Saturday, 11 May 2013

Trip Backpacker Swaziland Part 2.2 : Swazi Traditional Show Dance

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Trip Backpackers Swaziland Part 2.1 : Tour Swazi Traditional Village

Selepas kami di bawa melihat seluruh kampung orang asli ni.. kemudian kami di bawa pula ke pertunjukan tarian traditional orang asli ni akan berlangsung selama 45 minit.. pertunjukan ini diadakan pada setiap hari dan dua kali sehari.. Pertama pada pukul 11:15  pagi.. dan kedua pada pukul 15:15 petang.

Tarian Bermula.. Campuran Wanita, Ibu dan Pahlawan


Apa yang menarik pada tarian traditional nie bagi aku biasa je lah.. sebab maklumlah orang asli.. bagi mereka suatu yang amat besar.. tarian pada permulaan musim baru.. tarian di hari perkahwinan.. tarian pahlawan.. dan ada juga tarian dari para ibu.. huhuuu..


Pahlawan Swazi
Tarian Pahlawan
Mungkin penat kot.. :P
Kalau tak silap ada lebih 10 tarian.. selama 45 minit tu.. dan pada tarian terakhir ada beberapa penonton di panggil turun untuk menari bersama.. time tu aku dengan anas selamat.. tapi thaqif kene hahahaa.. habis kaku dia huhuu... but fun la tengok sambil layan jer.. 

Tarian Kaum Wanita
Tarian Kaum Ibu
Tarian Anak Dara..
Tarian.... No komen.. :P
Selepas habis tarian orang asli ni.. kami berjalan semula ke pintu masuk Mantenga Natural Reserve.. sejauh 1.8 kilometer.. dan terus berjalan sejauh 2 kilometer untuk pulang ke Legend backpacker Hostel.. Pemandangan hutan dan layan view yang hijau jer.. sesekali terserempak dengan kumpulan rusa dalam hutan..

Petang ni plan nak pi Hiking Sheba Breast Mountain.. Maka kami tak boleh lama2 dalam Mantenga Natural Reserve nie.. sebelum kami balik sempat lah bergambar dengan pahlawan swazi.. badan memang 6 pack je.. huhuu.. mr muscle.. tapi yang tak best bau badan.. mungkin sebab tadi diorang dah basah dengan peluh menari selama 45 minit.. ( actually lebih dekat sejam juga.. )

Thaqif berbaju merah.. kene panggil turun untuk menari..
Anas dan Taqif bangga giler dapat bergambar dengan pahlawan swazi :D
Continue Part 3

Thursday, 9 May 2013

Trip Backpacker Swaziland Part 2.1 : Tour Swazi Traditional Village

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Trip Backpacker Swaziland Part 2 Jungle Trekking In Mantenga Natural Reserve

Selepas kami jungle trekking ke Mantenga Water Fall dan bermandi - manda.. kami terus ke perkampungan orang asli Swaziland nie.. Di hadapan pintu masuk kawasan perkampungan ini.. sudah ada beberapa orang asli kampung lelaki dan juga wanita yang memakai pakaian traditional berwarna merah menunggu ketibaan para pengunjung.. kami bertiga di beri ucapan selamat datang dalam bahasa swazi.. ( apa ntah aku pun tak ingat huhuu.. ) 

Bersama tour guide Swazi Traditional Village..
Di bawa ke sekeliling perkampungan.. tak la besar mana.. ada dalam 10 - 15 rumah jer

Perkampungan ni memang unik sebab rumah semua sama jer bentuk macam iglu kat kutub utara tu hahaa.. just yang beza kat sini tak pakai kiub ais tapi pakai gumpalan rumput yang di ikat memanjang.. nampak lawa jugak rumah ni.. boleh try la nak buat pondok belakang rumah nanti hahaa.. green house..boleh tak? :P


Pagar rumah yang di perbuat dari kayu..
Dan ini adalah jenis pagar besar yang menutupi seluruh kampung..

