Monday 11 September 2023

Restoran Beriani & Salai @ Taman Melati Kuala Lumpur

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Okay nak bercerita pasal restoran nie sebelum kami ke Kuantan tempoh hari. On the way nak ke Tol Gombak mata kami melilau mencari kedai makan sebelum masuk ke highway. Maklum la masing-masing husband and wife belum makan lagi selepas balik kerja. Dalam pencarian maka ternampak la signboard Restoran Beriani & Salai - Dia punya trademark pun "Singgah Dulu Beriani & Salai Dua-Dua Pun Sedap". Then aku bagitau wife yang tengah drive. Dia kata okay jer lagi pun dah lama tak makan beriani.

Jom kita masuk Restoran Beriani & Salai ini :D
"Singgah Dulu - Beriani & Salai - Dua Dua Pun Sedap".

Restoran yang terletak di No 51, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini dibuka setiap hari kecuali tutup pada Hari Isnin. Waktu operasi bermula jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam. Dan pada Hari Jumaat ditutup dari jam 1.00 petang sehingga 2.30 petang bagi memudahkan perkerja menunaikan Solat Jumaat. Alhamdulillah terbaik management.

Suasana dalam kedai yang begitu luas dan selesa.
Ruang kanak-kanak bermain juga disediakan :D
Suasana dalam kedai yang amat selesa dan teramat luas, insyallah tidak akan ada kes kerusi berlanggar sesama pelanggan. Toilet dan surau juga disediakan bagi memudahkan pelanggan yang datang ke sini. Satu sudut untuk kanak-kanak bermain juga disediakan. 

Di sini mengguna pakai sistem pay at counter and food will be deliver by the staff. Okla Menu tak complicated senang nak order. Ada perkara yang menarik berlaku ketika kami sedang order makanan di kaunter. Casher kata hari ini ada promotion kalau spend more then RM50.00 boleh dapat hidangan Gearbox percuma. Aku pun hurmm why not hahhaa.. Tak pasal-pasal dapat makan gearbox free :P

Family Combo Nasi Putih Set Kasih (4pax) & Set Juita (6pax)
Family Combo Nasi Beriani Set Ratna (4pax) & Set Atma (6pax)
Pastu wife aku menyampuk.. "Kita nak gi Kuantan ni, kang jangan pening lak nak drive, dah la penat balik kerja ni" sambil memberi senyum sinis. Aku pun steady jawap "Ala takde menda la, im okay jer setakat gearbox lembu ni takde menda la, dulu i makan gearbox Zirafah masa di Afrika steady jer" hahaha :P terus dengar perkataan "Menyampah betul" hahahaha.

Tak perlu tunggu lama hidangan sampai terus ke meja kita :D
Masak Lemak Lala, Daging Salai dan Telur Itik serta Beriani Daging.
Air ok not bad. Simple jer presentation dia.
Kami order 3 set Nasi Putih bersama Masak Lemak Telur Itik, Masak Lemak Lala, Masak Lemak Gading Salai dan aku go for Beriani Daging. Tambah side order Telur Dada dan Sotong Celup Tepung. Bersama 2 Lemon Tea, 1 Orange Jucie dan 1 Blackcurrant. Okla all total tak sampai RM70.00 plus dapat free gearbox :D

Last sekali Gearbox yang dinantikan pun sampai :D
One thing aku nak share sedikit info yang aku dapat bila search pasal restoran ni. Beriani & Salai ini dimiliki oleh Zaiyadal Group. Siapa Zaiyadal Group ni? Ia dimiliki oleh Haji Zaid seorang hamba Allah yang banyak membuat usaha dakwah dalam dan juga di luar negara. Dua daripada anak lelaki beliau adalah Hafiz Al-Quran iaitu Usamah dan Abu Ubaidah. Dan Zaiyadal juga memilik sebuah pusat pengajian islam yang dikenali Darul Ulum Zaiyadal dan Madrasah Tahfiz Zaiyadal.

