Thursday, 11 December 2025

Berkelah Dan Mancing Di Tasik UPM Untuk Kali Kedua

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Semalam petang habis kerja awal dan wife pun work from home. Pagi hari tu si kakak dua orang tak nak ke sekolah dengan bermacam-macam alasan. Dah tak belajar la.. Cikgu pun jarang masuk kelas bagai.. Terus aku kata " Tak nak pergi sekolah tanya ibu, jangan tanya ayah..". Dan bila ditanya ibu, ibu pun jawap benda yang sama "Pergi tanya ayah..". πŸ˜‚

Dalam pukul 10.00 pagi kami sekeluarga ke Pasaraya Matahari sebab wife kata nak beli apa yang patut. Nak dijadikan cerita masing-masing terlupa bawa beg duit. Terpaksa bayar guna QR selepas mengurangkan beberapa barang dalam troli. 

Balik dari pasaraya aku terus keluarkan bahan-bahan nak masak. Dan bagitau wife siap-siap la kita pergi berkelah kat UPM. "Dah alang-alang semua tak sekolah, baik buat benda yang bermanfaat".

Dalam pukul 3.00 petang kami sampai di Kolam 2 atau Kolam Lampam di UPM. Terus bentang tikar siapkan makanan sebab semua dah kelaparan yang teramat. Menu kali ini aku masak ayam goreng kicap berlada, sayur campur goreng, telur goreng scramble dengan ikan bilis goreng bersama bawang dengan cili.

Lepas makan kami mulakan dengan aktiviti memancing. Ini percubaan kali kedua memancing di sini sebab yang lepas datang tak ada hasil langsung. Boleh baca di sini πŸ‘‰πŸ» Picnic Di UPM & Makan Malam Di Heritage Walk Sungai Besi. Tapi masa tu si ibu tak ikut hanya aku bersama the kids sahaja. 

Kali ini ikan target semestinya Ikan Lampam. Untuk 5-6 ekor pertama yang naik adalah Ikan Talapia sahaja. Dan kemudian diselang seli dengan Ikan Lampam. Dan kemudian hanya Ikan Lampam sahaja yang makan umpan. Paling best the kids excited tarik ikan bawa naik seekor demi seekor. Si ibu pun tak nak kalah menarik seekor demi seekor ikan.

Inilah Ikan Lampam Jawa. Kalau Lampam Sungai tak ada warna merah.
Dari pengalaman yang lepas kita perbaiki beberapa teknik memancing dan alhamdulillah ianya berhasil. Dan kali ni bila si ayah dengan sengaja kata "Dah jom balik.." semua kata eh sabar.. nanti la dulu, tengah sedap mancing tarik ikan ini. Terus aku senyum sambil dalam hati berkata baru korang tahu kenapa ayah korang suka mancing. πŸ˜…

Sampai rumah ais pun dah cair. Alhamdulillah ikan semua masih segar.
Yang besar-besar kita susun untuk bergambar sebelum habis acara.
Alhamdulillah hasil yang sangat dibanggakan oleh the kids dengan si ibu sekali. Okla next time boleh repeat lagi dengan beberapa penambahbaikan lagi. Actually aku dah bawa badminton dengan net sekali sebab takut boring berdasarkan pengalaman lepas yang tak dapat ikan. Sudahnya tak ada siapa yang sentuh badminton. 

Kami sampai rumah waktu maghrib dan semua keletihan aku ajak keluar makan pun tak nak. Ikan tak larat nak siang aku tambah lagi ais. Insyallah pagi Khamis ni cuti, baru nak siang ikan dan akan dibuat pekasam 🀀 kesemuanya. Ramadhan pun dah tak lama boleh buat stok ☺️.

Tuesday, 9 December 2025

Pertandingan Pakaian Tema Kampung People - Athira Menang Tempat Pertama

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Kalam kabut dibuatnya jumaat minggu lepas sebab ada tema pakaian kampung people untuk sekolah rendah athira. Maka me as parent sumbat dan pakaikan sahaja apa yang ada dirumah nak bagi dia happy dengan tema tersebut.

Tapi yang lebih mengejutkan bila ambil dia balik sekolah petang tu. Tiba-tiba dia bagitau "Ayah.. Adik menang dapat nombor satu..!" Terus aku amik dan baca eh menang pulak si kecik ni. Masa bagi dia pakai tu tak la harap apa pun.

