Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Masih lagi sibuk dengan kerja sampaikan tak tersentuh langsung blog ini. Mencabar sungguh kerja di bulan ini. Belum lagi cerita penat nak siapkan kelengkapan anak-anak nak mulakan sesi baru persekolahan minggu depan.
![]() |
![]() |
Di entry yang lepas aku ada cerita pasal outstation ke Raub - Kuala Lipis - Temerloh. Masa di Lipis ada satu pagi tu nak breakfast tiba-tiba terserempak dengan kehadiran Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.
![]() |
![]() |
![]() |
Masa tu nak breakfast di Kedai Kopi Stesyen Lama. Tuanku Sultan Abdullah baru sahaja selesai melawat di Station Keretapi Bersejarah Kuala Lipis. Ada yang kata Tuanku bersarapan pagi di salah satu tempat makan di situ.
Alhamdulillah rezeki kami pegawai pengiring mengarahkan kami ke depan untuk bersalam dan bergambar bersama Tuanku. Masa ni memang nervous sampai lupa nak bersalam dengan Tuanku.
Si Bongsu Afnan boleh cakap lagi "Cepat la.. Panas ni" .. Budak kecil tak tahu kan siapa sultan tu. Dan tak faham kenapa la mak ayah dia berdiri tengah panas dan menunggu apa hahaha..
Wah ampun tuanku, best dapat jumpa Sultan Pahang yang sempoi.
ReplyDeleteWwah..seronoknyaaa..kenangan manis yang tak mungkin dilupakan ni...anak- anak dah besar nanti faham la tu kan...
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki ...
ReplyDelete