Wednesday, 11 October 2023

Iran Part 3 : Tajrish - The Hidden Treasure of Northern Tehran

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Iran Part 2 : Snowing In Darband Village At Mount Tochal

Alhamdulillah selamat pulang dari Umrah selama 12 hari termasuk hari penerbangan pergi dan balik. Keadaan diri macam tak berapa nak ok sebab 2 hari selepas balik demam on off untuk dua hari seterusnya. Batuk berkahak masih lagi ada cuma hari demi hari ia makin berkurangan. Alhamdulillah boleh dikatakan keadaan diri is getting better :D

Nak update blog dari 2 - 3 hari yang lepas tapi masih tak kuat. Tapi hari ni kita tekadkan diri untuk update blog takut nanti kembali bersawang hahaha.. Ok jom sambung cerita kita di Iran sampai habis. Nanti nak update pasal Pulau Pangkor lagi, Umrah dengan Mantop Travel ni pun nak cerita jugak. Pastu nak habiskan cerita di Myanmar, Eh Jepun lagi, Taiwan lagi, Korea lagi, Oman lagi, Egypt lagi, eh banyak laa.. 

Done Merapu  Muqadimah.. Jom Sambung..

At Tajrish Square - Northern Tehran
Tajrish Square

Setelah kami habiskan masa beberapa jam di Darband Village, kami meneruskan perjalanan ke Tajrish sebuah bandar di dalam Tehran yang cukup dikenali sebagai Treasure Of Northern Tehran. Boleh dikatakan kawasan ini telah wujud beratus-ratus tahun lama nya. Dari Darband Village kami berjalan kaki menurun jalan raya berbukit ke Tajrish mengambil masa kurang 45 minit.

Cantik bunga bunga yang di tanam di Tajrish Sqaure.
Dari jauh tengok macam Broccoli tapi bukan kira macam bau-bau bacang Broccoli la :P

Tempat pertama yang kita akan dapat lihat ialah Tajrish Square. Agak cantik pemandangan di sini dengan hiasan pokok-pokok bunga di tengah-tengah bulatan jalan raya. Dan orang yang agak crowd di sini kerana terletaknya pasar lama Tajrish yang tidak jauh dari Tajrish Square ini. Satu kejadian tak disangka, aku telah di sapa oleh seorang lelaki dengan cara menepuk bahu aku.

Tak pasal-pasal dapat air free.. sedap lak tu..
Yang flavor strawberry dengan orange lupa lak nak snap gambar :D

Bila aku toleh dia tunjuk sebotol air jus buah sambil menghulur kepada aku. Aku pun rasa ini mesti nak scam bila kita ambil and then dia akan minta duit. Selepas aku menolak denagn isyarat tangan seolah-olah tak nak, dia macam agak marah. Terus dia amik tangan aku dan letak botol dan terus berlalu pergi. Dan beberapa minit kemudian barulah aku faham. Dia sedang memberi air percuma kepada orang ramai sebagai promosi keluaran produk baru. Terus aku minta botol kedua dari dia hahaha :D 

Holy Shrine Imam Zaded Saleh Mosque

Kami teruskan perjalanana dari Tajrish Sqaure ke sebuah masjid berhampiran sebab nampak dari segi architecture memang cantik dan unik. Lelaki boleh masuk dengan apa pakaian selagi ia menutup aurat tapi bagi wanita perlu memakai jubah yang disediakan walau sudah memakai seluar panjang dan baju lengan panjang. 

Holy Shrine Imam Zaded Saleh Mosque
Seni bina yang cukup memukau mata - Seriously memang cantik.
Info - Ianya adalah sebuah Masjid dan juga monument yang dibina khas kepada anak Hazrat Imam Mousa Kazem. Bangunan asal telah dibina pada abad ke 7 dan ke 8 iaitu hampir 750 tahun yang lalu. Senibina adalah dari Zaman Pemerintahan Ilkhanid. Ayah kepada Imam Zadeh adalah salah seorang dari 12 Imam Agung di dalam ajaran Syiah. Beberapa penambahan dan ubah suai telah dibuat ketika Pemerintahan Safavid dan Pemerintahan Afsharid. Kesimpulannya ini juga antara tempat suci bagi pengikut ajaran Syiah.

Kami masuk sekejap untuk solat jama Zohor dan Asar. First time masuk masjid Syiah
Mula-mula pening jugak nak cari Qiblat arah mana. Siap buka app cari Qiblat :P

Kami singgah ke sini untuk solat jama taqdim Zohor dan Asar. By the way meh kita cerita bab hukum pulak. Solat di masjid yang memegang ajaran syiah adalah sah selagi mana kita tak ikut solat berjemaah yang berimamkan syiah. Sekadar solat di dalam masjid adalah sah. Dan kene tahu walau mereka Syiah tapi masjid mereka tetap meng- QIBLAT -kan Kaabah di Masjidil Haram.

