Monday, 2 September 2024

Australia Perth Part 12 : Fremantle Prison Museum & Historical Market 1897

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Insyallah mari kita sambung kisah pengembaraan aku di bumi Perth Australia ini. Agak stress apabila memikirkan si bongsu di hospital. Namun tanpa sedar diri sendiri juga turut sakit sebab terlalu memikirkan, makan  dan tidur yang tak menentu, berkejar-kejar tukar shift jaga anak di ward antara aku dan isteri. 

Sehingga aku rasa sakit kepala dan sakit dada, kadang-kadang rasa macm nak pitam pun ada. Maka aku decide nak update blog sebab ia sedikit sebanyak boleh menenangkan aku. Boleh tahan struggle bila anak kena warded ni. Nak uruskan sekolah anak-anak yang lain dengan urusan kerja lagi huhuu..

Di hadapan Gatehouse - Pintu masuk utama Fremantle Prison Museum.
Sebelum memandu pulang dari Fremantle ke Bandar Perth, kami sempat singgah ke Fremantle Prison Museum. Sebuah tempat tarikan pelancongan bersejarah di Fremantle dari zaman The Settlement. Penjara ini telah siap dibina pada tahun 1855 dan telah ditutup pada 30 November 1991. Ia telah beroperasi hampir 140 tahun.

Escape Yard adalah kawasan bilik rehat pengawai penjara.
Bilik untuk para pengawal penjara.
Sebuah penjara yang cukup besar dan lengkap dengan cellblocks, gatehouse, perimeter walls, cottages, and tunnels. Pernah terjadi rusuhan di penjara ini pada tahun 1988 di mana pengawal penjara telah dijadikan tebusan. Dan ia menyebabkan kebakaran dan kerosakan yang amat teruk yang dianggarkan mencecah dua juta Australian Dollar.

Galleries Prison Museum. Souvenir coin tu menarik sangat.
Pameran pakaian banduan dan peralatan yang digunakan.
Sudut info mengenai sejarah, bangunan, expansions dan tarikh tarikh penting penjara. 
Dan sebelum itu kami sempat singgah ke Fremantle Market sebuah pasar hujung minggu yang telah mula beroperasikan seawal tahun 1897 lagi. Iaitu apabila Fremantle Market Hall buat pertama kali dibuka dan orang ramai datang dengan menunggang kuda berserta kereta kuda.

Bangunan bersejara ini telah direka oleh dua orang Architects iaitu H.J.Eales dan Charles Oldham. Sir John Forrest the Premier of Western Australia telah meletakkan batu asas sebagai perasmian pembinaan pada Hari Sabtu 06 November 1897 dan telah siap sepenuhnya pembinaan pada tahun 1898 dengan kos perbelanjaan of £8268.

Bangunan Fremantle Market yang dibina lebih 100 tahun dahulu (1897).
Antara barangan kraftangan, souvenir, buah-buahan dan cafe yang ada di sini.
The Yard dan The Hall dua bahagian penting di Fremantle Market.
Dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang di section "The Yard" dan 9.00 pagi sehingga 6.00 petang untuk "The Hall". Namun dibuka pada setiap hari cuti umum dari jam 9.00 pagi sehingga 9.00 malam kecuali 25 Disember iaitu pada Perayaan Christmas.

Jarak dari Esplanade Park ke Fremantle Market hanya 300 meter atau 5 minit berjalan kaki. Dan dari Fremantle Market ke Fremantle Prison Museum adalah sejauh 650 meter berjalan kaki dan 1.4 km dengan menaiki kereta yang mana anda boleh park kereta di hadapan entrance pintu penjara.

Harga untuk semua jenis tour yang ada di Fremantle Prison Museum.
Untuk masuk ke dalam Gatehouse adalah percuma dan itu merangkumi The Convict Cafe, Gift Shop, Prison Gallery, Convict Depot dan  Prison Galleries Museum. Itu pun dah memakan masa hampir 20-30 minit bagi kita nak berjalan-jalan sekali dengan masa nak bergambar di sana sini. Dan kami hanya masuk setakat Gatehouse sahaja sebab kalau amik tour masa yang kami ada tak begitu banyak.

Area Gatehouse ni pun dah besar tapi kalau dapat join tour mesti lagi best.
Rasa rugi jugak sebab tak dapat nak masuk sampai ke area bilik tahanan penjara tapi sebab kami pun datang passing by dah alang-alang sampaikan. Nak kena bekejar untuk pulangkan kereta sewa di airport lagi. Apa pun memang best kalau join tour di sini. Insyallah if ada peluang next time aku memang nak join tour.

Bila sampai di apartment, kami drop Kak Ngah, wife aku dan Atiyya naik ke apartment. Aku dan Abang wan terus ke memandu Airport untuk pulangkan kereta. Kami sempat berhenti di sebuah station minyak untuk isi full tank semula. Dan selepas memulangkan kereta kami menaiki bas dari airport untuk pulang semula ke Bandar Perth dengan harga AUD4.50.

Menaiki bas bersama Abang Wan dari airport ke Perth.
Untuk sekarang tiada lagi direct bas. Kalau nak ke area Elizabeth Quay dari Airport korang kena naik train atau bas dari airport terminal ke Redcliffe Train Station. Dan ambil Bas Route 940 via Great Eastern Highway yang beroperasi 7 hari seminggu. Bas Route 292 akan bergerak ke Terminal 3 dan 4 dari Redcliffe Train Station setiap 12 minit.

