Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Ok ini first entry bulan ni nak berceloteh 😅. Penat rasanya nak menulis entry travel yang sangatlah memerah otak untuk merangka setiap ayat. Kita rehat dan santai-santai sebelum sambung kisah perjalanan dari Romania pulang ke Turkey.
Asal naik kereta jer pasti dengar lagu Faizal Tahir "Ada Yang Baik, Ada Yang Kurang Baik". Maka aku pun nak tulis jugalah pasal tajuk ini yang aku rasa macam ada kena mengena dengan apa yang aku lalui dalam kehidupan mengembara ini.
![]() |
![]() |
Agak banyak kes penipuan yang berlaku di Malaysia sekarang ini, maka bagi aku beli tiket direct dari official website adalah lebih mudah dan selamat, somehow few times lebih murah. Lepas pembayaran dibuat terus akan dapat tiket dalam email. Ok ada satu tips yang aku boleh kongsi bila nak beli tiket untuk group yang ramai di official website.
Sebab korang perasan tak, bila search harga tiket untuk seorang dapat RM1,500.00 tapi bila search 5 orang untuk satu family, harga jadi lebih mahal. Patut total jadi RM7,500.00 tapi jadi RM8,300.00. Ke korang tak perasan terus beli sahaja tanpa check harga per kepala? 😅. Mungkin harga genap mudah kita perasan tapi kalau RM1,672.76 x 5? .
![]() |
| Maka apa yang biasa aku buat adalah buka website dengan 2-3 laptop on the same time dan search that ticket flight dengan tarikh dan waktu yang sama. Bila semua dah dapat that harga baru la dibeli bersama. Agak complicated tapi itu cara nak dapat harga murah bersama dan dapat same flight untuk semua. Jap... Bukan pasal beli tiket yang aku nak cerita sebenarnya.. tapi pasal minat travelling itu sendiri.. |
Aku ada mengenali seseorang yang mempunyai background belajar agama sehingga ke luar negara. Dan pernah berkata nak travel satu dunia sebab nak jadi seperti Ibnu Batutah iaitu seorang pengembara terkenal di dalam dunia islam.
![]() |
Zaman sekarang bukan sesuka hati boleh nak tumpang tidur di masjid bila travel. Bermalam di taman bersama anak dan isteri. Mengguna pakai kebaikan orang untuk menumpang tidur di mana sahaja. Dan bila check in hotel dapat breakfast free, dia pi bungkus segala roti, buah, air kotak dan lain-lain untuk bekalan travel dia. Kalau sikit tak apa la kot.
![]() |
Memohon derma untuk sambung belajar di luar negara tu aku faham atas sebab nak menuntut ilmu tapi bukan travel untuk diri sendiri. Dan mempergunakan alasan untuk menjadi seperti Ibnu Batutah? Korang rasa macam mana?
Ada yang baik buatlah.. Mana yang kurang baik maka kita jauhi lah..





Betul tu, ada yang baik kita jadikannya teladan, yang kurang baik kita jadikan sempadan. Zaman dah berubah, cara travel pun dah tak sama macam dulu. Bab bungkus makanan breakfast hotel tu memang acap kali juga dengar. Haha. Nice sharing, seronok baca celoteh santai macam ni sebelum sambung kisah Romania-Turkey nanti
ReplyDeleteKan... Yang tak baik jgn dijadikan teladan.. Nak jadi dan buat macam orang lain tapi diri sendiri meminta minta untuk dptkan sesuatu.. Amik sikit makan tu faham la.. ni kalau sampai amik byk utk bekal masa travel apa citer huhuu..
DeleteSy pun pernah jmp yg meminta mcm ni.Bkn utk travel, tp utk cosplay matter. =D
ReplyDeleteKan.. nak buat sesuatu untuk keseronokan diri sendiri kenapa nak meminta minta dgn orang.. tak tahu apa yg bermain dalam fikiran mereka.
DeleteSekarang ni macam2 semua nak mintak derma untuk kegunaan sendiri.
ReplyDeleteTu yang tak faham bila org minta derma utk keseronokkan diri sendiri.. bukan ada kena mengena apa pun huhuu...
