Friday, 21 June 2024

Umrah Mantop Travel Part 14 : 5 Masjid Kecil Bersejarah Di Sekitar Masjid Nabawi

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Madinah adalah Kota Islam yang pertama dalam sejarah Islam yang juga dipimpin oleh Rasulullah sendiri. Oleh sebab itu banyak sejarah islam ada di sini. Dari apa jua yang mengenai tentang Rasulullah kepada sahabat sehinggalah ke zaman Tabi'in dan Tabi' Tabi'in. Dan juga sehingga Kerajaan Khalifah Uthmaniyah yang terakhir.

Entry kali ini jom kita ceritakan mengenai 5 buah masjid kecil yang bersejarah di sekitar Masjid Nabawi. Ada banyak lagi masjid tapi kita fokus pada yang 5 ini terlebih dahulu. Moga kepada yang bakal menjadi tetamu di Masjidil Nabawi nanti cubalah untuk pergi menziarahi masjid-masjid ini dan jika bernasib baik solatlah dua rakaat di dalamnya. Janganlah sibuk bershopping sehingga tidak menziarahi masjid-masjid bersejarah ini.

Masjid Ghamamah

Sebuah masjid terletak lebih kurang 300 meter di bahagian Barat Daya Masjid Nabawi. Masjid Ghamamah adalah tempat di mana Rasulullah menunaikan Solat Aidilfitri dan Aidiladha serta Solat Istisqa' (Solat meminta hujan). Dan Ghamamah itu sendiri bermakna awan atau mendung. Diberi nama semasa kejadian selepas Solat Istisqa' ketika awan datang yang kemudian menurunkan hujan.

Pemandangan dari hadapan Masjid Ghamamah
Arah pintu masuk ke Masjid Ghamamah
Orang pertama yang mula membina masjid ini adalah Khalifah Umar Abdul Aziz. Dan telah diubah suai kepada keadaan seperti sekarang oleh Sultan Abdul Majid - Khalifah Ke 23 dari Kerajaan Uthmaniyah yang memerintah dari 2 Julai 1839 sehingga 25 Jun 1861 (Lahir 25 April 1823). Dan juga telah dibaik pulih oleh Raja Fadh pada tahun 1411 Hijrah.

Keadaan di dalam Masjid Ghamamah.
Aku tak ingat pulak sama ada wanita dibenarkan masuk atau tidak.
Masjid yang mempunyai 5 buah khubah dan satu menara berbentuk silindir ini dibuka untuk orang ramai dari 10.00 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari dan telah menjadi antara tarikan pelancong seluruh dunia. Solat Jenazah Ghaib yang diimamkan oleh Rasulullah saw ketika meninggalnya Raja Habsyah yang memeluk islam dan melindungi umat islam yang berhijrah ke sana. Juga telah diberlaku di Masjid Ghamamah ini.

Masjid Abu Bakar As Siddiq

Salah satu antara masjid tertua di Kota Madinah sama seperti Masjid Ghamamah yang berusia lebih 1000 tahun. Ianya telah dibina oleh Khalifah Umar Abdul Aziz di antara tahun 86-91 Hijrah. Dan ia telah dibaiki dan ditambah baik oleh Sultan Mahmood II pada tahun 1254 Hijrah dari Kerajaan Uthmaniyah Turkey. Masjid ini terletak hanya beberapa meter dari Masjid Ghamamah.

Masjid Abu Bakar As-Siddiq berusia lebih 1000 tahun.
Dikatakan tempat ini telah digunakan oleh Rasulullah saw bagi menunaikan Solat Hari Raya yang mana kemudian khaifah pertama kerajaan islam iaitu Saidina Abu Bakar ra telah menyambung penggunaan tapak ini bagi mengimamkan Solat Hari Raya. Masjid ini mempunyai sebuah menara setinggi 15 meter dan sebuah khubah. Keluasan masjid ini adalah 19.5meter x 15meter. Dan riwayat lain mengatakan di sini adalah tapak rumah Abu Bakar Siddiq ra.

Masjid Ali Bin Abi Talib

Ada beberapa riwayat mengenai masjid ini yang pertama adalah di sini letak tapak rumah Khalifah Ali Bin Abi Talib ra bersama isteri beliau Fatimah Az Zahrah ra yang juga anak kesayangan Rasulullah saw. Dan riwayat kedua bahawa Rasulullah pernah mengimami solat raya di sini dan kemudian diikuti oleh Khalifah Ali ketika perintahan beliau selama 5 tahun.

