Friday, 26 September 2025

Safely Arrived in Malaysia - 7 Countries & 12 Cities - Journey Completed

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah - Itulah first word yang terzahir dari mulut aku. Dari impian dicapai dalam genggaman semasa dalam pengembaraan sehinggalah sampai di rumah. Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk melihat keindahan dalam ciptaan Mu di atas dunia ini.

Dan terima kasih buat Blogger Anies atas tunjuk ajar yang diberikan dan sudi menjawap beberapa soalan aku sebab beliau dah pun menjejakan kaki ke beberapa destinasi yang aku plan untuk dituju. Especially pasal nak transit di Istanbul.

Terima kasih jua kepada Blogger Puan Mulan @ O-Mulan, Blogger Puan Zila @ Aku Love Travel, Blogger Diana Teo @ Travel & Living Journal of DT, Blogger Shahrin @ Janggel Trekker's Life, Blogger Puan Suzie @ Miles of Smile dan ramai lagi.

Di atas tulisan entry u all yang banyak membantu aku dalam membuat itinerary dan perancangan untuk mengembara selama hampir 2 minggu. Ramai lagi yang aku baca tulisan di blog mereka tapi baru landing dan sampai rumah ni susah pulak nak recall one by one. Jadi jangan terasa pula hihii.

Fly for the first time with Turkish Airlines dan mengambil peluang pakej stopover di Istanbul, Turkiye selama 26 jam. Dan diberikan Hotel 5 Bintang secara percuma with breakfast yang menakjubkan siap ada chef tolong masakan omelet gitu.

Destinasi yang dituju adalah Zurich, Switzerland - Unlock Negara ke 47 dalam travel diary. Kenapa pilih Zurich? Sebab promo paling murah by Turkish Airlines adalah Zurich dengan RM2263.00 for return. 

Dan dari Zurich menaik bas ke Strasbourg, France. Kenapa ke sini? Sebab kami travel berempat/two couple which is my Junior masa belajar dulu Ustaz Anas with his wife Cikgu Hani. Dan Strasbourg adalah impian destinasi mereka so aku masukan dalam itinerary untuk trip ini.

Dari Strasbourg kami menuju ke Luxembourg - Unlock Negara ke 48. Dan dari Luxembourg kami menaiki train selama 45 minit menuju ke Trier, Germany - Unlock Negara ke 49. Sebab bersebelahan sahaja. Dan di sini terdapat peninggalan struktur bangunan jajahan dari zaman Empire Rom lagi.

Kemudian destinasi seterusnya adalah Basel, Switzerland. Di sinilah shopping buah dan sayuran yang segar-segar untuk dimasak. Memang tak tahan kalau sekadar dilihat. Nanti aku cerita ada makcik tu bagi aku free buah plum sebekas hihii.

Dari Basel kami menuju semula ke Zurich dan kemudian meneruskan perjalanan ke Feldkirch, Austria - Unlock Negara ke 50. Apa yang aku boleh katakan adalah definitely kalau diberi peluang aku nak repeat and stay more days in Feldkirch. 

Tiga hari dua malam berada di Feldkirch memang tak cukup langsung. The environment & the people its just wonderful, termasuklah owner apartment yang sangat baik hati dan mengambil berat pada kami. Seriously memang terharu.

Dari Feldkirch kami mengambil public bus menuju ke Schaan dan Vaduz, Liechtenstein - Unlock Negara ke 51. Perjalanan dengan bas mengambil masa lebih kurang 40 minit sahaja. Sempat la kami hiking untuk melihat sebuah Castle yang masih lagi digunakan oleh keluarga di raja yang terletak di atas bukit. 

By the way Vaduz City memang awesome dengan pemandangan yang sangat cantik. Cuaca tidak begitu baik di sebelah petang membuatkan kami membatalkan racangan untuk ke Malbun untuk menaiki Gondola dan bermain Alpine Coaster.

Dari Feldkirch kami menaiki train dengan harga Euro 11.00 per person menuju ke Lindau, Germany. Menginap di Westkuste Hostel dengan room with sharing toilet. Dan menaiki ferry ke Meersbourg, Germany merentasi Bondensee Lake yang dimiliki oleh 3 negara iaitu Germany, Austria dan Switzerland.

Dan destinasi terakhir kami adalah Konstanz atau Constance, Germany. Sebuah bandar yang amat besar, cantik, bersih dan unik. Kami tiba dengan menaiki ferry selama 20 minit dari Meersbourg. Harga tiket ferry Euro 4.10 per person.

Dan pada hari terakhir kami menaiki bus menuju pulang ke Zurich dari Konstanz dan kemudian ke airport sebelum menaiki flight balik ke Malaysia. Total budget yang kami spend untuk tirp ini adalah RM4950.00 seorang termasuk flight ticket, makan, bus, hotel, train, ferry dan toilet. 

