Thursday, 12 March 2026

Pengalaman Kami Sekeluarga Berbuka Puasa Di Masjid

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Syukur alhamdulillah kita masih bernyawa pada hari ke-22 puasa di bulan Ramadhan 1447 Hijrah kali ini. Dan diberi kelebihan oleh Allah untuk berada dalam keadaan sihat berpuasa dan diberi rezeki untuk menjamu makanan yang sedap. 

Ramadhan kali ini tak seperti ramadhan yang sebelum sebelum ini. Aku agak sibuk dengan beberapa hal terutamanya kerja. Sehingga minggu pertama ramadhan tergelincir tak sempat masak dan terpaksa membeli makanan di Bazar 2 kali.

Dan kemudian di minggu kedua dek kerana lewat pulang kerja aku dengan bersahaja kata dengan wife "Jom try berbuka di masjid hari ini". And first reply from my wife is "Dengan 4 orang anak ni?" sambil dia geleng kepala. But aku pujuk "Kita try dulu tengok macam mana, harap okay la".

And Yes.. Syukur alhamdulillah.. Sangatlah mudah dan tidaklah sesulit seperti apa yang kami fikirkan atau apa yang dibayangkan untuk berbuka di masjid dengan 4 small kids. And with our surprise rupanya ada ramai family with small kids include yang datang bawa baby untuk berbuka puasa di masjid.

Menu berbuka hari ini 22 Ramadhan - Nasi Minyak Kari Kambing.
Ada add on special hari ini - Lemang dengan serunding daging.

But masjid tempat kami berbuka ini pun play the big role here. Where is pihak pentadbiran sediakan left side of masjid untuk yang datang berkeluarga berbuka puasa. Khemah di belakang untuk lelaki dan kiri masjid untuk muslimat sahaja.

There is why aku bawa kain pelekat atau batik untuk buat alas. Senang nak kemas lepas selesai makan and kita as parent pun kena prepare sebab bawa anak kecil bersama. Bawa tisu bagai supaya senang nak kemas dan bersihkan tempat makan kita. Bawa cawan sendiri seorang satu, tak ada lah bergaduh 😅.

Nak dapat sport berbuka yang baik untuk seisi keluarga kena datang awal.

Dan berbuka di masjid dah macam satu keseronokan buat kami. Anak-anak siap tanya agak-agak hari ni menu apa ya berbuka di masjid 😅. Ada kala dapat nasi arab, nasi tomato, nasi minyak dan mostly dapat nasi putih berlauk. Setakat ini semua menu di hari yang kami datang memang tidak mengecewakan 😉. In total almost 10 hari kami berbuka di masjid.

Apa kelebihan yang kami dapat tanpa kami sedari? Pertama pengurusan masa lebih baik berbanding di rumah. Masa diberi 10 minit lepas azan untuk makan dan kemudian solat maghrib berjemaah. Bayangkan by 8.00 malam kita dah berbuka dan selesai solat maghrib. Ada banyak masa sebelum Isya'. Kalau kat rumah pukul 8 pun belum bangkit dari meja makan 😂.

Kedua adalah sebagai parent yang keduanya bekerja. Kami tak terlalu penat nak berkejar pulang untuk masak, prepare makanan, nak kemas dan basuh segala pinggan mangkuk kuali bagai. Dan resultnya kami dapat berteraweh dengan baik di malam harinya. Berbanding tahun-tahun lepas yang mana kami banyak teraweh di rumah sebab keletihan di malam hari.

Dan ketiga secara tak langsung dapat kenal lebih ramai kenalan. Yang itu family classmate si athira dan si atiyya di sekolah. Oh yang ini tinggal di blok yang sama. Dapat jumpa ustaz yang mengajar di sekolah agama anak. Jumpa kawan lama pun ada. Macam-macamlah and itu another keseronokan yang kami dapat.

Alhamdulillah ada orang bagi kuih .. Apa ntah nama hahahaa 😅

Keempat secara tak langsung kadang-kadang tu makanan banyak berlebihan sehingga kami disuruh bawa pulang, dapatlah kami jadikan juadah bersahur. Ada sekali tu 3 pack nasi arab mendi disuruhnya kami bawa balik. Senang kami bersahur selepas tu. Dan paling selalu dapat adalah bubur lambuk memang sesuai makan waktu sahur sebab tak heavy 😊.

So ini my story pengalaman berbuka puasa pertama kali bersama my little family di masjid. Sebelum ini tak terfikir langsung nak berbuka puasa di masjid with the kids. Kalau yang belum ada experience tu boleh la try bawa anak-anak berbuka di masjid. Insyallah mudah dan pasti menyeronokan 😉.