Masjid Ali Bin Abi Talib - Permanently closed by authority.
Namun yang sedihnya berkenaan masjid serba putih ini adalah ia telah ditutup sepenuhnya oleh pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi kerana terdapat ramai pengikut syiah yang mengunjungi masjid ini telah melakukan beberapa perkara yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Oleh sebab itu juga tidak dimaklumkan di mana jasad Khalifah Ali ra dimaqamkan sehinggalah ke hari ini. Bagi mengelak kelakuan yang tidak ingini oleh pengikut syiah.

Masjid ini telah dibina oleh Khalifah Umar Abdul Aziz dan kemudian telah diubahsuai oleh Gebenor Madinah pada tahun 881 Hijrah. Pada tahun 1411 Hijrah Raja Fadh telah membesarkan masjid ini sehingga berkeluasan 682 meter persegi dan mempunyai 7 buah khubah serta sebuah menara setinggi 26 meter. Dan telah dibina tembok pagar sekitar masjid seperti yang wujud pada hari ini.

Masjid Umar Al Khattab

Masjid ini terletak agak kebelakang sedikit dari Masjid Ghamamah. Kami bernasib baik menginap hotel yang berdepan dengan masjid ini. Sama seperti 3 buah masjid sebelum ini, masjid ini juga berumur lebih 1000 tahun dan dibina oleh Khalifah Umar Abdul Aziz pada abad pertama tahun Hijrah. Dan semasa pemerintah Khalifah Abdul Aziz beliau telah membina banyak masjid yang mana Rasulullah saw telah bersolat di atasnya.

Masjid Umar Al-Khatta. Paling susah untuk ditemui antara kelima buah masjid.
Di sini dikatakan bahawa Khalifah Umar Al-Khattab telah menjadi imam bagi menunaikan solat dua hari raya. Seorang warga tempatan telah memberitahu ketika Madinah semakin berkembang pesat kawasan lapang berdekatan Masjid Nabawi makin berkurangan dan ini menyebabkan Khalifah Umar beralih ke luar sedikit bagi berhimpun bersama rakyat dan menunaikan solat hari raya. 

Masjid Imam Bukhari

Masjid ini telah dibina di tapak asal rumah Imam Bukhari yang terletak berdekatan dengan pintu 26 Masjid Nabawi, hanya memerlukan beberapa langkah sahaja untuk ke sini dari masjid Nabawi. Amatlah rugi jika anda tidak berkunjung ke sini. Dan di sini juga pengumpulan hadis-hadis oleh Imam Bukhari sehingga terbukunya Kitab Sahih Bukhari.

Sumber Google - Masjid Imam Al-Bukhari
Masjid yang kecil yang berwarna putih ini mempunyai sebuah khubah dan sebuah menara dengan keluasan 20 x 30meter. Ianya dibuka setiap hari seperti Masjis Ghamamah. Nama penuh Imam Bukhari ialah Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Bin Ibrahim Al-Bukhari dan dilahirkan di pada 13 Syawal 194 Hijrah bersamaan 20 Julai 810 Masehi di Kota Bukhara, Uzbekistan.

Bersambung Umrah Mantop Travel Part 15 : Ratio Coffee - Quba Walkway Park - Masjid Bilal Bin Rabah

Monday, 17 June 2024

Menyambut Raya Aidiladha 1445H Di Tampin Negeri Sembilan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah ketemu lagi kita dengan Hari Aidiladha yang ke 1445 Hijrah. Aku just nak mengucapkam Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua sahabat handai dan pembaca blog ini. Semoga sentiasa ceria dan dipenuhi dengan senyuman di pagi yang mulia ini :D

Alhamdulillah selamat tiba di Simpang Ampat.

Sampai destinasi yang di tuju semalam terus cari hotel alhamdulillah nasib ada kekosongan. Lepas check in terus ke rumah Pak Su sebab tahun ni semua berkumpul di sana. Khemah telah didirikan.. Lemang sebanyak 30 batang sedang dibakar.. Ketupat telah direbus.. Semalam datang pun makan dan makan dan terus makan haha.. Insyallah pagi ni my part pulak nak kena sembelih lembu dengan kambing.

