Thursday, 30 July 2026

Tiada Masa Atau Malas Nak Ziarah Blog Rakan-Rakan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Kelmarin pukul 3.45 pagi dah keluar dari rumah menuju ke Sungai Buloh kerana ada urusan kerja yang perlu disiapkan sebelum pukul 6.45 pagi. Selesai di Sungai Buloh jam 5.45 pagi terus memandu ke Selayang untuk menyelesaikan satu lagi urusan kerja yang perlu diselesaikan sebelum pukul 7.45 pagi. 

Gerak awal sebab kalau nak ikut masa lain nanti jalan dah jem dan parking di tempat yang nak dituju juga akan penuh. Tapi selesai kerja di Selayang tiba-tiba tersedar ada barang tertinggal di Sungai Buloh.

Maka terpaksa berpatah balik dan kena hadap jem ke Sungai Buloh dan bila sampai bergaduh mencari parking kereta hampir 30 minit. Aduhaii.. Tersilap sikit sebab tertinggal barang, habis huru hara pagi tu dibuatnya.

Selesai kerja di Sungai Buloh pukul 10.30 pagi dapat urgent call dari management diarahkan untuk ke Damansara bagi selesaikan satu lagi urusan. At last sampai rumah pukul 12.00 tengah hari dan terus join lunch dengan wife dan anak no 2 di mamak. Benda patut boleh siap awal dan balik rumah sebelum pukul 8.00 pagi tapi lain jadinya.

Lepas lunch wife terus ke tempat kerja dan aku menguruskan waktu pertukaran anak-anak dari sekolah kebangsaan ke sekolah agama. Petang berlari ke Ampang dan Serdang selesaikan baki urusan kerja. Sambil membawa si bongsu bersama yang tidak bersekolah kerana demam masuk hari ketiga.

Di waktu malam menghadiri mesyuarat PIBG sekolah anak dari jam 8.00 malam dan habis mesyuarat jam 11.30 malam. 

Semalam bawa si bongsu ke klinik untuk dapatkan nab sebab doktor inform dah ada tanda-tanda awal jangkitan pada tekak dan paru-paru. Si ibu pula kena outstation sampai jumaat pagi. Maka bertambah sibuk lah si ayah 😅

Pagi tadi sempat bawa anak-anak semua 4 orang sarapan di mamak sebelum ke sekolah. Ayah tak sempat nak prepare breakfast di rumah. Tengah makan ayah berlari hantar si kakak dulu sebab sekolah kebangsaan masuk pukul 7.30 pagi.

Tinggalkan 3 yang lain di meja makan. Si no 2 sekolah agama masuk 7.45 pagi dan si no 3 tadika masuk sebelum pukul 8.00 pagi. Meja makan di sebelah pula pakcik geng masjid ada, okla boleh tengokkan sekejap.

So.... tunggulah ada masa free untuk ziarah ziarah blog rakan rakan ya.

42 comments:

  1. Penuh jadual ayahnya. Nanti ada masa, ziarah semua sekali jalan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa free sangat dan ada masa nak duduk minum pun tak ada masa huhuu..

      Delete
  2. padat jadualnya...bila2 free bole ziarah blog kwn2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni weekend pun kena kerja ... tak sabar nak ada masa free time utk bw dan update blog..

      Delete
  3. Perghh btul² padat schedule ayah ye hehee.... btul² bila dah byk sgt urusan, kdg jadi malas nak blogwalking. Paling² pun dpt baca 1 2 blog jadi la lps tu tutup terus smp la ada mood, masa baru kita terjah satu² blog kengkawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes sangatlah padat... bekerja mencari sesuap rezeki kan.. bahu ayah ini semua nya di situ hihi.. hati nak bw tapi itulah masa sgtlah mencemburui.. ada juga buka pakai hp tapi tak rasa kick .. nak kena buka guna laptop juga.. insyallah cuba bw 1-2 blog sehari.. thanksss

      Delete
  4. Replies
    1. Yes itulah yg sedang diutamakan terlebih dahulu .. huhuu

      Delete
  5. Bila lapang nanti jemputlah melawat blog abe kie... family first! Hobi ni kemudian la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah weekend ini saya cuba buat bw besar-besaran hihi.. lama juga dah tak bw blog rakan-rakan ni..

      Delete
  6. Busy sangat si ayahnya ni. Ada masa nanti pulun bw blog kawan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ada masa memamg busy yang teramat sebab tu lah terapi untuk ayah adlaah travel hihiii :D insyallah nanti kita dtg ziarah ya..

      Delete
  7. Teringat dulu berkejaran sek keb dan sek agama juga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tak sabar nak tunggu anak-anak membesar.. tapi itulah jauh lagi perjalanan nya :D

      Delete
  8. Musim ni bang Afif. ANak sedara Faa pun warded last week sebab influenza.

    Issokey, tak bw bukan masalah besar. Masing2 ada masa masing2. Utamakan yang lebih penting 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes musim sangat sekarang ni uphamol kat klinik dengan farmasi pun banyak yg habis.. Nasib la dapat juga satu botol beli dari klinik.. semoga semuanya kembali sihat amin.. yes nak utamakan yg utama dulu.. tak sabar nk tunggu masa lapang tu..

