Tuesday, 14 July 2026

Istanbul Part 7 : Sokollu Mehmed Pasha Mosque - Kadirga Limani Street Night Walk

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Di Saraybunur Hill aku duduk sambil memerhati pemandangan di saat matahari kian melabuhkan tirai. Namun aktiviti manusia di sini bagaikan tidak menghiraukan kewujudan matahari yang semakin menghilangkan diri di kejauhan ufuk.

Pemandangan menghadap ke arah Taksim dan Dolmabahçe Palace.
Ada yang masih menunggu ikan menyambar umpan dari batang joran yang dipacak. Ada berjalan tanpa menghirau apa jua aktiviti manusia di sekeliling. Dan ketika ini Abg N, Kak D dan Syakirin mula mengatur langkah untuk pulang ke hotel dan terus aku berkata "Pulanglah dulu.. Nanti saya balik sendiri ke hotel..". 

Suka melihat orang-orang tempatan memancing ikan di sini.
Sebuah kapal cruise melintasi di hadapan kami.
Kalau pilih package tour cruise yang mahal boleh la nak naik kapal ni.
Terasa rugi kalau balik ke hotel sekarang sebab suasana malam pasti memberi pengalaman yang berbeza walau di tempat yang sama kami jejaki tadi. Aku mula berjalan menyusuri tepi laut menghala ke arah hotel dan bila aku check google map, jauhnya keberadaan aku sehingga ia memakan masa satu jam berjalan untuk pulang ke hotel. 

Layan feeling seorang diri di sini sambil air laut yang bergelora seperti di hati.
Minta izin dulu untuk ambil gambar hasil tangkapan para pemancing di sini.
Kak D, Ust Syakirin dan Abg N sebelum mereka naik teksi balik ke hotel.
Dari Sarayburnu Hill kami berjalan ke arah kanan melayan angin laut.
Kurang dari sejam aku berjaya sampai di kawasan berdekatan hotel. Terasa kepenatan yang teramat sebab baru pagi tadi sampai Istanbul dari Romania. Apa pun aku nak balik mandi sekejap sebelum keluar semula untuk solat di salah satu masjid berdekatan dengan hotel. Blue Mosque tu pergi sekali cukup la sebab terlalu besar nak berjalan di dalamnya 😅.

Pemandangan ke arah bahagian Istanbul Asia - Yang tinggi tu Menara Çamlıca.
Agak susah nak mencari jalan ke arah masjid walau kita boleh dengar azan yang datang dari menara masjid. Terasa dekat tapi dengan laluan jalan yang sempit dan padat dicampur pula dengan suasana malam menjadi agak mencabar untuk jumpa pintu masuk masjid. Dan akhirnya aku jumpa juga entrance ke Sokollu Mehmet Paşa Camii.

Meredah jalan seorang diri untuk balik ke Ancient Town Hotel.
Pemandangan di kawasan perumahan warga tempatan.
Dibina oleh Wazir Agung Sokollu Mehmed Pasha dan isterinya Ismihan Sultan pada hujung kurun ke-15. Dilahirkan pada 1505M di Herzegovina dalam keluarga Orthodox Christian yang pada ketika itu berada di bawah Empire Serbia.

Lorong atau jalan untuk masuk ke Sokollu Mehmed Pasha Mosque.
Memeluk islam ketika menjadi "Blood Tax" sama seperti kisah King Vlad Dracula dan adik beliau (Boleh Klik Sini Untuk Baca). Memulakan perkhidmatan sebagai Tentera Elite Janissary Ottomaniyah. Kemudian dilantik sebagai High Admiral of the Fleet (1543-1546M) dan sebagai General Governorof Rumelia (1551-1555M) di bawah Sultan Suleiman the Magnificent. 

Pemandangan di waktu siang. Rupanya di sebelah kanan adalah kawasan kubur.
Kubur-kubur yang telah berusia ratusan tahun lamanya.
Beliau berkhidmat di bawah 2 pemerintahan Khalifah lain iaitu Sultan Selim II (1566-1574M) anak kepada Sultan Suleiman the Magnificent dan Sultan Murad III (1574-1595M). Terlibat dalam Battle of Mohács 1526M yang menyaksikan kekalahan Kingdam of Hungary dan terbunuhnya King Loius II (1506-1526M) sehingga jatuh dan terkuburnya Dinasti Jagiellonia.

Selamat datang ke Sokollu Mehmed Pasha Camii. Masjid berusia lebih 400 tahun  
Kelihatan ada sedikit persamaan dengan seni bina Blue Mosque.
Lebih 24,000 tentera Hungary terbunuh, 10,000 tentera ditawan dan hampir 2,000 dihukum mati. Dengan kemenangan itu Ottomaniyah memerintah Hungary yang berpusat di Budapest selama lebih 150 tahun yang berakhir pada 1699M. 

