Monday, 22 September 2025

Third Update From Last Destination

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Pagi isnin yang lebih sejuk, suhu jatuh dari 19 degree malam tadi ke 12 degree pagi ini dan dijangka hujan sepanjang hari. 

Moga perjalanan menaiki ferry 4 jam lagi tidak hujan dan cuaca elok. 

Alhamdulillah perjalanan kembara kali ini kian menghampiri ke penghujung. Tinggal lagi 3 destinasi sahaja yang perlu dituju. Moga dipermudahkan segala urusan.

Suasana pemandangan dari jendela bilik hostel kami.
Breakfast Pack Nasi Lemak dari Chef Zam
Pagi ini kami bersarapan dengan Pack Nasi Lemak Ready To Eat dari Chef Zam. Very recommended. Sedap dan nasi tak melekat. Sambal sedap walau sedikit pedas. Ikan bilis dan kacang juga disediakan. 

Unlock another new city in my travel list
Perjalanan semalam menaiki kereta api melintasi sempadan di antara dua negara semalam memang memukau pandangan mata. Tak terasa lamanya berada di dalam kereta api. 

Satu perkara yang aku tak tahu ketika berada di negara negara ini adalah hari ahad adalah hari cuti bagi semua orang. Bayangkan semalam nak pergi mall tapi mall tutup. 

Kedai-kedai biasa pun mostly semua tutup. Jeng kreng pale hahaha.. 

Menaiki train melintasi sempadan di antara dua buah negara.
Keadaan dalam train yang cukup selesa. Tiada no seat dan boleh duduk di mana sahaja.
Kalau lah travel kali ini aku bawa laptop mesti dah boleh update full story. Tapi sebab guna hp sahaja untuk update. Maka short short jer lah setiap entry ni. 

Insyallah nanti aku update lagi. Doakan moga aku selamat kembali untuk trip kembara kali ini. Dan memang tak sabar nak update story journey kali ini.

Tapi tu la.. Journey Maldive, Turkey, Bulgaria dan Romania tahun lepas belum di update lagi. Bertabah la tunggu story. But insyallah will update juga walau jauh mana masanya ☺️


3 comments:

  1. Sejuk2 menikmati nasi lemak...

    ReplyDelete
  2. dicadangkan up entry travel terbaru ni..dah habis baru start yang lain2 buat throwback...hehehe....bila masa la dia ni pi travel....tau2 dah ada entry baru dah ha

    ReplyDelete
  3. Part paling malas lepas travel ialah nak godek gambar2 dlm phone utk pilih dan edit lepas tu mengarang cerita travel kat blog kan? Hehe. Cerita travel saya pun tak habis lagi ni. Tgh tunggu ilham datang haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...