Selepas di explainkan baru aku faham.. seluruh kampung ini adalah satu family that why tak ada kampung yang ada lebih dari 15 rumah.. bila seorang lelaki itu kawin.. dan jika dia anak lelaki pertama maka di akan mewarisi perkampungan ini.. jika tidak dia hendaklah membuat satu rumah baru di kawasan lain.. dan selepas dia buat rumah dia kene membuat pagar untuk mengelak serangan binatang liar di malam hari.. dan pagar rumah di buat dengan kayu panjang yang tak terlalu tebal atau nipis..


Dan menjadi tradisi di Swaziland.. untuk orang lelaki berkahwin dua.. selepas dia berkahwin pertama dia akan mencari isteri kedua..so lepas ada dua isteri maka dia kene buat 4 rumah.. satu untuk si suami.. dan setiap para isteri akan mendapat satu rumah.. dan rumah ke empat adalah rumah untuk si suami dan isteri bersama..


Pemandangan di dalam rumah orang asli.. berlantaikan tanah dan kulit lembu sebagai selimut..
Membeli souvenir kraf tangan dari nenek kampung ni atau maharani hehee..

Bila lahir nya seorang anak.. maka akan di buat dua buah rumah.. satu untuk rumah anak lelaki dan satu lagi untuk rumah anak perempuan.. jika ramai anak lelaki nya.. maka akan di tambah sebuah lagi rumah untuk anak2 lelaki nya.. begitu jugalah untuk anak perempuan.. dan akan di bina sebuah rumah lagi untuk mereka sekeluarga berbincang atau untuk kerohanian..


Antara peralatan muzik orang2 asli di perkampungan ini..
Bijak.. sejenis sayuran yang di tanam dan melikar naik ke atas pagar kayu..

Dan akan di bina sebuah rumah di pintu masuk kampung.. sebuah rumah untuk Sanggoma ( Bomoh ).. jika ada bomoh yang mahu menetap di kampung itu.. sebab bagi mereka sanggoma itu macam doktor la.. if ada rumah untuk sanggoma maka macam ada klinik la kat kampung tu..

Rumah pertama selepas pintu masuk ialah rumah Sanggoma
Dan ketua kampung akan membina sebuah tempat untuk binatang peliharaan beliau.. di mana daging lembu adalah makanan utama di Swaziland.. dan di dalam negara Swaziland sendiri ada lebih 15 jenis lembu yang di pelihara orang tempatan.. Dan dalam kampung ini juga ada tempat khas untuk anak- anak lelaki bermain gendang di malam hari mengelilingi unggun api.. Continue Part 2.2


Tuesday, 7 May 2013

Trip Backpack Swaziland Part 2 : Jungle Trekking At Mantenga Natural Reserve

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Trip Backpack Swaziland Part 1  : Perjalanan Bermula Melepasi Boarder (Mbabane)

9 February 2013 - Sabtu.. Pagi pertama kami di sini.. Alhamdulillah perjalanan kami semalam sampai la ni semua okey.. seawal pagi kami dah bangun dan bersolat subuh.. mandi dan breakfast mee maggi + roti cicah kuah maggi.. 3 - 1 Nescaffee.. tepat pukul 08:30 pagi kami memulakan perjalanan sejauh 2 km ke pintu masuk Mantenga Natural Reserve..

Bersama pihak pengurus counter ticket Mantenga National Reserve.
Jom cari perkampungan orag asli swzi dan air terjun Mantenga
Jom Thaqif.. Tak jauh dah.. dua kilometer jer lagi...
Rasa2 dalam bukit batu ni mesti penuh air..
sebab air mengalir je dari setiap celah bukit nie
Stop kat sungai yang jernih ni.. cuci muka :D

Dan layan pemandangan untuk sementara.. 
Apa yang menarik di Mantenga Natural Reserve mesti lah air terjun nya sebagai tarikan.. tapi selain itu ialah perkampungan orang asli Swaziland.. di mana anda akan di bawa tour ke seluruh kampung.. melihat keadaan rumah traditional yang di buat dari tanah dan berbumbungkan rumput.. tanaman dan haiwan peliharaan dalam kandang di pagari oleh kayu2 halus.. dapat membeli kraf tangan orang asli dan souvenir.. dan kemudian akan di sajikan dengan Swazi Traditional Dance Show selama 45 minit..


