Monday, 24 August 2026

Hong Kong & Macau Part 2 : Cara Menaiki Bas Dari Hong Kong Airport Ke Macau

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Hong Kong & Macau Part 1 : Unlock New Experience With Hong Kong Express Airways

Sementara menunggu pagi sempat aku tidur lebih kurang 3 jam di bahagian arrival. Agak ramai juga orang yang tidur di setiap kerusi yang disediakan di sini. Bila tiba waktu subuh, aku kembali ke surau menunaikan solat subuh dan fresh up. Kemudian berjalan menuju ke arah tempat bas yang berada di tingkat 3 atau ground floor.

Suasana pagi hari di HK Airport yang mula dipenuhi orang.
Sempat aku jalan-jalan sebelum ke terminal bas di tingkat bawah.
Yang ini base on pengalaman aku yang tiba di Terminal 1 Hong Kong International Airport. Selepas keluar dari arrival gate, kita kena berjalan ke kiri sehingga ke hujung dan kemudian akan jumpa lift di sebelah kanan tak jauh di belakang Pret A Manger Restaurant. Oh ya surau terletak di level 7 Departure di sebelah hujung kiri bersebelahan dengan tandas.

Nak turun bawah guna lift boleh dan nak jalan ikut luar airport pun boleh.
Once masuk dalam lift akan ada 3 button sahaja iaitu untuk ke Level 7 Departure, Level 5 Arrival Hall dan Level 3 Cheong Tai Road Bus Stop. Insyallah teramat senang tapi kalau salah jugak tak tahu nak kata apa lah 😅. Bas hampir ke semua destinasi di Hong Kong ada di sini termasuklah untuk ke Hong Kong - Zuhai - Macao Bridge (HZMB).

Cari Platform Bas B4 dan boleh juga naik Bas A35 untuk ke HZMB.
Dari Hong Kong Aiport ke HZMB mengambil masa 10 minit.
Sebelum ke Macau kita akan ke HZMB atau Zuhai terlebih dahulu untuk urusan immigration keluar dari Hong Kong. 

Once keluar dari lift di level 3, pergi ke arah kanan dan cari platform bas B4 atau A35. Harga tiket HKD7.00 dan perjalanan mengambil masa kurang 10 minit untuk ke HZMB. Memang dekat sangat dan boleh nampak airport dengan jelas dari HZMB ni. Rasa kalau jalan kaki pun boleh, tapi berpeluh ketiak la kalau musim panas hahahaa..

Tadi masa naik tak sempat nak ambil gambar sebab bas tak tunggu lama.
Zuhai adalah tempat khas immigration Hong Kong untuk ke Macau.
Turun dari bas dan masuk dalam, terus beratur untuk immigration.
Selepas selesai urusan immigration kita boleh membeli tiket bas ke Macau dengan harga HKD65.00 seorang. Bayaran boleh dibuat menggunakan Octopus Card atau Credit/Debit Card. Dan aku guna cash sebab nak pecahkan sekeping nilai besar ni.

Selepas melepasi immigration terus ke kaunter tiket bas.
Boleh beli tiket bas di mesin atau di kaunter manual.
Okay ada banyak cara untuk ke Macau dari Hong Kong Airport antaranya Shuttle Bus, Ferry, Taxi dan flight with helicopter yang disediakan oleh pihak Macau atau Hong Kong. Dan cara yang aku guna ini adalah yang paling murah dan bagi aku sangat berbaloi sebab boleh layan view yang cantik dan merasai pengalaman melintasi jambatan ke 5 terpanjang di dunia.

Gerak waktu siang tiket lebih murah HKD65.00 per person.
Aku bayar cash sebab nak pecahkan note HKD500.00.
Dapat tiket terus kita berjalan ke arah bas yang ada setiap 15 minit.
Jalan kaki dari dalam ke tempat bas menunggu tak sampai 5 minit.
But first four brigde hanya digunakan untuk laluan kereta api sahaja maka boleh consider HZMB ini adalah yang terpanjang untuk laluan kereta. Panjang jambatan sejauh 55km termasuk sebahagian 6.7km terowong berada di bawah laut. Perjalanan bas di atas jambatan ini mengambil masa 45 minit untuk sampai ke Macau International Bus Terminal.

