Thursday, 6 February 2014

Brunei Part 4 : Bandar Seri Begawan Final Moment - Gambar Berbicara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari  Brunei Part 3 : Kampung Air Limbongan dan Tamu Kianggeh

Gigih siapkan Brunei Part 4 walau baru baik sakit.. Hari ni sakit demam dan batuk dah sembuh.. tapi dugaan lain pulak sakit perut yang datang secara tiba-tiba.. Apa pun masih syukur alhamdulillah nyawa masih di badan.. Tak lupa juga nak mohon pembaca semua untuk undi blog ini di Malaysia Sosial Media Week 2014 - Ketegori "Best Travel Blog " (Klik Sini) yer  :D

Okay la jom kita sambung cerita di Brunei yang makin tidak terhabis ni.. Entry kali ni jom aku nak bawa pembaca semua melayan keadaan yang tenang di BSB ini.. Melihat beberapa binaan dan juga kawasan yang menarik di Bandar Seri Begawan..

Jalan-jalan pada waktu siang di Masjid Omar Ali Saifuddin..
Jalan Masuk Utama
Tugu Perasmian oleh Sultan Burnei
Tempat Wudhu

Kolah air.. Dari tadahan hujan mungkin..

Sedikit Info - Masjid yang telah mula dibina pada 1 Jamadilakhir 1373 Hijrah.. bersamaan dengan 4 Februari 1954.. Dibina di atas sebidang tanah seluas 5 ekar berdekatan dengan pinggir Sungai Brunei, Bandar Seri Begawan.. Masjid ini juga di iktiraf sebagai masjid terunik di Asia Pacific dan menjadi tumpuan para pelancong..

Telah dibuka secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.. Sultan Brunei Ke-28 pada Hari Jumaat 13 Rabiulawal 1378 Hijrah.. Bersamaan dengan 26 September 1958.. Masjid ini boleh menampung jemaah seramai 3,000 orang.. Arikitek masjid Cavallieri R Nolli dari Italy..

Masa lawatan pada Hari Sabtu hingga Hari Rabu ialah 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari - 1.00 petang hingga 3.00 petang - 4.30 petang hingga 5.30 petang di benarkan kawasan dalam dan luar bangunan masjid.. 5.30 petang hingga 8.00 malam hanya dibenarkan kawasan luar masjid sahaja..

Di tutup pada Hari Khamis dan hanya di benarkan kawasan luar masjid sahaja dari jam 9.00 pagi hingga 8.00 malam.. Dan pada Hari Jumaat 4.30 petang hingga 5.30 petang di benarkan kawasan dalam bangunan masjid.. (info ini mungkin berguna kepada Non-Muslim)




Masjid Omar Ali Saifuddin..
Tersergam indah dengan keunikan berbeza di malam dan siang hari..

Dengan berjalan kaki ia sudah memadai untuk merayau-rayau di sekitar Bandar Seri Begawan ini.. Apa pun perkara penting ialah ianya selamat dan amatlah tenang jika anda berjalan seorang diri pada waktu siang mahu pun malam hari..

Dan dengan keadaan bandar yang tak ramai orang berjalan kaki di tepi jalan.. tiada istilah sesak dengan orang ramai.. Dan hampir semua nama kedai barangan, restoran, signboard atau nama jalan ada di tulis dengan rumi dan jawi.. Mood : Sejuk jer mata memandang  :D








Jom Nikmati Keindahan di Bandar Seri Begawan


Makam Raya Ayang.. Berada di hadapan Bangunan Pejabat Pos Brunei.
Poskad dan setem.. Dapat beli setem keluaran khas lagi tu..
Bangunan Alat Kebesaran Di Raja Brunei..

Antara tempat lain yang anda boleh kunjungi di Bandar Seri Begawan ini ialah.. Makam Raja Ayang.. Bila dah datang berkunjung ke sini.. Silalah sedekahkan lah Al-Fatihah yer.. tak rugi pun malah dapat pahala.. Dan kemudian boleh berkunjung ke Bangunan Alat Kebesaran Di Raja atau The Royal Regalia Building.. 

Bersebelahan Makam Raja Ayang terdapat Bangunan Pejabat Pos Brunei.. Cara mudah menghantar poskad ialah di sini.. ada jual poskad dan juga souvenir lain.. Terdapat juga kerusi dan meja di sediakan jika mahu berehat sambil menulis poskad di situ.. Dan yang seronok dapat beli beberapa keping setem keluaran terhad gambar Sultan Brunei.. Dan juga setem untuk festival tahun 2013..


Bangunan Jabatan Adat Istiadat Negara
Pandangan dari salah satu sudut di Bandar Seri Begawan..

