Friday 18 October 2013

Namibia Part 1 : Journey Stuck in Windhoek City

Sambung Dari Journey From Cape Town - Windhoek Namibia.. Entry ni patut aku tulis dari awal tahun lagi.. tapi sebab banyak perkara aku kene dahulukan.. dan juga sebab trip solo aku yang yang baru habis sebulan lepas.. maka terpaksa tangguhkan cerita aku di Namibia ni.. Lagi pun aku tension sebab member aku main setting date and time pada camera.. gambar semua ada date and time.. dah la salah lak tu.. habis hilang mood nak letak gambar..

Okay - sambil senyum sket.. Population 2.2 juta adalah amat sedikit untuk sebuah negara yang hampir 4 kali ganda besar dari Malaysia - 824,292 sq km.. bayangkan wild animal lebih banyak dari jumlah manusia di Namibia.. Tapi sebab itu juga negara ni terbaik untuk semua outdoor activity especially hunting..

Banyak kawasan yang masih tidak di sentuh.. anda mampu lihat pelbagai jenis rusa liar berkeliaran hanya 15 kilometer dari kawasan bandar.. termasuk wild Namibian Horse.. Oryx.. Duiker.. Zebra.. dan kalau Cheetah - only if u lucky la macam aku.. dan pelbagai lagi binatang lain..


Siapa sangka.. orang berhati baik itu ada di mana2
Di hadapan Chameleon City Backpackers Hostel..

Kepenatan perjalanan di dalam bas selama 21 jam dari Cape Town masih kuat terasa.. Sampai je di Windhoek ada orang Namibia yang sudi tolong hantar kami ke hostel.. selepas check in di Chameleon City Backpackers Hostel.. dapat bilik terus mandi.. maklumlah 21 jam dalam bas.. campur waktu2 lain.. kira lebih sehari la tak mandi.. bau badan memang terbaik.. melekit bagai tak yah kata la hahahaa..

Rate yang kami dapat di hostel ni ialah private room for 3 people ialah ND 240.00.. so seorang ND 80.00 / RM 28.00 per night.. hostel dah fully book that why kami kene amik private room.. harga untuk hostel per person murah sket.. tak banyak beza.. basically untung jugak amik private kalau 3 orang.. ini afrika so korang boleh nak minta tawar.. :D  Currency time ni RM 1.00 / ND 2.50..

Tak tahu kenapa Mus'ab keriangan seperti ini..
Mungkin sebab dia belajar Politeknik kot dulu hahahaha :P
Kami sampai di Wernhill Park Mall

Kitorang shopping sakan jugak..
sebab murah dari South Africa
Barang mentah pun halal dan murah so decide malam masak Seafood Spaghetti :D 

ND 241.00 bahagi 3 orang = ND 80.00 / RM 28.00 seorang :D
For Dinner dengan Lunch esok.. Seafood lak tu.. murah la kan..

Antara yang di beli.. Udang 1 kg, Crab Finger 500 gram, Kupah 500 gram, Fish Ball 500 gram, Chicken Sosej 500 gram, Ayam 2 kg, Daging 750 gram dan Speghetti 1 kg..
Anas macam biasa la.. suka menyibuk dalam gambar hahaha..

Dekat hostel ni boleh masak sendiri.. semua perkakas boleh guna..
just make sure korang basuh dan susun balik.. tu jer..

Lebih kurang pukul 2:00 petang.. kami mula melangkah kaki ke centre city.. nak tinjau2 bandar Windhoek ni.. kata orang ia bersih dan yang paling penting selamat untuk merayau2 bagi traveller.. bukan macam di Johannesburg - bahaya giler kot.. Memang betul selamat dan bersih.. dan yang best ada pekerja berpakaian macam alam flora yang merayap2 seluruh bandar memegang plastik sampah hitam.. dan mengutip sampah2 yang ada di tepi jalan..


Jarak antara Windhoek - Walvis Bay melebihi 300 km..

Sepatutnya Windhoek ni bandar persinggahan kami jer.. sebab matlamat utama nak pergi ke Swakopmund dan Walvis Bay.. di bahagian barat Namibia.. ianya adalah sebuah kawasan tepi pantai yang cantik di Namibia.. di pantai Swakopmund terdapat beberapa bangkai kapal besar yang terdampar rapuh di tinggal begitu saja.. oleh sebab weather report memberitakan cuaca ribut petir dan hujan lebat di Swakopmund.. menyebabkan kami membatalkan hasrat dan hanya stay di Windhoek sahaja selama dua malam..


