Monday, 10 June 2024

Umrah Mantop Travel Part 12 : Ziarah Masjid Quba - Jabal Uhud - Masjid Khandaq Sab'ah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Syukur at last dapat juga sambung kisah umrah untuk second last part ini. Al kisah bila laptop rosak ni habis banyak kerja penulisan tergendala. Untuk entry ni aku akan "complete"kan gambar dan buat finishing selepas dapat laptop baru nanti. By the way entry ini di update menggunakan smartphone. Terasa seksa dan sususahnya huhuu.

Alhamdulillah selamat tiba Masjid Quba destinasi pertama hari ini.
Okay la cukup intro jom kita sambung kisah perjalanan kami Jemaah Umrah bersama Mantop Travel Agensi. Selepas selesai menunaikan ibadah umrah di Makah dan membuat lawatan di beberapa tempat bersejarah di sekitar Kota Makah dan Kota Thoif serta singgah di Kota Badar. Kami menghabiskan baki masa selama 3 hari penuh di Kota Madinah Munawwarah.

Masjid Quba

Sesampai di Kota Madinah selepas waktu Isya' malam tadi, kami telah pun dibawa oleh Ust Atif menziarahi laluan di hadapan Raudah dan telah masuk ke dalam Raudah dua jam sebelum waktu solat subuh. Dan aktiviti untuk hari pertama kami di Madinah. Kami telah dibawa menziarahi Masjid Quba.

Masjid Quba - Masjid pertama yang dibina di dalam sejarah islam.
Seawal jam 7.30 pagi selepas sarapan pagi, kami telah menaiki bas dari depan hotel menuju ke Masjid Quba. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 10 minit dengan jarak lebih kurang 4.5 km dari Masjid Nabawi. Seperti biasa ketegasan Ust Atif dalam bab masa memang No 1 hahahaa. Kami antara 3 bas terawal yang sampai di Masjid Quba. Dan keadaan persekitaran Masjid telah berubah lebih 200% dari apa yang aku lihat ketika hadir pada tahun 2018 dulu.

Beberapa fakta menarik mengenai Masjid Quba yang kita perlu tahu. Pertama ia adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah islam oleh Nabi Muhamad saw sendiri bersama para sahabat ketika nabi sampai di Madinah dalam perjalanan Hijrah beliau dari Kota Makah bersama Abu Bakar ra pada Hari Isnin 8 Rabiulawal tahun pertama Hijrah bersamaan 23 September 622 Masihi. 

Ruang solat utama di dalam Masjid Quba.
Terdapat satu hall yang besar sebelum masuk ke dalam ruang solat utama
Masjid Quba telah dibina di atas tanah yang dimiliki oleh keluarga Kalsum Bin Hadam dari Kabilah Amru bin Auf. Nabi Muhamad saw telah meletakkan batu asas di bahagian mihrab masjid yang menghadap ke arah Baitul Muqaddis, Palestin. Bentuk asal masjid adalah sebuah ruang solat empat segi yang terdapat sebuah telaga air untuk mengambil wudhu. Batang pokok kurma digunakan sebagai tiang dan beratap pelepah kurma  yang dicampur tanah liat.

Khalifah Umar Abd Aziz adalah khalifah pertama yang membina 4 buah menara setinggi 47 meter di masjid ini. Pada saat ini Masjid Quba mempunyai 19 pintu masuk, 6 buah kubah besar dan 56 buah kubah kecil. Dari 200 meter persegi yang dibina oleh Rasulullah sekarang ia telah dibesarkan sehingga 135,000 meter persegi dengan 5,035 meter persegi untuk ruang solat utama.

Masjid penuh dengan pengunjung dari selepas subuh sehingga habis waktu Dhuha
Keadaan persekitaran Masjid Quba yang telah banyak berubah
Dan fadilat paling besar yang Rasulullah saw telah ucapkan dan diriwayatkan oleh ramai muhaddis adalah “Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba' dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan. Ganjarannya adalah satu pahala umrah". Oleh sebab itu Masjid Quba telah menjadi destinasi ziarah utama di Kota Madinah selepas Masjid Nabawi.