Pakatan tentera yang sangat besar iaitu dari Poland-Lithuania Commonwealth, sebahagian kerajaan kecil Hungary, The Holy Roman dari Italy dan Catholic Monarchy dari Spain yang mengumpulkan lebih 300-500,000 tentera mengalahkan pemerintahan Ottoman di Budapest dan pada 1718M Ottoman hilang keseluruhan pegangan ke atas Hungary.

Suasana ketika solat subuh hari terakhir aku di Istanbul.
Sokollu Mehmed Pasha dilantik menjadi High Admiral of The Ottoman Navy Fleet selepas kematian Hayreddin Barbarossa (1483-1546M) di Constantinople. Beliau mengukuhkan kedudukan Ottoman Navy Fleet di Mediterranean Sea dan Red Sea.

Membina lebih banyak pangkalan Navy yang juga menyimpan senjata, peralatan dan keperluan serta baik pulih kapal Navy supaya tidak bergantung sepenuhnya gudang simpanan dan baik pulih kapal di Istanbul. Beliau meninggal pada tahun 1579M dibunuh oleh Ejen Hashshashin dari Persian kerana beliau mengusulkan perang terhadap Persia pada ketika itu.

Selepas solat jom kita terus berjalan di Kadirga Limani Street.
Kedai makan dan kedai souvenir memang banyak di sini.
Itulah sedikit maklumat yang dapat aku kongsikan tentang siapakah insan di sebalik nama masjid ini. Jika dah datang ke blog yang tuan empunya blog amat menyukai sejarah maka kenalah baca hihii.. Ada banyak lagi yang aku nak share sebab insan ini terlalu hebat dalam tulisan sejarah. Tapi korang boleh la search sendiri kalau berminat 😉.

Jom pekena sup dengan roti. Time tengah sejuk makan memang layan.. 😉
Okay sambung cerita - Selesai solat Isya' terus aku merayau ke kawasan sekitar, berjalan di Kadirga Limani Street yang agak meriah dengan suasana lampu mostly dari kedai makan dan kedai souvenir yang dipenuhi dengan para pelancong. Disebabkan cuaca yang sejuk aku memilih untuk masuk ke salah satu restoran untuk menghirup sup panas.

Dan ketika tengah layan menghirup sup sampai menjamah sekeping roti, tiba-tiba Kak D whatsapp tanya aku kat mana sebab mereka dah lapar nak makan malam. Terus aku inform cuba datang ke arah Kadirga Limani Street dan tak lama selepas itu Kak D dengan Abg N pun sampai dan berkata "Syakirin tak nak keluar tak lapar katanya..".

31 comments:

  1. Struktur bangunan begitu unik dan menarik sekali, indahnya solat ..nyaman rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid yg dibina lebih 400 tahun memang unik dan terasa kelainan nya.. ☺️

      Delete
  2. berjalan tepi pantai, sedar sedar dah jauh dari hotel.. mesti asyik sungguh menikmati pemandangan tempat org tu.. nak plak kena angin pantai..syahdu jerr rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlalu leka dgn pemandangan di pinggiran launtan istanbul ini.. Mmg jauh berjalan.. kena naik teksi utk pulang ke hotel.. saya berjalan seorang diri sahaja time nak balik tu..

      Delete
  3. Ntah bila nak sampai ke sini agaknya.. doakan ye cukup duit nak ke sana 🤭🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan mog dipermudahkan segala urusan.. Insyallah Istanbul Aku Datang gitu.. ☺️👌🏻

      Delete
  4. ok done reading! so far so good...memang best if dpt ronda2 istanbul ni..ada my colleague, she went to istanbul dec last year, then dia pelik kenapa i belum smpai istanbul, sbb she knows i dh pergi swiss, london etc hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah.. saya pun ini first time jejak kaki ke Istanbul.. walau dah pergi banyak negara huhuu.. Nak buat macam kalau dah rezeki ke tempat lain dulu huhuu.
      ☺️

      Delete
  5. Afif pandai memancing tentu teruja tengok orang lokal memancing kat sana.

    Klasik lorong ke masjid tu, masjid tu lagilah klasik seni binanya. Terasa di zaman berbeza pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah minat tu .. kalau nampak org mancing mesti nak tgk sekejap hahaha.. nak tahu juga ikan apa and so on hihii.. masjid tu 400 tahun sudah usianya.. mmg unik dan klasik dari luar sampai ke dalam..

      Delete
  6. Cantiknya tulisan Istanbul tu, bersambung semua huruf.