Muzium Kereta Api Windhoek
( Sila abaikan tarikh dan masa pada semua gambar )


Wild Wild West..
Afrika memang banyak peninggalan lama penjajah..
Hurmmm ... sape tahu sila share kat comment bawah ok :D
Gerabak untuk mengangkut pekerja buruh kulit hitam.. lebih 70 tahun dulu..
Ini adalah kepala kereta api tentera.. korang pernah tengok..??
Kat afrika jer ada.. jangan sangka tak ada ape di afrika tau :P

Ini pun aku tak tahu.. Mus'ab penat fikir :P
Mungkin peralatan ada kene mengena dengan kereta api.. maybe..

Memang old school.. besar sangat kepala kereta api nie.. :P
Di sebabkan rancangan awal dah di batalkan.. Kami pun menggunakan masa ni untuk merayau seluruh Bandar Windhoek.. Antara yang menarik di sini ialah Namibia National Museum yang menggunakan bangunan lama seperti penjara, balai polis, pejabat pos dan station kereta api lama.. yang di bina pada zaman pemerintahan sebelum merdeka.. memang unik.. dan ia juga agak menyeramkan.. dan kesemuanya museum berada di tempat berlainan di seluruh Windhoek..

 Jom layan gambar kami di Bandar Windhoek.. :D


Fidel Castro Street - Nama President Cuba

Kudu nama statue ni..
Robert Mugabe - President Zimbabwe



Seni bina German.. Sebuah church lama di Bandar Windhoek..
Cuaca kat Windhoek ini alhamdulillah okay.. 
Bandar kecik jer.. senang nak merayau2.. jalan kaki jer.. tak yah naik teksi..

Ada ramai orang jual kraftangan etc tepi jalan jer.. dan itu lah paling murah kalau nak beli.. basically rakyat Namibia memang friendly.. dan ada keunikan tersendiri.. Continue Part 2

81 comments:

  1. Kakak dapat tengok gambar-gambar pun jadilah. Nampak seronok sangat:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi trip Namibia ni mcm fail sket.. mission tak complete :P
      Ok layan gambar jer la...

      Delete
  2. Muzium best nak lawat. Banyak tinggalan sejarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Museum adalah antara tempat wajib di lawati bila travel :D

      Delete
  3. banyak2 african countries yg awak visit, yg mana harus pergi kalo ke sana...selain south africa la..tgk cite psl swaziland tu menarik gak kan...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmmm.. kalau di Southern Africa ni.. try unique culture di Swaziland, Pergunungan di Lesotho, Victoria Falls di Zimbabwe cukup la.. Malawi Lake agak jauh dari South Africa.. tapi memang lawa la :D

      Delete
  4. wahhhh...
    Seronok2..n murah plak tu..bleh buat party shoppping...

    Banyak betul peninggalan sejarah depa....
    Penat nak pikir 1 jenis jentera ke 1 jenis jentera ni...
    ermmmmmm...........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 ingat nak beli macam maggi mcm tu jer..tengok murah dan halal.. terus beli barang2 untuk masak hahhaaa.. Namibia kaya dengan hasil diamond etc.. that y banyak kuasa besar nak jajah..

      Delete
  5. best best best!! tu je la boleh komen.. haha!@!!

    ReplyDelete
  6. boleh ke hunting kat namibia? Tak perlu license ke?

    Pekerja yang dalam gerabak untuk pekerja kulit hitam tu tak hitam pon. heheheh. Murah jugak le hostel tu kan. Pastu awk sempat plak masak spageti seafood lagi. Tapi gmbr spagetti nya mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kalau tak ada lesen kene ikut guide dan kene buat latihan sebelum lulus untuk pi huntung.. if not memang tak boleh la.. pekerja dalam gerabak tu selalu pakai lotion so tak la hitam hahahaa.. murah sebab ada sesi tawar menawar huhuuu.. ntah check dlm hard disk xde pulak gambar pagetti tu.. lapar sgt tak smpat amik gmbar hahhaa.. :P

      Delete
  7. 21jam giler lama..aah betul hampir2 1 hari dlm bas hahahahah
    sure masam busuk giler uols kan hahahaha
    suka sgt bab2 hotel yg boleh msk jimat jimat dan jimat
    n xsangka uols pandai masak hohohoho hahahaha kbai