The Zaiyadal Group - Sumber Google.
Tiba-tiba aku macam kagum pulak dengan Zaiyadal Group terutama Haji Zaid ini. Sebab mereka ada banyak cabang business dari Pertanian, Perikanan, F&B, Trading Wholesaler dan banyak lagi termasuk la restoran ini. Dah menjadi kebiasaan aku kalau buat sesuatu posting pasti akan buat research mendalam so ini antara result yang aku dapat Alhamdulillah. Oleh itu boleh datang makan di Beriani & Salai ini tanpa was-was Insyallah.

53 comments:

  1. Encik belum bls emel saya berkenaan currency 🥲🥲
    Saya nk thu cara dptkan currency dri negara lain 🥺 kan encik kata encik bnyk currency 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat balas lagi busy sangat hahaha.. Insyallah nanti kita reply.. :D

      Delete
  2. waaa thanks for this entry. terus rasa teringin nak cuba...selalu jer nmpk restoran ni tp tak pernah masuk mkn kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah makan pun sedap tapi lepas google kagum pulak dgn owner ni... Kalau nak dtg bgtau sekali hahaha...

      Delete
  3. saya pun dah pernah sampai kedai ni sebelum balik Kuantan...gearbox tu nampak menggoda sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul menggoda betul gearbox tu kan hahaha nasib free sbb pembelian RM50 ke atas.. :D

      Delete
  4. Menu berbeza dalam restoran yg sama. Menarik tu, harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple jer menu kat sini dgn harga berpatutan..

      Delete
  5. nmpk juga sbb laluan blk umh parent kt gombak....tp tk try lg,,,rezeki la tu ada promo dpt free gearbox tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah rezeki tak sangka dapat hidangan gearbox tu.. Okla tu ada can nak gi kalau ke gombak lagi..

      Delete
  6. Baru tau pasal Zaiyadal Group, kagum sungguh. Moga bisnes mereka terus maju jaya.

    Terliur tengok hidangan tu semua 😋
    Moga ada rezeki singgah makan di kedai ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah saya pun baru tahu pdsl Zaiyadal Group ni.. Amin moga business mereka terus maju.

      Mmg la sy yg tgk semula pun terliur habis ni hahaha..

      Delete
  7. Replies
    1. Bab makan kita kene raikan jgn menyesal kalau tak makan hahaha..

      Delete
  8. Kat Africa gear box gajah pun ada kan.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang kat sana monyet buaya pun makan.. Gajah tak pernah lgi dgr dorang makan hahahaa...

      Delete
  9. Yummy tummy. Price not bad. Hmmm makanan pun looks nice.. boleh Cuba la next time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes price not that bad.. Bukan jenis sepinggan sampai 20 lebih huhuu.. And makanan pun sedap..

      Delete
  10. Tiap kali lalu nak balik Kuantan memang perasan kedai ni, hhmm kena try nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.. Sama lah dgn kita.. Selalu nampak last tersinggah juga :D

      Delete
  11. Abang, salai itu artinya apa?

    Tadi saya pikir gearbox bagian oxtail, ternyata tulang sumsum yaa 😅. Nak ketukar pula 😄. Ini pun saya sukaaa. Apalagi kalau sumsum tulangnya banyak, dihisap sedaap tuh 😁

    Tempatnya memang kliatan luas, bersih pun. Semoga lah kalau saya ke KL lagi bisa juga cobain makan di sana. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salai itu yg dimasak dgn kepanasan hujung bara API dgn asap nya gitu.. hahaha faham ke?

      Itu gearbox itu tulang kaki nya lembu..harus di cungkil2 isi nya.. sedap bangat..mmg luas tulang makan nya.. Dan penting bersih. Kalau dtg ke KL roger aja..

