Tuesday, 16 April 2013

Swaziland Part 3 : Hiking Sheba's Breast Mountain

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Sambungan Dari Trip Backpacker Swaziland Part 2.2 : Swazi Traditional Show Dance

9 February 2013 - Sabtu.. Walau pun penat jungle trekking pagi tadi masih belum lega.. kami tetap teruskan cabaran di waktu petang - Sheba's Breast Mountain Hiking.. track sejauh 1.8 km untuk sampai ke puncak tertinggi.. maklum lah kami hanya ada 4 hari 3 malam sahaja di Swaziland ni.. so kene lah buat sebanyak mungkin aktiviti kat negara ni..

Yang best hiking kat negara ni ialah anda akan berasa penat lain macam.. sebab nya ialah.. seluruh kawasan di negara Swaziland ni adalah kawasan tanah tinggi.. kawasan paling rendah ialah 1400 meter above sea level.. so even anda hiking bukit yang kurang 800 meter.. anda tetap akan merasa kesukaran yang sama seperti hiking di gunung yang lebih 800 meter tinggi nya..

Another 200 meter sahaja nak sampai ke Hiking Trail with Wan Thaqif.
Walk to reception on the left and pay first please.
Antara yang perlu di patuhi..  nasib baik kami bertiga.. :D
Setelah rehat, mandi, solat jama' dan makan lunch Mee Maggi sebungkus.. kami menuruskan perjalanan 2 km dari cam site kami ke pintu masuk Sheba's Breast Mountain dengan berjalan kaki.. malas naik teksi (mahal tu tak jugak) hehee.. 

Alhamdulillah aku membuat keputusan yang agak bijak memilih untuk tinggal di Legend Backpackers Lodge di Ezulwini.. sebab ia terletak di tengah2 antara entrance Mantenga Natural Reserve ( pagi tadi jungle trekking ) dan entrance Sheba's Breast Mountain..

Kawasan hutan dan berbatu di bahagian bawah bukit..
"fuh lega" kata Thaqif selepas berjaya panjat dari bawah... :P
With Wan Thaqif.. rehat seketika.. half way to go :D
Background  adalah puncak tertinggi Sheba's Breast Mountain..
Pemandangan ketika hampir sampi di puncak bukit Sheba's Breast Mountain.
Entrance Charge sebanyak E20 seorang.. lebih kurang RM 7.00.. okay la kan.. not bad.. Baru start je hiking perghh.. dah susah.. kene lalu laluan sempit di celah2 batu.. kawasan berbatu yang licin.. paling best jalan track yang kecik di tepi batu.. tak boleh jalan macam biasa kene jalan ketepi dengan meraba2 batu.. kalau terjatuh 10 meter kebawah mesti pecah kepala woww.. :P

Pemandangan dari Sheba's Breast Mountain


Memulakan hiking agak lewat di petang hari.. mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke puncak sebab banyak berhenti rehat dan snap picture.. lagi2 Wan Thaqif ni first time join trip aku.. badan je kurus tapi stamina agak kurang.. but sampai jugak dia di puncak .. kira hebat la.. :D


Basuh muka dengan anak sungai ni..
Rehat seketika.. Thaqif dah penat.. :P
Laluan tebing yang curam..
Layan view..
Laluan trek..
Celahan batu yang sempit...
Kalau jatuh batu ni.. confirm jadi lempeng.. 
Aku dengan Thaqif tunggu anas 
yang masih tak kuar dari hutan bukit hahahaa... 
Di sebabkan kami banyak berhenti amik gambar.. dan sampai puncak duduk makan roti ngan crisp layan pemandangan.. so total semua turun naik lebih 3 jam gak.. dan time nak turun agak slow.. banyak curam yang merbahaya.. but alhamdulillah kami semua selamat.. :D

Ini adalah salah satu tempat tarikan di Swaziland.. sebab trail dia memang mencabar untuk hikers.. dan dari puncak bukit ni boleh lihat dengan jelas Bandar Mbabane dan Manzini.. Negara ni kecil dan tak ada apa sangat yang menarik.. just bagi mereka yang suka natural dan outdoor activity boleh la mai.. sebab landscape negara ni memang lawa..

Monday, 15 April 2013

Trip Backpacker Swaziland Part 1 : Perjalanan Bermula Melepasi Border (Mbabane)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Ramai yang confuse di antara Swaziland dan Switzerland. Hakikatnya ia adalah 2 buah negara di 2 benua yang berlainan. Swaziland adalah sebuah negara kecil di bahagian selatan Afrika yang berada di antara Negara South Africa dan Mozambique.

Dan Switzerland adalah sebuah negara kaya raya yang berada di eropah yang terletak di antara German, France, Italy, Liechtenstein dan Austria. 

Dari sumber Google - Perjalanan memerlukan 5 jam lebih untuk sampai ke Mbabane City iaitu The Capital of Swaziland dari Bandar Johannesburg. Namun tiada satu pun transportation baik Bas atau Combi/Mini Bas (kebiasaannya van besar yang boleh memuatkan 15- 20 orang) yang menuju ke sana.

Bendera Negara Swaziland dan kemudian ditukar kepada nama baru Eswatini.
Bersempadan dengan Negara South Africa di sebelah kiri dan Mozambique di sebelah kanan.
Somehow akhirnya aku terjumpa dalam internet mengenai sebuah syarikat luxury mini bas dari Bandar Sandton (South Africa) ke Mbabane. Mahal juga ticket untuk adult yang berharga R500.00 (RM175.43) tapi nama pun ''luxury" kan. Tapi tak ada lah jauh mana pun sebab dari Johannesburg to Mbabane hanya 364 km sahaja. What to do that the only way to go.

