Sambungan Dari 5 Tips Menyimpan Duit Untuk Travel Part 1
Minggu yang terlalu sibuk buat aku sampai langsung nak sentuh laptop pun tak dapat. Dan sifat malas pun dah mula menyerang. Musim yang masih lagi banyak panggilan ke rumah rumah terbuka. Memulakkan sesi anak sekolah selepas cuti yang agak panjang. Anak pula dapat jadi Pengawas PRS dah satu kerja nak kena cari baju kemeja dengan vest purple.
Okay kita sambung tip menyimpan duit untuk travel ni. Nampak gaya macam ramai yang berminat. Yang silent reader pun bersuara di ruang commet. Alhamdulillah la jika ada manfaat dan faedah maka baca dan ambil la sebanyak mana ilmu itu. Ok jom teruskan membaca tips cara aku menyimpan duit untuk travel.
Simpanan Tabung Haji - THiJARI
Selain ianya adalah simpanan duit terutamanya untuk kita menunaikan Ibadah Haji apabila jumlah duit cukup dan mendapat panggilan dari TH. Ianya juga adalah satu pelaburan yang mana sekarang dividen 3.1% untuk 3 tahun berturut-turut dari tahun 2020 sehingga 2022. Dan Alhamdulillah keempat-empat anak aku dah pun buka tabung simpanan di Tabung Haji. Segala duit raya wajib masuk sini.
Dividen Tabung Haji kekal 3.10% (2020-2022) walau negara dilanda Wabak Covid19. |
Walau dividen TH ini tidaklah setinggi Amanah Saham Bumiputra (ASB) namun ianya juga sebuah platform yang kita wajib kena ada especially as a muslim. Selain dapat menunaika haji. Ianya juga sebagai satu tabung untuk ekonomi umat islam yang mana TH mempunyai puluhan anak syarikat denagn ribuan pekerja dan mempunyai aset hartanah yang bernilai jutaan ringgit di seluruh dunia.
Sejarah Dividen Tabung Haji dari tahun 1994-2021. Mahathir & Najib Razak juga yang terbaik. |
Apa pun for those yang telah buka simpanan di ASB dan TH sejak 10-20 tahun dahulu memang beruntung sangat sebab dividen ketika itu membuatkan anda tersenyum hingga ke telinga. Namun tidak ada perkataan lewat untuk menyimpan dan melabur dalam kedua-dua platform ini. Maka simpanlah duit anda di sini dari simpan di bank yang tiada dividen setinggi ini.
Disebabkan mesin ATM/CDM Bank Islam ini amat susah atau jarang sangat dijumpai maka aku mengamalkan konsep setiap kali terlihat di mana sahaja ia berada aku akan berusaha untuk bank in serendah RM10.00 ke dalam simpanan Tabung Haji. Alhamdulillah kami sekeluarga telah berdaftar dan tahun giliran untuk menunaikan haji adalah sejauh 83 tahun lagi :D
Save First And Spend Later
Tak salah nak enjoy your self dengan mengguna pakai tema "Reward Diri Sendiri". But aku suka apa yang Puan Mulan tulis di ruang comment entry part one iaitu "Save first And Spend Later". Mungkin ramai yang rasa sama sahaja. Tapi sebenarnya banyak kelebihan dan kebaikannya.
Lebihkan menyimpan dari berbelanja even do in the end nampak result sama sebab kita akan spend jugak that money somehow but normally kita akan lebih berhati-hati dan lebih banyak berfikir untuk membeli atau berbelanja dengan duit yang berada dalam saving and mostly itulah kebanyakkan sifat orang yang suka travel. Simpan duit untuk beli tiket flight.
Apa pun duit dari hasil perkerjaan kita hanya kita sahaja yang boleh tentukan ke mana ia akan dibelanjakan. Di dalam department tempat bekerja aku pernah ditegur oleh rakan kerja "Fif, kau dengan aku masuk kerja sama tahun, pangkat sama dan gaji pun sama tapi kenapa kau boleh travel banyak kali dan aku lebih macam tak mampu nak travel macam kau?"
Dan jawapan aku tetap sama "Is about how you manage and spend your money". If you nak spend your money setiap hari to have expensive breakfast, lunch and coffee. Setiap minggu nak bawa family berjalan ke Shopping Mall even do you got nothing to buy. Setiap malam nak lepak dengan kawan even do you dah kahwin. But if you enjoy your life that way than carry on still nothing wrong. But i choose to save first and spend later to have excited of enjoying with my family especially with my kids.
