Dari Kolkadash Madrasah kami berjalan kaki sejauh 700 meter menuju ke Chorsu Bazaar atau dikenali sebagai Eski Juva. Ia adalah salah satu The Oldest & Most Significant Markets in Central Asia. Dan ia telah pun mula beroperasi sebelum kurun ke-14 ketika Pemerintahan Dinasti Timurid (1370-1507M) yang memerintah dari Black Sea sehingga ke Kashgar, China.
![]() |
The Oldest Market in Central Asia - Chorsu Bazaar in Tashkent, Uzbekistan. |
Walaupun jarak 700 meter untuk sampai ke bangunan Chorsu Bazaar tapi ia tidaklah terasa jauh langsung kerana dari sebelah Kolkadash Madarsah lagi terdapat peniaga yang membuka khemah dan telah menjadi sebahagian dari Chorsu Bazaar. Ia termasuklah Chorsu Flower Marekt, Chorsu Cloth Market, Chorsu Gold Center dan Souvenir Market.
![]() |
Bergambar terlebih dahulu sebelum masuk ke Chorsu Bazaar. |
![]() |
Area pertama yang kami masuk ini banyak menjual pakaian dan buku-buku. |
Masuk sahaja bahagian luar Chorsu Bazaar ini terus kelaparan sebab pagi tadi memang makan tak proper dan di sini bau makanan yang sedap-sedap seperti roti yang baru keluar dari ketuhar arang api. Dan bau daging-daging yang dibakar serta bau sup daging yang kaya dengan rempah ratus.
Belum lagi cerita bau kebab, samosa dan sebagainya yang banyak dijual oleh ramai peniaga di sini. Dan buah-buahan yang begitu segar turut dijual merata di sepanjang kami berjalan menuju ke bangunan utama Chorsu Bazaar.
![]() |
Sayuran dan buah-buahan segar yang dijual murah. Pelbagai jenis roti yang enak dimakan begitu sahaja. Seriously tak tipu hahaha :D |
![]() |
Strawberry dan pisang antara dua buah yang kami beli ketika ini. |
![]() |
Bau dari kebab yang dibakar tu memang mencabar iman hahaha.. |
Sambil berjalan menuju ke bangunan utama Chorsu Bazaar, kami beberapa kali berhenti untuk membeli roti, pastry dan apa jua makanan yang menyelerakan. Harga makanan di bahagian luar ini tidaklah begitu mahal berbanding di dalam.
The kids juga tak melepaskan peluang meminta pelbagai makanan especially roti-roti yang menarik di mata mereka. Dan kami sempat juga membeli beberapa souvenir di sini disebabkan harganya yang agak murah berbanding di kawasan luar.
![]() |
![]() |
Fridge Magnet yang sangat cantik dan pelbagai nama bandar di dalam Uzbekistan. |
Hari ni belum pun habis seminggu dari tarikh Hari Raya Aidilfitri namun kawasan bazaar ini dipenuhi dengan umat manusia. Baik yang menjual atau yang datang untuk membeli. Kalau di Malaysia confirm seminggu tutup lengang jer pasar-pasar besar utama di Malaysia.
Setiap negara berbeza sambutan raya mereka. Patutlah orang luar kata orang Malaysia sambut hari raya paling meriah dalam dunia. Pejabat, kedai dan apa jua perniagaan semuanya ditutup. Dan semua meraikan raya di kampung halaman.
![]() |
Ikutkan hati carpet pun aku nak beli bawa balik Malaysia 😅 |
![]() |
Antara pakaian traditional Uzbeks yang dijual. Harga mengikut grad dan jenis kain. |
Pakaian traditional yang dijual juga amatlah cantik namun ketebalan pakaian itu tidak sesuai dipakai di Malaysia yang selalu winter hahaha.. Antara lain yang menarik adalah pinggan dan piring ceramic yang bercorak-corak dan berwarna-warni. Hampir sama seperti yang aku beli dan dibawa pulang dari Morocco (Still have it today after 9 years).
Memang teringin sangat nak beli piring-piring yang bercorak ini apatah lagi terdapat set cawan dan teka yang ceramic yang mempunyai pelbagai corak. Tapi tahu tidak mudah untuk dibawa balik. Belajar dari pengalaman di Morocco yang lalu bahawa kesemua ceramic in harus masuk ke dalam check in luggage. Tak boleh dibawa as hand carry.
