Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk hari ke-6 khas buat semua yang hadir ke blog ini.
Hari ke-10 mengembara di bumi Yunnan, China. Apa yang kami rasa? First penatttt...!! π€£ Hahaha..
Rasa macam menyesal kenapa lama sangat travel hahaha.. Dah tak sabar nak balik Malaysia π
. Apatah lagi nak sambut raya dengan family, sanak saudara dan kenalan.. Nak makan lemang, ketupat, kuah kacang dan rendang bagai.
![]() |
| Malam tadi kenyang tapi sebab sejuk sangat, kami stop dan masuk ke Lanzhou Ramen Muslim Restaurant. Hirup sup & makan skewer panas. |
Pada empat hari pertama kami berpuasa di Kun Ming dan Da Li. Keadaan kami masih lagi bersemangat dengan perasaan excited untuk explore budaya, tempat-tempat yang menarik dan juga enjoy dengan cuaca yang kian sejuk apabila kami travel lebih jauh menuju ke arah utara.
![]() |
| Rezeki dapat main snow fall second day in Dukezong Ancient City. |
Menuju ke Li Jiang City (3H2M), Tiger Leaping Gorge (2H1M) dan Dukezong City (3H2M). Dari suhu 10 degree sehingga jatuh ke Minus -3. Dan bersyukur dapat merasa snow fall di Dukezong City pagi semalam bersama the kids. Tapi the kids tak tahan sejuk. Main dalam 20 minit sahaja pastu semua lari masuk hotel semula π
.
![]() |
| Layan jer la the gurls nak pakai pakaian traditional tibet ni ☺️. |
![]() |
| Lembu yang hidup di sini dipanggil Yak. Kalau ke sini wajib mencuba makan halal Yak Skewer, Yak Sup dan hirisan daging yak dalam mee tarik ☺️ππ»π€€. |
Malam tadi the gurls dengan si ibu sewa pakaian traditional Tibet. Puas mencari mana kedai yang beri harga murah dan berpatutan. Syukur at last dengan bantuan staf hotel kami dapat sewa pakaian dengan harga Yuan 115.00 seorang sekali makeup. Ada yang charge Yuan 189.00 sehingga Yuan 250.00 seorang. Harga include photographer adalah lebih mahal.
![]() |
| Pintu Gerbang Moonlit Light. |
![]() |
| Entrance Youpin Fresh Life Supermarket yang agak tersembunyi. |
Malam tadi sebelum pulang ke hotel kami singgah ke sebuah supermarket yang agak besar iaitu Youpin Fresh Life yang terletak di Moonlit Line. Tak jauh dari Dukezong Temple Square. Cuma entrance agak tersembunyi sedikit, kalau tak perasan memang tak nampak escalator nak turun ke bawah.
Agak menarik sebab ada banyak makanan yang bertanda halal terjual di sini. Dari mee segera, daging kering, yogurt, biskut dan nak beli buah adalah lebih murah di sini berbanding penjual di kaki lima di tepi jalan dan kedai-kedai biasa.
![]() |
| Antara beberapa produk yang mempunyai logo halal. |
![]() |
| Pisang tu RM2.00 dan limau kecil manis tu RM8.00 dekat 3kg. |
Antara mee segera yang halal di Yunnan. Jangan tanya apa brand sebab aku tak boleh baca chines word tu haha.. but ada tanda halal dan ada banyak perisa. So far dah rasa memang sedap especially yang warna hijau dan merah. Yang tiga warna dalam gambar ni baru nak cuba ☺️. Tengok gambar macam semua perisa daging π€€.
![]() |
| Naisnow Cafe. Lega bila masuk sebab ada panas heater. Very Recommended place untuk mengopi. Masa ni kat luar suhu minus -3. |
![]() |
| Terjumpa 3 orang Johor Bharu di Naisnow Cafe. Very friendly person. ☺️ππ» |
Malam tadi setelah pulangkan baju traditional tibet tu. Kami singgah di Naisnow Cafe on the way balik ke hotel. Tak sure only in Dukezong City atau ada banyak branch di seluruh China. Order Hot Chocolate Yuan 20.00, Jasmine Hot Tea Yuan 19.00 dan Hot Latte Yuan 20.00. Harga tidak terlalu mahal dan sedap ππ».
