Thursday, 26 March 2026

Cerita Kami Semalam Di Dukezong Ancient City - Shangri La, Yunnan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk hari ke-6 khas buat semua yang hadir ke blog ini. 

Hari ke-10 mengembara di bumi Yunnan, China. Apa yang kami rasa? First penatttt...!! 🤣 Hahaha..

Rasa macam menyesal kenapa lama sangat travel hahaha.. Dah tak sabar nak balik Malaysia 😅. Apatah lagi nak sambut raya dengan family, sanak saudara dan kenalan.. Nak makan lemang, ketupat, kuah kacang dan rendang bagai.

Malam tadi kenyang tapi sebab sejuk sangat, kami stop dan masuk
ke Lanzhou Ramen Muslim Restaurant. Hirup sup & makan skewer panas.
Pada empat hari pertama kami berpuasa di Kun Ming dan Da Li. Keadaan kami masih lagi bersemangat dengan perasaan excited untuk explore budaya, tempat-tempat yang menarik dan juga enjoy dengan cuaca yang kian sejuk apabila kami travel lebih jauh menuju ke arah utara. 

Rezeki dapat main snow fall second day in Dukezong Ancient City.
Menuju ke Li Jiang City (3H2M), Tiger Leaping Gorge (2H1M) dan Dukezong City (3H2M). Dari suhu 10 degree sehingga jatuh ke Minus -3. Dan bersyukur dapat merasa snow fall di Dukezong City pagi semalam bersama the kids. Tapi the kids tak tahan sejuk. Main dalam 20 minit sahaja pastu semua lari masuk hotel semula 😅.

Layan jer la the gurls nak pakai pakaian traditional tibet ni ☺️.
Lembu yang hidup di sini dipanggil Yak. Kalau ke sini wajib mencuba makan halal Yak Skewer, Yak Sup dan hirisan daging yak dalam mee tarik ☺️👍🏻🤤.
Malam tadi the gurls dengan si ibu sewa pakaian traditional Tibet. Puas mencari mana kedai yang beri harga murah dan berpatutan. Syukur at last dengan bantuan staf hotel kami dapat sewa pakaian dengan harga Yuan 115.00 seorang sekali makeup. Ada yang charge Yuan 189.00 sehingga Yuan 250.00 seorang. Harga include photographer adalah lebih mahal.

Pintu Gerbang Moonlit Light.
Entrance Youpin Fresh Life Supermarket yang agak tersembunyi.
Malam tadi sebelum pulang ke hotel kami singgah ke sebuah supermarket yang agak besar iaitu Youpin Fresh Life yang terletak di Moonlit Line. Tak jauh dari Dukezong Temple Square. Cuma entrance agak tersembunyi sedikit, kalau tak perasan memang tak nampak escalator nak turun ke bawah.

Agak menarik sebab ada banyak makanan yang bertanda halal terjual di sini. Dari mee segera, daging kering, yogurt, biskut dan nak beli buah adalah lebih murah di sini berbanding penjual di kaki lima di tepi jalan dan kedai-kedai biasa.

Antara beberapa produk yang mempunyai logo halal.
Pisang tu RM2.00 dan limau kecil manis tu RM8.00 dekat 3kg.
Antara mee segera yang halal di Yunnan. Jangan tanya apa brand sebab aku tak boleh baca chines word tu haha.. but ada tanda halal dan ada banyak perisa. So far dah rasa memang sedap especially yang warna hijau dan merah. Yang tiga warna dalam gambar ni baru nak cuba ☺️. Tengok gambar macam semua perisa daging 🤤.

Naisnow Cafe. Lega bila masuk sebab ada panas heater.
Very Recommended place untuk mengopi. Masa ni kat luar suhu minus -3.
Terjumpa 3 orang Johor Bharu di Naisnow Cafe. Very friendly person. ☺️👍🏻
Malam tadi setelah pulangkan baju traditional tibet tu. Kami singgah di Naisnow Cafe on the way balik ke hotel. Tak sure only in Dukezong City atau ada banyak branch di seluruh China. Order Hot Chocolate Yuan 20.00, Jasmine Hot Tea Yuan 19.00 dan Hot Latte Yuan 20.00. Harga tidak terlalu mahal dan sedap 👍🏻.

