Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Istanbul Part 3 : Perjalanan 12 Jam Menaiki Bas Dari Bucharest Romania ke Turkey
Aku jadi blurr sekejap di hadapan mesin tiket metro sebab tak boleh nak beli kad metro ni atau dipanggil Istanbul Karti. Kad berharga ₺130.00 tapi bila dah final nak bayar kena reject. Ada yang cuba nak bantu tapi aku tak faham, takut juga kalau yang nak tolong tu nak tipu π
. Sehinggalah ada yang menyuruh aku beli kad metro di kedai berhampiran.
 |
| Safely arrived at Esenler Otogar - Istanbul Bus Station after 12 hours. |
Terus aku duduk sekejap sambil memandang ke arah mesin berkenaan. Ikutkan hati nak sahaja beli Istanbul Kart di kedai serbaneka tapi berharga ₺200.00 - ₺250.00. Dan untuk top up duit di mesin tak la susah mana.
Tak ada pulak yang boleh speaking time ni huhu. At last aku try bayar dengan menggunakan duit kertas yang besar iaitu ₺200.00 dan terus lepas. Dan baru aku tahu untuk permulaan nak beli kad metro mestilah beli sekali dengan top up ₺70.00. Tak boleh beli kad sahaja. Ke aku yang salah? π
 |
| At last berjaya juga nak beli Istanbul Kart ni di mesin dengan harga ₺130.00. |
 |
| Dah dapat kad metro jom ah kita naik train menuju ke Sultanahmet. |
Dapat kad terus aku naik metro menuju ke area area Sultanahmet. Dari Otogar Station menaiki Train M1B Red Line ke Aksaray Station dan berjalan 400 meter untuk menaiki Tram T1 di Station Yusufpasa dan turun di Cemberlitas Station.
 |
| Dari Esenler Otogar aku naik metro ke Aksaray Station. |
Sesampai di Cemberlitas Tram Station, boleh dikatakan aku telah pun berada di tengah-tengah Kota Istanbul di area Sultanahmet. Dan Kota Istanbul ini teramatlah besar dan terbahagi kepada dua bahagia yang selalu disebut sebagai Istanbul Eropah dan Istanbul Asia. Dan di Istanbul Eropah dua kawasan yang popular adalah di Sultanahmet dan Taksim.
 |
| Menanti ketibaan tram di Station T1 Yusufpasa untuk ke Cemberlitas Station. |
Bagi yang belum pernah sampai di Istanbul, Sultanahmet adalah di mana Blue Mosque, Hagia Sophia Grand Mosque, Grand Bazaar, Topkapi Palace Museum dan GΓΌlhane Park. Untuk nak naik cruise boleh dikatakan semua tour bermula di bahagian Sultanahmet. Dan di area Taksim di mana terletaknya Galata Tower, Karakoy dan Taksim Square.
 |
| Last destination sampai juga di Cemberlitas Tram Station. |
 |
| Pemandangan di sekitar Cemberlitas Tram Station. |
 |
| Terdapat sebuah madrasah yang telah berusia ratusan tahun. |
Setelah lebih 30 minit akhirnya aku berjaya sampai di Cemberlitas Tram Station. Maka officially aku dah sampai area Sultanahmet. Di sini boleh kelihatan kesibukan setiap orang especially para tourist dari segala pelusuk dunia ada di sini.
Aku keluarkan handphone dan terus ikut google map untuk berjalan ke arah hotel yang terletak lebih 700 meter dari tram station. Sambil berjalan aku perhatikan suasana di persekitaran jalan-jalan kecil yang telah dibina ratusan tahun dahulu.
 |
| Chinese Restaurant is everywhere in the world. Tak sure yang ini halal atau tidak. |
 |
Bau makanan yang sedap-sedap sangatlah mengganggu perjalanan aku. Kalau tak kejar nak jumpa Kak D dengan Abg N memang dah berhenti makan dulu. |
Terdapat banyak masjid lama ratusan tahun yang dipanggil Cami di sini. Kalau solat di masjid lama ni boleh terasa kelainan auranya. Apatah lagi peninggalan Empire Ottomaniyah yang memerintah lebih 700 tahun sebagai Khalifah Islam.