Trek tepi sungai... menuju ke air terjun..
Pemandangan sungai di antara dua bukit..
Thaqif yang konon nyer menunjuk info pada Anas hahaha..
Tandas awam.. dinding yang banyak lubang..
tak senang nak melabur hahahaa...

Ticket masuk ke Mantenga Natural Reserve ialah - Adult ZAR 100.00 bersamaan MYR 32.94.. tapi alhamdulillah sebab aku tunjuk visa student kami di beri diskaun 50% .. So bayar ZAR 50.00 jer.. bayaran ini untuk ketiga- tiga aktiviti.. Tour Swazi Culture Village, Swazi Traditional  Dance Show and Mantenga Water falls Jungle Trekking..

Di sebabkan kami sampai awal... nak tunggu Swazi Traditional Dance Show pun lambat lagi.. maka kami decide untuk buat jungle trekking first.. sebab xde lah jauh dari perkampungan orang asli.. dalam 2 kilometer jer.. dan tanya orang kampung oleh ke kami nak mandi kat air terjun kat situ.. diorang kata boleh jer.. maka kami pun apa lagi.. dah la cuaca pun macam panas sikit..


Bila nampak signboard ni.. 
tanda destinasi makin hampir huhuhuu..

Itu lah dia Mantenga Water Fall
Macam biasalah.. kita bergambar dulu Mantenga Water Fall..

Memandangkan waktu pun awal lagi.. baru pukul 9.00 pagi.. kami memulakan perjalanan ke air terjun.. alhamdulillah.. hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk smapai ke air terjun Mantenga.. bila dah jumpa air terjun.. nak juga pi dekat2.. tapi bila jalan kat tebing sungai ternampak pulak air terjun kecil dekat anak sungai.. air jernih sesangat.. siap nampak ikan.. 

Dan memandangkan tadi orang kampung kata boleh mandi.. kami pun ready nak mandi tapi takut juga sebab ada tulis warning.. " swimming at your own risk " hahahaa... mungkin okey kot.. sebab kami nak mandi kat anak sungai jer kat sebelah sungai besar tu.. 

Eh terjumpa pulak anak sungai nie... 
Mengadakan perbincangan.. boleh mandi ke tidak nie.. 
Ada pulak warning "Swimming at your own risk"... mcm ada buaya tau anaconda jer :P
Ah tak kisah la.. kita terjun jer hehehheee... best jer air sejuk..
Anas pun terjun jugak .. memeriahkan keadaan :D
Mmaaakkkk...!!!! sejuk nyer... :P
Lepas mandi... pakai baju dan siap untuk patah balik ke perkampungan orang asli 
Tapi yang best nyer.. lepas mandi kami berjalan balik semula ke perkampungan orang asli.. dan terserempak dengan Ranger natural reserve kawasan nie.. dia tanya " nape rambut kamu basah? ".. aku kata lah tadi mandi kat air terjun.. Ranger tu kata lain kali jangan mandi.. sebab kat area tu banyak ular air.. errkkkk...!!!!!! terkejuzz kami dengar.. :P

Bergambar bersama Ranger Mantenga Natural Reserve
Pape pun alhamdulillah kami semua selamat.. fikir2 balik.. patut lah tak ada seroang pun kat kawasan tu melainkan kami.. dah tu berani pulak nak terjun mandi kat situ hahaha.. so korang kalau datang sini jangan mandi kat air terjun kat sini yer.. :D - Continue Part 2.1