Sunday, 11 May 2025

Nak Tambah Anak Lagi Atau Tidak - Berapa Bilangan Anak Yang Cukup?

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Anak adalah anugerah dari Yang Maha Esa dan ia juga adalah amanah yang diberikan kepada mereka yang telah berkahwin. Menguruskan dan membesarkan anak juga bukanlah perkara yang senang apatah lagi dalam dunia yang kian mencabar di masa kini. Soal kewangan dan keselamatan banyak menjadi persoalan.

Kelahiran anak adalah Anugerah Terindah.
Berhabis duit, tenaga dan masa dalam membesarkan anak-anak juga satu lagi cabaran. Dan disebabkan ini ramai orang mengambil pendirian untuk memiliki hanya seorang atau dua anak sahaja. Tak kurang juga yang mengikut trend childfree. Yang langsung tak nak anak pun ada dan berkata anak itu menyusahkan.

Susah katanya kalau ada anak sebab nanti nak buat aktiviti, nak travel, nak sambung study apa bagai susah jadinya.

They even have a forum berbincang mengenai kebaikan dan kelebihan childfree.
Bagi pendapat aku pula adalah bergantung kepada keadaan seseorang itu. Aku ada seorang kenalan yang sakit dan dia hanya boleh mengandung seorang anak sahaja dan itu pun teramat risiko untuk nyawa dia. Tapi alhamdulillah syukur at least ada seorang katanya. Kalau diberi peluang memang nak tambah tapi itulah adalah sangat mustahil katanya.

Dan aku juga ada kenalan yang bukan berbangsa melayu yang langsung tak nak anak. Lebih memilih untuk hidup berdua dengan suami sehingga akhir hayat. Dan katanya lagi nanti bila tua guna simpanan duit untuk duduk di rumah orang tua. Tapi dua tahun lepas dia mengalami kemalangan dan telah koma sehingga kini. Dan si suami tinggal keseorangan.

Siapa yang akan jaga bila kita sakit di usia lanjut nanti.
Belum mempunyai rezeki adalah soal lain berbeza dengan tidak mahu anak langsung. Ada kenalan sekolah dulu yang berkahwin awal dan kemudian membuat perancangan untuk memiliki anak selepas keadaan stabil namun sehingga sekarang setelah 13 tahun tidak memiliki anak langsung. Pernah dia kata pada ku "Menyesal aku cakap macam tu dulu".

Namun berapakah jumlah anak pada pandangan umum yang dikategorikan sebagai sesuai?

Sekiranya tidak memiliki apa-apa masalah baik dari kesihatan terutamanya. Bagi aku adalah 3 atau 4 orang anak. Dan bagi keluarga aku sendiri adalah 4-5 anak. Ini disebabkan aku mempunyai 4 orang adik beradik dan wife aku ada 6 orang adik beradik. 

To have 5 Kids is my dream in my family planning.
Dan di situ aku boleh lihat bezanya adik beradik yang tak ramai macam aku dan bezanya dengan adik beradik yang ramai seperti wife aku. Seronok bila berkumpul even kalau seorang tak ada masih lagi ada 5 adik beradik yang berkumpul dan sangatlah meriah. Itu belum campur dengan pasangan dan kemudian anak masing-masing.

At this moment mak aku ada 11 orang cucu berbanding mak mertua aku yang memiliki 20 orang cucu dan seorang lagi coming soon insyallah. Kemeriahan lebih terasa sebelah wife sebab sanak saudara yang terlalu ramai hahaa. Ayah mertua aku ada 10 adik beradik dan mak mertua ada 6 adik beradik. Dan ada yang berkahwin lebih dari seorang.

Ziona Chana world largest family with 89 kids in India.
Paling yang membuat aku tersenyum adalah pada ketika Abang Sulung kepada ayah mertua ku meinggal tahun lepas di Johor Bharu. Bayangkan sahaja berapa ramai yang hadir untuk mandi dan uruskan jenazah sehingga AJK masjid terpaksa melepaskan segalanya untuk diuruskan sendiri oleh adik beradik, anak saudara, menantu dan sanak saudara yang lain.

