Saturday, 6 September 2025

Salam Merdeka.. Salam Maulidur Rasul..

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Bermula tarikh 31 Ogos sehinggalah hari ini aku langsung tak dapat nak update apa-apa sebab kesibukan yang teramat. Maklumlah bulan ni dah nak terbang makanya memang office tak bagi peluang langsung nak bersenang lenang. πŸ˜…

Suasana di pagi hari yang indah pada hari sambutan merdeka 31 Ogos 2025.
Perarakan Merdeka tahun ini sekadar ditonton melalui tv sahaja. Tiada peluang untuk turun ke Putrajaya. Sebab si kakak ada Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor pada 2 September di UiTM Shah Alam. 

Kumpulan bahas kakak adalah wakil pertama yang dihantar oleh pihak sekolah dan berjaya menang di peringkat daerah pada bulan Jun tempoh hari dan meneruskan perjuangan di peringkat negeri. Dan berjaya merangkul tempat ke-4 namun tidak berjaya meneruskan ke peringkat kebangsaan. Tak apa kakak, ayah bangga insyallah tahun depan boleh cuba lagi.

Merangkul kejayaan tempat ke-4 di peringkat Negeri Selangor.
Bergambar pada hari pertama sebelum pertandingan bersama guru.
Mak pula baru-baru ini terjatuh di rumah beliau semasa sedang menyapu sampah. Maka pada hari Khamis malam minggu lepas kami pulang ke kampung menjaga mak selama 3 hari dua malam. Risau keadaan mak yang berumur 71 tahun tinggal seorang diri. Lepas jatuh tu nak jalan kena berpegang dengan dinding.

Kami adik beradik 4 orang silih berganti balik menemani mak di kampung. Bukan tak nak bawa mak tinggal bersama tapi orang tua ni lebih memilih untuk tinggal di rumah dia dan katanya lebih selesa tinggal di rumah sendiri. 

Sempatlah layan Biryani Kambing di warung tepi jalan masa balik kampung tempoh hari.
Pernah la juga culik mak bawa balik rumah tapi itulah tak tahan lama. Masuk hari ke3 atau ke4 dah minta dihantar balik huhuu.. Kalau rumah abang di Singapore tu lama la juga bertahan sampai 3-4 minggu. Sebab memang kena tunggu abang free baru boleh hantar mak balik kampung.

At this moment adik perempuan yang berada di Kuala Pilah la paling rajin jenguk datang ziarah mak di kampung. Sebab fully housewife, berhenti kerja semenjak melahirkan anak pertama few years ago. Dan insyallah nak angkat beg backpack dalam bulan ni, harap-harap mak sihat sentiasa la.

Salam Maulidur Rasul 1447 Hijrah.
Itulah antara perkara-perkara yang membuat aku sibuk sedikit masuk bulan September ini. Dengan sibuk untuk persiapan trip backpack selama lebih 10 hari nanti. At this moment semuanya dah ready insyallah tinggal angkat kaki jer pada hari berkenaan. Berdebar tu tidaklah sangat ianya lebih kepada excited selepas hampir setahun tidak ke mana-mana.

Untuk seluruh rakyat Malaysia aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka ke 68.
Dan kepada seluruh umat islam terutamanya di Malaysia aku ucapkan Salam Maulidur Rasul 1447 Hijrah. 

43 comments:

  1. Salam kemerdekaan & Salam Maulidur Rasul...semoga mak TT kembali sihat, dpt berjalan dgn baik, mmg risau tinggal sorang2 di kpg...tahniah kpd team bahas kakak, keep up a good work!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kemerdekaan dan Salam Maulidur Rasul juga buat Puan Nohas.. ☺️πŸ‘πŸ» Insyallah moga tahun depan dapat ke peringkat Kebangsaan.. πŸ˜‰

      Delete
  2. salam kemerdekaan & salam maulidur rasul....sedap tgk briyani kambing tu//tahniah utk kakak walaupun tmpt ke-4 tp dpt wakil peringkat negeri selangor dh terbaik tu..smoga mak cpt sembuh dan dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kemerdekaan dan Salam Maulidur Rasul juga buat Puan Mama Tisya.. Biryani di kg nampak simple tapi sedap hihi.. Alhamdulillah kakak dpt no 4 di seluruh negeri Selangor ☺️