Memahami Keperluan Dan Kemahuan
Bila anda yang baru memulakan pekerjaan dan terpaksa membeli sebuah kereta untuk kegunaan ke tempat kerja dan juga urusan kerja yang memerlukan anda mempunyai sebuah kereta. Dan kerana baru memulakan pekerjaan dengan gaji RM1,800-RM2,000.00 anda mengambil sebuah kereta baru di bawah 25-30% dari jumlah gaji anda. Maka itu dipanggil keperluan.
Tapi bila anda spend lebih dari 50% dari jumlah gaji semata-mata untuk hanya membeli kereta tanpa apa-apa sebab yang munasabah maka di situ dipanggil kemahuan. Lebih mementingkan jenama, style dan menyedapkan pandangan orang lain. Apa pun lifestyle masing- masing kan?
Belajar Untuk Menyimpan 8-10% Dari Pendapatan Setahun
Khulasah dari semua teknik atau apa pun sahaja cara kita menyimpan. Pada penghujungnya kita kena cuba belajar untuk menyimpan at least minimum 8% daripada pendapatan tahunan kita. Dan cuba increase at least kepada 10-12% dalam masa beberapa tahun kemudiannya. Alhamdulillah aku sedang berusaha untuk menyimpan ke arah 15% dari pendapatan tahunan.
Dan berapa banyak kita kena ada dalam simpanan kita? Minimum kita kena ada simpanan at least 6 bulan gaji. Sebab untuk kita berjaga-jaga jika berlaku perkara yg tidak diingini seperti dibuang kerja, company tempat kita berkerja tutup/bankrupt, lockdown macam kes covid tempoh hari, kematian dan perkara seumpamanya.
Oleh itu cuba belajar untuk menyimpan satu jumlah bersamaan dengan 6 kali gaji sebelum kita nak enjoy dengan tema "Reward Diri Sendiri". Ianya termasuklah simpanan di dalam ASB, Tabung Haji dan sebagainya. Tidaklah semestianya cash di dalam account bank semata-mata. Dan bila berjaya menyimpan jumlah berkenaan maka cuba increase ke penyimpanan 12 bulan gaji. The End.
Betul tu..'save first, spend later'..kena simpan di tmpt pelaburan mcm TH, ASB...kalau simpan di akaun bank, mmg sedih, sendu je dividen tahunan...dulu2 ramai yg amik loan bank, kemudian simpan di ASB...dividen tahunan boleh spend gi travel..
ReplyDeleteZaman dulu mmg berbaloi sebab dividen lagi tinggi dari interest buat loan bank.. sbb tu ramai buat loan utk ASB.. But now for those yg baru nak mula mmg agak tenat sikit la huhuu..
Deletefor me, bucketlist is a real motivation...semat betul dlm hati dan fokus utk fly ke mana dan bila ...gitewwww moga2 my trip this year dipermudahkan..aamiin (lmbt lg sebenarnya heheheh)
ReplyDeleteAnything yg buat kita rasa motivated maka buatlah.. setiap org ada cara tersendiri :D
DeleteSaya doakan moga berjaya trip hujung tahun ni yer.. mesti europe kan? :D
ldy dari zaman belajar lagi akn simpan duit untuk berjalan2 dan sgt berkira2 untuk beli jajan, pakaian, makanan :P.. agak kedekut bhgian itu tp untuk jln2 akn tetap ade duit.. sampailah kahwin pun dpt suami yg sebegitu.
ReplyDeleteSamalah dari zaman belajar lagi dah start travel. Berniaga mcm2 dalam hostel student hihii.. normally bila kita ada something to do kita akan lebih berkira2 dan mengatur perbelanjaan dgn lebih berhemah..
DeleteGood sharing, tq 👍
ReplyDeleteMost welcome.. Thank You :D
DeleteItu peringatan arwah ayah sejak kami kecil. Terngiang ngiang sampai sekarang.
ReplyDeleteSetuju sgt dgn term save first spend later.. akan lebih berjaga2 dalam berbelanja sbb ada perasaan susah nak simpan duit for that amount yg telah ada. Samalah nasihat arwah ayah kita juga..
Deletebukan nak kata laa... sy perhatikan mrk yg baru dpt keje, dah angkat kereta baru. bkn mrh or jeles tp sedih... baru keje dah menanggung hutang...