DeleteKadang tak faham lah dengan pemikiran orang macam tu. Ko yang nak travel apahal pulak nak minta duit kat orang hanya untuk kepuasan diri sendiri. Bab ambil makanan kat hotel tu akak kadang buat terutamanya roti tapi takde lah sampai nak bungkus semuanya. Nampak sangat tamak kan. Akak cuma ambil seketul dua yang tak habis dalam pinggan buat alas perut dalam bas nanti bila perjalanan jauh.
ReplyDeleteItulah... Dia macam bila kau derma utk aku.. kau akan dpt pahala sebab aku nak jadi mcm ibnu batutah.. Gitu? Huhuhuu.. don't know that level of pemikiran.. Ambil seketul dua kdg2 faham la nak makan dlm bilik ke sbb mmg benda sikit.. tapi kalau dah bedal nak buat stok makanan dlm perjalanan beberapa hari tu dah another level huhuu..
Deleteyang baik kita follow, yang kurang baik tu, kita tohok jauh2...
ReplyDeleteItulah kesimpulannya.. dan nak buat minat yg sama tu boleh tapi biar ada ilmu utk dimulakan..
Deleteada jugak yer org gitu..ala2 traveller mat salleh yg mintak donation/derma kat tepi2 jln lah tu kan.... anyway, bab beli tix byk2 tu..i memang noticed that ie i beli utk 5 pax one shot, memang lagi mahal compared harga beli 1 tix mcm yg u tulis tu laaa..betul sgt tu..tp i tak gigih la nak beli satu2 hahah bkn frequent traveller mcm afif ;) ni tgh gigih menabung dan plan utk travel early next year plak niiiii..moga2 tercapai..aamiin
ReplyDeleteNtah la tapi pada saya macam tak kena cara la... Sy pun buat part time masa belajar nak kumpul duit utk travel.. bukan semudah meminta apa tah lagi meminjam..
DeleteKalau beza harga tak jauh mungkin tak apa la huhuu.. tapi kalau dah beza sampai 400-700 in total mmg banyak beza tau.. saya sanggup jer buat mcm tu utk dpt kan harga lebih murah.. so betul la there is yg terus beli jer hihii.. 😅👍🏻
Selalu mat saleh suka buat gini.
ReplyDeleteNak buat apa pun, ukurlah baju di badan sendiri.
Yes kena tgk kiri kanan sebelum nak melangkah ke hadapan.. bukan budaya kita nk minta-minta dengan org utk keseronokan sendiri.. 😅
DeleteMemang ada perasan kalau beli seorang lagi murah tapi susah lah beli satu2. Dapat point, guna je lah untuk belian kemudian ya. Ehhh mintak derma untuk travel?
ReplyDeleteSaya kalau nak beli utk satu family saya (6org) mmg buka 2 dan laptop 1 ipad utk beli flight ticket huhuu.. Beza bukan sikit tau hihii.. 😅. Aah ada jer minta derma utk nak travel..pelik kan..
DeleteNak g travel tp xde preparation esp part flght tiket.. seramm kalau x dpt blk rumah hehhee....
ReplyDeleteAt least kena tahu sikit la pasal travel especially tmpt nak pergi tu.. kalau main redah dan bernasib baik tak apa la huhuu.. klaau tak dpt balik mmg seram ooo.. 😅
DeleteMintak derma untuk travel. Lepas tu flex kat social media terbang ke sana sini. hahah Kehidupan jenis apakah yang mereka jalani ni?
ReplyDeleteHola btw.
Datang dan follow.
Kan... Pastu sembang hebat travel sana sini huhuu.. tak tahu lah apa yg mereka fikirkan bila dalam bab travel ini..
DeleteTerima kasih dtg dan follow sini ya.. ☺️👌🏻
POV yang jarang dibahas.
ReplyDeletePendapat saya ada dua. Satu, harus jika orang tu memang dalam kecemasan. Contoh, passport dan barang berharga dicuri. Tapi utk kegunaan kecemasan terus pegi ke kedutaan dan balik terus ke negara asal.
Kedua, derma utk meneruskan hidup di negara orang bagi Faa sangat tidak bertanggungjawab. Tanpa pesediaan duit yang cukup. Sebab travel bukan keperluan. Malah, kena sediakan duit lebih lagi. Takut sesuatu yang tidak dijangka berlaku.