      Delete
  3. salam kemerdekaan dan maulidur rasul...
    semoga mak nya cepat sembuh dan dipermudha urusan nak backpack nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Kemerdekaan dan Salam Maulidur Rasul juga buat Puan Adnil.. insyallah moga urusan backpack nanti dipermudahkan Allah.. amin . 🀲🏻

      Delete
  4. Tahniah kakak dan team! Hebat dah tu #4 peringkat negeri. Well done kids πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    Semoga mak Afif diberi kesembuhan hendaknya 🀲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dah pertama kali skolah dia hantar wakil.. berjaya sampai ke negeri dpt no 4 kira bersyukura sgt lah.. Amin terima kasih doakan mak kita ☺️🀲🏻

      Delete
  5. Salam Maulidur Rasul dari Indonesia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga diucapkan dari Malaysia.. Salam Maulidur Rasul juga ya.. ☺️πŸ‘ŒπŸ»

      Delete
  6. salam kemerdekaan dan maulidur rasul saw.. moga mak segera beroleh kesembuhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul dan Salam Kemerdekaan juga buat Ust Abuikhwan.. Amin terima kasih doakan mak.. ☺️🀲🏻

      Delete
  7. semoga cepatlah mak beransur pulih. org tua gitulah...mak tiri suami pun gini. nak juga duduk kat rumah tu sorang2 padahal anak-anak ramai je kat Melaka tu. Dia duduk sehari dah sibuk "anta an balik, an tak seleso duduk sini" katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kaki mak masih sakit mmg risau juga nk biar dia tinggal seorang diri.. kan tak boleh nak buat apa.. mmg nak tinggal di rumah mereka sendiri.. jenuh la mengajak tinggal sama..

      Delete
  8. selamat hari kebangsaan. salam maulidur rasul.. orang tua memang macam tu. mak saya pun tak mau tinggal dengan anak-anak. paling lama sebulan itu pun sebab ada temujanji dengan hospital. kalau tak dok lah sorang-sorang kat kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh duduk sampai sebulan tu kira sangat baik lah bagi saya.. sbb kalau saya nak bagi habis seminggu tu aduhai payah la sangat.. kan kita ni bgi la macam2 alasan nk bagi tinggal sama..

      Delete
  9. Selamat hari kebangsaan dan salam maulidur rasul juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama.. Salam Kemerdekaan dan Salam Maulidur Rasul juga buat Mak Lin... ☺️πŸ‘ŒπŸ»

      Delete
  10. salams hari isnin, tahniah kakak...insyallah tahun hadapan menjadi hak milik kakak. Moga bunda cepat sihat juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kunjungan ke sini... Insyallah tahun depan diberi izin utk le peringkat Kebangsaan pula.. amin terima kasih atas doa nya.. 🀲🏻☺️

      Delete
  11. Salam Maulidur Rasul. Ke mana pula kali ni? Seronok dapat backpack lelama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul juga.. Ke mana? Insyallah nanti kita update di sini ... Kumpul cuti dekat setahun boleh la gi lama sikit πŸ˜…

      Delete
  12. usia yang panjang 71 tahun
    semoga segara pulih sehat.
    Di tempat saya masih sepi perayaan maulid, biasanya nanti menjelang akhir bulan baru ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dilanjutkan usia dlm kesihatan yg baik.. oh masih sepi.. dan biasa pd hujung bulan.. menarik juga itu kalau dpt disaksikan.. ☺️

      Delete
  13. Wah! Hebat la kakak! Ini bermakna dia seorang yg berani dan konfiden!

    Ye faham... orang tua memang tak nak tinggalkan rumah dia... faham je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sampai kadang2 risau dia terlebih konfiden hahaha.. cara uncle faham tu mcm deep sangat hahaha... πŸ˜…

      Delete
  14. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Maulidur Rasul. Banyak cuti kita bulan September ni.