Tengah Jet lag tak boleh tidur maka terlahirlah entry ini. Nanti aku update semula entry ini degan gambar sekali.

59 comments:

  1. Amazing ustaz, banyak pengalaman. Jauh berjalan luas pandangan. Tak mustahil hati menjadi lebih tawaduk kerana nampak begitu hebat kuasaNya, justru kita dapat lagi istiqomah memuji Allah Dia lah yang memberi anugerah hebat kepada ustaz..melihat banyak tempat indah seantero Dunia. Pasti banyak ganjarandariNya.Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar keinginan dalam mencari dan melihat keindahan di setiap pelusuk dunia.. alhamdulillah jika kita melihat ia sebagai satu kebesaran dri ciptaan Nya pasti kita sedar kerdilnya kita sebagai hamba.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Saya akan mengikuti blog ustaz yang bagi saya amat amat berharga terutama keoada ustaz, bahagia ustaz tempias kepada kami yang membaca dan melihat travling yang mengkagumkan ini..tahniah sekali lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sangat sangat.. sudi mengikuti blog ini walau saya sgt susah nak blog walking skrg ini.. insyallah akan terus berkongsi pengalaman menjelajah di serata dunia.. doakan saya sihat sentiasa.. ☺️

      Delete
  4. Alhamdulillah impian jadi kenyataan. Urusan travel berjalan dengan lancar dan dikelilingi dengan orang yang baik-baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah urusan pengembaraan kali ini selesai dan dipermudahkan Allah Taala.. Berjumpa dengan ramai org baik yg sudi membantu ☺️

      Delete
  5. Wah….murah total kosnya. Dua minggu pulak tu.
    Tahniah dapat capai impian dan dengan kos yang tak tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiraan secara kasar.. Nanti kita akan kira sekali lagi secara details.. Banyak naik bas mmg murah dan accommodation semua booking sebulan lebih awal dgn agoda.. guna segala kupon yg ada. ☺️

      Delete
  6. welcome back to Malaysia! cun bajet dia.. boleh gie banyak tempat. cepat update gambar. nak tengok tempat cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok baik.. sedang diusahakan nak upload gambar.. biasa la travel berempat so gambar bersepah.. sedang dikumpulkan semua gmbr ☺️

      Delete
  7. Alhamdulillah selamat pergi & kembali. Seronok dapat penuhi bucket list

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih.. Happy sgt dpt kumpul bucket list.. insyallah lepas ni boleh slow kan travel dah hihii ☺️

      Delete
  8. Replies
    1. Terima kasih .. Syukur Alhamdulillah.. ☺️🤲🏻

      Delete
  9. Alhamdulillah dah sampai dengan selamatnya. Bila tengok matawang CHF tu dah rasa Afif mesti akan cover negara berdekatan. Alhamdulillah tercapai sudah impiannya dan moga akan dapat terus travel in the future.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah first place touch down is Zurich, Switzerland tu yg ada CHF.. Tapi yg dalam target Luxembourg dgn Liechtenstein tu.. That tiny small country.. ☺️

      Delete
  10. Wow best tu dapat travel ke 7 negara..... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tapi tu lah travel backpack 🎒 kan.. penat banyak la hihii.. ☺️😅

      Delete
    2. Penat yang berbaloi baloi..more knowledge and more happy..Very nice. Amazing.

      Delete
    3. Memang berbaloi tapi sehari selepas balik rumah terus demam hahahaha.. 😅

      Delete
  11. best sgt boleh cover byk2 negara! tak sabar nak baca all ur entries later :) adoyai rasa meronta2 nak travel hahhahah tapi kena sabarrrr tabung belum penuhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah nanti kita update secepat yg mungkin.. doa doakan lah hihii... Sabar sabar mmg kalau boleh nak travel selalu tpi tu lah tabung kena penuh juga hahaha.. moga dipermudahkan ☺️🤲🏻

      Delete
  12. ustaz anas dgn cikgu hani ni yang travel sekali masa bali tu kan?
    wahh total utk 12 hari tu RM4950.00 je? ni betul2 backpackers kental ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul.. Ust Anas dgn Cikgu Hani tu yg travel sekali ke Bali awal tahun lepas.. bajet samada backpackers kental atau nak travel tapi tak de duit gitu lah hahahaa.. 🤣

      Delete
  13. Selamat kembali ke malaysia.. wah, seronoknya wisata.. jika saya dapat peluang macam ni mesti best...hehe. tapi tabungan tak pernah penuh setakat ni..insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan moga dipermudahkan urusan untuk berwisata dan merasai pengalaman itu sendiri.. tabungan tu mmg amik masa nak bagi penuh.. insyallah sikit sikit lama lama jadi bukit..

