Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Alhamdulillah masih diizinkan Allah Taala merasai hari ke 15 Ramadhan pada bulan yang mulia ini. Apa pun syukur semuanya baik-baik sahaja sepanjang Ramadhan kali ini.
Berbuka dalam kereta dah.. Terlepas bangun sahur pun dah.. Elok jer bangun tidur terdengar azan subuh bergema dari speaker masjid. Senyum tanpa kata dibuatnya.. Sebab tu dulu arwah kata moreh itu penting sebab bila terlepas sahur kita ada makan sikit di malam hari nya.
 |
| Pukul 6.45 petang kawasan berbuka puasa masih lagi kosong. |
 |
| Menu isi ikan siakap goreng tepung 3 rasa. |
 |
| Ayam Goreng Berempah. |
 |
| Jelatah |
 |
| Ni apa ntah nama. Lupa dah 😅 |
 |
| Masak Lemak Labu + Pucuk Ubi. |
 |
| Tembikai Potong. |
Hari ini tinggal aku dengan athira dan atiya sahaja di rumah. Maka kitorang decide berbuka di masjid sahaja sebab malas nak sepahkan rumah. Nanti penat memasak, penat nak mengemas dan penat nak membasuh.
Currently tersangatlah sibuk dengan urusan harian especially kerja yang tak pernah nak bagi peluang untuk berehat walau di bulan Ramadhan. Memang tak sempat nak jenguk blog, nak update atau nak blog walking lagi la tak ada masa.
 |
| Pukul 7.15 petang - Orang ramai mula memenuhi ruang dengan makanan di pinggan. |
 |
| Kepenatan balik dari sekolah tadi. Tertidur menunggu azan maghrib. |
Dan kali ini aku apply cuti panjang sebab nak beraya sakan ke arah utara. Lagi la kerja bertimbun-timbun jadinya. Tak apa lah, kita layankan aja permintaan semua pihak dari HR sampai la ke kerani. Ok done sesi meluah perasaan.
Dah nak berbuka ni. Selamat Berbuka Puasa untuk semua. ☺️👍🏻
Selamat bercuti panjang...
ReplyDeleteEh yang tak tahu nama apa tu, kuih kasturi ke?
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete