Ke Temerloh kita weekend ini sebab ada sedikit urusan. Sesambil tu mencari tempat untuk makan tengah hari. Wife kata ada tempat viral. Sekali bila dah sampai dalam ceruk kampung. Penuh sampai parking kereta pun tak ada.
Bila dah dapat parking. Masuk dalam kena que pulak sebab pengunjung yang terlalu ramai. Se-Atak Cafe ini speciality dia adalah pizza. Hurmm terkejut juga even pizza dan western tapi still ramai orang datang. Sebab biasa kalau ke Temerloh ini mesti orang cari makanan kampung terutamanya Patin Tempoyak kan. 😅
![]() |
| Ketika sampai di Se-Atak Cafe security dah tak bagi masuk sebab parking penuh. |
![]() |
| Se-Atak speciality is Pizza and Western Food. Kalau lapar tengah hari nak cari nasi maka bukan sini tempatnya. |
Disebabkan kena menunggu estimate 20 minit untuk mendapatkan tempat duduk maka aku decide untuk makan di tempat lain sahaja. Dan ketika itu aku orang ke 10 menunggu tempat duduk. Belum lagi nak tunggu makanan dihidang atas meja. Dan untuk hidangan nasi cuma ada nasi lemak sahaja.
Tempat duduk indoor ada disediakan tapi tak sebanyak tempat duduk di luar. Dan sekarang waktu tengah hari yang teramat panas. Maka insyallah next time ajer lah kita datang ke sini merasa hidangan yang selalu diviralkan. ☺️
![]() |
![]() |
| Mereka yang menunggu giliran untuk mendapatkan tempat duduk. |
![]() |
Maka bergeraklah kami keluar dari kawasan kampung ini dan secara tak sengaja sampai di simpang trafik light Hospital Temerloh. Dan membelok ke arah kanan meneruskan mencari kedai makan yang ada. Mungkin sebab hari ahad dan waktu tengah hari tiada kedai makan yang dibuka sepajang jalan.





Tak pernah sampai lagi ke sini. Orang Temerloh bosan makan patin tu cari western pulak.
ReplyDeleteorang temerloh dah boring makan tempoyak patin agaknya. tukar selera makan western pulak.
ReplyDeletepizza tu pun harga standard price je. semoga ada rezeki boleh merasa next time