Orang ramai mula memenuhi Masjid Jamek Tunku Besar Tampin.
Jom datang awal bertakbir bersama-sama berjemaah.

Insyallah pagi ni kito Solat Raya di Masjid Jamek Tunku Besar Tampin. Sampai masjid 7.45 pagi. Takbir dari 8.00 sehingga 8.30 pagi. 8.40 selesai solat dan 8.55 pagi selesai khutbah raya. Lepas solat raya balik hotel tukar baju dan terus ke rumah Pak Su. Sampai rumah Pak Su dapat tahu Pak Uda accident pulak satu keluarga. Syukur alhamdulillah tiada yang cedera.

Hotel Budget Sri Intan - RM79.00 untuk bilik triple 1 Quean 1 Single.
Lepas Solat Raya imam bagi announcement ada aiskrim free. Terbaik masjid ni.

Disebabkan orang terlalu ramai beratur nak ambil aiskrim selepas selesai solat raya. Kita pun tak ada la nak beratur. Tapi lepas keluar hotel dengan anak-anak nak ke rumah Pak Su. Try singgah balik masjid kot la ada rezeki anak-anak. Alhamdulillah aiskrim ada lagi dan tak smpai 5 orang pun beratur. Rezeki anak-anak :D

Datang semula ke masjid bawa anak-anak amik aiskrim free.
Alhamdulillah seekor lembu dan dua ekor kambing biri-biri telah berjaya diQurbankan kali ini dan alhamdulillah aku berjaya sembelih tanpa ada sebarang masalah. Kerja melapah dan memotong daging selesai tepat jam 12 tengah hari.

Melapah lembu Pak Uda dengan Pak Andak jadi tekong.
Melapah Kambing seorang dua jer dah selesai.
Tiga menu utama dari hasil Qurban adalah Sup Tulang Lembu, Kari Kambing 11.5 kg dan Rendang Daging Lembu 15kg. Alhamdulillah semua sedara mara dapat bawa balik seorang sebekas untuk setiap menu ke kampung halaman masing-masing. Family Arwah Pak Long dari Johor Bharu. Family Pak Jang dari Maran, Pahang. Family Pak Uda dari Port Dickson. 4 Adik beradik ayah mertua yang lain masih kekal duduk di Tampin.

Sibuk buat kerja-kerja melapah tak sempat nak ambil gambar geng merewang masak di belakang. Nanti aku cuba tanya sedara mara kalau ada gambar nanti aku post dalam entey ni insyallah. Sebelum Zohor aku bersama adik dan abang ipar balik ke hotel untuk membersihkan diri dan nak check out. Alhamdulillah owner hotel berbangsa cina tak charge lebih walau kami check out hampir pukul 2 petang. "Raya ma.. semua orang sibuk, Tak de hal lah"


Saturday, 15 June 2024

Umrah Mantop Travel Part 13 : Makan Bakso Unta & Borong Kurma Di Kebun Majed Zuhairi

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Selepas melakukan ziarah di beberapa tempat bersejarah di sekitar Kota Madinah. Akhir sekali kami dibawa ke sebuah tempat untuk membeli buah kurma secara borong dan terdapat juga beberapa souvenir yang dijual untuk dibawa pulang ke tanah air. Tempat yang sama aku pernah datang pada tahun 2018 yang lalu. Namun keadaan persekitaran telah banyak ditambah baik berbanding dulu.

Tak perlu tanya just amik dan makan. Kalau suka boleh beli tak nak beli pun tak apa
Ianya adalah sebuah ladang kurma dan juga tempat menjual kurma pelbagai jenis dari sekitar Kota Madinah seperti Kurma Ajwa, Safawi, Madjoul, Sukkari, Mariami, Aliyah dan banyak lagi. Dan untuk pengetahuan semua di Kota Mekah tiada langsung ladang kurma yang di tanam atau diusahakan sejak dari zaman Rasulullah lagi. Segala kurma yang ada di Mekah adalah dibawa dari kawasan lain.