Sebelah meja kami ada 3 orang lelaki cina yang kami buat tak tahu sebab sini memang China. Sekali dia tegur "Orang Malaysia ke?". Aku pun gelak "Aah, Orang Selangor π
.." Rupanya mereka bertiga dari Johor Bharu. Sempatlah kami berborak seketika. Nak borak lama tak boleh sebab dah lewat malam and the kids dah meragam π
.










best la jumpa orang Malaysia kat sana...menarik plak bila cakap makanan sedikit murah kat sana especially buah- buahan...
ReplyDeleteSeronok jumpa orang Malaysia di sini.. terasa aura lebaran bila bertemu sebab sesama mengucapkan selamat hari raya ☺️ππ»..
Deletekalau terjumpa orang malaysia di luar negara mesti akan bertegur sapa kan
ReplyDeleteKebiasaanya kalau terjumpa mesti akan bertegur sapa.. lagi2 waktu raya mcm ni mmg ucapan selamat hari raya tu menjadi kewajipan ☺️π€²π»
DeleteRupanya sama2 dari Malaysia ye. Budak2 tak tahan sejuk. Kat Malaysia ni panas betul. Best la sana sejuk.
ReplyDeleteItulah ... Rupanya orang Malaysia.. seronok bila ada yg wish selamat hari raya di perantauan.. itulah dgr juga Malaysia tgh panas skrg ni. Moga baik2 sahaj semuanya amin..
DeleteComel dan cantik girls berpakaian tradisional Tibet π
ReplyDeleteBagus Chinese tu, sudi menegur.
Dapat juga the gurls pakai baju tu sekali dgn mak nya.. Sanggup nak berjalan dgn bju tu dlm kesejukan π .. That Chinese mmg very friendly ππ»
DeleteBest tu dapat merasa snowfall.
ReplyDeletealolo comelo gegirls pakai baju tradisional.
Baguslah ada yang menegur tu.
Unexpected dapat rasa snow fall tu sbb dah hujung march ☺️. Suka bila tegur menegur sesama Malaysian di perantauan.. ☺️ππ»
Deletealahai...gambar gambarnya tak appear pula kat komputer saya ni. Apapun selamat hari raya maaf zahir batin.
ReplyDeleteAduh kenapa tak keluar gambar tu.. try la refresh huhuu.. apa pun selamat hari raya aidilfitri.. Mohon maaf zahir dan batin ya π€²π»
DeleteWow sempat lagi travel tu....
ReplyDeleteSempat alhamdulillah hihii.. tak sabar dah nak balik Malaysia π
Deletenampaknya kawasan tanah tinggi @ china walaupun dah pertengahan mac masih lebat / turun saljinya.... sy kira dah start musim bunga
ReplyDeleteKami tak expect langsung akan ada snow.. sebab seblum pergi ada juga check weather.. sejuk sejuk biasa sahaja.. tpi bila smpai sini sampai minus jadi nya..π
Deletemenarik tu! bolehlah nanti try mkn yak skewer... kat sini kompem tak ada org jual hehehe
ReplyDeleteSedap sedap muslim food di sini.. syukur alhamdulillah tak susah la makan di seluruh negeri Yunnan ni.. Daging Yak tu pun kat kawasan tanah tinggi sini je kot.. tpi cuba la try cari π
DeleteWah jumpa Malaysian dekat sana ππ»
ReplyDeleteSkewer tu macam sedap
Alhamdulillah ditemukan dgn beberapa org Malaysia yg baik hati.. ☺️ππ»
Deletealamakk suhu -3 ye? Malaysia skrg ni dah mcm duduk sebelah matahari panasss gilerrr kawww kawwwww.. nak beraya pun jenuhh bepeluh ketiakkkkk ehehe
ReplyDeleteAah masa di Shangri La suhu paling rendah -3. Now dah du Kun Ming +17 degree.. Nanti balik Malaysia tak la terkejut sgt.. harap2 la ☺️.. kita ni tak sabar nak gi beraya huhuu.. π
DeleteSama ke texture daging Yak dengan lembu kita? Ke lebih keras?
ReplyDeleteBawak balik sikit salji tu... heheheh
Rasa sedikit kelainan.. ada yang mostly makan lembut jer rasa.. Lagi2 kalau makan yg cucuk mcm satay tu π€€.. Salji tu cair nanti uncle beku kan semula π
DeleteSelamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin.
ReplyDeleteTeringat zaman sekolah rendah dulu zaman saya ada subject Ilmu Alam...Ada la gambar tentang Yak dan beberapa jenis haiwan kutub yang lain.Jadi ingat pula bila nampak gambar Yak ni