Kenapa orang selalu berkata anak itu adalah rezeki dan anugerah. Sebab hadirnya anak itu sendiri mendatangkan rezeki dan menjadi anugerah terindah dalam hidup. Tapi walau bagaimana pun tak boleh guna istilah rezeki dan anugerah untuk memiliki anak yang terlalu ramai sehingga mengabaikan tanggungjawap sebagai ayah.

Ada satu keluarga asnaf di kawasan aku yang memiliki anak seramai 8 orang dari umur 19 tahun sehinggalah ada yang masih memakai pampers. Tidak memiliki pekerjaan tetap dan mengharap sumbangan orang ramai demi menyuapkan anak-anak makan. Namun minggu lepas isteri yang berumur awal 40-an telah disahkan mengandung. 

Nak kata macam mana? Si ayah susah dan si ibu tidak bekerja. Rumah sewa dibantu zakat dan pihak masjid. Pernah datang ziarah selepas zohor dan anak kecil berkata hanya makan dua bungkus bihun yang diberi jiran dan kongsi seisi keluarga seramai 10 orang kerana tiada makan lain untuk di makan. Nak kesian atau nak marah pada si ayah tu?

43 comments:

  1. Malam tadi terbaca, Gabenor Jawa Barat Dedi Mulyadi mencadangkan supaya mandulkan lelaki miskin untuk mencegah kelahiran anak. Allahu Akbar! Jadi kontroversi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kenapa pulak nak mandulkan lelaki miskin nk elak kehamilan. Jauh sgt tu dia pandang nak cegah kemiskinan. Macam mana la seorang manusia boleh berfikiran sebegitu.

      Delete
  2. pokok pangkal nya....kita kena tahu kemampuan diri kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kena tahu kemampuan diri adalah penting. Tanggungjawap sebagai parent terutama seorang ayah adalah sangat besar.

      Delete
  3. Seronok kan ada ramai anak, apa pun semua ketentuan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah seronok kalau ramai ... Betul tu ketentuan Allah jua..

      Delete
  4. saya cuma ada 3 anak dan itu sudah mencukupi dengan ambil kira faktor ekonomi dan umur sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dikurniakan 3 orang anak.. betul faktor ekonomi dan usia juga perlu diambil kira..

      Delete
  5. Uncle dikurniakan 3 anak... syukur sangat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur... Lagi seronok bila anak2 semua dah membesar dan berjaya.. 👍☺️

      Delete
  6. so amazing to see an active blog pada tahun 2025!! write more sir, willing to read more 🫡

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much.. trying my best be active this year.. by the way thanks for coming here.. 👍

      Delete
  7. so amazing to see an active blog pada tahun 2025!! write more sir, willing to read more 🫡

    ReplyDelete
  8. Anak ramai ni bagus bila kita dah berumur dapat tolong kita. Tapi di awalnya maybe perit la sikit nak menjaga dan membesarkan mereka. #pendapatorangbujang 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pada usia lanjut jika ada anak yg ramai mmg ia satu nikmat. Dan jika semuanya menjadi anak yg soleh dan solehah bertambah lah nikmat itu.. Nak membesarkan tu part paling susah tpi ada ganjaran setelah berjaya insyallah..

      Delete
  9. Nak ada anak ramai ni seeloknya kena persiapkan diri dri segi ekonomi kot. Banyak baca cerita orang susah yg ramai anak, katanya anak rezeki. Tapi kebajikan anak2 tak terjaga.. kesian pada anak tu

    Last year kot, ada sorang adik ni berjaya dpt result cemerlang n dpt masuk sekolah berasrama utk form 1. Tapi terpaksa lupakan impian dia sbb takde kenderaan. Adik beradiknya pun ramai. Rasa kesian bila tgok ramai budak2 pandai yg terlepas banyak peluang utk pergi jauh sebab ekonomi keluarga yg susah :( nasib baik kerajaan negeri sana bantu adik tu jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan itu.. nak anak ramai parent kenalah sediakan tempat yg sebaiknya untuk anak yg ramai itu. Bukan tak boleh anak ramai tpi dlm masa yg sama kebajikan setiap anak juga perlu ada. Bila susah anak akan menjadi mangsa keadaan.