    Tak kasi chance lansung ye bersenang lenang, banyak kerja diberinya. Bertabahlah ye tuan. Saya pun tengok perbarisan online je di desktop.

    Tahniah kakak. Berjaya juga tu dapat tempat walaupun nombor 4. Jangan bersedih, cuba lagi dimasa akan datang. Pengalaman tu yang pentingnya.

    Semoga kaki mak cepat sembuh dan boleh berjalan seperti biasa. Benar, orang tua kita ni lebih suka duduk rumah sendiri. Lebih selesa dan dah biasa dengan aktivitinya. Kalau duduk bandar, resah gelisah tak selesa. Faham sangat tu.

    Semoga lancar perjalanan selamat pergi dan pulang. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu malas nak submit cuti awal awal.. nanti diketahui mulalah dibanyakan kerja hahaha.. itulah bulan September tahun ini mmg byk cuti.. rasa mcm eh kejap je.. know know dah gaji kan πŸ˜…

      Delete
    2. Kakak dpt tempat ke 4 dari seluruh sekolah negeri selangor dan itu juga percubaan pertama kali sekolah kakak hantar wakil.. alhamdulillah tapi itulah budak kan tetap nangis mgm kalah teruk hahaha.. amin semoga kaki mak cepat sembuh.. 🀲🏻☺️

      Delete
  15. dah sampai ke peringkat negeri tu kira hebat sangat dah. syabas kakak n team! comel je dia yg paling kecik cinonet sekali xD

    semoga mak cepat sembuh. anak2 risau tinggalkan mak sorang2 kat kampung, tapi orang tua pulak mmng lebih suka duduk kat rumah sendiri. harap baik2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. bab dia paling kecik tu aduhaii .. tak tau nak kata apa hahaha.. tpi mulut mcm cili pedas jer berbahas.. πŸ˜…
      Harap sangat mak cepat sembuh.. dan pulih sebaiknya.. dah nak tinggal di rumah sendiri anak2 pun tak boleh buat apa..

      Delete
  16. salam maulidurrasul to u and ur family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul juga buat Puan MZ.. ☺️

      Delete
  17. Tahniah kakak dan kawan-kawan... hebatlah.. pertama kali masuk bertanding menang pelbagai peringkat. Insyaallah tahun akan datang dapat Johan pula di peringkat negeri dan meneruskan cabaran di peringkat kebangsaan.
    Semoga mak TT cepat sembuh dan baik-baik.
    Selamat mengembara ya TT dan enjoyzzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah moga-moga tahun depan dapat juara di peringkat negeri dan berjaya lepas masuk ke peringkat kebangsaan amin..
      Terima kasih atas doa yg diberi insyallah moga mak cepat sembuh.. Amin Amin..

      Delete
  18. Replies
    1. Salam Merdeka dan Salam Maulidur Rasul juga buat puan Nayfatimahrasyid.. πŸ˜‰πŸ‘πŸ»

      Delete
  19. Mak-mak kita serupa... sejenis yg tak sanggup nak berpisah dgn rumah sendiri. Macam2 alasan, antaranya nak jaga kucing & nak jaga pokok bunga πŸ˜… Semoga mak awak sihat2 selalu. Nasib baik duduk setanah lagi boleh gilir2 balik dgn adik-beradik lain jenguk mak selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Macam macam alasan... Kalau berjaya pujuk pun lepas tu duduk sekejap jer dah minta nak balik.. takde nyer lama nak duduk rumah anak anak.. kdg2 alasan tak nak susah kan anak2.. hurmm bertabah jer lah..

      Delete
  20. wahhh tahniah kakak & the geng!
    tak apa thn ni timba pengalaman. thn dpn boleh jd juara!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun depan kena cuba lebih baik.. sebab tahun ni blh ke negeri.. kalau tahun dpn kalah peringkat daerah mesti frust.. πŸ˜…

      Delete
  21. salam maulidur rasul dan selamat hari malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul dan Salam Merdeka buat blogger nies juga πŸ‘πŸ»☺️

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...