Sebelah meja kami ada 3 orang lelaki cina yang kami buat tak tahu sebab sini memang China. Sekali dia tegur "Orang Malaysia ke?". Aku pun gelak "Aah, Orang Selangor 😅.." Rupanya mereka bertiga dari Johor Bharu. Sempatlah kami berborak seketika. Nak borak lama tak boleh sebab dah lewat malam and the kids dah meragam 😅.

43 comments:

  1. best la jumpa orang Malaysia kat sana...menarik plak bila cakap makanan sedikit murah kat sana especially buah- buahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok jumpa orang Malaysia di sini.. terasa aura lebaran bila bertemu sebab sesama mengucapkan selamat hari raya ☺️👍🏻..

      Delete
  2. kalau terjumpa orang malaysia di luar negara mesti akan bertegur sapa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebiasaanya kalau terjumpa mesti akan bertegur sapa.. lagi2 waktu raya mcm ni mmg ucapan selamat hari raya tu menjadi kewajipan ☺️🤲🏻

      Delete
  3. Rupanya sama2 dari Malaysia ye. Budak2 tak tahan sejuk. Kat Malaysia ni panas betul. Best la sana sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ... Rupanya orang Malaysia.. seronok bila ada yg wish selamat hari raya di perantauan.. itulah dgr juga Malaysia tgh panas skrg ni. Moga baik2 sahaj semuanya amin..

      Delete
  4. Comel dan cantik girls berpakaian tradisional Tibet 😊
    Bagus Chinese tu, sudi menegur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat juga the gurls pakai baju tu sekali dgn mak nya.. Sanggup nak berjalan dgn bju tu dlm kesejukan 😅.. That Chinese mmg very friendly 👍🏻

      Delete
  5. Best tu dapat merasa snowfall.
    alolo comelo gegirls pakai baju tradisional.
    Baguslah ada yang menegur tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unexpected dapat rasa snow fall tu sbb dah hujung march ☺️. Suka bila tegur menegur sesama Malaysian di perantauan.. ☺️👍🏻

      Delete
  6. alahai...gambar gambarnya tak appear pula kat komputer saya ni. Apapun selamat hari raya maaf zahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh kenapa tak keluar gambar tu.. try la refresh huhuu.. apa pun selamat hari raya aidilfitri.. Mohon maaf zahir dan batin ya 🤲🏻

      Delete
  7. Replies
    1. Sempat alhamdulillah hihii.. tak sabar dah nak balik Malaysia 😅

      Delete
  8. nampaknya kawasan tanah tinggi @ china walaupun dah pertengahan mac masih lebat / turun saljinya.... sy kira dah start musim bunga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tak expect langsung akan ada snow.. sebab seblum pergi ada juga check weather.. sejuk sejuk biasa sahaja.. tpi bila smpai sini sampai minus jadi nya..😅

      Delete
  9. menarik tu! bolehlah nanti try mkn yak skewer... kat sini kompem tak ada org jual hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sedap muslim food di sini.. syukur alhamdulillah tak susah la makan di seluruh negeri Yunnan ni.. Daging Yak tu pun kat kawasan tanah tinggi sini je kot.. tpi cuba la try cari 😅

      Delete
  10. Wah jumpa Malaysian dekat sana 👍🏻
    Skewer tu macam sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ditemukan dgn beberapa org Malaysia yg baik hati.. ☺️👍🏻

      Delete
  11. alamakk suhu -3 ye? Malaysia skrg ni dah mcm duduk sebelah matahari panasss gilerrr kawww kawwwww.. nak beraya pun jenuhh bepeluh ketiakkkkk ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah masa di Shangri La suhu paling rendah -3. Now dah du Kun Ming +17 degree.. Nanti balik Malaysia tak la terkejut sgt.. harap2 la ☺️.. kita ni tak sabar nak gi beraya huhuu.. 😅

      Delete
  12. Sama ke texture daging Yak dengan lembu kita? Ke lebih keras?

    Bawak balik sikit salji tu... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa sedikit kelainan.. ada yang mostly makan lembut jer rasa.. Lagi2 kalau makan yg cucuk mcm satay tu 🤤.. Salji tu cair nanti uncle beku kan semula 😅

      Delete
  13. Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin.

