Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1 Malaysia
Sambil makan Pizza Mantak dalam kereta kami mencari tempat makan yang sesuai dan nak sangat mencari indoor sebab kat cuaca kat luar terlalu panas. Dan nak elak the kids meragam kita kenalah cari tempat yang convenience.
Mencari dan mencari sehinggalah terjumpa nama Tosuto Bakery Cafe di google with good review. Makanan western, pastry, cake dan nasi juga disediakan. Beralamat di Lot 27-1, Taman Suppiah, 28400 Mentakab, Pahang.
Dibuka setiap hari dari pukul 11.30 pagi sehingga 11.00 malam kecuali Sabtu dan Ahad dibuka seawal dari pukul 10.00 pagi sehingga 11.30 malam. Dan cafe ini mempunyai Sijil Halal dari JAKIM (MS1500:2019 2010-01/2024).
 |
| Agak mudah untuk mencari lokasi Tosuto Bakery Cafe ini yang terletak di simpanh utama. |
 |
| Boleh nampak logo halal di pintu masuk dan sijil halal ada di sebelah kaunter. |
 |
| Masa ini penuh sebab ada group of people tengah buat gathering farewell rasanya. |
Agak jauh perjalanan dari Hospital Temerloh ke Tosuto Bakery Cafe ini. Bila dah sampai baru aku perasan ini di Mentakab bukan Temerloh. Tapi wife kata Mentakab dengan Temerloh kan sama. Aku kata apa yang samanya, wife kata Temerloh tu kan Parlimen dan Mentakab tu DUN di bawah Parliman Temerloh. Aku pun ok whatever hahahaa.. π
 |
| Sirloin Steak With Black Pepper Sauce. |
 |
| Black Pepper Grill Chicken Chop. |
 |
| Steam Double atau Roti Kukus with kata and butter. |
 |
| Hot Latte for me like always. |
 |
| Ocean Blue and Strawberry Soda - Dua ni air sparkling. |
Di sini order makanan menggunakan QR. Kalau orang kampung yang tak biasa nak order makanan menggunakan scan QR ni mesti terus bangun keluar. Sebab aku rasa sini masih lagi Pekan Mentakab yang penuh di kelilingi area perkampungan.
Makanan yang di order tidak mengambil masa yang lama untuk sampai di meja kami. Walau ketika ini boleh dikatakan agak full house juga dengan pengunjung. Untuk harga bagi aku tidak lah mahal dan tidaklah juga murah namun enviroment yang ada di sini sangatlah selesa. Dan di sini boleh pilih untuk duduk makan indoor atau outdoor.
 |
| Comel jer kotak simpanan sudu, garfu dan tisu yang disediakan di setiap meja. |
 |
| Rose Apple Blossom Tea |
Menggabungkan konsep bakery dan cafe maka kalau datang untuk heavy food atau light food pun boleh. Makanya kalau nak makan roti bakar atau roti kukus pun boleh, nak makan grill steak, chicken chop, spaghetti sehinggalah juadah nasi seperti butter rice atau nasi ayam pun boleh.
Di sini juga terdapat banyak pilihan pastry yang disediakan. Dari Cake, Cookies, Croissant, Macarons, Variety of bread and bun sehinggalah Dessert dan Ice cream. Dan minuman juga agak menarik dan variety di sini dari pelbagai jenis coffee and tea, sparkling sehinggalah ke air minuman biasa.
 |
| Buai yang disediakan di kawasan outdoor sebelum pintu masuk. |
Perkataan Tosuto dalam bahasa jepun yang bermaksud toast atau younger brother. Namun Tosu adalah nama kepada sebuah pekan di Kyushu Region. Carian aku di internet tidak menemui siapakah owner bagi Tosuto Bakery ini. Bakery ini telah dibuka pada tahun 2021 dan ini adalah satu-satunya cawangan yang mereka ada setakat ini.
Igtkan makan di bakery di Jepun π€ jadi tak trip Jepun hari tu?
