Hari ini hari terakhir Ramadhan 1447 Hijrah. Didoakan moga semua yang hadir ke blog ini diberi kesihatan yang baik dengan kecerian yang penuh di wajah tatkala menanti 1 Syawal yang bakal menjelma.
Pada yang pulang ke kampung menyambut raya, aku doakan semoga selamat perjalanan pergi dan balik. Plan kami sekeluarga beraya tahun ini mencuba pengalaman baru dalam suasana sejuk.
![]() |
Alhamdulillah hari ini masuk hari ke-4 berpuasa di perantauan. Ku sangkakan di sini raya pada jumaat 20/03/2026. Rupanya 1 Syawal jatuh pada Sabtu 21/03/2026 sama seperti di Malaysia 😅.
![]() |
Dua entry sebelum memang lari tajuk dengan isi kandungan hihii. Biasalah bila hidup ini ada mata tak puas hati yang memerhati maka kita buatlah tajuk seperti itu. And yes betul, sebab management dengan HR marah bila dapat tahu keberadaan diri ini bukan di Malaysia tapi di perantauan.
![]() |
Dah apply cuti kan? and its approved. Its up on us la kan nak kena mana.. nak menyelam dalam laut ke.. nak terbang atas awan ke? Nak balik kampung tang mana pun. Masa approve senyap sunyi sepi tapi bila dapat tahu tiada di Malaysia habis bising hahaha.. kelakar juga manusia jenis macam ni 😅.
![]() |
Ada seorang akak senior tu lagi la "Asal tak bagitau nak raya oversea?" Aku pun macam perlu ke aku nak bagitau kau. Nak kena update my life all the time ke?. Pastu mulut bising "pergi oversea bukan nak belikan souvenir".
![]() |
Saya travel backpack jer kak oii. Semua budget budget jer.. Makanan pun banyak bawa dari Malaysia. Jenuh mengumpul sampai ikat perut demi pengalaman dan kenangan bersama anak-anak. Nama pun souvenir, macam hadiah. If diberi maka bersyukur kalau tak dapat diam jer la.





cantik view....ye btul tu..sepatutnya cuti dh approve tk perlu sibuk nk tnya..raya kt overseas ke raya kt mana tu non your bisnes...kt opis pn ada juga kdg bila kita dh apply cuti pjg sibuk nk tahu ke mana
ReplyDeleteKann.. cuti dah approve sudah la.. boleh pulak lepas tu tanya mcm2.. sibuk dgn urusan cuti org lain dah kenapa kan.. 😅
Deletecantikk Tasik Erhai..haritu x sempat gi....mcm2 hal manusia ni kan...kepoh dgn kehidupan orang lain..apa2 pun..enjoy your holiday!!
ReplyDeleteAlhamdulillah mmg cantik Tasik Erhai ni.. view sunset dgn surise mmgm memukau sangat.. Yes ada org yg kepoh dgn urusan hidup org lain yg tak ada kene mengena dalam hidup dia..☺️
DeleteSalam Aidil Fitri. Maaf zahir batin.
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri .. Mohon Maaf Zahir dan Batin juga.. ☺️🤲🏻
DeleteCuti kita hak kita lah nak buat cemana asalkan tak ganggu kerja.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya buat TT sekeluarga
Maaf zahir & batin.
Betul tu.. cuti kita hak kita kan.. nape nak bising bising hahahahaa.. masa approve tak nak tanya nak ke mana 😅.. Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Dan Batin juga.. 👍🏻☺️
DeleteTapi kalau gomen kena apply kebenaran ke luar negara sebulan sebelum..hihi
ReplyDeleteBiasa la mulut manusia, ada je tak puas hati
Kan.. kalau gomen kita faham la Huhuu.. Nak kena update kalau ke luar negara 😅.. Mulut masing-masing kan.. ntah la biarkan jer.. janji kita enjoy our own life.. ☺️😎
Deletesubhanallah lawanya view.
ReplyDeleteeh cuti pun kena update ke nak terbang atau menyelam ke mana?haha aneh la manusia ni kan?