Inilah jubah atau shawl besar yang kaun wanita kene pakai kalau nak masuk masjid ini.
Seronok boleh tour masjid cantik ni.

Apa yang boleh aku share di sini. Orang-orang di sini amatlah baik dan berbudi bahasa. Walau tidak dapat berkomunikasi dengan baik disebabkan perbezaan bahasa tapi mereka amat baik dalam menolong kami. Okla aku mengaku sebelum sampai ke Iran memang ada perasaan takut. Member kat office siap cakap lagi "ish berani nyer pergi Iran, tak takut kene bunuh ke?" Well never judge until you see it with your own eyes :D

Alhamdulillah kami masih berpegang dengan Mazhab Syafie - Ahli Sunnah Wal Jamaah :D

Tajrish Traditional Bazaar - The Only Traditional Bazaar in North of Tehran

"Tajrish Traditional Bazaar is an old, colorful bazaar that gives everyone a sense of walking in old Tehran. Its architecture has been developed through the years. However, the real old texture has been preserved."

"There are multicolored fruits and vegetables that catches attention. Of course, there are several other things that this bazaar offers for sale. Make sure to have some money in your pockets because you will not leave this bazaar empty-handed! The irresistibly charming commodities are great Persian souvenirs for those you love."
Jom terokai Tajrish Traditional Bazaar ni :D
Sejarah Awal - Bazar Tradisional Tajrish ialah bazar tertua di utara Tehran dengan panjang melebihi 750 meter dan lebih 400 buah kedai. Ia adalah bazar kecil yang disimulasikan dari Tehran Grand Bazaar. Pembinaannya bermula sejak 100 tahun lalu. Walau bagaimanapun, beberapa peniaga lama mengatakan bahawa ia berusia lebih dari 250 tahun. Asal penempatan di Tajrish adalah perkampungan kecil yang di mana setiap rumah mereka mempunyai taman sendiri.

Dan pada suatu ketika Tajrish telah menjadi pusat percutian musim panas kerana keindahan alam semula jadi dan keindahan perkampungan di sini. Maka bermulalah ramai orang datang ke sini bagi mencari kerja terutamanya dan akhirnya ramai di antara mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di Tajrish yang mengakibatkan penambahan penduduk dengan amat ketara.

Reza Shah Pahlavi iaitu Pemerintah Sultan Iran yang terakhir juga selalu ke Tajrish bagi mengisi masa lapang beliau yang akhir nya menyebabkan Tajrish berkembang dengan lebih pesat dan moden. Ini termasuk terbinanya jalan raya dan lebih banyak penginapan awam. Akibat dari ramainya yang berkunjung ke Tajrish maka penduduk mula menjual hasil tanaman kebun mereka kepada orang ramai.

Raja Iran yang terakhir sebelum Iran Revolution  - Mohamad Reza Shah Pahlavi
Oleh itu, muncul beberapa kedai kecil di Tajrish, dan apa yang kita kenali hari ini sebagai Bazar Tradisional Tajrish ialah versi maju kedai tersebut. Untuk mengelakkan kemusnahan komoditi mereka dan demi keselesaan orang ramai, peniaga membuat keputusan untuk membina bumbung di bahagian atas. Kemudian, Pertubuhan Warisan Budaya dan Pelancongan membina bumbung yang lebih menarik dan tradisional dan menambah beberapa hiasan kreatif seperti yang ada sekarang.

Bersambung Iran Part 4 : Sunset At Azadi Tower And Night life In Tehran

Friday, 29 September 2023

Salam Jumaat Sedunia Di Kota Madinah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Alhamdulillah hari ini berpeluang menunaikan Solat Jumaat di Masjid Nabawi - Madinah Munawwarah. Ribuan manusia memenuhi masjid dari pelbagai bangsa dan berlainan kaum yang datang dari pelbagai negara dan bertutur dari pelbagai bahasa. Tapi kesemuanya menjadi makmum mengikut imam yang satu. Indah sungguh keindahan solat jumaat pada hari ini.