      Delete
    2. Supaya tak salah tangkap akhirnya saya coba browsing. Ok jadi salai itu mengasapi lah yaaa. Tadi dibagi contoh kayak ikan asap, daging asap. Betul tak 😄?. Kalo itu berarti paham saya😁.

      Delete
    3. iya betul itu.. di asap-asap kan sehingga kering kemudian kita ambil yg telah disalai itu untuk buat masak lemak. Kamu sudah ngerti ya :D

      Delete
  12. terliur tengok masak salai tu.. favorite sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ... Masak salai ni kalau pandai buat nya mmg sedap sampai 2 3 pinggang tambahnya.. :P

      Delete
  13. Daging salai itu yg di asap ya ?..sedap siii liat menunya..bikin ngiler

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul yg di asap2 gitu.. masak guna hujung2 bara api.. kalau dtg ke Malaysia harus cubain masak lemak daging salai.. :D

      Delete
  14. Datang membalas kunjungan awak ke blog saya.... belum sempat baca lagi... tp lauk-lauk tu nampak sedap sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi berkunjung ke sini.. Nanti dtg lagi yer hihihii.. :D

      Delete
  15. saya paling tertarik dengan sup gearbox...nampak amat menyelerakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. gearbox ni kalau betul masak sampai lembut dan tercabut isi isi dia mmg kaw rasa dia .

      Delete
  16. tengok sup gearbox tu terus terasa nak masak sup gearbox plak..mana plak nak cari ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari kat pasar tani.. esok kan weekend mesti ada kat pasar tu hahahaa . Sedap sup gearbox..

      Delete
  17. sampai skrg x berani makan sup gear box. nampak semua makanan tu best2 belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tak berani abam kie.. sekali sekala boleh cuba tu.. jgn selalu hihii..

      Delete
  18. Menariknya tempat makan begini.
    Sudahlah semua makanan nampak sedap, disediakan surau pula. Bagus betul kan. Taklah terburu-buru makan untuk mencari tempat solat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sgt tu.. once kita bawa kids specially mmg kene ada toilet dan surau untuk memudahkan kita tidak terkejar2..

      Delete
  19. Sedapnya, beriani daging, siap ada gearbox lagi. Nampak sedap-sedap belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah tak pasal2 dpt gearbox free hihihii.. alhamdulillah mmg sedap :D

      Delete
  20. Fuhh free gearbox tu!

    ReplyDelete
  21. perghhhhh masak lemak tuuuuuu menceces tgkkkk

    wahhh bagusnya owner resto ni. mudah-mudahan usaha beliau ni dicontohi para peniaga lain. dunia, dunia juga. akhirat jgn dipinggirkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak lemak kalau yg daging salai tu. . Bau dia blh tak perasan dah tambah nasi tu hahaha.. Itu lab terkejut jugak bila buat reserach kan pasal owner restoran ni.. Semoga terus berpanjangan amal kebikan beliau..

      Delete
  22. oo..tepi MRR2, mmg byk kedai makan di sini...bolehlah singgah...tak pernah lg makan gearbox...huhu..kena hirup dgn straw kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul sebelah MRR2 jer.. Mmg situ byk kedai makan..rambang mata dibuatnya.. Gearbox ni sedap kalau kene gaya masakan nya.. :D

      Delete
  23. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  24. masya Allah hebat ownernya tu..wehhh dapat gearbox percuma! alhamdulillah sedap...menu2 salai dengan beriani tu ok tak? nanti boleh try kalo balik KL..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kita pun tak sangka owner dia seseorang yang hebat dlm perniagaan dan dal berdakwah.. Alhamdulillah ok sedap tapi bukan 10/10 la.. Mesti cuba tak nyesal insyallah..

      Delete
  25. Tempat makan pun luas. Ibu dan ayah boleh makan dengan tenang sebab ada tempat mainan kanak-kanak dalam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Sesuai sgt nak dtg dgn anak kecil ruang yg amat luas.. Siapa ada tmpt anak2 bermain.. :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...