    Teringat zaman sekolah rendah dulu zaman saya ada subject Ilmu Alam...Ada la gambar tentang Yak dan beberapa jenis haiwan kutub yang lain.Jadi ingat pula bila nampak gambar Yak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Mohon Maaf Zahir Dan Batin..
      Oo okay.. subjek ilmu alam tu rasa ada lagi ke sekarang huhu.. Yak lembu yg mempunyai bulu yg lebat.. daging pun sedap 😅

      Delete
  14. bestnya sbb kids dpt merasa snowfall tu! -3 tu memang sgt sejuk laa...tp saya suka jer sejuk2 heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki the kids dapat rasa snow fall tu.. sejuk minus -3 tu mmg the kids tak tahan main snow.. 😅

      Delete
  15. Selalu dengar orang beraya di over sea satu pengalaman yang best. Tapi kalau akak emm tak boleh tahan oooo pagi raya nak makan ketupat lodeh sambal goreng dengan rendang daging. Nak jumpa adik beradik anak sedara cucu sedara. Apa pun satu pengalaman kan. Teringin nak cuba tapi tak boleh nanti adik beradik semua perambat akak.....huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala mencari pengalaman insyallah memang seronok.. merasai perbezaan sambutan raya.. tapi kalau tiap2 tahun tu lain jadi nya hihii.. Ni pun dah balik 3-4 hari tak merasa lagi ketupat rendang huhuu.. Mmg kena perambat la kalau tetiba kan nak beraya di luar hahahaa.. 😅

      Delete
  16. Comel la kids pakai baju tradisi tibet..jarang nak jumpa tau..
    Mesti chinese Malaysian tu tak sangka ada orang mai bercuti time raya.. hihihi..hilang la rasa rindu kejap raya dekat Malaysia, sebab ada yang wish "selamat hari raya"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sini mmg ramai org dtg sewa baju traditional tibet tu.. even local china from other cities.. itulah kami tak sangka dan dia pun tak sangka, boleh berjumpa sesama malaysian ☺️👍🏻.. dptla first wish slmt hari raya tu..

      Delete
  17. Comey la kids pakai baju tibet tu =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta dari first day kata nak pakai baju tu.. bila dpt bukan main seronok lagi.. ☺️👍🏻

      Delete
  18. Plan bulan 9 pergi nanti...nak sewa la baju tradisional tu buat kenangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari yang murah.. sebab package yg sama ada yang sewakan sampai dekat 300 yuan.. minta tlg org hotel kalau mereka boleh tolong.. 👍🏻☺️

      Delete
  19. takyah gi jejauh ek nak main snow.. kakak & adik dah macam orang sana lah, comeyy! 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unexpected dapat snow fall tu.. syukur the kids dpt main snow.. ☺️

      Delete
  20. Aduuuuuh nikmat sangat pasti lagi dingin makan Lanzhou noodle. Kuliner Lanzhou ini memang terkenal 👍👍. Trtama yg mencari noodle halal.

    Saya masih penasaran rasa daging yak. 😍

    Tak susah menemukan makanan halal di sana yaaa. JD tertarik pula saya nak datang. Bisa bertemu sesama warga negara ketika sedang traveling, dan mereka ramah menyapa, itu happy sangat. Terkadang ada orang yang malah tidak suka menyapa sesama Indonesia (misalnyaaa) ketika sedang traveling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau di Malaysia ada chinese muslim restaurant tapi makan di sana ada kelainan nya.. lebih sedap.. apa pun daging yg dibakar memang lembut.. enak diratah..

      Delete
    2. Kalau di semua bandar bandar di Yunnan.. Muslim food itu agak mudah utk kita jumpa... Insyallah tidak akan kelaparan walau lama mana di sana ☺️. Ada jumpa warga Malaysia dan Indonesia juga.. syukur semuanya baik dan peramah.. mungkin juga masih lagi suasana lebaran ☺️👍🏻

      Delete
  21. daging yak tu rasa dia macam kerbau ke? tak pernah makan.

    haha kita kalau gi china n terjumpa orang cina memang buat derk je. sekali cina tu tegur dalam bahasa melayu terus ajak borak. susah nak bezakan mana cina malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam daging lembu tapi lembut jer makan.. tak tau is because cara ia di masak atau mmg daging yak itu lembut sbb duduk di tempat sejuk.. Itulah jumpa melayu boleh tahu tpi jumpa org cina Malaysia mmg tak bertegur la unless kalau dia tegur dulu.. 😅

      Delete