Dataran Bukit Uhud

Selepas menziarahi Masjid Quba dan bersolat dua rakaat di dalam masjid kami meneruskan perjalanan ke destinasi ke dua iaitu ke sebuah dataran yang terletak bersebelahan dengan Bukit Uhud. Di sinilah terjadi Perang Uhud pada tahun ke-3 Hijrah iaitu peperangan kedua dalam sejarah Islam selepas Perang Badar. Peperangan yang berlaku pada Bulan Syawal ini menyaksikan seramai 1000 Tentera Islam melawan 3000 Tentera Musyrikin Mekah. 

Alhamdulillah kami semua selamat sampai di Jabal Uhud.
Bukit yang menempatkan 50 Pemanah Tentera Islam ketika Perang Uhud.
Ketika tentera islam dalam perjalanan dari Kota Madinah ke Bukit, Uhud Abdullah Bin Ubai seorang Ketua Munafik telah menghasut tentera islam untuk tidak berperang di Uhud. Dan disebabkan itu seramai 300 orang telah menarik diri dari berperang di Uhud. Dan setelah sampai di Uhud Rasulullah telah mengarahkan 50 pemanah untuk berada di atas Bukit Uhud dan berpesan untuk tidak meninggalkan puncak bukit walau apa jua yang berlaku.

Cuaca semakin panas dan semua orang mencari tempat berlindung
Namun setelah peperangan berlangsung untuk seketika kemenangan telah dicapai oleh tentera islam yang menyebabkan tentera pemanah di atas bukit telah turun ke bawah yang pada akhirnya hanya berbaki 14 orang pemanah yang tinggal di atas bukit. Oleh kerana itu seorang panglima perang berkuda musyrikin yang bernama Khalid Ibnu Walid yang ketika itu belum memeluk islam telah menyerang dan membunuh baki pemanah yang berada di atas bukit.

Oleh kerana itu tentera islam telah di serang dari dua arah yang bertentangan sehingga menyebabkan berlaku keadaan kucar kacir sehingga menyebabkan kekalahan di pihak tentera islam. Seramai 70 orang sahabat telah syahid di medan Perang Uhud ini termasuklah ayah saudara nabi iaitu Hamzah Bin Abdul Mutalib Bin Hasyim ra yang syahid akibat lontaran lembing yang tepat oleh Wahsyi iaitu hamba kepada bangsawan bernama Jubair Bin Muta'im dan isterinya yang bernama Hindon Binti Uthbah.

Memang excited naik ke atas puncak Bukit Uhud ini.
Bergambar bersama di atas puncak Bukti Uhud.
Insyallah boleh baca sambung baca cerita penuh mengenai Perang Uhud di dalam buku sejarah. Aku kongsi beberapa fakta yang penting sahaja di sini. By the way untuk keadaan di sekitar Dataran Uhud ini ada ramai orang yang berniaga segala macam benda dari makanan, souvenir, pakaian, kurma kekacang dan pelbagai lagi. Dan dari pengalaman aku barangan yang dijual di sini agak murah berbanding dari tempat lain.

Masjid Khandaq - Masjid Tujuh/ Sab'ah

Dan akhir sekali kami telah di bawa ke sebuah tempat bersebelah dengan Masjid Khandaq dan di sini kami hanya diberi penerangan di dalam bas mengenai sejarah masjid dan paling utama mengenai Perang Khandaq yang berlaku pada tahun ke 5 Hijrah. Ketika itu Rasulullah telah menerima cadangan dari Salman Al farisi untuk membina parit sepanjang 5.5 km dengan ke dalaman 3.2 meter dan lebar 4.6 meter.

Masjid Al-Fatah. Di mana Nabi Muhamad saw berdoa ketika Perang Khandaq.
Dibina selama 20 hari yang bermula dari 16 Ramadhan Tahun Ke 5 Hijrah. Ianya sebagai satu teknik pertahanan dalam peperangan bagi menghadapi tentangan tentera musyrikin Mekah seramai 10,000 tentera termasuk 600 tentera berkuda dan 1,500 tentera penunggang unta. Pihak Islam di Madinah telah dikepung selama 27 hari. Dan perang tamat pada 7 Zulqaedah tahun Ke 5 Hijrah. Dengan kemenangan di pihak Tentera Islam.

