Monday, 23 March 2026

Pengalaman Solat Raya Aidilfitri Di Ancient Mosque Dali Old Town

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Syukur Alhamdulillah - Lebaran Hari Raya Aidilfitri menjelma jua pada 21 Mac 2026. Setelah teka teki bila raya Jumaat atau Sabtu. Namun bagi aku sekeluarga, raya kali ini dalam mencari pengalaman baru. Allah mengizinkan kami sekeluarga berada di satu kawasan yang terdapat komuniti muslim yang telah wujud seribu tahun yang lalu.

Bergambar sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri di Da Li Ancient Mosque.
Hari ini Isnin 23 Mac 2026 adalah hari ketujuh mengembara di bumi Yunnan, China. Dan kami berada di lokasi kelima iaitu di Tiger Leaping Gorge (TLG) yang berada di tengah-tengah antara Kota Li Jiang dan Kota Shangri-La. 

Tujuh hari lepas sampai di Kun Ming City dan kemudian menaiki high speed train ke Da Li City selama dua jam dengan kelajuan tertinggi 197km/j. Dan menuju ke Erhai Lake untuk penginapan satu malam. 

Bertakbir beramai-ramai di perkarangan masjid sebelum mula solat raya.
Dan kemudian menginap di Dali Ancient Town selama dua malam. Dan selamat tiba di Kota Li Jiang menaiki train biasa selama 4 jam setengah. Menginap selama dua malam di Kota Li Jiang. Apa pun yang boleh aku kongsikan Da Li lebih murah dari L Jiang dari segi harga makanan especially. 

Kaunter Zakat Fitrah di buka di entrance masjid.
Kagum mereka kira zakat fitrah guna congak. Memang bunyi ketak ketak 😅
Travel dengan the kids yang kian membesar. Si dua kakak yang makan agak banyak mungkin sebab sejuk cepat lapar dan si dua hero yang juga makan banyak. Pada kebiasaan di Da Li kami spend bawah 100 Yuan dan di Li Jiang kami spend lebih 100 Yuan untuk sekali makan. Untuk sekarang pertukaran adalah RM0.57 = 1.00 Yuan.

Berpeluang bersolat Hari Raya Aidilfitri di Ancient Mosque (Northeast Gate) bersama umat islam tempatan. Terdapat banyak kelainan solat raya di sini. Kalau kita bertakbir beramai dalam masjid ketika menunggu para jemaah hadir memenuhkan ruangan masjid. Tapi di sini bertakbir di luar masjid (berdiri) sehingga orang ramai hadir. 

Setelah sampai waktu barulah pintu masjid dibuka dan beberapa org sahaja yang masuk dan mereka duduk dalam bulatan dan membaca sesuatu dan bunyi seakan-akan membaca tahlil tapi bunyi bacaan memang jauh berbeza. Dan kemudian barulah seluruh jemaah masuk ke dalam ruangan dewan solat masjid. Time ni dah kesejukan 😅 hahaha..

At last selepas sejam di luar para jemaah mula dibenarkan masuk ke dalam.
Dan ada dua orang yang memberi ceramah yang memula aku assume adalah khutbah. Rasa pelik bukan ke patut solat dulu dan kemudian barulah mula khutbah. Rupanya yang tadi tu ceramah sebelum solat raya bukanlah khutbah (which aku assume). Ye lah satu apa perkataan pun tak faham hahahaa.

Curi-curi ambil gambar sebab dah kena tegur tak boleh ambil gambar.
Lepas khutbah raya, imam bangun dan bersolat dua rakaat dan jemaah pun bangun solat. Dalam hati aku "Ah solat apa pulak ni 😅". Tapi aku positif ini mesti solat duha. Dan aku pun bangun solat duha sebab nampak semua solat sendiri-sendiri. Dan kemudian barulah semua jemaah bangun dan berjalan keluar dari dewan solat.

Alhamdulillah selesai Solat Raya Aidilfitri 1447 Hijrah.
Masa keluar tengok wife and kids dah tak ada di hadapan pintu masjid. Rupanya diarahkan keluar dari perkarangan masjid sebab kanak-kanak tidak dibenarkan hadir solat raya. Hurmm pelik sungguh.. Dan semua jemaah yang hadir dapat satu beg plastik makanan tapi kami tak dapat langsung, tak tahu la kenapa. Mungkin sebab kami foreigner kot ðŸŦĢ.

Terjumpa orang Malaysia datang solat raya. Ada yang kenal tak?
Tapi ada satu pakcik yang cam kami sebab semalam tu ada makan iftar di kedai makan dia. Dia beri makanan yang dia dapat tu pada kami sekeluarga. Dalam tu ada buah epal, oren, pisang, biskut, roti dan cookies. Syukur alhamdulillah dapat walau kami tak la kesah sangat ☺️. Tapi bila dapat tu rasa happy especially kids.

3 comments:

  1. Bila travel tempat org yg majoriti memang kena ikut la budaya sanakan..dan paling penting sesuai ngan amalan kita...wah..pengalaman menarik ni...syukur ada rezeki dpt makanan walau keutamaan diberikan kepada orang2 mereka

    ReplyDelete
  2. Baru singgah sini..
    Selamat Hari raya.. jauh sambut raya...

    ReplyDelete
  3. Patut dalam gambar takde kanak² di perkarangan masjid.. perbezaan budaya.

    ReplyDelete