Semua bas dari Zuhai ke Macau berwarna kuning emas.
Bas melalui terowong di bawah laut sejauh 6.7km.
Info: Senarai 4 jambatan terpanjang di dunia. Pertama Jambatan Besar Danyang-Kunshan (China) 164.8 km - laluan kereta api. Kedua Jambatan Changhua-Kaohsiung (Taiwan) 157.3 km - laluan kereta api laju. Ketiga Jambatan Besar Tianjin (China) 113.7 km - viaduct kereta api. Keempat Jambatan Besar Weinan Wei (China) 79.7 km - laluan kereta api.

Pemandangan yang indah melintasi lautan dan gunung ganang.
Bas tak penuh dapatlah duduk di bahagian atas untuk view yang lebih jelas.
Oh ya tengok gambar baik-baik sebelum comment ya.
Jambatan dari Hong Kong ke Macau ini mempunyai panjang 55km.
Turun dari bas di Macau International Bus Terminal kena lalui custom dan immigration Macau. Nasib la semuanya tak cop passport, kalau tidak mesti penuh dapat kumpul cop passport sebab ini kali ketiga lalu immigration. Untuk Malaysian Passport Holder tiada visa diperlukan untuk masuk ke Hong Kong (90 Days per entry) dan Macau (30 Days per entry).

Tiba di Macau immigration selepas 40 minit perjalanan dari Hong Kong.
Masuk dalam terus beratur untuk immigration dan custom Macau.
Once kita berjalan ke luar selepas selesai semua urusan, terus akan akan nampak platform bas. Boleh pilih untuk ke area Macau (Bas no 101X) atau ke Taipa (Bas no 102X). Harga tiket bas HKD6.00 untuk satu perjalanan baik jauh atau dekat.

Aku pilih Bas 101X sebab ia akan berhenti di kawasan berhampiran hotel yang aku akan stay sepanjang berada di Macau. Dan ketika ini aku bayar dengan menggunakan HKD10.00 sebab tak ada duit Macau. So balance tu burn sebab kita bayar pada mesin tiket di sebelah driver bas. Tak apa lah nak buat macam mana kan huhu.  Tapi ada lagi masalah lain pulak 😅.

Selesai urusan terus keluar dan mengambil Bas 101X ke arah pusat bandar.
Disebabkan Macau adalah bekas jajahan Portuguese maka semua signboard tertulis dalam bahasa portuguese. Dan di sini aku tersilap turun dari bas yang sepatunya destinasi yang dituju berdekatan Yuettung Ferry Terminal tapi aku turun di Terminal Marítimo De Passageiros Do Porto Exterior. Sebab nama yang tertulis dalam bas semuanya dalam Portuguese.

Tersalah turun di Terminal Marítimo De Passageiros Do Porto Exterior.
Waktu masih awal lagi untuk check in hotel pada pukul 12-1.00 petang.
Tak apa lah boleh jalan kaki jauh sikit untuk buang masa.
Kalau turun di destinasi yang betul jarak cuma 550 meter sahaja untuk ke hotel tapi sebab dah salah kena berjalan 2.7km. Tapi tak apa lah waktu pun masih awal pagi. Marilah berjalan dengan tenang sambil melayan suasana pagi bersebelahan Reservoir Park ini. Ramai orang yang sedang bersenam dan yang tua duduk berborak sesama mereka.

Pemandangan Reservoir Park. Nampak tenang sebab keadaan yang bersih.
Terjumpa tandas awam yang unik dengan design yang cantik.
Persekitaran yang bersih walau ramai yang hadir ke sini untuk beriadah.
Sambil melihat google map aku terlihat perkataan Guai Hill yang terletak tidak jauh dari keberadaan aku. Alang-alang dah sampai jom la kita jalan-jalan situ sebab dari bacaan ketika di rumah terdapat perkhidmatan cable car naik ke atas bukit.

Terdapat sebuah peninggalan sejarah kubu pertahanan dan rumah api tentera Portuguese iaitu Farol e Fortaleza da Guai atau Guia Fortress and Lighthouse Museum di atas puncak berusia lebih 400 tahun dengan pembinaan awal iaitu lighthouse tower yang telah dibina pada seawal tahun 1622M. Diikuti pembinaan kubu pertahanan beberapa tahun kemudian.

Bersambung Hong Kong & Macau Part 3 : Menaiki Guia Hill Cable Car & Visit Farol e Fortaleza da Guia

40 comments:

  1. Jambatan 55km tu pun dah terasa panjang. Yg 164 km tu giler lahh. Cina ni bab2 rekod dunia sentiasa nombor 1.

    Sekarang kalau lalu custom dah kurang kena cop2 passport. Ia memudahkan dan takyah kena que panjang2. Tpi honestly sedih gak sebab tak dpt kumpul cop passport

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kalau dah 164km tu dah macam dari KL ke Tangkak, Johor huhuu..
      Tapi untuk kegunaan kereta api sahaja.. sebab kalau utk kereta mesti nak ada RNR dan station minyak pulak 😅.