ReplyDeletebla masa nak menyimpan?
Boleh angkat kete baru atas keperluan bukan yg melebihi dari kemampuan.. Org baru keje kena banyak menyimpan bukan lebihkan berbelanja.. tapi tu lah life masing2 kan..
Delete83 thn?
ReplyDeletenampaknya kena kumpul $$ g haji private kalau nak segera 😁
Que dalam sistem jer 83 tahun.. moga dapatlah tunaikan haji semasa masih sihat ni.. amin :D
DeleteIni rupanya rahsia Afif boleh kerap travel dari single sampai berkeluarga. Ada disiplin diri 👍
ReplyDeleteBerjimat dgn matlamat nak travel tapi tak la kedekut sgt atau berjimat sampai nampak miskin hihii.. apa pun displin utk menyimpan kena ada.. alhamdulillah masih mampu nak travel :D
DeleteSaya pernah baca jadwal tunggu haji di Malaysia memang lama sangat, ntah siapa yg menulis bisa memecah 100 tahun. Wow sangat.. even bayi yang baru lahir pun banyak segera didaftarkan haji, betul kah?
ReplyDeleteSaya dan suami menunggu kurleb 28 THN lagi 😅. Itu saja saya dah anggab lamaaaa sangaaat 🤣. Kalo tak ada umur panjang, saya wariskan utk anak saya nantinya.
Sukaaaa pas baca part save first spend later.
Iniii prinsip saya juga. Teman2 kalo tanya, saya jawab saya menabung 11 bulan, utk having fun sebulan 😄. Having fun itu traveling lah maksudnya. Krn bagi saya passion saya memang ke traveling. Udah macam obat yg rutin diminum
Bagi orang lain yg mungkin gajinya sama tp tak dpt traveling yg sama, again mindset dia bukan ke sana. Mungkin bagi dia beli barang branded, hangout di cafe mahal tiap Minggu itu lebih penting. Demi pergaulan sosial.
Tapi bagi kita yg sangat suka jalan dan masih butuh menabung, ofkors lah hal2 macam tuh hanya buang duit 🤣🤣. Betul kan 😁
Kalau baru lahir seharusnya terus aja didaftarkan giliran hajinya.. mungkin 83 tahun tapi dalam masa 10 tahun sudah dipanggil gitu.. apa pun jumlah kos haji nya harus penuh dulu ..
DeleteYg penting niat dan usaha telah kita lakukan utk mengerjakan haji.. dan berdoa supaya dipermudahkan utk mengerjakan Ibadah Haji..
Betul tu ikut pada pandangan masing masing.. ke mana mahu habiskan duit utk kepuasan diri.. Bagi kita yg suka berjalan menyimpan dlm waktu yg lama utk kegembiraan sekejap dalam masa sebulan gitu hihii..
DeleteApa pun yg penting hidup kita adalah pilihan kita dlm mencari keceriaan.. :D
Kalau kalau simpan duit ni uncle memang handal... tapi habiskan duit tabungan tu uncle lagi handal!
ReplyDeleteHahaha samalah kita uncle.. menghabiskan duit lgi hndal dri menabung :P
DeleteTips yg bermanfaat.
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih :D
DeleteMakasih tipsnya bang..jadi tambah semangaat, biasanya saya selalu antara ada dan tiada uangnya😁semoga bisa terkumpul.
ReplyDeleteAlhamdulillah semoga bermanfaat dan berjaya menyimpan utk apa jua kegunaan nya.. :D
Deleteperkongsian yang baik. anak saya lepas saja daftar kelahiran di jpn, terus buka akaun di TH.. terus masukkan minimum rm1300, dan terus daftar haji....
ReplyDeleteAlhamdulillah terbaik.. semoga anak2 dpt mengerjakan haji di usia yg muda amin ...
DeleteTerima kasih diatas perkongsian...
ReplyDeleteSama sama.. thanks sudi membaca juga :D
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteBagus tips menyimpan entry 1 & 2.
ReplyDeleteAkak sekarang ni lah baru nak travel. Masa anak kecil dan bersekolah banyak kekangan tambahan dengan komitmen kerja. Bila adik ajak travel tahun 2019 terus excited dan dalam setahun mesti nak naik flight😅. Harapnya lepas 55 masih sihat lagi.. masa tu kalau boleh takmo kerja dah, nak travel je.