Salam Jumaat Dari Nigeria
Salam Jumaat Dari Saudiah
Salam Jumaat Dari Yemen
Salam Jumaat Dari Mesir.
Salam Jumaat Dari Guinea - Afrika
Salam Jumaat Dari Pakistan
Salam Jumaat Dari India
Salam Jumaat Dari Sudan
Salam Jumaat Dari Kyrgyzstan.
 Salam Jumaat Dari Algeria.
Salam Jumaat Dari Indonesia (Haeikal)
Salam Jumaat Dari Uzbekistan
Alhamdulillah dapat bergambar dengan mereka yang datang dari pelbagai negera. Cuma dua negara yang aku cuba cari mereka untuk bergambar tapi jumpa iaitu Afghanistan dan Qatar. Sebab kedua-dua negara ni ada cara pemakaian serban mereka yang unik. Afghanistan memang kita sinonim dengan cara pemakaian serban oleh Taliban. Dan Qatarian memakai serban dengan menutup keselurahan kepala termasuk bahagian atas.. Insyallah next time :D

Monday, 25 September 2023

Melangkah Ke Bumi Mekah Mukarramah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Keadaan agak panas di Mekah, mencecah 45 degree di waktu tengah hari. Ketika solat magrib di bahagian atas rooftop pun masih terasa bahang panas tengah hari tadi. Beberapa kali terasa seperti susah untuk bernafas mungkin kerana cuaca yang amat panas dan kering. Semoga Allah Taala permudahkan urusan semua manusia yang hadir di sini bagi menunaikan ibadah umrah.. Amin.

Pemandangan keadaan Ka'bah pukul 13:50 tengah hari. 
25 September 2023 Isnin.
Basically ini dah masuk hari ke-3 di Mekah Mukarramah. Perjalanan hari pertama setiba di Jeddah Airport adalah terus ke Bandar Thoif. Mutawwif kami dari Mantop Travel iaitu Ust Fakhrul Ateef telah membawa ziarah ke Masjid Ibnu Abbas, Ladang Addas, Kilang memproses minyak wangi dari bunga ros dan beberapa tempat lagi.

Allah yang menentukan rezeki kita :D
Makan roti ni macam Nan tapi nipis dengan Kari Kacang Kuda, Kari Kambing dan Kari Yogurt Ayam.
4 kali tambah roti besar ni. Ikut jela makan bila orang dah belanja :D
Pagi semalam selepas selesai solat subuh di masjidil haram. On the way nak balik hotel aku tegur secara spontan seorang hamba Allah dari Pakistan ni. Tanya berapa hari dah kat Mekah, dari mana and so on. Soalam biasa la kalau nak berborak dengan orang tak kenal. 

Tiba-tiba dia offer aku nak makan breakfast dengan dia tak..? Aku pun cakap ok jer. Sekali rupanya member dia semua dah tunggu kat luar masjid dalam 4 orang campur dia 5 orang. So kitaorang berjalan ke ceruk bangunan kawasan mostly India Pakistan Bangladesh. Tiba-tiba masuk satu lorong ada kedai original pakistan.

Ntah macam mana jadi kawan. Kitorang 7 orang makan 16 keping roti yg besar ni. Siap dia tanya lagi cukup ke tidak hahaha. Macam nk pecah perut dibuatnya. :D

Pembinaan Masjidil Haram yang tak pernah berhenti.
Pemandangan Mekah Tower dari Rooftop Masjidil Haram
Second Update - Alhamdulillah cuaca panas berkurangan hari demi hari. Hari ni mutawwif akan bawa ziarah sekitar masjidil haram antaranya Jalan Hijrah Nabi, Rumah Abu Bakar, Penempatan Saidina Umar, Darul Nadwah, Jabal Abi Qubais, Rumah Arqam Bin Abi Al Arqam, Rumah Saidatina Khadijah, Rumah Abu Jahal, Rumah Kelahiran Nabi dan Sejarah Kaabah & Hajratul Aswad.

Al-Baik Restaurant - Antara tempat makan wajib try kalau ke Mekah
Malam tadi try Ratio Coffee di Jumeirah. Kita kasi rate 9/10.
Hotel jauh memang kene stop somewhere rehat sekejap hihii..

Third Update - Keadaan telah banyak berubah jika dibandingkan ketika umrah yang lepas iaitu pada 2018. Hotel untuk kali ini agak jauh dalam 850 meter dari masjidil haram. but alhamdulillah manage untuk hampir ke semua solat fardu di Masjid :D 

Hari-hari seterusnya kami dibawa mendaki ke Gua Hira, Tahlil dan makan malam di Muzdalifah, berkesempatan ziarah di perkampungan orang melayu di Hudaibiyah dan ziarah dalaman terutamanya kawasan sekitar Masjidil Haram seperti rumah nabi dilahirkan, kedudukan Rumah Saidina Abu Bakar r.a, Rumah  Saidina Umar Al-Khattab dan banyak lagi.

Insyallah nanti lepas habis cerita Iran aku akan update full detail perjalanan umrah dengan Mantop Travel .. :D