      Sebenarnya saya memang nak pegawai immigration tu cop passport.. sebab kalau dah semua elektronik buat apa nak bagi page byk2 dalam passport tu kan huhu.. Tak kesah la nak kena beratur panjang.. asalkan dpt cop hihii :D

      Delete
  2. salute lah afif memang terer naik bas/train etc wpun tersilap turun ke apa kan..haaa jauh jugak tu berjln 2.7km! tak buat toilet review ker hahahh saya selalu risau kalau nak gi travel ke china or sewaktu dgnnya..risau bab2 toilet laaa sbb saya jenis fussy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la terer mana.. buat baca baca sikit pastu redah jer.. masa tgh redah tu baru la nampak oh mcm ni oh macam tu hiihi.. 2.7km tu kira ok lagi nak jalan.. tak la jauh mana.. itulah tak ada pulak gambar dalam toilet tu tapi bersih la.. :D

      Delete
    2. i masa 1st time gi tokyo (2016), ada jugak snap gmbr toilet esp the one kat airport, sbb 1st time kan, so excited gitu! then repeat 2018 dan 2026 lah tokyo tu...silap2 repeat lg next year sbb belum betul2 decide nak gi mana awal thn dpn for winter vacation

      Delete
    3. Samalah 2014 first time ke Osaka .. amik juga gmbr tandas sbb dulu ramai org kata tandas jepun bersih smpai boleh solat kat dalam hahaha.. So far blm ada rezeki lgi nak repeat jepun.. tpi wife dah 3-4 kali repeat..

      Delete
  3. Replies
    1. Thank you.. 👳
      Yes it is.. Allah Maha Penyayang dan Maha Pengasih.. !!!

      Delete
  4. Mula² tengok gambar apa yang nak ditengok baik² sebelum komen... kena zoom pulok... ok.. pass.. kasut kiri sudah dibuka🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah diberitahu awal2 takut ada yg kecam disebabkan dengan hanya sekali pandang huhuu.. ok thanks tolong clarify kan.. 😅

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Nasib baik la luggage takde.. kalau tak, jenuh gak 2.7km tu.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita travel backpackers ni memang tak pernah la nak bawa luggage..
      Kecuali kalau trip panjang yg bawa anak-anak dengan wife sekali huhu..

      Delete
  7. Boleh excercise terus tu brisk walk 2.7km. Baru nak kecam kasut atas kerusi. Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes pagi tu memang dah berjalan jauh.. 2.7km tu jarak tapi bila dah merayau2.. rasa lebih dan jadi 5km pagi tu berjalan huhuu.. Itu lah pesan awal2 takut kena kecam pasal kasut dan kerusi tu hahahaha :D

      Delete
  8. Lalu terowong bawah laut tu ada rasa berbeza tak ya? Telinga ok je?

    Baru tau Macau guna bahasa Portugis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tak perasan sangat pun sebab dia mula mula jer lalu dalam terowong tu.. Macau conquer by Portugis dan Hong Kong by British..

      Delete
  9. Pernah juga ada pengalaman tidor di airport, masa tu di Haneda... hehehe, tak best langsung kan..

    Pernah juga ada masalah bahasa ni, masa tu di Tokyo, naik train semua dalam Bahasa Jepun. Last2 turun dari train tu naik train lain yg ade Bahasa Inggeris. Masa tu dah la dalam perjalanan nak ke airport

    Lepas baca posting ni terus check google map nak check kat mana Macau. Owh.. tak jauh rupanya dari HK. Patut la ada jambatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidur airport mmg tak best sebab tak selesa tapi pengalaman tu mahal dan bila kenang kembali seronok pula hahaha..

      Kalau travel 10-15 tahun lepas adalah lebih mencabar dari zaman sekarang.. kurangnya penggunaan international language especially pd signboard..Dan ketiadaan smart phone..

      Delete
    2. Travel sendiri ni kalau tersalah naik bas dan train tu mmg perkara biasa..Tapi di situ kita belajar dan pengalaman tu yg mahal..

      Yes Macau dgn Hong Kong tak jauh sebab tu mereka bina jambatan.. Lebih convenience dan lebih murah nak cross by bus.