    ReplyDelete
    Replies
    1. masam tak pe.. janji selamat sampai :D
      Hostel ni siap ada breakfast lagi.. okla mmg ini pun paling recommended kat Windhoek nie.. student hidup dari jauh ngan family mmg boleh masak :D

      Delete
  8. saya pun minat travel, tapi belum pernah ke benua ni lagi...teringinnyeeee.....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Africa letak sebagai destinasi terakhir la kalau nk travel.. payah sket.. but nak try xde masalah pun :D

      Delete
  9. pandai masak..hehehe... zaza suka tgk mcm gerabak tu..peralatan2 yg berkaitan dgn keretapi..suka kalau dpt tahu sejarah2 mengenainya.Fidel Castro Street tu mcm lawa je tempat dia. kalau tgk Wernhill Park Mall pula rasa mcm nak masuk je tempat mcm ni... moga2 zaza pun ada rezeki untuk merasai peluang merantau sekali sekala tgk negara orang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la pandai tapi boleh la.. gerabak lama dan peralatan lama smpai tak tahu apa kegunaan nyer.. ada kawasan elite nama jalan pun guna nama2 president negara semasa.. tempat kat Wernhill park tu mmg murah shopping sakan jugak kami.. insyallah moga zaza pun ada peluang nak lihat tempat orang :D

      Delete
  10. cuaca kat sana camne yea? time kat sana dengan kat malaysia lak camne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuaca kat Namibia nie ikut musim.. masa kami dtg nie baru nak start summer.. kalau winter lebih sejuk dari genting highland.. beza lebih kurang 7 jam lewat dari Malaysia..

      Delete
  11. Nampak mcm dekat je dalam peta, Windhoek dgn Walvis bay tu, rupa2nya 300 km..jauh tu..

    Murah harga makanan di sana..wahh, kenduri seafood..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Negara Namibia tu sendiri hampir 4 kali ganda besar dari malaysia :D
      sebab tu bagi mereka 300 km tu mcm tak ada pape pun .. aah nasib baik murah brg mentah kat sana.. mmg kenduri la..

      Delete
  12. Seafood murah.. negara besar.. currency pun okey.. hmm alamat bawak pes tomyam lah pergi sana.. heheheheh.. besarnya negara dorang..mesti tanah rumah dorang luas luas kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Currency waktu nie.. lagi best kalau nak ke sana.. tgh murah hehehee..
      tak jugak rumah besar2.. yang miskin rumah kecik2 jugak.. yang miskin still ramai kat sini..

      Delete
  13. Syoklah pulak tengok gambar-gambar orang travel ni. Macam best je. Nak travel sendiri, tak tau lagi dapat pegi bila... Banyak-banyak negara pergi, mana yang paling best buat masa ni?? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah jika kita menghayati keindahan alam tu .. mesti rasa best jer.. :D
      Dalam banyak2 negara kalau di afrika mungkin Swaziland dan Lesotho kot..

      Delete
  14. Hamboiiii.. leh kematu semua klo da 21 jam dok dalam bas hu3.. klo akak da lompat kuar da ekekeke.. eh akak pun teruja gak ngan signage polytechnic tu sbb x student poli mihahahaha..

    Sadis tol tgk gerabak yang ngangkot diorg tu huhuhu bayangkan klo kte dalam tu huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kematu sangat la kak Mysha.. sebab bas dua tingkat.. aircond sejuk jer.. seat boleh ubah jadi macam ala2 katil.. Cuba tengok entry nie - http://timetravelafif.blogspot.com/2013/02/journey-cape-town-south-africa-windhoek.html

      Oh x student poli ker.. hehehe.. nanti jgn melompat mcm tu dah la yer hahahaa..
      Yep mmg sedih tgh orang afrika yg di tindas dgn penjajah zaman dulu..

      Delete
  15. best gileer, saya sangka ini di south africa, mirip2 kotanya, tapi sepertinya namibia ini lebih maju ya dari negara di afrika tengah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ada mirip2 South Africa kota nya..Southern Africa itu memang lebih maju dari Central Africa.. dan yang pasti ia lebih selamat.. :D

      Delete
  16. last time our office ada branch kat Nambibia..sayangnya tak berkesempatan nak pergi..quite cozy bandar nikan..even our officemate selalu rasa tak selamat coz they deal with pistol..and the thing I like most is the germs stone ..cantik..macam-macam collection ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ker.. ala rugi nyer.. kalau tak dah sampai sana... aah quite cozy.. afrika pistol bagai nie mmg kebiasaan kot heheheee.. aah ada germs stone.. mmg lawa.. sempat jugak la lawat kilang dia.. :D

