Friday, 21 August 2026

Hong Kong & Macau Part 1 : Unlock New Experience With Hong Kong Express Airways

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Tiada perancangan langsung untuk ke Hong Kong & Macau pada tahun 2026. Namun ketika wife diarahkan last minute oleh company untuk menghadiri conference di Hong Kong bersama beberapa staff yang lain maka aku pun decide untuk ikut sekali tanpa mengganggu aktiviti wife. Hanya sempat bertemu sebanyak 3 kali sahaja sepanjang masa berada di sana.

First experience flight with Hong Kong Express Airways dari Subang Airport.
Wife di sponsor by company dapatlah naik Malaysia Airlines dan aku mencari flight yang paling murah maka dapatlah peluang unlock new experience with Hong Hong Express Airways and first time dapat tahu ada international flight dari Subang Airport. Tiada luggage dan hanya dibenarkan 4kg hand carry sahaja. Return flight ticket berharga RM607.00.

Tema warna purple lain dari yang lain tapi kena duduk belakang sekali tu yang tak best.
Untuk aku travel seorang diri dah kira cukup dan tak perlu pun nak beli luggage. Wife fly Rabu pagi dan aku flight Khamis malam and the kids dipontengkan sekolah hari Jumaat. Khamis tu sempat the kids bersekolah macam biasa dan kemudian balik dari sekolah petang tu terus aku hantar ke rumah nenek yang memang dah half way untuk ke Subang Airport.

Kalau datang lewat pun tak perlu risau sangat sebab airport kecil sahaja.
Sampai di kaunter nak check in flight ticket tiba-tiba staff sebut nama aku. Terus aku kata "Pertama kali nama saya disebut sebelum bagi passport πŸ˜….. Macam mana boleh tahu?". Staff tu reply "Sebab ada 3 orang sahaja melayu dalam flight ini.. Lagi dua tu under satu booking number.. Sebab tu tahu siapa nama encik". Aku pun macam serious la hahaa.. 

Jom makan malam di Puas Cafe sebelum masuk ke Departure Gate.
Dalam menu banyak pula makanan yang sedap-sedap. Orang nak cepat ni 😡.
Nasi Goreng yang aku pilih dapat teh o panas percuma.
Nak cepat tapi tersalah order jenuh nak habiskan air panas hahahaa.. πŸ˜…
Waktu ini ada lebih kurang 50 minit lagi sebelum terbang sempatlah aku makan nasi goreng di salah satu cafe di sini. 

Nasi goreng aku makan sedikit sahaja dan bungkus selebihnya. Sebab tiba-tiba wife whatsapp inform untuk tapau something yang boleh tahan lama sebab nanti di arrival Hong Kong Airport tiada makanan halal. Dan aku memang plan untuk bermalam di airport sebab arrival time pukul 1.30 pagi. So aku tapau Burger King sebab itu jer yang paling cepat.

Tapau Burger King di Subang Airpot untuk makan pagi esok di Hong Kong.
Sampai di bahagian departure sebelum masuk ke aircraft ternampak la dua orang melayu selain aku tu dan aku assume mereka adalah husband and wife. Macam biasa aku jenis tak reti duduk diam, mesti nak bertegur sapa. Maka tahulah aku si wife ni pun nak pergi conference sama dengan wife aku and husband dia ikut teman sekali. Peramah mereka berdua.

Ruang menunggu sebelum dipanggul masuk ke dalam aircraft.
Bertemu pasangan yang peramah dan sangat friendly Encik Nasser dan Puan Hani.
HK Express boarding pass yang simple. Tak apa lah asalkan sampai destinasi.
Alhamdulillah penerbangan yang sangat smooth dari Subang Ke Hong Kong dan tiba lebih awal dari waktu dijangkakan. Aku rasa pilot ni merempit sebab last flight nak balik awal tidur kot hahaha. Husband and wife tu ambil taxi ke hotel sebab under sponsor company juga. Dan aku ke surau untuk bersolat jama sambil membuang masa menunggu pagi.

