Showing posts with label Checkup Mak Di Klinik Onkologi HKL. Show all posts
Showing posts with label Checkup Mak Di Klinik Onkologi HKL. Show all posts

Tuesday, 17 September 2024

Checkup Mak Di Klinik Onkologi HKL

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah today my turn bawa mak ke checkup di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Minggu lepas Along yang bawa mak.

Appointment pukul 8.00 pagi. Tapi kami sampai 8.15 pagi.

Terlewat sedikit sampai sebab mencari klinik Onkologi yang terpisah jauh dati klinik pakar lain.

Dapat nombor pukul 9.00 pagi..

Di panggil 9.15 pagi. Untuk check suhu, blood pressure, berat and so on..

Pukul 9.45 pagi dipanggil kaunter bayaran untuk buat bayaran RM2.00. And now kita tunggu doktor panggil masuk bilik. 

Ramainya orang.. Moga semuanya dipermudahkan urusan.
Orang makin bertambah. Harap semuanya berjalan lancar..

Nasib la hari ni tempat kerja declare cuti sempena Sambutan Maulidur Rasul. Boleh la bawa mak pergi checkup. 

Dapat pula berita pagi ni, Hazil anak kepada adik yang berumur 3 tahun dimasukkan ke Hospital Seremban sebab keracunan makanan sehingga mengalami demam dan muntah-muntah. Semoga cepat sembuh Hazil.

Update Pukul 10.15 masih lagi menunggu doktor panggil.

Masih lagi penat sebab baru jer sampai Malaysia semalam. Insyallah dalam minggu ni aku akan update next part untuk pengembaraan di Perth Australia.

Ada lagi dua part sahaja nak habiskan cerita di Perth. Moga diberi kekuatan untuk menulis dan menghabiskan cerita kembara Perth :D