Kalau diwaktu kecemasan mmg harus la nak minta sumbangan org sebab dalam kesusahan tapi kalau saja saja sebab nak tanggung kos dia nak pergi travel dri sebelum nak travel lagi mmg tak patut sangat rasanya.. Betul nak travel mmg kena siapkan duit mental dan sebagainya.. kdg2 mmg boleh berlaku perkara yang tak dijangka..
DeletePenipuannya mengerikan, harga jadi lebih mahal kalau beli banyak? (malah seharusnya dapat discount?)
ReplyDeleteBiasa kalau beli ramai-ramai mmg akan jadi lebih mahal.. ntah la mmg tak tahu kenapa hadi gitu.. betul tu seharusnya dapat diskaun sbb beli lebih banyak..
Deleteselalu mintak derma ketika travel tu, mat salleh selalu buat bila dia datang ke southeast asia. dia tahu kot orang2 sini pemurah. memang idokler nak bagi kann hahaha
ReplyDeleteand ohh baru tahu yg pasal harga tiket flight tu jadi mahal bila beli sekaligus dgn ahli yg lain. ciskek betul!
Kan... ada org bila dia travel dia bekerja sebab nak tampung life dia ketika travel tpi bukan dgn mudah nak minta derma bagai sesuka hati.. itulah ramai pulak yang mudah nak memberi huhuu..
DeleteYes bab nak beli tiket tu kena beringat sebab beza bukan sikit tapi banyak huhuu :D
bab beli tiket sorang dgn ramai2 tu pernh tgk juga...sepatutnya bila bli byk ptt kos kurangkan la..ni extra lg...bab minta derma nk travel tu sgt la tk bgs..mcm selfish je
ReplyDeleteItulah kadang2 ramai org tak tahu mcm mana nak dpt murah sebab bila beli tiket untuk ramai2 jadi mahal pulak huhuu..y right bila byk dpt murah kan hahaha.. that rules tak apply yer hahahaa.. yes saya pun rasa selfish minta duit dgn org utk tampung di pergi travel..
DeleteAkak pernah baca kalau kita compare beberapa kali harga tiket guna laptop atau HP yang sama dia akan mahal kan. Pernah nak belikan tiket Widad masa tu dia nak ke Jakarta. Mereng sekejap nengok harganya 😁 .. siap baca tips beli jam 3-4 pagi. Dah maknya jadi panda bangun tidur bangun tidur nak cari tiket dia.
ReplyDeleteSeram nak beli tiket flight padahal tiap-tiap bulan beli tiket ETS online. Mungkin sebab mahal dan ETS tu pulak boleh refund dan harganya masih reasonable.
Yes kalau setakat nak survey harga tiket mmg boleh nak check beberapa kali.. tapi time nak beli tiket tu jgn ditengok banyak kali.. mmg makin lama makin mahal jadinya.. kenapa? saya pun tak tahu.. tips beli tiket 2-4 pagi tu mostly mmg berkesan huhuu.. Hunting tiket mmg akan jadi mata panda la huhuu.. ETS harga fix tak mcm flight ticket harga berubah-rubah atas banyak faktor huhuuu :D
DeleteTak tau pun pasal harga tiket jadi berbeza/mahal bila beli tiket untuk grup ramai, belum pernah beli. Lepas ni dah tau, bolehlah beringat check sebelum proceed.
ReplyDeleteEhh..ada jugak ya kes gitu? Minta dana untuk travel. Aneh aneh..
Kebiasaan nya mmg akan jadi mahal bila kita nak beli utk ramai dalam sekali pembelian.. maka beli lah sikt sikt mungkin 2-3 orang untuk setiap pembelian..lepas ni kena check la sebelum beli huhuu.. seringgit dua tak apa. kalau sampai 300-500 mmg kena check betul betul la :D
Deletecuma pergi umrah or jalan2 dengan family je sy guna agent yang lain2 buat sendiri...
ReplyDeletesbb time ni laa kite berpeluang belajar
kalau tak buat smpi ke sudah kita tak tahu...
Bab pergi umrah tu untuk macam saya yang tak banyak tahu tentang hukum hakam lebih baik guna agent sebab ada mutawif yang akan guide kita.. sy bawa family still backpackers lagi hihii... tengok kalau usia dah lanjut mungkin guna agent juga huhuu..