Ada discount kalau beli inflight transport ke Hong Kong City dari airport.
Review untuk Hong Kong Express Airways bagi aku sangatlah berbaloi dengan harganya yang murah. Seat lebih selesa sedikit dari Airasia. Ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai charter services dan pada tahun 2013 memulakan penerbangan sebagai low-cost carrier. Cuma 1 kekurangan untuk orang islam ialah tiada makanan halal disediakan dalam penerbangan.

Jom kita ke surau di area Departure Gate A.
Sekadar nak merasa kenapa wanita suka ambil gambar depan cermin tandas πŸ˜…
Ruang solat yang disediakan di Hong Kong Airport ini.
Untuk trip kali ini aku plan nak ke Macau sebelum ke Hong Kong dan aku dah book accommodation untuk 1 malam di Macau melalui Agoda.com. Macam mana nak ke Macau direct dari Hong Kong Airport insyallah nanti aku cerita di next entry Part 2. Sangatlah mudah, tak complicated langsung huhuu.. Dan bagi aku sangatlah berbaloi dan murah.

Baru perasan time ni nak dekat CNY celebration tu yang ada hiasan ni.
Semua perancangan dibuat dalam masa kurang dua minggu untuk trip ad hoc ini, memang kalam kabut dari mencari flight ticket murah, membuat tempahan penginapan dan itinerary. Bab apply cuti tu jangan ditanyalah macam mana hahahaa..

Tempat duduk di sini boleh baring. Mor ler kita tidur dulu sementara boleh.
Dan dekat dengan tempat nak ambil air minum dan juga toilet.
Disebabkan last minute booking accommodation dapatlah harga yang agak mahal di Macau dan di Hong Kong yang memang dah dikenali mahal menjadi bertambah berganda mahal. Namun aku tetap mencari yang murah di antara termurah. Tapi..

Review hotel - Di Macau tersenyum melihat keadaanya yang selesa untuk berehat dan boleh enjoy tidur malam tapi hotel di Hong Kong macam nak nangis dibuatnya πŸ˜…. Not recommended for senior and women traveler and over size person. Buka pintu bilik langgar katil. Buka pintu tandas langgar mangkuk tandas. Begitulah kalau nak mudah faham hahaa.. πŸ˜‚

48 comments:

  1. Faham sangat tu kalau buka itu ini terlanggar terus. Takpela asalkan boleh lelapkan mata, luruskan badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib la duduk seorang so okay la walau keadaan macam tu.. asal boleh tidur mandi dan rehat utk backpackers cukup la.. ☺️

      Delete
  2. Ingatkan bila wife outstation ke HK, Afif tumpang tido bilik hotel wife jugak. Rupa2nya tak ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wife tidur dgn geng ofis dia.. Kita gerak sendiri jumpa sekejap sekejap jer.. Dapat la dating dua kali makan bersama huhuu..

      Delete
  3. Kalau kaki traveller memang tak akan lepas peluang ini...terbaik la bro... saya baca pelan-pelan untuk menikmati cerita perjalanan yang unik begini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tak pernah sampai HK dgn Macau kan.. tu yg bila ada peluang ikut ke sana juga.. alhamdulillah dapat explore byk tempat bila gerak sendiri.. ☺️πŸ‘πŸ»

      Delete
  4. harga ok sgt tu
    bolehlah sy repeat HK lg nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tgh tunggu kalau dpt bawah RM600 return mmg akan akan terus grab la..

      Delete
  5. banyak improvement dah airport HK ni...
    ms sy dtg ada part masih under reno
    yg pasti org tetap ramaiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa sampai sini tak ada any renovation.. mmg besar airport ni sampai ada lebih 500 boarding gate huhu.. Yes org mmg ramai ya amat kat sini..