      Delete
  17. banyak juga tempat menarik di sana ya.. paling tertarik dengan gerabak kereta api lama tu.. sungguh unik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat pi Walvis Bay tu lagi banyak tempat menarik huhuhuuu...
      layan apa yang ada di Windhoek jer la .. :D

      Delete
  18. at last ada entry baru ...seafood still yummehm.. p/s : suka tak kita komen jauh ni dekat saigon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entry untuk Namibia nie memang tak reti nak mula dari mana..mmg banyak sangat dugaan nyer hahahaaa.. comment dari saigon tu... suka sgt hahahha.. :P

      Delete
  19. Bandar kecik boleh round2 guna kaki mmg best,jimat duit teksi..boleh cover makan byk.hehe.

    *yg tepung tu letak la dua tiga sudu..lebih mmg arr jadi kek.ye2 je bgtau macam nk buat..hakhak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecik sangat sampai pusing 8 km pun tak rasa... tu yg duit saving pi dekat makanan tu hahahaa.. :P

      Oh ok.. mmg nak buat la..sebab tu tanya tepung banyak mana nak letak :D

      Delete
  20. seronoknya tengok negara orang, berjalan la puas-puas sebelum tua dan sebelum ada komitmen lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok sebab tgk culture dan keadaan yg sgt berbeza :D
      betul tu tahun depan tak boleh nak jalan2 dah :P

      Delete
  21. hoho, best mama tengok gambar-gambar ni,..

    ReplyDelete
  22. Pesal ahkak terlepas entry ni...org dah komen berjal2...tapi still nk komen gak..ehh..dah hampir setahun berlalu kiranya trip ni ehh...

    Bagaimanalah perasaan 21 jam perjalanan dalam bas tu..kalau akak dlam bas 2 jam pun dah gelisah..sakit2 badan di buatnya...

    selain Muzium apa lagi tempat menarik kat sana eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ( tertunggu jugak mana akak JM ni.. mana tak muncul2 lagi .. :P hahahaha... )
      aah.. banyak lagi yg tak tulis nie.. peningn nak abis kan semua.. ntah layan view gurun jer.. tido bngun makan.. time dia berhenti solat jama'.. smbung tido.. makan minum dan tido hahahaa.. macam tu je la.. :D

      Selain muzium.. tggu next entry la Kak JM hehehe.. :P

      Delete
  23. Dalam bas 21jam?
    Aduh, rasa mcm nak muntah hijau sekarang jugak :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kat afrika lain kot naik bas dia.. setakat bawah 30 jam tu.. layan jer la hehehee..
      rasa nak muntah xpe.. jgn muntah betul sudah hahahaa..

      Delete
  24. Asal amik pic jer ..mst ada model berjanggut 2. ..haha..

    Sempt lg 2 amik pic skrin cashier...haha. Tp ni model xde..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa... ntah la admin suka pulak letak gambar dia :P
      skrin picture tu penting kot.. model tak de??

      Delete
    2. 2 la... Nasib model nye lelaki x mcho haha... Kalo model pompoan. Agak2 First2 bkn nk tgok view, tp tgok model lu comey ke tak.

      Delete
    3. hahahaa.. mcmtu pun boleh ker.. :D
      nanti la try cari partner travel wanita.. kasi gempak sket kihkihkihkihhh.. :P

      Delete
    4. Tak payahh la.. Leceh bawak pompoan ni.. haha.. Byk songeh. Hehe
      #eventhough act a men but still think like a lady..

      Delete
    5. Tapi kan sblom nie.. Mean bc blog travel yg laen la. Mana pernah admin blog 2 letak pic sendiri dia sendiri. Blog nie je berlmbakk gambar admin jer..jemu plak..Haha...
      #jgn sentappp naa (admin mana pernh ada perasaan)..haha

      Delete
    6. Terusuk kat jantung hahahaa... tak semua pmpn byk songeh kan.. ada jer ramai pmpn lagi hebat travel dari lelaki... admin blog ni poyo sket kot.. ye la tu xde perasaan :(

      Delete
  25. makkk aihhh murah tu bilik private dlm RM28/pax je. tp yg duk dalam bas 21 jam tu mmg takleh blah! adoyaiii.... bosan yg amattttttttt! tp tak sangka ingatkan bandar dorang mcm daif abes... tp meleset sbb nampak agak membangun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ( Kat afrika ni boleh tawar menawar sket.. untung2 dapatla..)
      21 jam tu kira okla.. dulu hampir 30 jam kot nak pi zambia dari South Africa..
      Namibia ada pembangunan jugak la.. tapi rakyat sket so mmg slow la..