Masjid Salman Al Farisi dibinia ketika zaman Umar. Terletak 20 meter dari Masjid Al Fatah.
Sebanyak 7 buah masjid telah dibina oleh para pemimpim islam di kemudian hari termasuklah Khalifah Umar Abdul Aziz dan Khalifah dari pemerintahan Uthmaniyah (Turkey) bagi memperingati perjuangan sahabat dalam Perang Khandaq ini. Antaranya Masjid Salman, Masjid Abu Bakar, Masjid Umar, Masjid Ali dan Masjid Saad Bin Muaz yang masih kekal sehingga hari ini dan dua buah masjid lagi telah dirobohkan.

Dataran terbuka di dalam Masjid Khandaq.
Masjid Khandaq (Sumber Google)
Insyallah kalau diberi izin lagi untuk ke Madinah aku nak explore dengan lebih mendalam lagi mengenai keadaan persekitaran Khandaq ini. Lebih-lebih lagi mengenai parit yang dibina oleh Rasulullah dan para sahabat ra yang masih lagi wujud sebahagianya di waktu sekarang. Dan insyallah niat nak pergi kesemua 7 buah Masjid Sab'ah. 

Thursday, 6 June 2024

Stresss Bila Laptop Rosak...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Dah lebih sebulan laptop rosak. Nak update blog pun tergendala. Hurmm repair atau beli baru? Current laptop ni dah almost 10 tahun berkhidmat.

Update: Okay ramai komen kat bawah beri cadangan beli baru.. Laptop yg sedia ada ni telah dicuba repair beberapa kali tapi macam masalah makin lama makin banyak. Insyallah hujung bulan ni kita beli baru.

At this moment kita belajar main cucuk tanam di balkoni rumah. Moga di hari persaraan nanti dah expert hihi..

Sawi Jepun
Baby Kailan
Kangkung, Daun Bawang, Daun Sup dan Bayam.
At this moment main tanam sayur-sayuran. Seronok bila hasil tanaman tu masuk ke dalam masakan di dapur huhu.. And now baru tahu Pokok Kangkung dan Kailan tanam sekali sahaja sebab nanti lepas kita harvest hasilnya akan ada tunas baru yang tumbuh dan bila cukup masa akan kita harvest semula. Dan kalau kita biar lebih hari still dalam keadaan baik berbanding seperti Pokok Bayam

Wednesday, 1 May 2024

5 Tips Menyimpan Duit Untuk Travel Part 2

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Minggu yang terlalu sibuk buat aku sampai langsung nak sentuh laptop pun tak dapat. Dan sifat malas pun dah mula menyerang. Musim yang masih lagi banyak panggilan ke rumah rumah terbuka. Memulakkan sesi anak sekolah selepas cuti yang agak panjang. Anak pula dapat jadi Pengawas PRS dah satu kerja nak kena cari baju kemeja dengan vest purple.

Okay kita sambung tip menyimpan duit untuk travel ni. Nampak gaya macam ramai yang berminat. Yang silent reader pun bersuara di ruang commet. Alhamdulillah la jika ada manfaat dan faedah maka baca dan ambil la sebanyak mana ilmu itu. Ok jom teruskan membaca tips cara aku menyimpan duit untuk travel.

Simpanan Tabung Haji - THiJARI

Selain ianya adalah simpanan duit terutamanya untuk kita menunaikan Ibadah Haji apabila jumlah duit cukup dan mendapat panggilan dari TH. Ianya juga adalah satu pelaburan yang mana sekarang dividen 3.1% untuk 3 tahun berturut-turut dari tahun 2020 sehingga 2022. Dan Alhamdulillah keempat-empat anak aku dah pun buka tabung simpanan di Tabung Haji. Segala duit raya wajib masuk sini. 

Dividen Tabung Haji kekal 3.10% (2020-2022) walau negara dilanda Wabak Covid19.
Walau dividen TH ini tidaklah setinggi Amanah Saham Bumiputra (ASB) namun ianya juga sebuah platform yang kita wajib kena ada especially as a muslim. Selain dapat menunaika haji. Ianya juga sebagai satu tabung untuk ekonomi umat islam yang mana TH mempunyai puluhan anak syarikat denagn ribuan pekerja dan mempunyai aset hartanah yang bernilai jutaan ringgit di seluruh dunia. 

Sejarah Dividen Tabung Haji dari tahun 1994-2021. Mahathir & Najib Razak juga yang terbaik. 
Apa pun for those yang telah buka simpanan di ASB dan TH sejak 10-20 tahun dahulu memang beruntung sangat sebab dividen ketika itu membuatkan anda tersenyum hingga ke telinga. Namun tidak ada perkataan lewat untuk menyimpan dan melabur dalam kedua-dua platform ini. Maka simpanlah duit anda di sini dari simpan di bank yang tiada dividen setinggi ini.