Athira menang tempat pertama untuk keseluruhan darjah dua. Bila aku tanya macam mana athira boleh menang. Dia jawap sebab bawa bakul kat belakang ni la. Mana ada orang pernah bawa hahahaa.. Dia kata cikgu siap ajuk lagi tanya mana ikan dalam tu. πŸ˜…πŸ˜…

Pagi tu di sekolah agama athira ada jamuan akhir tahun. Tak sempat juga nak prepare sebab terlewat bangun 6.40 pagi. Plan asal nak masak bihun pagi tu memang terbantut. Maka nya ke pasar beli donut gula 20 biji bagi athira bawa ke sekolah. 

Tunggu juga Ustazah kelas athira update gambar dalam group whatsapp. If makanan tak banyak kita nak la tambah order pakai grab. Sebab kalau jamuan sesi sekolah pagi memang struggle sikit kalau nak prepare makanan. Memang banyak membeli jer la. 

Cuba teka di manakah Athira dalam gambar ni ☺️
At this moment masih lagi terlalu sibuk dengan kerja hakiki. Nak sambung cerita pengembaraan di Maldives pun tak sempat lagi. Tapi insyallah minggu ini berharap sanagat akan update Maldives Part 7 sekiranya diizinkan Allah Taala. Entry ni kita update guna handphone sahaja buat-buat lepas rindu pada blog sendiri :D

Insyallah dah setel kerja aku akan membalas kunjungan ke semua blog sahabat handai. Tapi itulah bila nak setel kerja tu pun tak tahu. Most probably masuk Januari baru free la kot. Aduh.. tak sempat la nak habiskan cerita Maldives tahun ini. 

Sunday, 7 December 2025

Hari Minggu Pertama Di Bulan Terakhir Untuk Tahun 2025

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Terasa lama sudah tak update blog ini. Bukan malas dan bukan sibuk mengembara pun.

Tapi sibuk dengan kerja. Maklum la hujung tahun ni semua department nak siapkan itu ini.

Dan aku sebegai pekerja bawahan antara yang menjadi mangsa disebabkan untuk memenuhi segala permintaan dari yang di atas. Kerja dan terus kerja walau dah lewat malam. Buat kerja depan laptop tapi nak buka blog sendiri pun tak sempat. Tapi malam ni gagah juga buka blog selepas dah siapkan kerja walau jam dah menunjukan pukul 1.17 pagi.

Sesi mengopi di pagi beberapa hari yang lepas di Coffee Bean & Tea Leave.

Patutnya weekend ni aku tak berada di Malaysia tapi apakah nasib tidak menyebelahi rezeki travel untuk 5 hari tidak kesampaian. Dek kerana negara yang ingin dituju itu dilanda taufan ribut dan banjir. Walau tiada lagi banjir tapi keadaan masih lagi belum pulih dari kesan banjir yang terjadi.

Wife pulak dah ambil cuti Khamis, Jumaat dengan Isnin. Tapi katanya tak jadi pergi pun tak apa lah, boleh habis kan cuti sebelum masuk tahun baru. Company yang wife kerja tak boleh carry forward cuti tahunan ke tahun hadapan. Jika tak guna consider burn kosong gitu jer lah. Okay Done sesi meluah hahaa.

Big Breakfast untuk si kakak. Tak sekolah sebab ada appointment gigi di USIM.
Red Velvet apa ntah nama kek ni. Okla sedap sehingga menjilat sudu. 
Half Cook Eggs and Toast Bread with butter. Roti tu jangan biar lama nanti liat.
Beberapa hari yang lepas ketika hujan sedang lebat dek kerana kehadiran taufan yang melanda Malaysia. Sempat juga aku breakfast dengan wife dan si kakak sekali sebab lepas breakfast tu terus nak hantar si kakak appointment gigi di Klinik USIM di Pandan Indah. Dalam tak sedar sepanjang November 5-6 kali juga mengopi di sini.

Pisang Goreng Cheese and Chocolate RM5.00 -  Bersebelahan Taman Tasik Permaisuri.
Petang pada hari yang sama selepas habis kerja di hospital, sempat aku singgah gerai jualan bersebelahan dengan Taman Tasik Permaisuri. Tak ada niat nak beli apa tapi sebab nak larikan fikiran yang kalut pasal kerja. Kita berhentikan kereta dan berjalan ke arah gerai. Dalam banyak-banyak tu aku beli pisang goreng cheese macam dalam gambar di atas.

Masuk kereta terus wife tanya "Tak pernah saya tengok awak beli pisang cheese ni semenjak kawin". Aku pun ntah la "Saja beli nak hilangkan stress pasal kerja". Padahal sendiri tak tahu kenapa beli. Tapi cerita kemudian aku makan habis. Sedapp..!! Hahahaa.