      Delete
  10. Before ni pernah gak ke HK tapi kitrg x ke macau, kami pilih untuk ke shenzhen dengan menaiki keretapi. Maybe kalau ada rezeki repeat HK kali ke3, bole try la jejak macau plak 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa... Ke Shenzhen.. ok jugak tu.. Saya dulu dari Shenzhen ke Guangzhou naik kereta api laju.. Btw Hong Kong mmg best.. kalau ada rezeki nak bawa anak2 pergi jenjalan sana.. and yes ke Macau sekali.. ☺️👍🏻

      Delete
  11. Bagus ya basnya standardized warna kuning semua. Senang utk kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes situ mmg bas ke Macau sahaja.. dan semua bas warna gold.. lepas byr tiket terus berjalan dan tunggu bas.. Alhamdulillah mudah.. ☺️👍🏻

      Delete
  12. Kalau saya pasti bingung dan keder
    Di jakarta saya, kalau ingin mencari masjid sampai muter-muter
    Traveling sambil belajar dan mengenal sejarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kalau belum bisa dan faham keadaan sekeliling mmg selalu sesat dan mutar mutar mencari.. Kalau udah faham dan kenal pasti cpt sahaja..

      Kalau travel wajib kenali sejarah.. baru seronok memahami situasi di sesuatu tempat..

      Delete
  13. Wow, terowong bawah laut. Bila baca tentang HK dan Macau ni, teringat pula filem Young and Dangerous dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan dulu sini zaman dahulu mmg area kongsi gelap gangster bagai.. Hong Kong tu mmg terkenal la.. Macau antara tmpt perjudian terbesar dunia..

      Delete
  14. Uncle pernah sampai Hong Kong tapi bukan melalui jalan udara. Masuk guna train dari China. Macau ni famous tempat orang berjudi... Macam mana uncle tahu? Rahsia... hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay baru tahu ada train dari tanah besar china ke Hong kong.. sebab tak pernah da pengalaman lagi.. Yes Macau mmg famous dgn tmpt berjudi.. ramai cuci duit kat situ hihii.. uncle hebat org nya mcm 007 tu yg tahu hahahaa

      Delete
  15. Tak apa masa banyak boleh jalan2 tengok sekeliling sebab salah bus stop. Cantik view sepanjang jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ada hikmah salah tempat turun bas.. dapat la jalan-jalan area yg unexpected yg tiada dlam perancangan.. :D

      Delete
  16. Dia kalau sesi berjimbaan berjalan 2.7 km pun tidak terasa sebab happy dapat tengok pemandangan segala. Dia kalau kerja nak kena menapak 100 meter pun terasa penatnya lahai hahahahha. Nih KSarie la tapi. Rezeki tersalah tempat turun bas sebab dapat tengok tempat yang tidak dirancang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.... 😅
      Kalau berjalan ketika travel semua sanggup diredahi.. 2.7km tu tak terasa sangat pun tpi kalau ikut wife jalan mall cpt benor terasa penat nya dan mengeluh hahaha.. Okla tersalah turun pun jarak blh jalan lahi.. kalau sampai 8-10km tu mmg naik bas semula la.. 😅

      Delete
  17. Ada unsur suspen juga tersalah turun..bagaimanapun memang ada hikmahnya kerana itulah peluang dan ruang untuk jalan-jalan bakar kalori sebelum rehat di hotel nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebab tetiba terpangpang tulisan terminal ferry .. terus jadi kalam kabut sikit.. eh dah sampai ke.. takut terlajak kita turun awal.. sudahnya nun jauh lagi nak sampai huhuu.. alhamdulillah dapat explore few places.. 👍🏻☺️

      Delete
  18. Memang sangat details dari step turun lift kat Airport HK sampai ke Platform B4. Baru tahu tambang bas melintasi jambatan 55km HZMB tu cuma HKD65, murah sangat berbanding option lain. Berbaloi betul dapat merasa lalu terowong bawah laut 6.7km tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes agak murah la sebenarnya kos nak ke Macau dari Hong Kong.. tak sampai RM50.00 all in dengan naik bas beberapa kali tu.. Kalau ada masa boleh la visit Macau dulu jalan jalan sekejap.. Dapat juga pengalaman di HZMB Bridge tu..

      Delete
  19. Nampak menarik juga dan cara nak ke Macau pun mudah juga. Kalau ikut Afif citer ni la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes sangat mudah dan murah dari Hong kong untuk ke Macau..
      Rugi kalau tak terjah keduanya kalau dtg ke salam satu darinya..

      Delete