Walaupun Brunei selalu di katakan sebagai sebuah negara islam yang teguh dan bakal mengamalkan undang-undang islam.. tapi agama lain masih juga di beri ruang dan di layan dengan baik untuk mereka mengamalkan ajaran agama mereka..


Terdapat juga sebuah Tokong Budha di tengah bandar ini.. 

Selain dari tempat-tempat yang menarik di tunjukan pada entry kali ini.. Anda perlu menggunakan teksi atau bas untuk ke Masjid Jamek Asr' Hassanil Bolkiah dan Istana Nurul Iman.. Bagi pendapat Time Traveller jika mahu datang bercuti ke Brunei.. Cukup sekadar 3 hari 2 malam.. :D

Peruntukan satu hari untuk berjalan-jalan di Kuala Belait dan Seria.. dan baki dua hari lagi untuk berjalan-jalan di sekitar Bandar Seri Begawan.. Dan mohon sekali lagi pada semua untuk mengundi blog timetravelafif.blogspot ini di MSMW 2014.. Terima Kasih :D  Continue Part 5..

Thursday, 30 January 2014

Malaysia Sosial Media Week 2014


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia untuk semua..


Ada dengar tak mengenai Malaysia Sosial Media Week 2014 ni.. untuk yang belum mengetahui mengenainya boleh la melayari ke website rasmi klik sini MSMW 2014..  ianya akan berlangsung dari 24th February - 1st March 2014 di Sunway Pyramid Convention Centre.. Pada yang berminat masih boleh berdaftar secara percuma di online..

ENGAGE, EDUCATE & ENTERTAIN Yourself ! Social media has dramatically altered the way we think and act. The manic pace it has set leaves most of us dumbfounded. Our annual Malaysia Social Media Week, with its august speakers seeks to demystify the world of social media. Having garnered a huge success from previous editions, this national conference connecting people regarding content and conversations on emerging trends in social and mobile media, unfolds yet another striking edition. 

MSMW’s theme “Engage, Educate & Entertain”, reflects the role of social media as a catalyst in stirring the cultural, political, economic and social development of a nation. The theme encourages thousands of individuals and organisations to project, orchestrate and execute original ideas- through social media. Wildly popular and happening, the third chapter of the Malaysia Social Media Week (MSMW) 2014 is no longer a mere event- it’s a movement!

Apa-apa pun yang aku nak sampaikan di sini ialah.. Blog Travel My Way ini telah dicalonkan di "Best Travel Blog Category" (klik).. Nampak di situ ramai blogger2 travel yang otai, yang hebat2.. dari kenalan mahupun yang belum di kenali.. Namun biarlah takdir yang menentukan.. jika ada rezeki di situ.. 

Terdapat "14 Category" kesemuanya yang di pertandingkan untuk WORLD BLOGGERS AND SOCIAL MEDIA AWARDS.. Bolehlah mengundi untuk blog kegemaran anda pada setiap bahagian.. Dan hanya boleh mengundi sekali sahaja untuk setiap ketegori yang dipertandingkan.. Pengundian akan bermula dari 1st February 2014 hingga 10th February 2014.. Sekian terima kasih :D

Monday, 27 January 2014

Brunei Part 3 : Kampung Air Limbongan dan Tamu Kianggeh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Brunei Part 2 : Perjalanan Miri ke Bandar Seri Begawan

Kemaafan ku pohon dari rakan2 blogger, followers dan readers.. di atas kelewatan dalam mengeluarkan sambungan entry Brunei ini.. Kesibukan dalam menerokai keindahan alam semula jadi di negara matahari terbit dan juga demam batuk ku yang teruk masuk hari ke-5.

Menyebabkan ku hanya memberi masa untuk badan ku berehat.. tanpa mampu mengarang tapi mampu buat blog walking huhuu.. Alhamdulillah hari ini batuk dan demam dah kurang maka aku cuba untuk membuat sambungan entry ini.. kalau tak berpuas hati faham2 la tengah sakit tak boleh nak mengarang dengan baik :D

Kampung Ujong Bukit dan Kampung Limbongan.
Antara perkampungan air yang ada di Bandar Seri Begawan.
Okay la jom sambung cerita dari entry yang lepas.. Tidur di tempat mereka yang prihatin pada malam itu memang membuat aku nyenyak hingga kesokan pagi.. selepas waktu subuh dan setelah matahari naik dengan cerah.. ia menandakan waktu pagi yang baik bagi ku..

Faizal mengajak aku breakfast di restoran tempat beliau berkerja.. kali ni kedai dah mula beroperasi.. dan ramai pekerja lain.. for sure kene bayar.. tapi Faizal kata tak apa.. breakfast pun dia belanja.. makan Roti Canai Telur kuah Kari kambing dengan Teh Susu Panas..



Selesai sarapan Faizal menawarkan diri untuk bawa aku melawat kawasan sekitar.. tapi aku rasa cukup la dah menyusahkan dia dari semalam.. dan aku rasa mampu berjalan seorang diri.. dan Faizal suruh aku tinggalkan beg di tempat tido semalam.. tak payah la nak di bawa ke hulu ke hilir..

Tempat yang patut di lawati di sini ialah kampung air.. akan ada ramai pemandu bot kecil pelawa diri untuk menjadi tour guide ke kampung air berdekatan.. Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan mereka boleh la menunggu mereka di sebelah Tamu Kianggeh di Sungai Kianggeh..

Keadaan kampung air yang bersih dengan suasana yang aman.
Boleh nampak Masjid Omar Ali Saifuddin dari tengah-tenagh perkampungan ini.

Titi atau laluan untuk ke setiap rumah di kampung air ini.
Bot sebagai pengangkutan utama penduduk di kampung air di sini.
Thanks yang beri info di ruangan comment di bawah.
Di sebelah kiri Sekolah Rendah (Biru).. dan di kanan Sekolah Agama (Brown)
Terdapat beberapa keunikan di kampung air ini.. menyebabkan aku teruja berjalan dan bersiar di sekitar kampung air ini.. lengkap dengan surau mahupan masjid.. ada dewan untuk orang ramai berkumpul.. ada juga kedai runcit.. dan sesetengah rumah terlalu cantik dengan hiasaan pokok bunga dalam pasu.. mahupun pokok buah.. seolah seperti kebun.. tak nampak pun macam rumah mereka di atas air..

Jangan sangka rumah mereka kayu semata-mata saja.
Aircond, Tingkap Tinted.. LCD Tv.. ada taman pokok pasu lagi tu.
Bersih dan tenang sahaja pemandangan di kawasan kampung atas air ini.
Rasa macam nak ketuk pintu bagi salam dan nak masuk dalam rumah jer.
Kalau di atas jalan "Bus Stop".. tapi ni Boat Stop la jadi nya hahaa.. :D
Selepas aku jalan-jalan di sekitar kampung air ini.. aku terus ke Tamu Kianggeh.. sebuah pasar pagi.. macam-macam benda rare ada.. termasuk jenis ikan yang aku tak pernah nampak.. dan tak jauh mana pun berjalan kaki dari kampung air ini ke Tamu Kianggeh dalam 25 - 35 minit.. merentasi Masjid Omar Ali Saifuddin..

Selamat Datang Ke Tamu Kianggeh - antara tempat untuk food hunting di sini.
Ada di antara penduduk datang dengan menaiki bot.
Keadaan air yang keruh tapi agak bersih.
Di Pasar Tamu Kianggeh ini ada sejenis makanan yang aku cari.. ianya sejenis pulut (mungkin) dibalut dengan sejenis daun.. memang famous katanya.. bila baca di blog orang lain memang ada sebut pasal makanan ni tapi lupa pulak nama nya.. dan lebih mengecewakan ialah satu pun makanan special ni tidak ditemui.. terus kempunan hahahaa..

Buah ni aku pun tak pernah jumpa :D
Teringin nak beli tapi payah nak bawa nanti.
Lauk mungkin bermakna ikan kot.
Ikan Salai original dari kampung.. terbaik:D
Ikan Batu Karang

Beras Bandal ??? 

Beras Pusu ???

Jika sesiapa yang tahu makanan yang aku maksudkan itu silalah share nama nyer di comment di bawah yer.. 

Okay Pasar Tamu Kianggeh ni adalah sebuah pasar yang tidaklah besar tapi amat menarik untuk berjalan-jalan.. ada orang kata ia hanya beroperasi di sebelah pagi hingga tengah hari.. ada yang kata sampai lewat petang.. apa pun selain pasar terdapat juga gerai makanan..


Tempat makan yang selesa di gerai makan sekitar Tamu Kianggeh.
Harga BD 0.50 - Mungkin Nasi Lemak rasanya 😀.
Nak apa..? Bihun goreng, nasi lemak dan kuih muih semua ada 😋.
Jika datang pada waktu pagi memang meriah dengan makanan  :D
Tepung Pelita versi Brunei..??
Warna dan rasa lain dari yang lain tapi janji sedap dan terbaik.. :D
Ini Tapai kot.. aku rasa la.. nak kata ketupat palas macam tak jer..

Dan di sini adalah satu-satu nya tempat di mana anda boleh jumpa fridge magnet Brunei.. dengan harga yang agak mahal iaitu BD 4.00 hingga BD 6.00 untuk satu.. apa boleh buat dah kata fridge magnet collector beli la satu.. sekadar cukupkan syarat huhuhuu.. 

Bersambung Brunei Part 4 : Bandar Seri Begawan - Gambar Berbicara