      Delete
  6. ok done reading! wahhh u travel last minute tu! best sbb boleh dpt cuti wpun last minute! baru tahu ada flight ke HK dari subang airport. dan nice to know ada surau kat airport hongkong tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab belum pernah lagi ke Hong Kong.. Tu yang gagah juga untuk ke sana.. Cuti last minute tu banyak juga kerenah nya hahahaa.. First time juga tahu ada int flight dri subang.. suaru tu kena kongsi dengan agama lain juga..

      Delete
  7. Wife p conference.. Husband jln2 sama.. Dlu parent and adik2 ada pi Hong Kong tp kita xdpt follow time tu xleh nk cuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiba-tiba wife pergi conference kan.. kita pun nak pergi juga lah sebab tak pernah lagi sampai ke Hong Kong.. dapat pula tiket murah huhuu.... :D

      Delete
  8. Wife p conference.. Husband jln2 sama.. Dlu parent and adik2 ada pi Hong Kong tp kita xdpt follow time tu xleh nk cuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat jalan-jalan dengan seisi family mesti seronok kan.. Jarang nak dapat peluang tu kalau semua dah besar berkahwin huhuu..

      Delete
  9. Seronoknya dapat kawan baru peramah masa trip ke Hong Kong tu! Tapau Burger King buat bekal memang idea yang nice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kami bertiga jer melayu.. kalau tak bertegur sapa memang janggal sngat rasanya huhuuu.. Tapau burger king tu mmg berbaloi sgt sbb di macau susah nak dpt makanan halal..

      Delete
  10. terasa mcm naik business class pulak kan bila ground staf tau nama kite..
    tak sabar nak tggu review bilik di HK, pernah tgk gak yg bilik di sana kecik nak mamp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia lebih terkejut sebab tiba-tiba tau nama sebelum check in kan..
      Ok sila tunggu part selepas jenjalan di Macau.. Insyallah tak lama kot hihii..

      Delete
  11. Paling seronok kalau nak ke tempat asing tapi jumpa dengan rakan senegara. Rasa tak terasing gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes seronok bila jumpa sesama org melayu di tempat asing.. ada la jugak tema boleh berborak-borak..

      Delete
  12. Ok saya pun pestime baru tau ada international flight kat airport subang. Tapi 4kg hand carry tu.... Aduhai kalau saya memang tak cukup ni 🀣 even extra hand carry pun takde ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan.. sebab selama assume subang hanyalah untuk domestic flight sahaja.. okla tak la jauh nak ke KLIA .. pergi 2 jam sebelum flight pun boleh hihiii :D
      Travel redah backapck ni satu beg belakang saiz pi kerja kira cukup la huhuu

      Delete
  13. Untung lah..dah alang2 kan ikut ler sekali pergi HK..
    part paling seronok bila pergi negara org, jumpa orang negara sendiri..boleh juga la bersembang2 klu tidak hurm..melilau mata je la..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut juga sebab tak pernah lagi jejak kan kaki ke Hong Kong tu.. Bila wife pergi kita pun ikut la sekali tapi still bukan stay together.. alhamdulillah jumpa org melayu dan ramah tu bonus sgt2 lah..

      Delete
  14. Handcarry 4kg... senyum je lah😁. Memang airlines tak benarkan kita tambah luggage ke?
    Return tix RM607 tu lagi murah dari pergi Sabah huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jer nak beli luggage tpi sebab kita travel seorang diri dan beg pun kecik jer dan sebab nak paling murah tiket tu.. mmg tak nak tambah apa2 amik paling basic jer huhu..

      Delete
  15. Kita baca awal² tu, ingatkan gerak sesama dengan wife, tapi bila sampai bawa haluan sendiri.. rupanya, memang haluan sendiri dari mula.. hahaha ..
    Pergh, mesti jenuh berperang nak minta cuti tu ..πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal2 macam eh wife nak ke Hong Kong. dan aku tak pernah pergi lagi.. Mana boleh ni.. so decide mmg kena pergi sekali.. Yes buat haluan sendiri tapi ada la dating makan few time.. bab apply cuti tu, panjang ceritanya hahaaa..