    Betul, masjid ni seakan² Blue Mosque. Masih berdiri teguh wpun usianya ratusan tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea cantik nak bergambar situ takde sape pun nak amik kan gambar hahaha.. semua masjid kat turkiye mmg akan ala ala blue mosque juga huhu.. identity mereka.. ☺️👍🏻

      Delete
  7. Panjang2 ikannya tu. Buat goreng sedap tu 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes lagi sedap lepas mancing balik tu terus goreng huhuhu.. sedapp.. 👍🏻

      Delete
  8. Cantik bahagian dalam masjid, indahnya tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes mmg first time masuk terpesona seketika.. cantik design yg berusia 400 tahun..

      Delete
  9. Sokollu Mosque tak sangka dah 400 tahun. Macam ada sikit persamaan bentuk kubah dengan Blue Mosque. View sekitar nak balik hotel tu saling tak ubah dengan suasana dalam movie IAD. Teringinnnn one day jejak kaki sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seni bina masjid kat sana macam mana pun akan kekalkan identiti budaya mereka.. sebab tu semua nampak sama sahaja.. movie IAD? Jap naksearch jap hihii.. semoga dipermudahkan utk jejak ke Istanbul amin.. ☺️👍🏻

      Delete
  10. Lain sup dengan rotinya... kalau tempat kita sebut sup dengan roti, auto terbayang roti bai dengan sup mamak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sini mmg ada roti mereka sendiri.. Roti bhai roti bangla mmg tak laku kat sini hahahaha.. Sup pun ras alain dan sedap :D

      Delete
  11. Perjalanan yang terasa menelusuri lorong waktu era dulu.
    Jadi tambah pengalaman tentang sejarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok bila travel dan dapat memahami serta pelajari sejarah di sesuatu tempat yang kita kunjungi.

      Delete
  12. Macam ada laluan kami juga masa travel ke sana. Rindu lah pulak. Moga dapat ke sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Amin.. memang terasa nak jejakan kaki lagi ke Istanbul.. Tak puas dan tahu ada banyak lagi utk di explore.. ☺️👍🏻

      Delete
  13. cantiknya masjid tu. lalu pulak dekat lorong2 lama yg menyimpan banyak sejarah dan cerita. haha kalau solat kat blue mosque tu punyalah luas kan, selesa lagi solat kt masjid yg kecik2 ni je.

    btw harga makanan kat sana mahal tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga makanan di Istanbul boleh tahan mahal.. Kalau nak makan ikut selera mulut mmg kena spend banyak sikit la tapi mmg sedap sedap..

      Solat di masjid yg kecil mcm tu mmg lagi selesa dan puas.. sejarah pun sama dgn blue mosque.. 👌🏻☺️

      Delete
  14. Waah jauh juga sampai ke saraybunur hill. Disana memang banyak orang2 memancing di pinggirannya kan. Saya pas jembatan galata juga lihat banyaaak sangat yg memancing ikan. Salut lah dengan para pencinta ini, sabaaaar 😄😄.

    Kalau jalan melihat bangunan2 tua bersejarah, saya memang sukaaaa. Apalagi jika ada cerita menarik di balik bangunan itu. Memang bisa browsing sendiri, tp terkadang penjelasan dari guide lebih detil 😄.

    Salut dengan Abang yg bisa menuliskan sejarahnya cukup lengkap.

    Sup kacang lentil khas turkiye ini saya awalnya suka. Hari2 pertama di istanbul selalu diksh ini. Mulai start hari ke3 sampai hari ke 10, memang bosan . 🤣🤣🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam tidak sedar berjalan.. tau2 sudah jauh bangat.. kalau mau pulang pun satu jam berjalan kaki.. Tapi bagus di sini walau ramai yg memancing tapi keadaan masih bersih.. sbb kebiasaany nya kalau tmpt mancing pasti kotor..

      Delete
    2. Kalau mau ke sesuatu tempat dan juga selepas kembali harus tau asal usul dan sejarah yg ada baru lah seronok dan dapat merasai suasana di sesuatu tempat itu.. Makanan di turkey semuanya sedap sebab berlainan sangat dengan makanan di tanah melayu.. 🤤

      Delete
  15. Mancing dalam cuaca yang nyaman seronoklah.
    Jauh juga 1 jam perjalanan kalau jalan semata-mata nak sampai ke hotel penginapan. Tapi kalau dalam perjalanan penuh dengan attraction dan menyinggah tak sempat penat rasanya, malahan rasa puashati sebab masa yang ada dapat dimanfaatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tgk org tempatan di sini mancing.. tak perlu pergi jauh dah ada port mancing yg baik.. keistimewaan Istanbul. Berjalan punya jauh sampai nak balik mereka kena amik teksi.. apa pun syukur sebab puas hati dapat berjalan byk tempat..

      Delete