Sunday, 13 September 2026

Mengait Buah Mangga Di Masjid Al-Mustaqim

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Dalam kawasan masjid di kariah rumah ada banyak pokok-pokok buah. Bila buah Sukun dan Cempedak banyak di pokok, kami gotong royong dari petik sehingga masak untuk dijadikan juadah sarapan selepas kuliah subuh hari sabtu dan ahad.

Buah-buah lain seperti pisang memang terus digantung atau dibiarkan di atas meja untuk sesiapa sahaja yang nak makan bila datang ke masjid. Dan kali ini turn Buah Mangga pulak berbuah dengan lebat. 

Tadi pagi lepas kuliah subuh Wak Reno dengan Haji Nik ajak geng petugas yang menyediakan juadah sarapan, kait buah Mangga yang dah kuning keemasan di atas pokok. Alhamdulillah lebih 80 biji yang berjaya di kait namun buah seperti tidak lekang di atas pokok. Lepas kait terus packing dan diberi kepada yang hadir solat zohor.

Antara sebahagian hasil yang memenuhi raga motor.
Hanya Wak Reno yang larat nak kait buah berkali-kali.
Mangga berwarna Kuning Keemasan.
Alhamdulillah tak masam dan ada yang manis.
Sebahagian dari hasil panen disimpan untuk dijadikan juadah sarapan.
Hari Rabu 16/09/2026 Cuti Hari Malaysia ada kuliah subuh.

12 comments:

  1. Sarapan memang dimasak sendiri secara rutin setiap Sabtu dan Ahad? Tak ada hari yang order?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu utama memang masjid akan tempah dari catering. Cuma kami akan goreng2 macam keropok Lekor, fries, pisang atau sukun goreng. Ubi rebus pun ada..

      Delete
  2. Kena modify raga besar lagi tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu tanda cukup lah.. jangan berlebihan hahahaa :P

      Delete
  3. Alhamdulillah berkat agaknya tanaman di situ, sentiasa berbuah lebat. Bagus ada gotong masak sarapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hasil di masjid memang selalu dikongsi bersama.. Gotong royong masak tu untuk sarapan suka suka jer team prepare makanan..

      Delete
  4. sedapnya mangga!! saya memang suka buah mangga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah.. Mangga yang manis kegemaran saya hahahaha .. yg masam tolak tepi sat :P

      Delete
  5. sukun? wahhh

    sedap mangga jenis ni. makan muda pun elok tak masam.

    ReplyDelete
  6. Bagusnya ada pokok buah ditanam di dalam kawasan masjid

    ReplyDelete
  7. Jadi petugas juga ya Afif. Ni sama kat surau dekat rumah ni...takde la pokok buah tapi bila ada ahli kariahnya ada hasil dari kebun / dusun...derang letak je kat surau. Sekejap je clear la.

    ReplyDelete
  8. Sebut sukun tu, terbayang sedapnya sukun goreng.

    ReplyDelete