Wan Thaqif 16 tahun - First time join trip backpack dengan aku. 
Bersama pemandu Syarikat Magnific Luxury Mini Bus @ Mbabane, Swaziland.
Dah sampai. Jom kita angkat beg :D
Pemandangan Taxi Rank bersebelahan dengan sebuah mall di Mbabane. 
Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam setengah.. alhamdulillah tiada masalah dari pihak border kedua2 negara.. dan kami hanya bayar sesudah sampai di Mbabane.. sebuah bandar kecil walau ia sebuah capital.. yang best semua orang yang aku jumpa dalam trip ke Swaziland ni semua nya friendly.. kalau tanya direction memang diorang akan tolong.. jika tak tahu.. diorang akan make sure tu ask someone else to get the answer for us.. people of Swaziland is the best..!!!!!!

Banyak info yang ada di sini dan Legend Backpackers Lodge ini memang sesuai untuk kami.
Membuat bayaran di kaunter reception untuk tapak khemah kami.
Beberapa information mengenai Legend backpackers Hostel "Do and Don't".
Barang-barang kami untuk trip backpack ke Swaziland.
Dari tempat mini bus ni stop.. kami hanya perlu berjalan kaki kurang dari 1 kilometer untuk ke kawasan taxi.. untuk terus ke kawasan Ezulwini tempat yang aku dah check nak camping.. on the way ke kawasan taxi.. aku bertegur dengan seorang pemuda pakistani yang memakai kurta dan berjanggut.. kat kawasan ni ada masjid yang dekat tak..? tanya dalam english k bukan melayu hahahaa.. 

Khemah kami yang kelabu tu. Lagi 2 tu jiran sebelah. Tak ada la sunyi malam-malam :D
Khemah untuk 4 orang dewasa - Alhamdulillah selesa dan luas. Berat 1.3kg sahaja.
Atas direction yang di beri kami ke masjid dahulu untuk solat jama takhir zohor dan asar.. lepas solat di masjid ahli jemaah pulak mula sibuk menanya kami dari mana.. nak buat apa.. nak kemana.. selepas aku meng"explain" pada mereka.. diorang kata.."tak yah la amik taxi.. nanti lepas solat magribh kami akan hantar kamu bertiga ke sana.. so aku pun ucapkan Alhamdulillah dan setuju jer la.. :D

Mereka inilah jiran sebelah khemah kami. Yang pakai topi biru tu dari Mexico.
Dan dua lagi tu adik beradik dari South Africa. Mereka pun backpack ke Swaziland.
Tepat pukul 8.30 malam kami sampai.. 2 ahli jemaah masjid menghantar kami ke Ezulwini dan terus ke Legend Backpackers Hostel.. alhamdulillah senang kerja kami.. bayaran campsite R60.00 sehari semalam.. khemah kene bawa sendiri.. book untuk dua malam..

Wednesday, 20 March 2013

Holland Part 4 : Ganja Dijual Bebas Di Amsterdam City - Netherlands

Sambungan dari Part 3 : The Netherlands - Away To Country Side

Sementara menunggu program tour countryside pukul 2.00 petang nanti.. aku jalan2 sekitar Bandar Amsterdam ni.. sambil mata mencari "Weed" atau di kenali juga "Dakha" dalam afrikaans atau "Ganja" famous dalam Bahasa Melayu.. nak tengok je bukan nak beli.. dan bukan nak rasa pun.. sebab tak pernah tengok live depan mata hehee.. cari punya cari sekali jumpa dalam kedai baju ni.. owner dia india sikh..

Jenis - jenis biji benih pokok ganja..
Dan lagi.. jenis yang lain.. boleh kata semua jenis benih  pokok ganja boleh dapat kat sini.. 
Satu seksyen dalam kedai dia penuh dengan weed.. biji benih pokok ganja, serbuk, cecair hingga lah biskut, gula-gula etc pun ada.. maka aku start amik la gambar sebanyak yang boleh.. tapi.. tiba2 kene marah dengan taukei kedai.. mangkuk betul.. dia marah dengan english dia yang kurang betul bercampur sleng yang pekat " apa ni amik gambar dalam kedai orang, cuba ko bayang kalau orang masuk rumah ko.. pastu amik gambar dalam rumah ko, ko marah tak?" aku dengan spontan jawap "tak" hahaa.. terus kene halau.. tak kisah la.. janji aku dapat amik gambar ganja tu huhuuu...


Yang ni di fahamkan sebagai pokok ganja paling mahal.. :P
Pilih jer.. Pokok ganja mana yang korang nak tanam :P
Dekat sini memang boleh hisap ganja macam hisap rokok.. so kene berjaga2 lah kat sini.. macam breakfast di sesetengah restoran di sini.. akan di sekali kan ganja untuk pengunjung restoran.. hehee.. patut lah ramai orang suka datang Amsterdam ( termasuk la Harold and Kumar ).. by the way ini je picture yang sempat aku snap kat kedai sikh tu.. Dan aku tulis ni bukan nak galakan korang untuk hisap ganja k..  :P

Sesuatu yang boleh memudaratkan diri adalah haram hukum nya.. bila Allah Taala bagi peluang datang melihat keindahan alam semula jadi di Amsterdam.. maka jangan lah nak cuba benda haram ni.. semoga berjaya.. :D