Deletekita travel ikut kemampuan...
ReplyDeleteada RM100 travel cara RM100\ada RM10K travel cara RM10K
kalau boleh elakkanlah budaya minta meminta ni
kita masih ada kudrat kannnn
so usahakanlah utk capai apa-apa pun...
Betul tu.. travel ikut kemampuan.. jika ada 10 tempat menarik tapi kita mampu hanya 5-6 tempat sahaja so let be it. Kenapa nak gagah juga nak pergi semua 10 tempat tu bila tahu diri tak mampu.. Biarlah apa org nak kata yg berjalan tetap kita bukan mereka huhuuu.. Betul.. travel pun bukan wajib kenapa sampai nak meminta minta kan..
DeleteMacam tu caranya, kena buka dua laptop satu masa ya, masa nak beli tiket. Kalau tak ada duit nak travel, menabung la dulu, ada ka mintak duit orang. Ish ish... macam-macam orang zaman sekarang.
ReplyDeleteSaya kadang2 buka sampai 3-4 laptop termasuk ipad.. kenapa tak guna hp sebab nak buat bayaran bagai dan nak isi segala information lebih mudah dgn laptop dan ipad.
DeleteOk, bantu nan coba cara Abang saat book tiket. Hrs pakai beberapa gadget lah yaaaa. Selama ini saya pakai 1 saja.
ReplyDeleteTrus kan kalau tak jauh beli, besok cek lagi, dah naik langsung harga. Saya pernah baca Krn sistem di gadget membaca algoritma kalau kita memang demand sangat dengan tiket tersebut, sehingga harga jadi naik.
Tricky sangat bab booking membooking ini kan 😅😅.
Tapiiii yg ttg orang traveling, ajak anak istri, tega meminta derma dan suruh tidur di mesjid, aiiiih tak ada yaa dalam kamus hidup saya 😅😅. Tega sangaaat itu.
Memang jangan dicontoh. Kasian pula, nanti anak2 meniru, kalau meminta2 seperti itu adalah hal baik. Padahal tak samasekali.
Kalau saya dengan anak-anak pasti akan buka dua laptop sebab kanak-kanak tak boleh beli tiket tanpa ada org tuanya atau penjaga nya sekali. Sebab bila check tiket banyak kali nanti sistem tahu kita mmg mahukan tiket itu dan makin lama makin mahal jadinya huhuu.. Nak beli tiket pun kena clearkan history dan refresh sebelum bukan website huhu.. :D
DeleteMnta derma utk gi travel?? yg peliknya afa je yg bagi..org M'sia ni baik hati..haha..tapi ramai jg yg buat crowdfundind bila kena musibah/sakit masuk hospital di luar negeri, itu reasonabke jg..
ReplyDeleteYes part org yang bagi tu lebih pelik sebab macam tak kena tempat nak bersedekah untuk org tu pergi travel.. Unless kalau ada musibah yg terjadi tu mmg tanpa ragu perlu ditolong.. semoga kita sentiasa dipelihara ketika travel amin..
DeleteHmmm...betul la tajuk post ini ada yang baik kita jadikan guidance. Apa yang tidak baik kita jadikan sempadan dan pedoman ye. Harapnya traveller yang sampai meminta derma untuk travel itu akhirnya akan mendapat kesedaran apa yang dibuat itu adalah sesuatu di luar norma dan patut dihentikan. Kesian anak isteri terlibat sekali.
ReplyDeleteNak follow cara org lain boleh tapi mana yg baik diambil la.. mana yg tidak janganlah.. paling penting kena belajar apa yg perlu.. jgn main redah menyusahkan org huhuu.. Sendiri nak seronok tpi minta sedekah dgn org huhuu..
DeleteHuhu unfortunately i know who youre referring to.. May Allah guide him to what is right.. sedih sebab dia ada followers yang ramai, takut jadi ikutan dan fitnah sahaja.. lagi2 bila ada serban di kepala, akan dijadikan satu fatwa nauzubillah.. kadang kita kena reflect je balik, apa kita buat tu didorong nafsu ke? Almost always we will find the answer
ReplyDelete