Disebabkan mesin ATM/CDM Bank Islam ini amat susah atau jarang sangat dijumpai maka aku mengamalkan konsep setiap kali terlihat di mana sahaja ia berada aku akan berusaha untuk bank in serendah RM10.00 ke dalam simpanan Tabung Haji. Alhamdulillah kami sekeluarga telah berdaftar dan tahun giliran untuk menunaikan haji adalah sejauh 83 tahun lagi :D

Save First And Spend Later

Tak salah nak enjoy your self dengan mengguna pakai tema "Reward Diri Sendiri". But aku suka apa yang Puan Mulan tulis di ruang comment entry part one iaitu "Save first And Spend Later". Mungkin ramai yang rasa sama sahaja. Tapi sebenarnya banyak kelebihan dan kebaikannya.

Lebihkan menyimpan dari berbelanja even do in the end nampak result sama sebab kita akan spend jugak that money somehow but normally kita akan lebih berhati-hati dan lebih banyak berfikir untuk membeli atau berbelanja dengan duit yang berada dalam saving and mostly itulah kebanyakkan sifat orang yang suka travel. Simpan duit untuk beli tiket flight.

Apa pun duit dari hasil perkerjaan kita hanya kita sahaja yang boleh tentukan ke mana ia akan dibelanjakan. Di dalam department tempat bekerja aku pernah ditegur oleh rakan kerja "Fif, kau dengan aku masuk kerja sama tahun, pangkat sama dan gaji pun sama tapi kenapa kau boleh travel banyak kali dan aku lebih macam tak mampu nak travel macam kau?"

Dan jawapan aku tetap sama "Is about how you manage and spend your money". If you nak spend your money setiap hari to have expensive breakfast, lunch and coffee. Setiap minggu nak bawa family berjalan ke Shopping Mall even do you got nothing to buy. Setiap malam nak lepak dengan kawan even do you dah kahwin. But if you enjoy your life that way than carry on still nothing wrong. But i choose to save first and spend later to have excited of enjoying with my family especially with my kids.

Memahami Keperluan Dan Kemahuan

Bila anda yang baru memulakan pekerjaan dan terpaksa membeli sebuah kereta untuk kegunaan ke tempat kerja dan juga urusan kerja yang memerlukan anda mempunyai sebuah kereta. Dan kerana baru memulakan pekerjaan dengan gaji RM1,800-RM2,000.00 anda mengambil sebuah kereta baru di bawah 25-30% dari jumlah gaji anda. Maka itu dipanggil keperluan.

Tapi bila anda spend lebih dari 50% dari jumlah gaji semata-mata untuk hanya membeli kereta tanpa apa-apa sebab yang munasabah maka di situ dipanggil kemahuan. Lebih mementingkan jenama, style dan menyedapkan pandangan orang lain. Apa pun lifestyle masing- masing kan?

Belajar Untuk Menyimpan 8-10% Dari Pendapatan Setahun 

Khulasah dari semua teknik atau apa pun sahaja cara kita menyimpan. Pada penghujungnya kita kena cuba belajar untuk menyimpan at least minimum 8% daripada pendapatan tahunan kita. Dan cuba increase at least kepada 10-12% dalam masa beberapa tahun kemudiannya. Alhamdulillah aku sedang berusaha untuk menyimpan ke arah 15% dari pendapatan tahunan.

Dan berapa banyak kita kena ada dalam simpanan kita? Minimum kita kena ada simpanan at least 6 bulan gaji. Sebab untuk kita berjaga-jaga jika berlaku perkara yg tidak diingini seperti dibuang kerja, company tempat kita berkerja tutup/bankrupt, lockdown macam kes covid tempoh hari, kematian dan perkara seumpamanya.

Oleh itu cuba belajar untuk menyimpan satu jumlah bersamaan dengan 6 kali gaji sebelum kita nak enjoy dengan tema "Reward Diri Sendiri". Ianya termasuklah simpanan di dalam ASB, Tabung Haji dan sebagainya. Tidaklah semestianya cash di dalam account bank semata-mata. Dan bila berjaya menyimpan jumlah berkenaan maka cuba increase ke penyimpanan 12 bulan gaji. The End.