ReplyDeleteTak dpt pergi jepun kita makan kat kedai bakeri ala ala jepun jer la hahaha... Tak jadi gi jepun kami tukar destinasi π
Deletewah mentakab dah ada cafe estetik la
ReplyDeleteBetul this is Mentakab bro haha.. Okla nice cafe.. ☺️ππ»
Deletewalaupun saya org kmpg yang dah duduk bandar 20 thn saya juga tak suka order guna QR hahaha
ReplyDeleteSamalah kita.. Serius mmg tak suka order makanan guna QR ni.. kdg2 tgh order eh blh pulak terkeluar hahaha..
Deletenama jepun tu! boleh masuk dlm jjcm wishlist ni sbb nampak sedap cozy ambience dan ada logo halal jakim!
ReplyDeleteKalau terdampar di Mentakab boleh singgah la ke sini nak minum ptg ke.. sy nak cari nasi tpi sbb panas maka cari lah tmpt indoor huhuu
Deleteramai pengusaha cafe laa nih mengambil berat tentang halal di premis mereka.. kita pun senang nak masuk makan dengan yakin, Alhamdulillah..
ReplyDeleteBila jumpa cafe mcm dan ada logo halal kita pun confident nak masuk kan.. kalau tak ada halal kita mmg tak masuk la .. π ππ»
DeleteKena pergi dengan geng makan. Kalau pergi dengan husband tak maunya masuk sini hahahhaha... apo pergi Temerloh makan western food? ;))
ReplyDeleteWalaupun saya dok bandar saya pun taksuka order guna qr. Buku menu please..
Saya nak cari patin tempoyak makan tgh hari tu tapi tu lah panas la hai.. terpaksa cari indoor juga huhuu.. tpi dlm ni kalau ada patin tempoyak lagi best hahaha.. π ππ»
DeleteSamalah kita tak suka order guna QR ni.. π
Sirloin steaknya mantap ya.
ReplyDeleteKurang mantap sebab tidak selembut seperti apa yg dijangka.. π
DeleteBagus cafe ni letak logo halal depan pintu terus. Tak adalah orang tertanya² halal ke tidak. Sirloin steak dan chicken grilled tu menyelerakan. Food plating pun nice penuh sepinggan.
ReplyDeleteSetuju, comel je kotak simpanan cutleries. Macam best je tengok teh dihidangkan macam tu. Stail Jepun/Korea/Chinese gitu.
Tengok bangunan kedai dari luar nampak macam Cafe di Jepun pulak. Selesalah makan kat sini pun. Suka environment tenang-tenang dan santai macam ni.
Kalau akak pun lebih suka cari tempat makan indoor bila cuaca panas terik. Lebih selesa nak makan.
ReplyDeleteCantik pulak teko ros apple tea tu.
Banyak pilihan makanannya, senang nak pilih.
Mentakab dah ada cafe hipster.. Menarik ni..
ReplyDeleteTak sure.. mungkin ada banyak lagi kot cafe-cafe yang nice macam ni.. :D
DeleteSirloin Steak With Black Pepper Sauce tu menduga iman kakak la....dh la sedang craving steak ni...x leh makan lagi ni..29hb nak jumpa doc
ReplyDeleteUishh tak leh makan lagi sebab ada apa tu.. tak apa lah nak cuit cuit sikit kan hahaha.. :D
DeleteAkk pun tak suka order guna QR... Bio la org kata old school pun, lagi puas belek buku menu haha...
ReplyDeleteSamalah kita.. Ada sekali nak cepat sebab nak kejar hantar anak ke sekolah sekali ke order guna qr mmg terus keluar kedai makan tu hahahah :D
DeleteIni mesti hot spot kat Mentakab, ni!
ReplyDeleteTak sure la but nice nak duduk lepak di sini :D
DeletePerempuan mana boleh kalahπ
ReplyDeleteNampak premium juga cafe tu dari luar.