Dan terdapat beberapa buah madrasah di sepanjang perjalanan aku ke hotel. Agak luar biasa sebab kebanyakan madrasah ini telah dibina sejak ratusan tahun dahulu dan ada yang bermula sebelum kurun ke-14 Hijrah. Dan paling best terletak ditengah-tengah bandar. Kalau kat Malaysia, madrasah mostly jauh ke kawasan pedalaman huhu.
 |
| Terlalu pulak dengan kedai roti ni. Bau roti dia memang melagukan perut hahaha.. |
 |
| Mata melilau cari jalan sambil perhatikan souvenir yang dijual. |
Antara misi aku di Istanbul adalah nak makan segala macam jenis makan orang-orang Turkey. Biasa tengok di Ig dengan youtube jer. Kebab is everywhere dan baunya memang menusuk hidung hahaa. Belum lagi nak cerita bau manisan Turkey. Lebih 4-5 kali juga orang bagi rasa di hadapan kedai mereka. Mereka bagi rasa memang aku try jer hihi.. π.
 |
Pinggan ni dah lama aku aim nak beli. Kat sini agak murah juga harganya. Manisan di Turkey ni memang level lain. Bau pun dah sedap bila dapat makan terpejam mata π
|
Terus dalam hati kata kena cepat jumpa diorang sebab tak sabar nak duduk makan di beberapa kedai makan yang menjual pelbagai jenis makanan huhuu. Tadi tengok google map 700 meter jer tapi tak tahu asal lambat sangat nak sampai huhu..
Nasib la ketika ini jalan seperti menurun bukit sedikit maka tak la rasa kepenatan sangat berjalan jauh. Tak kurang juga ada yang menegur aku untuk mempromosikan package tour yang mereka tawarkan samada dalam atau luar Istanbul. Dan package ke countryside seperti Izmir, Bursa, Cappadocia dan Konya pun ada. Termasuklah trip cruise dari Sultanahmet ini.
 |
| Makin jauh berjalan makin kurang orang dan tiba-tiba sunyi jer. |
Aku amik segala broacher/cataloge yang diberikan dan diberitahu whatsapp sahaja nombor yang tertera, sambil aku reply "okay" dengan isyarat thumbs up. Makin jauh aku berjalan makin kurang orang dan sehinggalah sampai di area perumahan.
Sehinggalah aku sedar telah pun sampai hadapan Ancient Town Hotel. Terus aku WhatsApp Kak D tanya mereka di mana sebab dah masuk waktu check in hotel. Time ni aku memang dah exhausted sangat πͺ dan paling penting nak mandi sebab dah berlengas badan walau cuaca tengah sejuk huhuu..
 |
| Cantik betul rumah rumah yang ada di area Ancient Town Hotel ni. |
 |
| Ada sesetengah rumah telah di convert menjadi restaurant atau hotel. |
Tak sampai 5 minit Kak D, Abg N dan anak mereka seorang Hafiz Alquran muncul. Terus Abg N peluk aku. Katanya risau pada aku seminggu tak jumpa. Aku kata pada mereka "Saya lebih risau Kak D dengan Abg N sebab saya dah biasa merantau seorang diri ni. Syukur Alhamdulillah jumpa juga selepas seminggu.."
Terus mereka perkenalkan anak lelaki mereka yang dah selesai graduate di salah satu madrasah di Isparta yang berumur 18 tahun. Dalam hati aku "Tak sia-sia ibu ayah hantar jauh-jauh untuk hafal quran walau mereka hanya menjual kuih untuk sara pendapat keluarga". Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan.
Coklat pun sedap2...
ReplyDeleteYes ada yg sedap dan ada yg terlalu pekat dan manis tu sy tak berapa suka huhuu..
