Thursday, 26 March 2026

Cerita Kami Semalam Di Dukezong Ancient City - Shangri La, Yunnan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk hari ke-6 khas buat semua yang hadir ke blog ini. 

Hari ke-10 mengembara di bumi Yunnan, China. Apa yang kami rasa? First penatttt...!! 🤣 Hahaha..

Rasa macam menyesal kenapa lama sangat travel hahaha.. Dah tak sabar nak balik Malaysia 😅. Apatah lagi nak sambut raya dengan family, sanak saudara dan kenalan.. Nak makan lemang, ketupat, kuah kacang dan rendang bagai.

Malam tadi kenyang tapi sebab sejuk sangat, kami stop dan masuk
ke Lanzhou Ramen Muslim Restaurant. Hirup sup & makan skewer panas.
Pada empat hari pertama kami berpuasa di Kun Ming dan Da Li. Keadaan kami masih lagi bersemangat dengan perasaan excited untuk explore budaya, tempat-tempat yang menarik dan juga enjoy dengan cuaca yang kian sejuk apabila kami travel lebih jauh menuju ke arah utara. 

Rezeki dapat main snow fall second day in Dukezong Ancient City.
Menuju ke Li Jiang City (3H2M), Tiger Leaping Gorge (2H1M) dan Dukezong City (3H2M). Dari suhu 10 degree sehingga jatuh ke Minus -3. Dan bersyukur dapat merasa snow fall di Dukezong City pagi semalam bersama the kids. Tapi the kids tak tahan sejuk. Main dalam 20 minit sahaja pastu semua lari masuk hotel semula 😅.

Layan jer la the gurls nak pakai pakaian traditional tibet ni ☺️.
Lembu yang hidup di sini dipanggil Yak. Kalau ke sini wajib mencuba makan halal Yak Skewer, Yak Sup dan hirisan daging yak dalam mee tarik ☺️👍🏻🤤.
Malam tadi the gurls dengan si ibu sewa pakaian traditional Tibet. Puas mencari mana kedai yang beri harga murah dan berpatutan. Syukur at last dengan bantuan staf hotel kami dapat sewa pakaian dengan harga Yuan 115.00 seorang sekali makeup. Ada yang charge Yuan 189.00 sehingga Yuan 250.00 seorang. Harga include photographer adalah lebih mahal.

Pintu Gerbang Moonlit Light.
Entrance Youpin Fresh Life Supermarket yang agak tersembunyi.
Malam tadi sebelum pulang ke hotel kami singgah ke sebuah supermarket yang agak besar iaitu Youpin Fresh Life yang terletak di Moonlit Line. Tak jauh dari Dukezong Temple Square. Cuma entrance agak tersembunyi sedikit, kalau tak perasan memang tak nampak escalator nak turun ke bawah.

Agak menarik sebab ada banyak makanan yang bertanda halal terjual di sini. Dari mee segera, daging kering, yogurt, biskut dan nak beli buah adalah lebih murah di sini berbanding penjual di kaki lima di tepi jalan dan kedai-kedai biasa.

Antara beberapa produk yang mempunyai logo halal.
Pisang tu RM2.00 dan limau kecil manis tu RM8.00 dekat 3kg.
Antara mee segera yang halal di Yunnan. Jangan tanya apa brand sebab aku tak boleh baca chines word tu haha.. but ada tanda halal dan ada banyak perisa. So far dah rasa memang sedap especially yang warna hijau dan merah. Yang tiga warna dalam gambar ni baru nak cuba ☺️. Tengok gambar macam semua perisa daging 🤤.

Naisnow Cafe. Lega bila masuk sebab ada panas heater.
Very Recommended place untuk mengopi. Masa ni kat luar suhu minus -3.
Terjumpa 3 orang Johor Bharu di Naisnow Cafe. Very friendly person. ☺️👍🏻
Malam tadi setelah pulangkan baju traditional tibet tu. Kami singgah di Naisnow Cafe on the way balik ke hotel. Tak sure only in Dukezong City atau ada banyak branch di seluruh China. Order Hot Chocolate Yuan 20.00, Jasmine Hot Tea Yuan 19.00 dan Hot Latte Yuan 20.00. Harga tidak terlalu mahal dan sedap 👍🏻.

Sebelah meja kami ada 3 orang lelaki cina yang kami buat tak tahu sebab sini memang China. Sekali dia tegur "Orang Malaysia ke?". Aku pun gelak "Aah, Orang Selangor 😅.." Rupanya mereka bertiga dari Johor Bharu. Sempatlah kami berborak seketika. Nak borak lama tak boleh sebab dah lewat malam and the kids dah meragam 😅.

3 comments:

  1. best la jumpa orang Malaysia kat sana...menarik plak bila cakap makanan sedikit murah kat sana especially buah- buahan...

    ReplyDelete
  2. kalau terjumpa orang malaysia di luar negara mesti akan bertegur sapa kan

    ReplyDelete
  3. Rupanya sama2 dari Malaysia ye. Budak2 tak tahan sejuk. Kat Malaysia ni panas betul. Best la sana sejuk.

    ReplyDelete