      Delete
  26. Assalamualaikum & Hi , Ty sumpah jealous dengan Admin also friends yang sgt best menjelajah ke tempat org. Kalau la Ty berduit dan ada masa , teringin sgt nk pergi jalan2 camni. Please sneak me in ur baggage!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. thanks for coming here.. alhamdulillah ada la rezeki sket nak tgk tempat orang.. sy travel guna bag backpacker.. tak muat kot nak sumbat hahaha.. :D
      Insyallah jika ada rezeki.. akan dapat juga nikmat travel nie.. :D

      Delete
  27. Bestnya...teringin nak pergi Kenya tengok Safari....Namibia not bad jugak...cool entry...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenya.. Safari terbesar kot di dunia..
      Di Namibia ada Kalahari Desert ..setiap negara ada kelebihan tersendiri :D

      Delete
  28. Assalamualamualaikum...
    Jauh berjalan,banyaknya pemandangan......
    Tq sbb berkongsi cherita...
    Best giler nak ikut jugak...
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      betul tu luas pandangan :D
      Insyallah akan kongsi semua cerita travel kat blog nie..
      insyallah jika boleh jer ikut.. :D

      Delete
  29. Terpaksa google kat mana Nabia. Jauhnya 21 jam... giler bosan dlm bas .
    Langit biru. Lawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la tu.. jarang dengar memang kene google ..
      Bosan tak sangat.. ada tv.. sampai lebih 4 movie dia pasang.. :D

      Delete
  30. wow! mmg best dpt jln ke negara org.. turn ein ntah bile plak...

    ReplyDelete
  31. best nye dapat tengok negara orang kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah best tgk negara orang different culture :D

      Delete
  32. bestnyaaaa
    murah giler shoping brg basah kt situ
    dala nampak mcm fresh je tu!
    tempat2 pun byk yg menaarik
    boleh msuk dlm list nk pegi mlancong sna.

    *bru 1st time msuk blog ni.
    rasa excited sbb dah pegi 26 negara
    MG bru pegi 3 negara ..huhu
    dah follow sbb nnti nk baca lg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah tak tau la mungkin sebab ada promotion discount kot.. seafood mmg fresh sebab kawasan pantai lebih 1000 kilometer..tempat mmg banyak menarik just kami jer yg tak sempat nak pi tempat menarik tu :D

      thanks for coming here and follow :D .. 26 still nothing compare with other traveller..

      Delete
  33. Betulah kata org luas berjalan banyak pengalaman..
    Agaknya kan TT berapa cost yg awak spend bagi setiap perjalanan tu yeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu :D berapa cost tu?? hurmm different place different cost.. biasa mmg murah sbb tido dlm hostel makan pun maggi,roti n biscuit jer..

      Delete
  34. woww..syok bro =) sies ambe cmburu tgok..mmg hobi jgak mlncong ni..tp nk ke luar ngara tu blum mmpu lg..berbaloi x pergi africa ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afrika memang berbaloi kalau nak jelajah.. cuba try Victoria Falls di Zimbabwe, Malawi Lake di Malawi, Kalahari Desert di Namibia, Kruger National Park di South Africa, Semongkong Water Falls di Lesotho.. terbaik in the world.. :D

      Delete
  35. kalau sebagai pelancung, perbelanjaan kat sana kira not bad laa kalau belanja mkn lebih kurang 30 sorang..seadfood lagi tuh..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok la.. kalau datang as backpackers.. man2 pun murah.. hehehee..
      and memasak kan lagi murah dari membeli kat luar :D

      Delete
  36. Namibia yerk... dulu belajar Geografi penahle rdengar. .tapikan jarang orang cerita melancong ke sinikan.. tapi serius akak suka tempat cam gini.. unikjer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira ok la sebab pernah dengar dalm geografi masa dalam kelas.. saya tak tahu pun hahahahaa.. layan jer kat tempat orang kan :D

      Delete
  37. kat sane nk carik makanan halal susah x?ke masak ajee?n sane rakyat ramai org islam ke cmne yg lebih ramai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Restoran halal tak banyak tapi boleh cari especiall kalau jumpa org india, pakistan tau bngaldesh.. boleh tanya.. but makanan mereka label halal banyak .. beli dan masak jer :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...