      Delete
  9. Tak apa , klil blog yang lain..anytiem, saya juga kadang tak dapat terjah blog kawan2.Bukan malkas ya ..masa begitu cemburu..Saya balik kerja terus ke Garden ..selepas minum makan ..alhamdulillah lancar urusan..lakukan yang urgent ya..please keperluan ank-anak The Most Important..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila anak-anak semua dah bersekolah.. nak urusakan waktu pergi balik dan waktu petukaran sekolah memang mencabar sangat.. but syukur alhamdulillah until this moment masih lagi manage nak uruskan anak-anak ..bila dah besar barulah boleh berehat especially waktu pagi-pagi :D

      Delete
  10. Sama jg ''anak ambil kelas agama sebelah petang 7 anak2 kami..alhamdulillah ...semua dan masuk U, yang bongsu belum final, masih di U

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhhhh anak tuan etua 7 orang.. ramai betul.. alhamdulillah semuanya telah berjaya dibesarkan dan masing2 pun dah berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.. sejuk hati melihat kan.. semoga semua baik baik sentiasa amin..

      Delete
  11. selesaikan mana yang penting dulu... BW bila free2 pun boleh. Samalah macam ammi, dulu atas bas boleh BW sekarang jenuh pulak nak zoom in zoom out tak nampak tulisan kecik. hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah target weekend ini nak amik satu masa untuk bw rakan rakan semua huhu.. betul la tu nak masuk 40 series ni nak baca di skrin phone mmg tak puas.. nak kena buka laptop juga huhuuu..

      Delete
  12. Utamakan kepentingan keluarga dan diri sendiri dulu.. kadang pun blog kawan baca guna hp, tapi taks empat nak tinggal jejak, bila free macam ni, baru bukak laptop tulis komen ni haaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... tunggu weekend ni nak bw selepas subuh huhuu.. sebelum anak-anak bangun tidur huhuu.. kan bila ziarah blog kwn2 guna laptop ni senang nak baca dan komen.. pakai hp huhuuu terasa susah untuk org berumur mcm saya hihii

      Delete
  13. walaupon sibuk sepanjang hari, tetapi semuanya dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah atas ingatan.. kena harus beringat untuk bersyukur pada setiap hari pada ilahi..

      Delete
  14. Padat sungguh jadual harian uruskan kerja dan anak-anak! Utamakan keluarga dan kesihatan anak dulu, bab ziarah blog bila-bila masa lapang nanti boleh singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah weekend ni mungkin tak ada apa2.. boleh la nak blog walking rakan rakan semua.. kerja dan keluarga mmg tak boleh nak dielak.. moga kita semua dipermudahkan urusan..

      Delete
  15. memang sgt bz bab antar amik anak ke sek..same here, wpun now byk share tugasan dgn my zharfan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak sulung dah besar mmg banyak boleh bantu.. at this moment mmg kena byk berkorban nak uruskan anak anak bersekolah huhu.. ☺️

      Delete
  16. Super sibuk ya abangg 😅😅. Tak apaaaa, urusan keluarga, pekerjaan memang yg paling utama laah. BW , update blog, itu lakukan jika ada masa lapang. Bukan something urgent pun.

    Alaaah bisa2 nya tertinggal pula barang yaa. Saya dah lihat jammed nya KL saat pagi jam kerja, memang ngeri 🤣🤣🤣. Sampai buat jalur reverse utk mengurangi jammed. Dah mirip JKT di pagi hari 😅😅. Sekali stuck, memang bertabah sampai tiba tujuan 🤭

    Semoga anak yg sedang sakit bisa cepat baik yaa. ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teramat super di minggu lepas.. alhamdulillah minggu ini kelihatan tenang.. setakat inilah hihi.. apa pun syukur lah.. menunggu masa lapang yg tak kujung tiba juga merisaukan..

      Di pagi hari semua org ke kantor dan ke tempat kerja masing masing.. mmg jalan nya macet bangat.. sudah plan awal waktu namun terpaksa tempuh jua..

      Amin syukur alhamdulillah anak nya sudah baik dan mula bersekolah..

      Delete
  17. Sementara anak masih kecil gitulah padatnya jadual. Kalau ada anak yang tak sihat akan extra sibuk dan penat. Sampai masa bila anak² dah besar ada banyak waktu lapang sampai tak tau nak buat apa😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan .. kdg2 tak sabar nk tunggu anak anak besar.. masuk asrama bagai.. barulah ada me time gitu huhu.. anak bila sakit aduhaii mmg extra mextra sibuk jadi nya..

      Delete
  18. Moga dipermudah kan selalu urusan nya. Utamakan family dulu Afif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah tgh sesi struggle mengutamakan family dulu huhuu.. amin terima kasih atas doanya..

      Delete
  19. moga cepat sembuh buat si adik

    ReplyDelete
  20. Orang kata kalau tinggal barang jangan patah balik. Tapi kalau barang penting, kenalah kta patah balik. Jenuh nak menghadap jem tu semula kan. Sabar je lah.
    Fuhhh padat betul jadualnya. Tak mudah nak uruskan. Baca pun dah nampak kepenatan tu macam mana.
    Jangan risau, para blogger semua memahami. Ada masa free barulah luangkan untuk blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang penting dan berkaitan dgn kerja maka terpaksalah patah balik.. Silap sikit habis rosak plan dalam sehari.. Time busu mmg begitulah.. time free pukul 10.00 pagi pun blh minum teh tarik hahaha.. insyallah moga blh back to trek nk bw semua rakan rakan..

      Delete
  21. Saya pun lately takde mood berblog.. Ni baru slow2 nk bw ke blog rakan2 yg lain. Kita utamakan diri sendiri dulu.
    Tapi kerja apa yg kena siap sebelum 6.45 am tu.. awal betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tetiba banyak pulak hal lately ni.. yea utama kan apa yg wajib terlebih dahulu.. especially utk diri kita.. 6.45 pgi tu kengkadang jer la bila ada add hoc.. siap awal boleh rehat awal gitu..

      Delete