semua buat tekak telan aiq liuq jer.. kek lapis borong sket jer..

      Delete
    2. bleh la hulur jgk kat yaya sket..haha ;p nti ya bg kek batik.. ;p

      Delete
    3. Oh boleh guna sistem barta ek hahahaa.. ok :D

      Delete
  23. cantik pic pemandangan waktu malam.....

    ehhh comel2 kek lapis sarawak.... cam sayang nak makan je...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itu lah tak beli kek lapis.. nanti sayang nak makan.. hahaha.. beli yg sket2 dah siap potong jer.. terus makan kan :D

      Delete
  24. Tu bukan kepak ayam bakar TT...orang sana panggil sayap panggangkan hehe...
    Cantik yek kek lapis dia! Hehe sanggup ke layan kerenah bini nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ker orang sana panggil sayap panggang.. mana la tau.. hehhee pape pun thanks for the info.. sanggup ker??? hahhaa apa boleh buat.. nama pun isteri kene la syg acecee.. :P hahahaaa...

      Delete
  25. Buyah tu apa? Daging eh?

    Masuk muzium kena bayar tak?

    Hehe. Lapar pulok tgk makanan sedap2 tu. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buyah tu mungkin nama lembu atau nama hati lembu kat sana kot..
      tak dapat nak di pasti kan :P tuan blog tgk pun boleh lapar balik hahahaa..
      Muzium tu tidak dikenekan sebarnag bayaran :D

      Delete
  26. anak sedara akak ada kat Miri...call jam 5 lbh..dia kalut nak solat maghrib dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah kat sana memang awal sejam dari semenanjung.. kadang2 diorang kata pukul 5 lebih dah magrib..tapi Miri best.. tenang tak sesak hehehe.. :D

      Delete
  27. kek lapis color turquois & orange tu...sgt color blocking kekdahnya! dapat inspirasi dari tudung-tudung kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin jugak nak pi tempat mereka buat kek lapis ni.. excited pulak nak tahu macam mana mereka buat huhuhuu.. :D

      Delete
  28. kek lapis sarawak! sedappp.. hemm.. teman x pernah sampai ke sarawak lagi.. kawan teman ada kat sibu, sana tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ada masa dan kelapangan sila la datang sarawak.. memang seronok.. sibu diantara kuching dengan bintulu,, setiap tempat ada kelebihan masing2 :D

      Delete
  29. menariknya tengok kek lapis macam2 corak and warna tu....adehhhh T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak apa.. itu baru dalam gambar belum depan mata lagi.. memang rambang sampai juling tengok hahahaa... :D

      Delete
    2. ahahahaha, silap hari bulan tiap2 jenis kek lapis tu nak borong :D

      Delete
    3. Mula beli niat nak kasi A,B,C la.. tapi lepas beli sayang nak kasi sebab lawa sgt.. pastu untuk sendiri pun tak sanggup nak makan hahahah :P

      Delete
  30. rm2 utk 4batang pergh murahnye sane..maull laa makan kt sane..kek batik mmg terbaik..very the colourfull..nk mkn pn syg..sane murah ke kek batik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kek Batik sana memang murah.. sedap pulak tu.. satay tu beli RM10.00 puas makan :D
      memang kek batik jgn beli yg lawa2.. nanti syg nak makan hahaha :P

      Delete
  31. muzium petroluem tu macam menarik jer..mesti dai ada citer sejarah pertama drilling oils kat bumi malaysia nie...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang Muzium Petroleum tu menarik dan banyak info.. dah situ memang yg pertama di Malaysia .. sila la dtg berkunjung :D

      Delete
  32. Pandai sungguh anda bergaya....ada masa kita boleh berjumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergaya..?? tak ada la itu kebetulan sahaja.. Insyallah boleh berjumpa berkongsi ilmu, pendapat dan pengetahuan :D

      Delete
  33. Ya Allah tetiba rindu zmn student 5 thn lps..first time jejak kaki kat miri then pi muzium tuh..ni yg buat kawe nk g korek gmbr2 zmn student nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat korek gambar masa di muzium ni.. kalau tak de kene la pi lagi sekali huhuhuu..
      Gambar kan memang moment kehidupan yg sgt di perlukan untuk mengenang keindahan sesuatu saat itu :D

      Delete
  34. hati buyah tu, asal nama dr brunei.. buyah maksud nya buih.. hati buyah tu sebenarnya bahagian paru2 lembu, before di masak n goreng, rupa dia mcm buih2.. tu yg diorang panggil hati buyah.. sangattt sedap kalau byk rempah.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh begitu ke asal cerita nyer .. teima kasih sudi berkongsi ilmu pengetahuan hati buyah ini :D yeap memang betul tu sedap sangat ... rugi kalau tak makan jika berkunjung ke sana :D

      Delete
  35. Salam bang, taktau la abang baca ke tak commment saya. tapi saya nak tanya bang dari Gua Niah ke Miri tu ada bas tak ? Berharap sangat abang baca comment saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok baru perasan comment ni hahaha.. bas rasa nya ada cuma complicated sedikit.. kalau dtg berdua bertiga baik sewa kereta balik hari dah cukup..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...