      Delete
  16. Hand carry 4kg, alamak! Akak kalau bawak backpack tu pun isi barang dekat 7 kg jugak. Tapi agaknya orang lelaki lebih mudah, sempoi je 😁

    Alhamdulillah airport ada tempat solat, sangat memudahkan kita.

    Baca perenggan akhir tu pun dah rasa stres, adehh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab pergi 4 hari jer backpack dan cuaca time ni pun winter tak winter.. Bawa brg ala kadar jer la.. pakaian dan makanan..

      Yes ada surau tapi kena share dgn agama lain juga.. but nice sbb bersih dan lengkap..

      Delete
  17. Suka la kids dapat manja2 dengan nenek sementara ayah manja dengan mak.... eh? Hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaaa... tak juga uncle.. dapat jumpa sekejap sekejap jer dgn wife sbb dia ada kerja di conference tu.. itulah ingat nak repeat semula trip HK ni.. mcm best pulak..

      Delete
  18. teringat masa pi tamil nadu dulu.. kami 4 orang je melayu dalam flight.. sampaikan ada flight attendant tegur "jarang ada org melayu ke tamil nadu..." duduk pun seat belakang sekali juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kalau dia nampak org atau bangsa yg jarang naik sesuatu flight pasti dia akan tegur.. mungkin mudah utk kita duduk belakang sekali kot.. tak bercampur dengan warganegara lain..

      Delete
  19. Alaa 4kg je ke hand carry. Kami perempuan ni lebih sikit barang nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pilih tiket paling murah sebab tu dpt bawa 4kg jer hand carry.. :D

      Delete
  20. Berapa cuti tahunan Afif ni sebenarnya sebab sakan sungguh dia berjalan? KSarie mode jealous begitu hehehehe. Yang 7 kg hand carry pun terkebil-kebil kalau 4 kg hand carry lagi la KSarie tak tau nak packing lagu mana hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja dah lebih 9 tahun, cuti tahunan pun dah bertambah sikit.. insentif dari company sy mmg request tambahan cuti tahunan hahaa.. so boleh kot agak berapa cuti tahunan saya.. πŸ˜…

      Bawa 4kg hand carry sbb seorang diri jer.. cukup la hai hahaha..

      Delete
  21. Seronok baca pengalaman ad-hoc trip ni. Rezeki jumpa geng Melayu peramah kat gate, sekurang-kurangnya tak ada lah rasa asing sangat kan. Semoga dipermudahkan urusan sambungan perjalanan ke Macau di Part 2 nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terjumpa geng melayu dalam flight tu mmg seronok.. tak kenal tapi boleh la jadi kawan instant hahaha.. Okay part 2, 3 & 4dah publish ya hihii.. ☺️πŸ‘πŸ»

      Delete
  22. 4kg hand carry bagi orang perempuan, biasanya tak cukup. 🀭 Ooo.. sebab wife ada conference di HK rupanya. Seronokla, walaupun last minit plan, dapat pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu kalau travel seorang lebih tenang tak bawa wife hahahaha... Ada conference tu asbab pada ad hoc trip ni.. okla seronok dpt redah redah sekejap.

      Delete
  23. 4kg hand carry?. Alamak....apa yang boleh dibawa tu. Serius...akak dengan Dania tak cukup . Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sebab pilih tiket flight paling murah.. kalau nak yg basic 7kg hand carry dengan 23 kg luggage tu boleh add on hihii.. Ye faham org pmpn tak akan cukup tu hihii :P

      Delete
  24. Wah seronoknya pergi HK. Anak saudara ada cerita dia pergi HK, first thing yg muncul dlm fikiran pergi Disneyland ke? Huhu... Nt saya habiskan baca sampai episod terakhir hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes di HK kalau nak enjoy with the playground wajib ke Disneyland.. tapi kalau nak enjoy on their other side of beauty pun boleh.. Ok silakan baca dan tinggalkan comment ya :D

      Delete