Dari Terminal 1 dan 2 anda boleh terus menaiki train melalui skybridge dan ia akan memakan masa hanya 18 minit untuk ke Perth Station yang terletak di CBD. Dan dari Airport Central anda boleh ambil Bas Route 37 yang akan beroperasi dari airport ke Oats Street Station via Belmont Forum.

Jom la kita masak yang simple di apartment sebab dah penat berjalan seharian.
Kari Ayam, Sayur Kobis Goreng, Telur Dada dan nasi Putih.
Selepas maghrib kami sampai di apartment. Aku macam biasa terus masak-masak sebab semua dah lapar. So menu yang tak dirancang tapi berjaya dimasak adalah Kari Ayam, Sayur Kobis Goreng dan Telur Dada. Kita makan dengan nasi panas-panas. Malam tu ada plan nak jalan-jalan di Hay Street Mall tapi semua tidur awal tak larat hahaha.

Saturday, 31 August 2024

Menyambut Hari Merdeka Ke 67 Dari Bilik Ward Hospital

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Salam Merdeka buat Malaysia yang ke 67 tahun. Alhamdulillah masih aman masih tenteram.

Tahun ini masih lagi tak dapat turun ke perbarisan Hari Merdeka disebabkan anak bongsu ini masih lagi berada di dalam ward. Hari ketujuh masih lagi tiada tanda untuk discharge oleh doktor. 

Keadaan kesihatan anak kian bertambah baik hari demi hari Alhamdulillah. Tiada lagi penggunaan bantuan oxygen diberikan. Cuma paru-paru sebelah kiri masih lagi belum menunjukkan symptom yang baik seperti sebelah kanan.

Neb pun telah dikurangkan dari 4 jam sekali kepada 6 jam sekali. Alhamdulillah semenjak 3 hari yang lepas Afnan tidak lagi demam seperti hari-hari sebelumnya. Dan tidak lagi batuk yang teruk seperti sebelumnya.

Spaghetti Ayam, Mushroom Soup, Nasi Putih dan Ayam Percik.
Ayam Bakar with Creamy Mushroom Gravy, Nasi Putih & Kari Ikan Kembung.
Mee Hailam, Nasi Putih, Sweet Sour Fish, Taufu Soup.
Nasi Putih Creamy Fish Soup, Chicken Pie & Mushroom Soup.
Antara makanan aku di sini. Boleh tahan jugak sedap makanan dari dapur hospital ini. Tak semua la but mostly makanan dia okay dan ada few time memang sedap betul hahaha. Tak tahu nak share gambar apa, kita share la gambar makanan di hospital.

Semalam Afnan ada buat x-ray dan doktor pakar ada kata kalau result ok maybe kita boleh discharge anak you. But then result masih lagi tak okay. Maka bersambung cerita aku dengan wife silih berganti menjaga Afnan di hospital.

Okay la Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 67 pada semua sahabat handai blogger, pembaca dan pengunjung blog ini. Semoga sihat sentiasa dan dipermudahkan segala urusan :D

Tuesday, 27 August 2024

Afnan Second Day In ICU - Hospital Pantai Ampang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Pagi ni detik saat yang mencemaskan sebab doktor pakar akan buat round di ICU. Dan doktor pakar akan update keadaan Afnan pada parent. 

Maka selepas update keadaan Afnan pada kami. Dan resultnya adalah seperti berikut.

Mikoplasma atau Mycoplasma adalah sejenis kuman yang berada di dalam badan Afnan adalah terlalu tinggi yang mana kalau normal ia pada kadar bacaan 40 tapi bacaan kuman yang ada di dalam badan Afnan melebihi bacaan 1000.

Keadaan di hari kedua Afnan di ICU.
Dan disebabkan itu paru-paru Afnan terjejas agak teruk dengan kuman ini. Dan itu juga punca kepada Afnan sukar untuk bernafas dan demam selama seminggu. Ditambah dengan batuk berkahak yang agak teruk.

Pagi ni juga doktor pakar dah turunkan sedikit kadar bantuan oxygen kepada Afnan. Dari semalam lagi Afnan telah di neb (Nebulizer) setiap 4 jam dan akan berterusan sehingga diberitahu kelak. 

Doktor dah begitahu tadi "You all jangan expect boleh discharge awal. Mungkin paling awal seminggu di hospital sebab keadaan Afnan yang agak teruk.." 

Somehow kena marah dengan beberapa orang doktor kenapa tak bawa anak lebih awal ke hospital. Kenapa tak ambil tindakan awal dan cepat? Hurmm.. Second day Afnan demam kami dah bawa ke klinik swasta. Doktor dah check dan bagi ubat antibiotic, demam dan batuk. 


Selang dua hari kemudian kami ke klinik yang sama sebab risau Afnan macam susah nak nafas dan demam yang tak nampak tanda nak sembuh. So Doktor klinik neb kan Afnan 3 kali dan ambil darah untuk check influenza dan denggi dan result adalah negative.

Maka kami decide untuk habiskan antibiotic yang diberi iaitu untuk selama 5 hari. Dan dari hari ke 5 sehingga ke 7 Afnan berkelakuan agak aktif seperti berlari, bermain bola, bergurau dan bergelak ketawa dengan abang dan kakak dia. Namun hari 8 tiba-tiba lembik. Terus kami bawa Afnan ke hospital.