      Delete
  14. Alhamdulillah, syukur dah tiba di naegara Malaysia, negara kita yang dicintai..Semua menarik perhatian saya pada gambar ..keunikan panorama di negara lain..amat hebat luar biasa..Rehat lah dulu ya..tenang kan fikiran dan tarik nafas lega Allah beri nikmat melancong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah rehat dua hari weekend hari ini dah start kerja.. kaki dgn lutut masih lagi longgar hahahaa.. tapi kerja tetap kerja gitu 😅..
      Alhamdulillah dapat hirup udara di negara org satu pengalaman yg tidak dpt dilupakan..☺️🤲🏻

      Delete
  15. Alhamdulillah, seronok tengok Ustadz dapat jelajah dunia dan balik semula ke tanah air dengan selamat. Bukan je selamat, siap bawa balik banyak pengalaman dan ilmu lagi! Boleh jadi bekal berguna lepas ni 🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selamat pulang ke tanah air. Syukur semua selamat ketika pengembaraan.. inshallah nanti kita kongsi semuanya di blog ini ya.. 👌🏻☺️

      Delete
  16. Hahaha budget tu termasuk toilet, maksudnya kena bayar pi toilet ka??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul.. Sekali masuk toilet kalau kena CHF1.50 dah bersamaan RM8.00. Kalau dah 30 kali masuk mau jadi RM240.00 hahahaa 😅

      Delete
  17. Replies
    1. Makasih.. Nanti kita kongsi full story nya ☺️

      Delete
  18. Alhamdulillah dah selamat sampai...tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur selamat dah semuanya.. ☺️👌🏻

      Delete
  19. Alhamdulillah....dapat travelpartner baik, host baik, local people yg baik...seh sume la...baik2 belaka...permudahkan urusan Alhamdulillah....

    eh suci pulak komen akak nih hehe
    kbai - akak nak tuntut keychain je haha cc Ren

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan senang nak jumpa travel partner yg sama sama masuk air hahaha.. alhamdulillah host dan org yg dijumpai semua baik baik dan berbudi.. syukur..

      Alamak.. keychain tu tukar lunch la ..boleh ke hahahaa.. 😅

      Delete
  20. Eh ada nama kite lah, terharu ekekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tau atas banyak information yg dikongsi di blog tuan.. banyak membantu especially Basel tu ☺️👌🏻

      Delete
  21. Bestnya, saya tumpang seronok. Alhamdulillah. Dapat travel ke negara belum jejak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok nanti kita perlahan-lahan up full story the complete 💯 journey di blog ini yer.. sudi sudi la dtg ziarah hahaha.. alhamdulillah syukur dpt unlock few countries.. ☺️🤲🏻👌🏻

      Delete
  22. Alhamdulillah tahniah ustaz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Alhamdulillah.. terima kasih jua.. 🤲🏻☺️

      Delete
  23. Singah , nak baca catatan baru...semoga ada yang menarik lagi ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah ada catatan terbaru.. boleh baca silakan.. ☺️👌🏻

      Delete
  24. Alhamdulillah...selamat pergi dna balik...seronok dapat cecah banyak negeri..banyak tempat juga cover tu...terbaik la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur dah selamat semuanya.. Dapat unlock banyak juga negara kali ini.. nanti kita share all the story di blog ini yer.. ☺️👌🏻

      Delete
  25. alhamdulillah...dah selamat sampai tanah air dan moga sihat hendaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih batuk batuk lagi sikit.. Demam sakit sendi tulang semua dah okay.. alhamdulillah syukur.. ☺️🤲🏻

      Delete
  26. kita tumpang baca jelah pengalaman orang...pengalaman sendiri ntah bila nak ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah nanti kita akan share semua travel story dan gambar di blog ini yer.. insyallah nanti ada la tu pengalaman sendiri tu.. ☺️👌🏻🤲🏻

      Delete
  27. Alhamdulillah for 7 countries, full of beautiful moments and memories. Banyak pengalaman & lessons learned sepanjang trip kali ni, setiap tempat ada cerita dan pengalaman berbeza, memang truly an unforgettable journey. InsyaAllah ada rezeki, more countries! hehe ✈️🌍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus kalau ada pengajaran yg dpt diambil.. insyallah apa yg kurang diperbaiki.. apa yg baik boleh diikuti.. pada silap mohon maaf.. next buat trip light light sikit.. jgn rush sgt deyh 😅

      Delete
  28. Hebatnya seorang tak sampai RM5k! 😱

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah akan repeat lagi.. Makanan 90% bawa dri Malaysia. Hotel & Transportation semua book and paid in Malaysia. 😅☺️👌🏻

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...