Kurma Ajwa antara yang mahal di semua tempat.
Semua Kurma di sini boleh rasa kesegarannya.
Nak kurma yang belum dikeringkan pun ada di sini. Tapi yang ini aku tak minat sangat.
Kebun Majed Zuhairi ini telah menjadi destinasi wajib bagi semua travel agent terutama dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore. Terdapat juga bas yang membawa pengunjung dari Bangladesh, India atau dari Central Asia seperti Kazakhstan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Tajikistan dan juga dari Turkey. Pengunjung dibawa merasai sendiri pengalaman masuk ke ladang kurma dan membeli kurma yang segar.

Harga Kurma Ajwa Gred A kadang-kadang boleh mencecah sehingga 80 Riyal untuk 1kg
Madjul, Maryami, Sukkari, Safawi, Aliyah - Semua ada dijual di sini.
Istimewa di sini anda boleh mencuba kesemua jenis kurma tanpa had. Sekiranya berkenan maka boleh beli seberapa banyak yang anda mahu. Namun harga di sini tidak lah begitu murah walau dikatakan harga terus dari ladang. Tapi kualiti buah kurma di sini memang cantik, baru dan segar. Dan jangan risau kerana pak arab dan pekerja di sini juga boleh berbahasa melayu mungkin kerana orang melayu antara paling ramai yang datang ke sini.

Selain menjual kurma, di sini juga anda boleh membeli atau memborong coklat yang dijual secara timbang. Dan pelbagai jenis kekacang serta beberapa jenis buah-buahan turut dijual di sini antaranya buah Tin, Delima, Anggur, Pisang, Limau dan Mangga. Namun sama juga seperti kurma tadi harga di sini tidaklah begitu murah. Dan hanya kurma sahaja anda boleh makan secara percuma yang lain tak boleh yer.

Buah Tin fresh. Biasa kita makan yang dah dikeringkan tu and aku still prefer yang kering tu
Dari kami sampai first day  kami sampai di Kota Thoif sampai la ke Madinah.
Buah Anggur kesemuanya manis dan segar. Fuhh teringat kesedapannya :D
Buah Delima di sini memang manis betul.
Dan aku tak membeli apa-apa di sini sebab dari pengalaman pertama dulu dah tahu harga di sini tidaklah begitu murah. Namun ada sahabat dalam jemaah agak boleh tahan juga membeli sehingga ada yang membeli sehingga sekotak dua buah kurma. Mungkin juga suasana yang meriah menjual beli dalam keadaan indoor yang sejuk. Kita jadi lebih mesra untuk membeli :D

Sekiranya tidak membeli atau selepas beli kurma anda boleh keluar ke arah ladang kurma bagi melihat sendiri buah kurma yang berbuah lebat di pohon. Dan sekarang mereka telah menyediakan tempat untuk duduk santai di bawah pepohon kurma. Sambil menikmati coffee atau tea yang dijual. Dan menu utama di sini adalah Bakso Bebola Daging Unta. 

Macam dah di Jakarta ada orang jual Bakso. Tapi ini special sebab daging Unta :D
Bebola Daging Unta. 
Semangkuk kecil ini berharga 20 Riyal Saudi. Mahal Bangat ini :P
Kelihatan beberapa orang jemaah duduk menjamah bakso yang dijual. Bila ditanya sedap atau tidak, jawapan yang diberi mereka adalah sangat sedap dan lebih kepada nak hilangkan rindu dengan makanan di tanah air. Tapi bila aku dapt tahu harga semangkuk bakso adalah 20 Riyal dengan 4 biji bebola daging unta. Tak apalah. Mahal giler weii hahaha..

By the way aku pun tak sure mereka yang makan bakso ni tahu atau tidak yang bebola daging itu adalah dari unta bukannya lembu. Aku dangan Abg Wan layan coffee jer masa ni. Sebab aku memang tak plan nak beli apa-apa. Dan aku dah pesan dengan abg wan kalau nak beli souvenir dengan kurma nanti aku bawa area Masjid Bilal. Di sana harga sangatlah marhaen.

Alhamdulilah seronok bersantai di ladang kurma ini sambil layan coffee.
Sekembali kami ke hotel di area Masjidil Nabawi dari trip ziarah sekitar Kita Madinah maka dengan itu tamatlah kesemua trip ziarah yang disediakan oleh pihak Travel Agent Mantop. Baki 2 hari lagi adalah aktiviti bebas di sekitar area hotel dan Masjidil Nabawi.