      Delete
    2. Byk benda yg perlu difikirkan dan antara yg utama adalah pendidikan anak2.. At least ada harapan di masa hadapan jika mereka berjaya dalam pembelajaran..

      Delete
  10. Ha ah. Selalu keluarga miskin, anak ramai. Keluarga berada, susah nak dapat anak, sampai kena IVF bagai. Saya bila raya, ada rasa sunyi sebab adik beradik cuma 3 orang, lepas tu, cucu belah bapa, 3 orang je, iaitu anak-anak saya. Kurang meriah. Tapi bersyukur, Allah bagi rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kelebihan dan kekurangan pada setiap bilangan anak. Baik buat masa skrg atau juga buat masa hadapan. Kdg2 anak tak ramai tapi meriah lain macam berbanding anak yg ramai. again it back to how parent besarkan anak2..

      Delete
  11. soalan yang menarik. saya kalau boleh nak lebih dari seorang tapi faktor umur tak berapa mengizinkan. takpelah, bagi yang dalam perut ni keluar dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah.. mengikut kepada keadaan dan situasi masing-masing.. Kesihatan dan faktor umur juga memainkan peranan.. Semoga yg bakal lahir itu nanti sihat wafiat amin ...

      Delete
  12. good sharing here! family planning is indeed very important especially in today's economy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. family planning adalah satu perkara yang sangat penting.. lebih-lebih lagi dalam soal kesihatan dan keselamatan seorang isteri yg mengandungkan anak tersebut.

      Delete
  13. anak adalah amanah...anak tak leh pilih parents...tp parents boleh pilih nak beranak ramai2 ker or tak...saya tak setuju if those yg tak mampu (miskin tegar) tp anak sgt2 ramai sbb zmn sekrg, kos membesarkan anak sgtlah mahal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amanah anak kena dijaga baik dari kesihatan, kebajikan, pendidikan dan lain-lain lagi. Kos nak besarkan anak juga sgtlah mahal. kalau dah sampai nak makan pun tak ada makanan. Maka kena berfikirlah soal tambah anak itu.

      Delete
  14. Zaman laaaa ni... kena ambil kira faktor ekonomi.
    Juga kualiti berbanding kuantiti.
    Kalau anak ramai 10 orang contoh dan parents boleh beri keperluan kehidupan dan pendidikan secukupnya, tiada masalah pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga tu kualiti berbanding kuantiti.. sekiranya parent boleh sediakan keperluan dan pendidikan yg cukup tiada masalah utk anak ramai kan.. it doesn't matter miskin atau kaya .. setuju sgt.

      Delete
  15. Saya sudah mempunyai 5 orang anak. Alhamdulillah, rasanya sudah cukup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terbaikkk.. impian saya tu nak ada 5 org anak.. moga dimakbulkan amin.. 👍

      Delete
  16. mmg betul anak2 tu rezeki yg Allah kurniakan kpd pasangan berkahwin
    tp mereka tu (hadir bersama) tanggungjawab dan amanah...
    kalau kita sendiri belum mampu nak bertanggungjawab dan amanah pada diri sendiri, mcm mana kita nak bertanggungjawab dan pikul amanah utk zuriat kita, kan?
    ada akal fikir sewajarnya... kalau mampu, beranak ramai pun tak apa. kalau sebaliknya...fikir2 kan laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah hadirnya anak itu bersama tanggungjawap dan amanah yg harus dipikul oleh parent especially si ayah sebagai ketua keluarga. Keinginan anak yg ramai boleh tapi kena lihat pada kemampuan juga. Faham tanggungjawap insyallah tiada masalah baik kaya atau miskin..