Deletememang cuak juga kalau tiba-tiba kena reject waktu tengah blur kat tempat orang, nasib baik lepas guna duit besar sekali dengan top up terus. Tapi betul, area Sultanahmet tu memang cantik, penuh dengan aura sejarah terutamanya masjid-masjid lama peninggalan Uthmaniyyah. Tak sabar nak baca sambungan part mkn-makan nanti!"
ReplyDeleteDia lebih kepada apa pasal lah susah sangat nak beli kad ni huhuu.. Kalau bagitau awal2 masuk note 200.00 kan senang.. tak de la berpeluh jadinya hahaha.. Yes penuh dgn aura sejarah di sini.. Insyallah nanti free saya sambung lagi cerita nya :D
Deletenasib baek tak kene tendang mesin kad tu... hahaha
ReplyDeleteroti2 turki nampak mcm sedap...
Terima kasih kerana memahami perasaan saya ketika itu hahahahaa..
DeletePanjang umur mesin tu hahahaa.. betul sedap roti traditional mereka.. :D
Pinggan Turki memang cantik-cantik. Dah dua kali singgah Istanbul tapi rak terbeli juga.
ReplyDeleteSaya masa di morocco dah terbeli dua pinggan.. masa di central asia tak beli sbb nak balik tak mudah huhuu :D
DeleteRindu nak jalan2 kat Istanbul lagi bila baca penulisan Afif ni π
ReplyDeleteJom buat trip repeat Turkey hihii.. Baru jejak Istanbul sahaja.. :D
DeleteCantiknya pinggan tu. Kalau tak cakap pinggan tu memang taktau la tu pinggan.
ReplyDeleteKan... unik pinggan yang ada mangkuk kecil tu.. mengidam nak beli tpi nk bawa balik tak mudah huhuu..
DeleteHebat Kak D & Abg N, tahniah utk anakanda mereka ππ»
ReplyDeleteLawa betul pinggan mangkuk tewwww
Itulah hebat mereka dapat besar dan didik anak menjadi menghafal quran.. mmg salute pd mereka.. yes pinggan mangkuk tu mmg idaman saya huhuu :D
DeleteIstanbul antara tempat yang KSarie teringin sangat hendak pergi. Afif tak nak open trip ke bawak acik-acik pergi ke Istanbul niπ ?Tak payah pi naik belon panas segala. Nak merayap dekat Istanbul je. Tahniah Kak D dan Abg N berjaya mendidik anak sehingga menjadi seorang tahfiz
ReplyDeleteBoleh jer.. nanti pm bagi nombor phone.. ada promo flight ticket jer terus on hahaha.. Insyallah kalau nak jenjalan Istanbul tu boleh sangat.. boleh la jenjalan Busra Izmir dengan Ankara sekali huhu :D
Deletebaru je smalam abang dgn parents saya book tiket gi turki bulan 12 ni. dapat harga RM1.6k. nnti saya blog encik afif ni saya suruh diorg bacalah as rujukan hehe.
ReplyDeleteuishh bahayanya tgh jalan tu banyak godaan makanan sedap. saya ni pantang sikit nampak roti ke, kebab ke. murah ye harga makanan sana?
alamak berterabutnya ayat hahaha. *nanti blog encik afif ni saya suruh diorang baca as rujukan xD
DeleteWaaa murah tu dapat RM1.6k untuk ke Turkiye.. Aduh segan sebab sini tak banyak lagi yg di share hihii.. but insyallah kita akan cepat habiskan cerita di Istanbul ini..
DeleteBab tergoda dgn bau makan tu mmg tak dpt nak ditolong la huhu.. kalau iman tak kuat mmg makan ajer lah keje nya di sana :D
Tak apa berterabur pun still boleh faham hahaha.. rajin pulak nak buat correction ya :P
Deleteistanbul ni my wishlist laa...moga2 ada rezeki nak ke sini awal thn dpn insya Allah...mula2 jatuh chenta dgn istanbul lps tgk movie yg lisa surihani dan bento berlakon tu hehehhe
ReplyDeleteInsyallah saya doakan moga MZ dimurahkan rezeki utk jejakan kaki di Istanbul yang sangat menjatuh cintakan hahahaa..