31 comments:

  1. Seronok dapat berbuka bersama keluarga di masjid :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tahun ini mencuba pertama kali berbuka di masjid seisi keluarga :D

      Delete
  2. waahhhh behavenya semua the kids mudah bawa hehe.. btambah sonok dpt bawa pulang byk juadah sng xyah pening nk msk ape sahur ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa... Parent kena garang dan tegas sikit bila bawa anak kecil ke masjid 😅. Kdg2 mmg ada rezeki lebih utk bawa pulang.. ☺️

      Delete
  3. sedap betul menu2 berbuka kat masjid ni, siap nasi biryani kambing. seronok berbuka kat masjid, takyah kalut2 fikir tempat solat. dpt jugak solat tarawih berjemaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap hari dtg hati bertanya tanya apa menu.. Dapat menu yg kena tekak memang sedap senang hati berbuka huhuu.. Dpt solat maghrib dan isya' teraweh dgn tenang. ☺️

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. sedap tgk menu nasi minyak kari kambing tu..kuih kaswi pandan & gula merah tu fav..tak pernh lg ada pengalaman buka puasa di masjid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terkejut juga tgk menu berbuka nasi minyak kari kambing dengan ayam berempah ☺️. Oh okay kuih kaswi.. ingat ingat lupa nama nya 😅. Kalau tak ada pengalaman kena la try sekali 😅

      Delete
  6. Banyak faedah berbuka di masjid 👍🏻
    Itu kuih kaswi gediks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah baru tahu ramadhan kali ini.. Pengalaman baru untuk kami seisi keluarga.
      Oh Kuih Kaswi gedik ok okkkk :D

      Delete
  7. memang ramai berbuka di masjid dengan anak2 kecil. selalu nampak orang share. meriah suasana. anak2 behave je biasanya. cie tak pernah lagi dari anak kecik sampai besar. belum ada pengalaman berbuka di masjid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman baru juga buat kami sekeluarga berbuka di masjid ini. Kalau belum pernah boleh la try sekali tengok macam mana. Tak ada la penat sangat nak prepare juadah berbuka di rumah :D

      Delete
  8. Yes... tang tambah kenalan tu betul... Ni time kita terserempak dengan orang2 yang dekat dengan kita tapi jarang jumpa.... "Dekat tapi jauh" gitu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. selalu nampak tak ada kekuatan nak bertegur tapi bila jumpa di masjid boleh tegur dan berborak. Aura silaturahim tu ada masjid hihii.. Dekat tapi jauh tu boleh ubah bila di masjid :D

      Delete
  9. teringin jugak nak try cuma rasa segan hahha menu memang best2 lah kalau iftar kat masjid!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah sekali untuk timba pengalaman dan boleh la kenal dengan orang orang masjid hihii.. Menu berbuka memang tidak mengecewakan :D

      Delete
  10. tu kaswi gedik org panggil hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dah ingat semula namanya sebab ramai yang tolong jawapkan dalam comment :D Gediks tu sebab dia goyang2 lembut kan hahahaaa

      Delete
  11. menu mana2 masjid pun kira hampir sama je. tak nasi beriyani nasi minyak. nasi putih pun kadang2... lauk pun sama jg. ayam masak merah... mmg jrg jumpa lauk ikan goreng hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh nasi putih pun banyak kali di masjid ini.. Hari dia bagi asam pedas ikan kembong .. terangkat.. nasib makan kat masjid kena control sikit hahahaa.. Kena mai dtg kat masjid ni la ikan bakar pun ada.. 😉

      Delete
  12. Alhamdulillah pengalaman berbuka dengan keluarga yang manis. Rezeki dapat bawa food untuk bersahur. Tapi banyak betul menu berbukanya nasi arab kan? Nih kawan-kawan la cerita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab rasanya nasi arab tu mudah.. tak perlu renyah mcm nak hidang nasi putih berlauk.. petugas pun tak susah nak bersihkan selepas berbuka tu.. Try la sekali berbuka pasti nak mai lagi hihii ☺️👍🏻

      Delete
  13. Alhamdulillah memang seronok tengok ramai berbuka di masjid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok... Syukur tahun ini diberi kesempatan utk berbuka di masjid with the kids.. 🤲🏻☺️

      Delete
  14. Seronok iftar di masjid..memang akan terawih terus.. tu yang paling syiokk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak terus duduk sampai isya' taraweh pun boleh nak balik rumah dulu pun boleh.. lagi pun hujung2 ni org tak la ramai sangat ☺️

      Delete
  15. Tak pernah ada kesempatan berbuka di Masjid. Mungkin di tahun - tahun akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan moga ada peluang juga suatu hari nanti.. seronok juga berbuka di masjid ni ☺️👍🏻

      Delete
  16. Lama dah tak berpeluang berbuka di masjid..
    InsyaAllah nak cuba juga nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat kami sekeluarga adalah pertama kali ramadhan baru ini.. Syukur alhamdulillah dipermudahkan.. Seronok dpt pengalaman berbuka di masjid☺️👍🏻

      Delete