      Delete
    2. Ada terbaca berita berkenaan satu family dgn anak 6 org menyewa satu bilik sahaja.. dan anak sulung Form 4 stress bila dpt tahu mak dia mengandung lagi. Si ayah pula selalu tak ada di rumah.. mcm mana life kalau mcm tu..

      Delete
  17. rasanya lebih elok sebelum berkahwin atau pd awal perkahwinan berbincanglah dgn pasangan masing2... nak berapa zuriat, kalau tak ada zuriat apa tindakan seterusnya. bila dah ada apa patut buat. isteri kena kerja ke... suami nak berniaga ke....
    pendek kata, berbincang dari awal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus sangat kalau ada perbincangan.. dari sebelum berkahwin sehinggalah selepas berkahwin. Dan kena sentiasa ada perbincangan. soal kewangan, perancangan keluarga dan sebagainya. Kdg2 bila anak dah ramai bercerai pula.. habis terbiar anak2..

      Delete
  18. SA ada sorang tu la...cukup la..dah tua baru jumpa jodoh kali ke dua kan...so terima la hakikat skrg dah 47..x sesuai untuk ada baby baru..hahahaha....serammmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa yg penting kualiti pada anak kita utama tak kesah la walau berapa jumlah nya.. 47 tu ntah ntah dpt sorang lgi hahaha mana la tau 😅

      Delete
  19. Baru2 ini ada case di Jawa barat. Gubernurnya kebetulan bagus kali ini. Jadi pak gubernur ini mendatangi 1 kluarga, yg mana anaknya 11 bang, ayah tidak bekerja, anak2nya tidak sekolah. Disuruh jualan dengan si ayah yg cukup brengsek saya bilang. 😡

    Pak gubernur bilang akan bantu memberi modal kepada keluarga ini, tp satu syarat dia harus di vasektomi. Supaya tak asik hamil saja istrinya. Tapi dia menolak. Pas ditanya anak2nya memang mau jadi apa nantinya? Dia jawab dengan confident, nak jadi pengusaha 🤣😡.

    Lelaki macam ini yg saya setuju utk dikebiri saja. Tak guna. Dia yg buat hamil istrinya, dia pula yg tak kerja. Yg kerja istri dan anak2 dia. Najis betul punya laki macam ini.

    Tak paham saya, dengan orang yg tak punya apa2, tp asik punya anak saja. Kalo tahu cara menafkahi anaknya, tak apa. Ini pula tak tahu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau udah begitu si ayah nya mmg harus dimandulkan aja.. menyusahkan masyarakat sahaja.. tau buat anak tapi tidak tahu menjaga kebajikan anak.. sudah la malas bekerja pasti ada anak anak yg menjadi pengemis..

      Delete
    2. Si isteri harus juga tahu kedudukan.. jika sudah begitu tinggalkan aja suami biawak hidup begitu.. nafkah tidak diberi.. yg tahu hanya kepuasan diri sahaja.. harusnya kerajaan tangkap si ayah dan berikan pekerjaan buruh di dalam militar supaya belajar harga diri

      Delete
  20. Itulah SS ada baca news juga berkaitan kadar kelahiran semakin di fasa yang amat membimbangkan. Kemudian macam biasalah pelbagai ideologi, falsafah, dan komentar dari pelusuk ceruk netizen mengulas isu ini. Lebih-lebih lagi buat para wanita yang bekerjaya...

    Apa-apa pun kita sebagai individu, kita lebih tahu kemampuan diri serta pasangan. Impian memang teringin nak seramai mungkin buat penyeri hidup...insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. apa pun yg penting ukur baju di badan sendiri.. lihat pada kemampuan diri bukan pada kemampuan org lain.. jika suami bergaji besar nak suruh isteri berhenti tak de masalah
      . Tapi kalau gaji pun tak cujup kenapa nak suruh isteri berhenti kerja.. kan..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...