DeleteRumah kayu tu macam cerita dalam fary tales pulak....
ReplyDeleteOh... macam tu eja Kebab dia...
Yes kita ada pandangan yang sama hihii.. Nampak mcm dlm fairy tales kan :D
Delete2x ke Istanbul saya suka dengan kotanya, walau crowded. Tp pas DTG pertama kali happy Krn banyak kucing di mana2 ππ π€. Kedua kali DTG, ntah kenapa kucing jarang terlihat, tp anjing di mana2, dan saya pun penyuka anjing, jadi tetap happy bisa main dengan mereka π.
ReplyDeleteCuma mungkin Krn 10 hari di sana, dan jujur tak sesuai dengan makanan mereka. Jadi baru kali itu saya traveling tp tiba2 teringin pulang π π .
Bangunan2 di sana memang terlihat cantik kan, klasik juga. πππ
Kalau sedang crowd mmg sesak habis nak berjalan pun tak selesa.. Ada kelihatan kucing jalanan tapi tak banyak sgt.. tpi anjing tu tak pula perasan.. π ..
DeletePerlukan lebih masa utk explore Bandar Istanbul yg hampir setiap tempat ada yg menarik utk dilihat.. bangunan saja mmg klasik dan cantik.. ππ»☺️
ya sy pun terkejut jg masa memula beli dulu
ReplyDeleteapa hal mahal nau smpi 400++ lira
rupanya dia masukkan sekali dgn top up adehhhh
Kena update sikit info di mesin tu supaya tak susah bgi tourist nak membeli kad tu.. mesti ada yg beli di kedai dgn harga berlipat kali ganda huhuu..
Deletebetul bau2 dari kedai dessert memang gungoncang iman lebih2 time tgh lapar hahahhaa
ReplyDeleteKaaaannnn... Bau dia aduhaii rasa nak dicuba semuanya.. padahal baru makan jer.. kalau time lapar lagi la... Mcm terbang terus ke dapur hahaha.. π
DeleteIstanbul ni besar kan. Banyak tak cover lagi. Bau makanan dia semerbak tiap pelusuk.
ReplyDeleteYeap terlalu besar .. kalau ada seminggu penuh di Istanbul mmg seronok dpt explore banyak tempat.. bab makanan di sana mmg sedap sedapp dan mahal π
DeleteManisan Turki tu Turkish Delight, akak tersuka rasa yang Turkish Airlines hidangkan dulu sebab banyak juga perisa Turkish Delight tu.
ReplyDeleteOohh manisan dlm flight turkish airlines tu.. mmg sedap boleh gaduh dgn anak kalau amik part mereka hahahaa.. ☺️
DeleteKalau peniaga bagi merasa manisan mereka memang kena ambil lah. Kurang² kalau tak sempat beli dah pernah rasa. Takde lah rasa terkilan.
ReplyDeleteTapi bahaya juga kalau tak pandai sbb lepas rasa nanti diorang tarik masuk kedai dan susah nak keluar kalau tak beli.. tapi kalu pandai boleh jer rasa dan hati keras tak nak masuk kedai hahaha..
DeleteKebanyakan org terperangkap sbb masuk kedai nanti dpt tester yg banyak.. dpt tea bagai.. nk leave without buying mmg mustahil..
Memang nampak bagaimana warisan Islam masih dipelihara sehingga ke hari ini. Pengalaman yang sangat berharga..
ReplyDeletePeninggalan Empire yang dipimpin oleh sistem khalifah terakhir.. Mmg banyak nilai nilai keislaman yg ada.. Mmg pengalaman yg sgt berharga.. ☺️ππ»
Delete