![]() |
Set cawan dengan teko ceramic tu cantiknya la hai.. yang set mangkuk tu pun.. |
![]() |
Mampu tengok jer lah.. Nak bawa balik memang tak boleh. |
Buah-buahan yang segar especially strawberries and other berries. Dan segala jenis sayuran dan bijiran segar dijual dengan banyaknya di sini. Bayangkan dalam satu baris ada 10-15 peniaga yang menjual benda yang sama tanpa ada perselisihan apatah lagi pergaduhan dan mereka berborak, bergelak tawa dan saling bantu membantu.
![]() |
Harga berlainan mengikut kualiti. Kalau yg ini murah sekilo tak sampai RM10.00. |
Cukup luas area Chorsu Bazaar ni dan rasanya kalau mencari sesuatu kita kena tahu mana satu section yang perlu kita masuk. Dan antara yang menarik adalah di bahagian rempah ratus yang ada beratus jenis dijual oleh puluhan peniaga.
![]() |
![]() |
Kita yang datang berjalan pun tak tahan dengan kesejukan. Tak tahu macam mana para peniaga ini tahan dari pagi sampai ke malam. |
![]() |
Chorsu Bazaar ini ketika di zaman Middel Ages adalah salah satu hentian utama The Great Silk Road. Dan dari situ ia mula menjadi tempat peniagaan dan menjadi tempat penukaran barang dagangan. Dan ia terus berkembang dari tahun demi tahun sehingga menjadi sebuah bazaar utama dalam Silk Road.
Perkataan Chorsu diambil dari Bahasa Tajik yang bermaksud "Crossroad" atau "Four Stream". Dan bangunan baru (termasuk The Blue Dome) seperti yang sedia ada sekarang ini telah dibina pada tahun 1980 oleh Vladimir Azimov dan Sabir Adylov et al dengan menyerapkan seni bina dari Soviet Modernism style.
Bersambung Uzbekistan Part 12 : (Under Construction)
Suka la pergi ala pasar pagi ni. Boleh cuci mata dan kalau kena dengan harga...cuci poket pulak dah.
ReplyDeleteMemang seronok cuci mata di pasar ini. Banyak barang kraftangan dan souvenir yang cantik2.. cuma kena ada duit la.. kami tak membeli sgt sebab nak kena patah balik ke Almaty.. Leceh kalau beli brg banyak.. 😅
Deleteadoiii.. dok bayangkan nak berjalan ke Chorsu Bazaar ni nanti. akak suka tgk big plate tu. cam nak nak bawak balik nnt ek. hehehe
ReplyDeleteAmik masa separuh hari kak kalau nak berjalan puas di kawasan Chorsu Bazaar ini. Tempat luas dan banyak area yang mesti atau wajib dikunjungi hihii.. Kalau bawa balik kita nak pesan satu set cawan dgn teko tu hahahah.. 😅
DeleteMemang cantik piring2 seramik bercorak tu, sayangnya malas nak mengangkut balik, buat berat beg je hehe. Strawberi kat sana manis tak?
ReplyDeleteStrawberry 🍓 kat sana manis2.. tapi ada gred dia.. mcm yg dah few days murah sikit.. bgi kami yg beli terus nak makan ni terus beli yg murah sikit.. Alhamdulillah manis ya amat hihii.. ☺️👍🏻
DeleteWow! amazing..barangan jualan macam2..roti tu besar besar, kenyang makan ..kuih muih beranekja jenis..menarik panorama nampaknya di bazaar tu..
ReplyDeleteSemua gambar cantik! Tempatnya menarik!
ReplyDeleteSaya memang teringin sangat hendak ke Uzbekistan.
Sukanya saya tengok buah-buahandan makanan di gerai.
Ada tgok travelog org pergi uzbek, roti2 daging kt sana bersepah dan juicy betulll! Ni kalau saya memang tapau banyak2 makanan ni jahaha
ReplyDeleteMurahnya strawberi merah2 camtu sekilo tak sampai rm10.......
Cawan seramik tu geram jugak kan? Tapi kalau beli nak bawak balik susah jugak nak packing tu... senang pecah
ReplyDeleteLovely market. Beautiful ❤️ photos. Thank you 😊 so much for sharing, and warm greetings from Montreal, Canada 🇨🇦
ReplyDelete