Friday, 26 September 2025

Safely Arrived in Malaysia - 7 Countries & 12 Cities - Journey Completed

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah - Itulah first word yang terzahir dari mulut aku. Dari impian dicapai dalam genggaman semasa dalam pengembaraan sehinggalah sampai di rumah. Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk melihat keindahan dalam ciptaan Mu di atas dunia ini.

Dan terima kasih buat Blogger Anies atas tunjuk ajar yang diberikan dan sudi menjawap beberapa soalan aku sebab beliau dah pun menjejakan kaki ke beberapa destinasi yang aku plan untuk dituju. Especially pasal nak transit di Istanbul.

Terima kasih jua kepada Blogger Puan Mulan @ O-Mulan, Blogger Puan Zila @ Aku Love Travel, Blogger Diana Teo @ Travel & Living Journal of DT, Blogger Shahrin @ Janggel Trekker's Life, Blogger Puan Suzie @ Miles of Smile dan ramai lagi.

Di atas tulisan entry u all yang banyak membantu aku dalam membuat itinerary dan perancangan untuk mengembara selama hampir 2 minggu. Ramai lagi yang aku baca tulisan di blog mereka tapi baru landing dan sampai rumah ni susah pulak nak recall one by one. Jadi jangan terasa pula hihii.

Fly for the first time with Turkish Airlines dan mengambil peluang pakej stopover di Istanbul, Turkiye selama 26 jam. Dan diberikan Hotel 5 Bintang secara percuma with breakfast yang menakjubkan siap ada chef tolong masakan omelet gitu.

Destinasi yang dituju adalah Zurich, Switzerland - Unlock Negara ke 47 dalam travel diary. Kenapa pilih Zurich? Sebab promo paling murah by Turkish Airlines adalah Zurich dengan RM2263.00 for return. 

Dan dari Zurich menaik bas ke Strasbourg, France. Kenapa ke sini? Sebab kami travel berempat/two couple which is my Junior masa belajar dulu Ustaz Anas with his wife Cikgu Hani. Dan Strasbourg adalah impian destinasi mereka so aku masukan dalam itinerary untuk trip ini.

Dari Strasbourg kami menuju ke Luxembourg - Unlock Negara ke 48. Dan dari Luxembourg kami menaiki train selama 45 minit menuju ke Trier, Germany - Unlock Negara ke 49. Sebab bersebelahan sahaja. Dan di sini terdapat peninggalan struktur bangunan jajahan dari zaman Empire Rom lagi.

Kemudian destinasi seterusnya adalah Basel, Switzerland. Di sinilah shopping buah dan sayuran yang segar-segar untuk dimasak. Memang tak tahan kalau sekadar dilihat. Nanti aku cerita ada makcik tu bagi aku free buah plum sebekas hihii.

Dari Basel kami menuju semula ke Zurich dan kemudian meneruskan perjalanan ke Feldkirch, Austria - Unlock Negara ke 50. Apa yang aku boleh katakan adalah definitely kalau diberi peluang aku nak repeat and stay more days in Feldkirch. 

Tiga hari dua malam berada di Feldkirch memang tak cukup langsung. The environment & the people its just wonderful, termasuklah owner apartment yang sangat baik hati dan mengambil berat pada kami. Seriously memang terharu.

Dari Feldkirch kami mengambil public bus menuju ke Schaan dan Vaduz, Liechtenstein - Unlock Negara ke 51. Perjalanan dengan bas mengambil masa lebih kurang 40 minit sahaja. Sempat la kami hiking untuk melihat sebuah Castle yang masih lagi digunakan oleh keluarga di raja yang terletak di atas bukit. 

By the way Vaduz City memang awesome dengan pemandangan yang sangat cantik. Cuaca tidak begitu baik di sebelah petang membuatkan kami membatalkan racangan untuk ke Malbun untuk menaiki Gondola dan bermain Alpine Coaster.

Dari Feldkirch kami menaiki train dengan harga Euro 11.00 per person menuju ke Lindau, Germany. Menginap di Westkuste Hostel dengan room with sharing toilet. Dan menaiki ferry ke Meersbourg, Germany merentasi Bondensee Lake yang dimiliki oleh 3 negara iaitu Germany, Austria dan Switzerland.

Dan destinasi terakhir kami adalah Konstanz atau Constance, Germany. Sebuah bandar yang amat besar, cantik, bersih dan unik. Kami tiba dengan menaiki ferry selama 20 minit dari Meersbourg. Harga tiket ferry Euro 4.10 per person.

Dan pada hari terakhir kami menaiki bus menuju pulang ke Zurich dari Konstanz dan kemudian ke airport sebelum menaiki flight balik ke Malaysia. Total budget yang kami spend untuk tirp ini adalah RM4950.00 seorang termasuk flight ticket, makan, bus, hotel, train, ferry dan toilet. 

Tengah Jet lag tak boleh tidur maka terlahirlah entry ini. Nanti aku update semula entry ini degan gambar sekali.

3 comments:

  1. Amazing ustaz, banyak pengalaman. Jauh berjalan luas pandangan. Tak mustahil hati menjadi lebih tawaduk kerana nampak begitu hebat kuasaNya, justru kita dapat lagi istiqomah memuji Allah Dia lah yang memberi anugerah hebat kepada ustaz..melihat banyak tempat indah seantero Dunia. Pasti banyak ganjarandariNya.Aamiin..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Saya akan mengikuti blog ustaz yang bagi saya amat amat berharga terutama keoada ustaz, bahagia ustaz tempias kepada kami yang membaca dan melihat travling yang mengkagumkan ini..tahniah sekali lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...