Alhamdulillah mmg mempersonakan pemandangan di Erhai Lake ni.. syukur dapat stay satu malam di area sini.. dapat kejar sunset dan sunrise.. Manusia mmg aneh 😂
DeleteKSarie faham sangat situasi ini. Ada je mata-mata yang memerhati. Ada je yang kuban-kuban perangainya. Apa pun selamat bercuti ye
ReplyDeleteKan.. apa pun kita yg bercuti ni just enjoy every moment yg kita lalui.. buat apa nak fikir sgt pasal org lain yg nak tahu macam2 tu hahaha.. ☺️👍🏻
Deletehaters tu baca blog ni ke? aduii hahaha.
ReplyDeletetapi kalau apply cuti dan dah lulus, sepatutnya ikut sukalah nak pergi kemana pun. Bukan ganggu aktiviti diorang nak beraya pun. mintak duit pun tidakk
Yer la .. sebab dia baca la kita update tajuk mcm tu hahaha.. Giler weii rasa insecure bangat.. Betul tu.. kita nak ke mana tak minta duit org pun.. sendiri ikat perut bagai huhu..
Deletejenis sy, dah blk baru ckp travel ke mana hehehe... tau2 fly tau2 dah blk dgn selamat...
ReplyDeleteHaters always mencari.. Lagi2 tau bila apply cuti panjang tak masuk akal hahaha.. biasa mmg akan know-know jer hahaa.. 😅
DeleteCantik pemandangan tepi tasik.. Pengalaman berpuasa di perantauan..
ReplyDeleteEh! Eh!! Cuti dah diluluskan, kemana pun kita pergi itu hak kitalah kan..
Tak suka orang yang suka nak sibuk hal orang dan minta cenderahati ini..
Kita berikat perut nak berjalan dia senang-senang meminta..
Alhamdulillah tercapai juga impian nak jejakkan kaki di Erhai Lake ini.. Mmg cantik view di sini.. Kalau sembang bab cuti bercuti ni mmg ada jer yg terasa walau pun nothing to do with them.. Ikat perut nak berjalan demi kenangan tu is real.. huhuu
Deleteoooo boleh pergi sampai ke tebing tasik yaaa
ReplyDeletekiranya yg ni bahagian tasik yg paling dkt dgn ancient town laa ya?
Kami stay area Longkan Wharf di Erhai Lake. Just 3km dari East Gate Da Li Ancient Town. Rasanya mmg yg paling dekat dah tu..
DeleteSubhanallah cantiknya view tepi tasik. Cuti approved tiada halangan kita nak ke mana2 kan.
ReplyDeleteMmg cantik view sunset dan sunrise tepi tasik Erhai Lake. Waktu sunrise org dah penuh dgn camera masing-masing ☺️
DeletePergi oversea bukan nak belikan souvenir?. Hello kakak senior....ingat kami pergi oversea guna airliur je ke?. Eiiii geram betul. Nasib baik dah raya ya. Memang kalau orang macam ni sampai ke sudah tak belikan apa2 untuk dia. Huhuhu. Penting ke??
ReplyDeleteAda jer jenis-jenis makhluk yg meminta minta souvenir ni.. kalau kita travel luxury mmg tam kesah pun nak beli ratusan souvenir.. ni travel pun nak makan bercatu hahaha.. Saya mmg buat keras jer la.. tak beli pape.. dulu travel ke indonesia dgn sabah tu ada la juga belikam sbb murah..
DeleteView sana ya Allah memang cantik ya....terpegun ni.
ReplyDeleteView di Erhai Lake ni memang mempersonakan.. ☺️👍🏻
DeleteTerasa ayahdu dengan view yang sedemikan apa lagi menghampiri ayawal
ReplyDeleteSetuju... Walau tiada takbir berkumandangan tapi mcm boleh kedengaran takbir bergema di telinga ☺️🤲🏻..
Deleteif gomen memang wajib apply permission nak gi obersi..if private, ikut suka ati laaa...yg penting cuti approved!! if uia, sbb ala2 semi gomen (skim gaji folo gomen tp benda2 lain byk jer tak folo gomen), so one month permission tu utk official trip...if personal, tak enforce pun bab2 permission tu...anyway, my colleagues ramai yg kaki travel overseas niiii....ter inspire la jugakkk sbb teringin nak travel again (my wishlist destination)
ReplyDeleteYep betul tu.. kalau gomen mmg kena inform kan kalau nak prgi luar negara.. tpi swasta mana ada nak kena inform bagai huhu.. lagi2 personal trip bercuti kan.. aduh bahaya tunkalau dikelilingi kaki travel.. mmg kena racun sentiasa tu hahahaa.. 😅
Delete